Thursday, November 11, 2021

Vaksin DOS PENGGLAK..

Diari DAUD - Semalam, KHAMIS, 11 NOV. 2021, aku pi amik suntikan vaksin DOS PENGGALAK. Aku dapat panggilan ni melalui MYSEJAHTERA beberapa hari yang lalu. Lokasi amik vaksin tu di HOSPITAL PAKAR AN-NUR BANDAR BARU BANGI. Temujanji aku jam 3.00 petang. Rasanya pemberian dos ni dah bermula sebulan kut...kut la...tak pasti. Mula-mula dulu ia diberikan pada fronliners dan juga warga 60 tahun ke atas secara sukarela dan tanpa bayaran. Baru beberapa hari ni saja umur untuk amik dos ni dikurangkan kepada umur 40 tahun, bukan 60 tahun sahaja.

Mengikut berita terbaru, DOS PENGGALAK ni bertujuan untuk meningkatkan daya tahan kepada Covid 19 hingga ke tahap optima atau mencapai lebih 90% daya tahan kepada Covid. Dijangka mereka yang sudah lebih 3 bulan menerima dos 1 dan 2 akan menurun daya tahan kepada Covid walaupun dah selesai 2 dos. Jadi DOS TAMBAHAN ni amat diperlukan untuk meningkatkan daya tahan berkenaan. Berita terbaru juga mengatakan lebih kurang 40% mereka yang diminta untuk mengambil suntikan berkenaan telah tidak menghadirkan diri untuk menerima suntikan tersebut. Aku yang fobia dengan jarum ni pun pi jugak untuk dapatkannya. Tiada pulak dinyatakan mengapa mereka enggan hadir menerima vaksin tersebut. Aku tak kisah pun, aku akan datang jugak untuk amik dos tu sebab aku anggap aku nak memenuhi tuntutan 'berusaha' sebelum 'bertawakkal'. Tu sebab aku hadir juga ke HOSPITAL PAKAR AN-NUR tu untuk dapatkan VAKSIN tersebut. Harap tiada apa2 kemudaratan sama ada jangka pendek atau jangka panjang yang akan berlaku kepada aku dan jugak penerima yang lain...insya-ALLAH. Kalau dah ajal memang tak boleh elak pun...Sapa yang mampu elak ajal maut...

Ambil suntikan VAKSIN PENGGALAK di Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi

Aku gerak ke BANDAR BARU BANGI lepas Zohor dengan isteri aku sebagai peneman. Dah ada isteri, ajak la untuk jadi peneman...tak gitu...Maknanya kalau ada apa2 hal, isteri aku ada. Namun harap2nya takde apa yang tak baik akan berlaku...insya-ALLAH....Sebenarnya aku nak vaksin tu tapi aku fobia dengan jarum...tu sebab aku agak bercinta nak pi ambil suntikan vaksin tu...hahaha...

Tak jauh pun Hospital Pakar An-Nur tu. Hospital swasta. Kalau banyak duit boleh la pi sini...Vaksin ni ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Golongan kayangan boleh la kalau nak dapatkan rawatan di sini. Tapi kalau ada MEDICAL CARD atau INSURAN mungkin ok kut. Penting jugak insuran atau medical card ni. Promosi free untuk penjual insuran...hahaha....Pejam mata je boleh settle kan...Aku tak pernah pun pi ke hospital tu sejak ia mula beroperasi. Rasanya baru lebih kurang 2 tahun ia beroperasi. Rasanya lah...aku pun tak pasti. Kawasan tu sesak jugak dengan kenderaan sebab kawasan yang banyak aktiviti perniagaan di situ. Kawasan tu memang baru dibina selain BANGI GATEWAY tu. Sebaik tiba, jenuh jugak cari tempat parking. Nampak je tempat parking terus je letak touch n go. Tengok macam takde ruang kosong, jadi terus je keluar. Kemudian masuk balik dan jumpa laluan parking under ground. Terus masuk dan tiba di palang terus letakkan kad untuk touch n go tu.....

google pict

Malangnya beberapa kali aku 'touch' tapi palang tak jugak buka. La...aku dah mati kutu dah. Beberapa kali aku touch, tak jugak bukak. Kelam kabut jugak aku, kat belakang dah ada sebuah kete lain. Terpandang aje intercom terus tekan dan kata kat staf, palang tu tak boleh bukak. Dia kata sat lagi dia datang. Tunggu la situ sebentar. Dia sampai je, dia cuba touch tapi tak naik jugak palang tu. Kemudian dia tanya, encik ada touch kat palang di atas tak. Aku kata ya. Dia tanya, lepas tu keluar ikut palang satu lagi tak. Aku kata tak, aku terus aje ke sini. Dia kata kena 'complete'kan masuk dan keluar di atas, baru boleh masuk palang yang lain. Laaaa...nampak sangat aku ni macam JAKUN kan...tapi Jakun pun dah pandai sekarang ni. Lagipun orang melayu memang keturunan Jakun asalnya....genetik Jakun...hahaha...Sila semak kat utube di bawah tu minit 17.08...pengkaji tu ada sebut asal Melayu..


Staf tu pi masuk ke opis dia sat, untuk settle kan kad tadi, kemudian dia datang kembali dan touch kad tu dan palang tu bukalah. Aku ucapkan terima kasih dan masuk ke kawasan parking bawah bangunan tu...

Selesai parking terus berjalan dengan isteri untuk ke bahagian atas. Jumpa pengawal keselamatan dan tanya dia jalan untuk ke lobi. Dia tunjukkan dan kami terus berjalan. Kami naik tangga je. Tiba di atas, rupanya tangga tu muncul depan bangunan hospital tu. Kemudian kami berjalan menuju ke bangunan hospital. Tiba di sana jumpa dua orang staf yang bertugas menjaga orang ramai masuk ke bangunan. Dua orang pompuan tu minta scan dan ambil suhu bila aku katakan nak ambil vaksin. Aku tanya dia, boleh tak isteri aku ikut sama naik ke atas di bahagian vaksin tu. Dia kata bimbang ramai kat atas. Dia cadangkan isteri aku tunggu aje kat lobi hospital tu. Jadi aku sorang aje la naik ketingkat 2 melalui lift.

Kat atas memang ada staf yang bertugas memberi tunjuk arah untuk ke lokasi vaksin tu. Mulanya aku daftar dan isi borang di bilik pertama. Bila dah siap dia suruh pi pula ke bilik lain untuk jumpa doktor pula. Masa pendaftaran ni aku tanya, boleh rakam video ke. Dia jawab boleh. Tapi aku rasa segan pulak nak rakam semuanya. Bila tiba di bilik doktor tu, dia minta 4 orang duduk di kerusi depan dia. Macam2 la dia tanya. Ada sakit ke. Ada alahan ke. Ada makan ubat cair darah ke. Aku kata aku ada alahan kepada ubat tahan sakit. Jadi dia catat kat borang aku tu. Maknanya aku akan dipantau rapi lepas vaksin nanti.

google pict.

Selesai di sini kami diminta pi ke bilik untuk dapatkan vaksin. Sepanjang perjalanan ada aje staf yang tunjukkan arah. Terbaek layanan kat sini. Hospital swasta kan, mesti jaga imej. Tiba di bilik vaksin kami diminta duduk di kerusi yang disediakan. Kami tunggu giliran untuk dipanggil masuk ke bilik untuk disuntik vaksin. Aku biasalah, berdebar aje sebab aku fobia dengan jarum ni. Akhirnya sampai jugak giliran aku. Aku masuk ke dalam bilik dan seorang staf sedang menunggu. Aku duduk dan dia tanya jenis vaksin yang akan aku terima. Aku jawablah pfizer. Sebelum ni aku terima vaksin Sinovac. Kemudian dia terangkan, aku akan terima kuantiti vaksin pfizer. Dia tunjukkan picagari tu. Aku kata aku fobia dengan jarum ni. Dia kata takde apa2. Aku tanya boleh rakam video tak. Dia kata boleh. Jadi aku pun on kan kamera hp untuk rakam video secara selfie. Aku arahkan aje kamera tu ke arah kami, tak tau sama ada imej kami ada atau tak kat screen tu...hahaha...Lantakla, kalau ada...ada la...hahaha...Aku tak tengok pun screen kamera tu sebab aku fobia nak tengok dia mencucuk tu...hahaha...lawak la kan...

Akhirnya selesai jugak tapi tak rasa sakit sangat pun. Rasa macam sekejap aje....Itu pun aku fobia sangat jugak..hahaha...Kalau ada keje cucuk mencucuk ni lagi...sama je....macam tu la sikap aku....hahaha...Apa boleh buat la...Kalau boleh, pada aku bila ada je perlu untuk disuntik harap dibubuh ubat bius...hahaha...Mana ada orang bubuh bius sekarang ni melainkan bila cabut gigi aje. Selesai aje, aku terus ucap terima kasih dan bergerak keluar bilik. Kemudian diluar aku diminta scan barcode. Kemudian diminta tunggu diruang menunggu. Aku ada alahan ubat tahan sakit jadi aku kena tunggu 30 minit di situ. Yang takde masalah, tunggu disitu cuma 15 minit aje. Duduk la aku kat situ selama 30 minit. Selesai menunggu, aku diminta untuk tunggu giliran untuk bertemu staf lain di kaunter. Tiba di kaunter tu, aku serahkan borang tu. Aku tengok dia diam aje buat keje dia dengan screen komputer depan dia. Lama jugak. Aku tak tau apa yang dia buat dengan komputer depan dia tu dan borang aku depan dia.

google pict

Selesai aje dia minta aku bukak mysejahtera. Dia jelaskan apa patut aku buat jika ada kesan apa-apa kat aku sama ada kesan positif atau negatif. Positif atau negatif aku diminta hantar feedback kat my sejahtera tu. Kalau aku ada masalah sukar bernafas dan sebagainya, dia minta pi ke hospital dengan segera. Akhirnya dia beri aku kad selesai vaksin dan borang tu dia ambil. Kemudian aku gerak keluar. Turun melalui lift. Di lobi rehat sat dengan isteri di situ. Nyaman kat lobi tu....hahaha...Selesai rehat, terus kami keluar dan melalui depan staf yang cek suhu dan scan mysejahtera tu. Ucapkan terima kasih dan kami terus pi ke tempat parking under ground tu. Seterusnya kami balik la....

Rasanya itu aje yang aku nak tulis...moga kita semua sentiasa diredhai, dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia dan akhirat.


Jangan  lupa jugak marilah kita sama2 berinfaq untuk pembinaan masjid baharu. Pahalanya hingga ke hari kiamat selagi wujud masjid berkenaan...Banyak pahalanya tu...pahala berterusan..


Jangan lupa jugak, teruskan dengan #bmf. BUY MUSLIM FIRST. Kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...

~ sekian ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...