Saturday, May 17, 2025

CATATAN TERKINI...coretan

 


Diari DAUD - Hari ni aku nak buat beberapa catatan yang masih belum aku kongsikan di sini. Lepas Ramadhan dan Syawal ni aku dah mula buat eksesais di BENDANG SENIN tu. Dah lebih 2 bulan aku tak turun ke bendang tu untuk peluhkan badan. Bukan joging pun...tapi cuma berjalan lebih kurang 5 Km je. Lebih kurang 8 ribu langkah kut dihasilkan. Ini lah rutin aku sejak aku pindah ke kampung ni. Badan mesti dipeluhkan sebab memang perlu la kan. Masa kita keje dulu badan selalu bergerak ke sana ke mari. Bila da pencen ni mesti digerakkan jugak.


Lama sungguh aku tak ke bendang ni. Rupanya padi yang ditanam oleh petani atau penanam padi dah pun berbunga dan berbuah. Kalau aku tak silap dia orang mula menanam dalam bulan puasa yang lalu. Bulan puasa aku memang tak pi bendang untuk eksesais kan badan. Bulan puasa..mana mampu weh...Tak penuh pulak puasa nanti sebab dahaga...Aku buat eksesais kat bendang ni 3 kali seminggu. Rasanya ok la kut daripada tak buat langsung kan...hahaha...



Aku memang perlu peluhkan badan ni. Mana boleh duk diam...makan tido makan tido je...Sekurang kurangnya badan memang perlu dikeluarkan peluh. Kalau tak peluhkan badan tentu apa yang kita makan hari2 tu akan gemukkan badan kita dan timbul pulak penyakit lain. Eksesais bukan nak halang mati tapi nakkan badan rasa lebih ringan dah tak lesu...Mati memang tak boleh nak halang pun....


Aku jugak sempat buat rakaman video berkaitan pagar baru yang dibina di Tanah Perkuburan Islam Kg Senin tu. Sebelum ni aku memang ada buat rakaman video pembersihan tanah wakaf tu sebelum bulan puasa itu hari. Pagar baru tu dah lama siap dah. Tapi baru2 ni baru la aku ada kesempatan untuk buat video berkaitan pagar baru tanah wakaf tu. Memang perlu pagar baru untuk gantikan pagar lama yg dah banyak runtuh tu. Pagar baru yang lebih kukuh memang perlu untuk mengelakkan binatang ternakan daripada masuk ke tanah perkuburan tu. Yang paling utama untuk dihalang ialah babi. Babi tu bukan binatang ternakan tau...hahaha...Bila babi masuk habis semua kawasan tanah perkuburan dibajaknya. Rata rata kawasan tanah wakaf tu dibajaknya. Macam sawah pulak. Berlobang sana sini. Babi ni suka cari cacing...tu sebab dibajaknya tanah di kawasan tu. Harap lepas da ada pagar baru ni, takde la babi masuk lagi. Jangan la pulak ada manusia pulak yang rosakkan pagar tu. Kalau ada yang rosakkan pagar tu...lebih kurang la sikapnya macam binatang bab tu...


Macam biasa...pagi Jumaat aku serta isteri dan adik pompuan aku dan suaminya akan mengopi di kedai MARIAH YUS. Hari Jumaat je la...Hari lain isteri aku akan buat sendiri sarapan pagi. Sekurang-kurangnya ada la harinya yang isteri aku rehat dan tak perlu masak sarapan pagi. Nanti ada pulak yang akan tanya...kalau isteri tak masak, suami la pulak kena buat sarapan..tak gitu...Kalau ada yang tanya macam tu...aku akan jawab...Aku memang malas la nak masak ni...Memang aku malas pun nak masak...tapi ada masa tertentu aku akan masak la...Kalau perlu..Kalau sangat perlu...Korang tak percaya aku boleh masak ka...Cuba semak tulisan aku di link bawah ni...Aku kena masak bila isteri aku tak sihat...Isteri aku tak sihat sebab dia ada pendarahan dalam otak dulu tu....Boleh baca kisah isteri aku di link bawah ni..
Aku juga masak atau turun ke dapur masa isteri aku dalam pantang...

Antara resepi yang aku masak ada dalam YouTube aku...Salah satu menu masakan aku ada di utube ni...


Nak mudah korang taip je kat 'search' utube tu.."tika bila suami perlu masak". Akan kuar la semua menu masakan aku masa isteri aku sakit tu...hahaha...Dari masa keje dulu memang aku agak malas nak masak ni. Maklum la keje siang malam. Tugas orang media memang macam tu. Tugas tak menentu. Memalam pun pi keje kalau ada tugas. Kalau keje di media swasta lagi la sibuk. Ada yang tak balik pun berhari hari. Tak percaya cuba la tanya pada sapa2 yang keje di stesen tv dan sebagainya. Atau cuba la tanya para wartawan. Itu pun tugas bahagian media. korang boleh semak la keje aku masa aku masih belum pencen kat link di bawah tu...

https://studiouniversiti.blogspot.com/

Masa tu semua keje penerbitan video bahagian kami lakukan....

Tu sebab bila masa cuti je...rehat terus sebab nak hilangkan tekanan keje dan juga nak rehatkan badan. Letih beb..Tak daya dah nak turun ke dapur. Jadi mana la ada masa nak duk kat dapur...Isteri2 kena faham la kalau dapat laki yang bekerja tak tentu masa ni...Masa hari cuti, memang letih sangat dan masa tu la nak rehat serehat-rehatnya....Tapi masa isteri tak boleh nak ke dapur, suami memang kena ke dapur la....Amacam...da search utube...'tika bila suami kena masak tu'....hahaha....


Beberapa hari lepas juga aku ada buat
penerbitan video MAJLIS AKAD NIKAH dan
MAJLIS PERKAHWINAN anak pompuan besan aku
di Parit nu. Bini aku kata ada jemputan untuk majlis perkahwinan anak besan kami. Anak pompuan
aku yang jadi menantu dorang kata kalau
aku nak buat rakaman video boleh la pi.
Aku memang tak kisah pun. Memang
aku suka buat rakaman dan suntingan apa2
majlis pun. Sebabnya kalau aku tak buat rasa macam
aku tak puas pulak sebab aku dulu memang keje macam tu. Jadi aku setuju je cadangan anak pompuan aku tu. Tu sebab wujud video kawen kat atas tu. Aku rakam dengan
handphone je pun. Nak guna kamera mahal2
aku takde dana untuk beli...guna je hp...
hahaha....Aku rakam mana yang aku mampu je.
Dan yang penting aku tak ganggu keje jurufoto yang
dah ditempah untuk merakam detik2 penting majlis berkenaan. Video aku buat ni memang rakaman majlis akad nikah
dan majlis perkahwinan. Semua ada dalam
rakaman tersebut. Bukan saja visual
pengantin tapi juga semua
perkara.
Aku tak fokus pun pada pengantin sahaja.
Tentu ada yang tonton balik kan visual sesapa je yang
ada dalam video tu. Mungkin tetamu jugak nak tengok jugak visual dia dalam video tu kan...kan....Apa apa pun aku
puas hati dengan apa yang aku buat. Harap yang menonton pun puas hati jugak la...hahaha...

Ada satu lagi penerbitan video yang aku buat.
Video goreng kerepek. Rakaman tu aku buat kat rumah je. Mereka yang terlibat dalam keje tu ialah bini aku, adik pompuan aku dan kakak ipar aku...



Akhir sekali sebagai penutup catatan. Aku bukan la penggemar politik yang 'hardcore'. Cuma aku nak pesan satu la sebagai orang tua...ewah...tua dah...Orang kita...tolong la bersatu. Cari cara macam mana nak bersatu walau berlainan ideologi. Jumlah kita tak ramai pun, lebih kurang 60% lebih je...60% tu tak ramai pun, apatah lagi bila dah berpecah belah...Dalam 10 atau 30 tahun akan datang kalau kita berpecah, kita takkan kemana. Semuanya akan terlepas...Salah satu yang dah terlepas, kita tak kuasai ekonomi pun. Cuba semak...mana ada sorang pun billionaire orang kita dalam 10 orang yang terkaya dalam MALAYSIA ni...Jangan kita cipta lagi TOK KADUK zaman kita dan zaman korang ni...Menang tepuk tapi semua tergadai...Cukup la setakat itu...

Rasanya, tu je yang aku nak tulis....


`Sekian....

daud m zakaria



Saturday, May 3, 2025

Selesai Ziarah SYAWAL..

MANJUNG, PERAK

Diari DAUD - Penutup ziarah SYAWAL kami ialah pada hari SABTU, 3 Mei 2025. Itu pun da masuk bulan
ZULKAEDAH. Memang dah rancang
pun untuk pi ke rumah
ENCIK AKHIR dan ENCIK MI dan
seterusnya rumah abang USOP. Beberapa
kali dah plan tapi gagal. Akhirnya ada jugak kesempatan
untuk ziarah pada hari SABTU tu. Jadi kami terus je pi ke MANJUNG PERAK tu. Biasanya bila SYAWAL je
kami pi ziarah ke kampung isteri
aku di KG SETERUS SAUK K.KANGSAR tu
pada SYAWAL KEDUA. Lepas tu biasanya kami
akan ziarah ke MANJUNG pulak. Kali ni kami agak lewat
pi ke MANJUNG tu. Namun tak kisah la, asalkan program ziarah tu dibuat juga walau dah masuk bulan
ZULKAEDAH. Kami, setakat dekat dekat
sini je boleh la kami ziarah. Kalau dah
jauh2 tu agak sukar sangat la.
Apatah lagi rentas sempadan...memang
susah la... Aku dah agak sukar nak drive jauh2
apatah lagi untuk keluar daripada negeri Perak ni. Kami
bukan ada dreba lain pun. Kemana mana pun hanya aku je la yang kena dreba...hahaha...



Kami gerak ke rumah ENCIK AKHIR dan ENCIK MI tu lepas ZOHOR. Sampai sana kami terus je masuk rumah. Nampaknya DILA dan suaminya, AFIQ ada balik. Menurut kata mereka akan gerak balik SELANGOR waktu malam nanti. Kami tak lama pun kat rumah ENCIK AKHIR ni. Sembang -sembang dan jamah makanan sikit sikit. Kemudian kami minta diri untuk pi rumah ABANG USOP pulak. Plan untuk singgah sekejap untuk tanya kabar.

Tiba rumah ABANG USOP kami dijemput masuk. Kebetulan anak ABANG USOP, AMIRUL ada sama. Dia baru balik dan keluar sekejap untuk beli lemang...itu apa yang isteri aku kata la. Di dalam rumah kami duduk sat sebelum ABANG USOP dan KAK JU masuk ke ruang tamu. Maka kami sembang la di ruang tamu tu. Sembang-sembang ringan. Tak lama kemudian anak KAK JU, AMIRUL pun sampai. Dia la yang hidangkan lemang tu.

Sembang punya sembang tak terasa hari dah hampir senja, ASAR pun belum tunai lagi...hahaha..Oleh itu dalam keadaan solat ASAR dah hampir waktu penghujung, kami mintak diri untuk berlalu pergi. Plan nya nak singgah rumah ABANG USOP dan KAK JU cuma beberapa minit je...tapi akhirnya sampai hujung waktu ASAR...hahaha..Moga tidak berada dalam kalangan orang yang CELAKA seperti dalam surah AL QURAN tu....

Di rumah SOLEHAH kami sempat tunaikan solat ASAR...seusai salam...azan Maghrib pun berkumandang...haihhh...Malam tu kami tidur di rumah SOLEHAH. Lepas ISYAK kami gerak ke LUMUT. Aku bercadang untuk buat rakaman video persembahan BUSKERS di tepi pantai LUMUT tu. Hujan turun pulak renyai renyai dan parking nampak macam penuh seluruh pekan LUMUT tu. Nak parking tak boleh. Akhirnya ambil keputusan untuk balik rumah je. Tu sebab dalam video kat atas tu tiada persembahan buskers dan video suasana sekitar pekan LUMUT tu.


Sabtu, 3 Mei 2025, ALONG dan SAADIAH berkunjung ke rumah aku. Mereka tiba dari MANJUNG lepas ASAR. Mereka asalnya gerak dari JOHOR itu hari. Di Manjung tu dorang ziarah ENCIK AKHIR dan ABANG USOP. Kami sembang-sembang sekejap. Tak lama pun dorang kat rumah kami tu. Dia orang singgah sat sebelum bergerak untuk ke KG SETERUS, SAUK, K. KANGSAR pulak. Sembang macam-macam la. Tiada isu khusus pun dalam sembang berkenaan. Lama jugak kami tak berjumpa. Las kami jumpa masa AJIK nikah di Bangi itu hari...iaitu tahun 2024 yang lalu. Rumah kami ni payah nak dikunjungi sedara mara isteri aku sebab ianya terpencil daripada sedara mara yang lain. Kami sebuah rumah je di sini dikalangan sedara mara isteri aku. Jadi sukar la sedara mara nak datang. Kalau di MANJUNG ada dua orang abang isteri aku dan di KG SETERUS SAUK ada 3 orang kakak isteri aku...Kami cuma satu rumah je yang terpencil dikalangan adik beradik isteri aku. Tu sebab rumah aku tak popular sangat di kalangan sedara mara isteri aku. Duduk terpencil...hahahaha... Aku tak kisah pun sama ada dikunjungi atau tak oleh sesapa pun sebab di dunia ni pun kita menumpang sementara je kan...Tempat kita yang kekal di SYURGA...tak gitu... 

Tak lama kami bersembang, ALONG dan SAADIAH nak bergerak pulak ke KG SETERUS, SAUK, K.KANGSAR. Masa kuar pintu rumah, bertembung pulak dengan anak bungsu kami yang baru balik dari BEHRANG. Tak tau pulak dia nak balik hari ni. Tiba tiba je muncul. ALONG dan SAADIAH seterusnya bergerak ke KUALA KANGSAR pulak melalui pekan PARIT dan SENGGANG......

Aku sekarang ni sedang bercadang pulak untuk ke Kemunting, TAIPING pulak lepas ni tapi tak tau bila pulak masanya...

Nampaknya itu je yang aku nak tulis....

~ Sekian ~


daud m zakaria..



CATATAN TERKINI...coretan

  Diari DAUD - Hari ni aku nak buat beberapa catatan yang masih belum aku kongsikan di sini. Lepas Ramadhan dan Syawal ni aku dah mula buat ...