Diari DAUD - Penutup ziarah SYAWAL kami ialah pada hari SABTU, 3 Mei 2025. Itu pun da masuk bulan
ZULKAEDAH. Memang dah rancang
pun untuk pi ke rumah
ENCIK AKHIR dan ENCIK MI dan
seterusnya rumah abang USOP. Beberapa
kali dah plan tapi gagal. Akhirnya ada jugak kesempatan
untuk ziarah pada hari SABTU tu. Jadi kami terus je pi ke MANJUNG PERAK tu. Biasanya bila SYAWAL je
kami pi ziarah ke kampung isteri
aku di KG SETERUS SAUK K.KANGSAR tu
pada SYAWAL KEDUA. Lepas tu biasanya kami
akan ziarah ke MANJUNG pulak. Kali ni kami agak lewat
pi ke MANJUNG tu. Namun tak kisah la, asalkan program ziarah tu dibuat juga walau dah masuk bulan
ZULKAEDAH. Kami, setakat dekat dekat
sini je boleh la kami ziarah. Kalau dah
jauh2 tu agak sukar sangat la.
Apatah lagi rentas sempadan...memang
susah la... Aku dah agak sukar nak drive jauh2
apatah lagi untuk keluar daripada negeri Perak ni. Kami
bukan ada dreba lain pun. Kemana mana pun hanya aku je la yang kena dreba...hahaha...
Kami gerak ke rumah ENCIK AKHIR dan ENCIK MI tu lepas ZOHOR. Sampai sana kami terus je masuk rumah. Nampaknya DILA dan suaminya, AFIQ ada balik. Menurut kata mereka akan gerak balik SELANGOR waktu malam nanti. Kami tak lama pun kat rumah ENCIK AKHIR ni. Sembang -sembang dan jamah makanan sikit sikit. Kemudian kami minta diri untuk pi rumah ABANG USOP pulak. Plan untuk singgah sekejap untuk tanya kabar.
Tiba rumah ABANG USOP kami dijemput masuk. Kebetulan anak ABANG USOP, AMIRUL ada sama. Dia baru balik dan keluar sekejap untuk beli lemang...itu apa yang isteri aku kata la. Di dalam rumah kami duduk sat sebelum ABANG USOP dan KAK JU masuk ke ruang tamu. Maka kami sembang la di ruang tamu tu. Sembang-sembang ringan. Tak lama kemudian anak KAK JU, AMIRUL pun sampai. Dia la yang hidangkan lemang tu.
Sembang punya sembang tak terasa hari dah hampir senja, ASAR pun belum tunai lagi...hahaha..Oleh itu dalam keadaan solat ASAR dah hampir waktu penghujung, kami mintak diri untuk berlalu pergi. Plan nya nak singgah rumah ABANG USOP dan KAK JU cuma beberapa minit je...tapi akhirnya sampai hujung waktu ASAR...hahaha..Moga tidak berada dalam kalangan orang yang CELAKA seperti dalam surah AL QURAN tu....
Di rumah SOLEHAH kami sempat tunaikan solat ASAR...seusai salam...azan Maghrib pun berkumandang...haihhh...Malam tu kami tidur di rumah SOLEHAH. Lepas ISYAK kami gerak ke LUMUT. Aku bercadang untuk buat rakaman video persembahan BUSKERS di tepi pantai LUMUT tu. Hujan turun pulak renyai renyai dan parking nampak macam penuh seluruh pekan LUMUT tu. Nak parking tak boleh. Akhirnya ambil keputusan untuk balik rumah je. Tu sebab dalam video kat atas tu tiada persembahan buskers dan video suasana sekitar pekan LUMUT tu.
Sabtu, 3 Mei 2025, ALONG dan SAADIAH berkunjung ke rumah aku. Mereka tiba dari MANJUNG lepas ASAR. Mereka asalnya gerak dari JOHOR itu hari. Di Manjung tu dorang ziarah ENCIK AKHIR dan ABANG USOP. Kami sembang-sembang sekejap. Tak lama pun dorang kat rumah kami tu. Dia orang singgah sat sebelum bergerak untuk ke KG SETERUS, SAUK, K. KANGSAR pulak. Sembang macam-macam la. Tiada isu khusus pun dalam sembang berkenaan. Lama jugak kami tak berjumpa. Las kami jumpa masa AJIK nikah di Bangi itu hari...iaitu tahun 2024 yang lalu. Rumah kami ni payah nak dikunjungi sedara mara isteri aku sebab ianya terpencil daripada sedara mara yang lain. Kami sebuah rumah je di sini dikalangan sedara mara isteri aku. Jadi sukar la sedara mara nak datang. Kalau di MANJUNG ada dua orang abang isteri aku dan di KG SETERUS SAUK ada 3 orang kakak isteri aku...Kami cuma satu rumah je yang terpencil dikalangan adik beradik isteri aku. Tu sebab rumah aku tak popular sangat di kalangan sedara mara isteri aku. Duduk terpencil...hahahaha... Aku tak kisah pun sama ada dikunjungi atau tak oleh sesapa pun sebab di dunia ni pun kita menumpang sementara je kan...Tempat kita yang kekal di SYURGA...tak gitu...
Tak lama kami bersembang, ALONG dan SAADIAH nak bergerak pulak ke KG SETERUS, SAUK, K.KANGSAR. Masa kuar pintu rumah, bertembung pulak dengan anak bungsu kami yang baru balik dari BEHRANG. Tak tau pulak dia nak balik hari ni. Tiba tiba je muncul. ALONG dan SAADIAH seterusnya bergerak ke KUALA KANGSAR pulak melalui pekan PARIT dan SENGGANG......
Aku sekarang ni sedang bercadang pulak untuk ke Kemunting, TAIPING pulak lepas ni tapi tak tau bila pulak masanya...
No comments:
Post a Comment