Diari DAUD - Hari ni aku nak buat beberapa catatan yang masih belum aku kongsikan di sini. Lepas Ramadhan dan Syawal ni aku dah mula buat eksesais di BENDANG SENIN tu. Dah lebih 2 bulan aku tak turun ke bendang tu untuk peluhkan badan. Bukan joging pun...tapi cuma berjalan lebih kurang 5 Km je. Lebih kurang 8 ribu langkah kut dihasilkan. Ini lah rutin aku sejak aku pindah ke kampung ni. Badan mesti dipeluhkan sebab memang perlu la kan. Masa kita keje dulu badan selalu bergerak ke sana ke mari. Bila da pencen ni mesti digerakkan jugak.
Lama sungguh aku tak ke bendang ni. Rupanya padi yang ditanam oleh petani atau penanam padi dah pun berbunga dan berbuah. Kalau aku tak silap dia orang mula menanam dalam bulan puasa yang lalu. Bulan puasa aku memang tak pi bendang untuk eksesais kan badan. Bulan puasa..mana mampu weh...Tak penuh pulak puasa nanti sebab dahaga...Aku buat eksesais kat bendang ni 3 kali seminggu. Rasanya ok la kut daripada tak buat langsung kan...hahaha...
Aku memang perlu peluhkan badan ni. Mana boleh duk diam...makan tido makan tido je...Sekurang kurangnya badan memang perlu dikeluarkan peluh. Kalau tak peluhkan badan tentu apa yang kita makan hari2 tu akan gemukkan badan kita dan timbul pulak penyakit lain. Eksesais bukan nak halang mati tapi nakkan badan rasa lebih ringan dah tak lesu...Mati memang tak boleh nak halang pun....
Aku jugak sempat buat rakaman video berkaitan pagar baru yang dibina di Tanah Perkuburan Islam Kg Senin tu. Sebelum ni aku memang ada buat rakaman video pembersihan tanah wakaf tu sebelum bulan puasa itu hari. Pagar baru tu dah lama siap dah. Tapi baru2 ni baru la aku ada kesempatan untuk buat video berkaitan pagar baru tanah wakaf tu. Memang perlu pagar baru untuk gantikan pagar lama yg dah banyak runtuh tu. Pagar baru yang lebih kukuh memang perlu untuk mengelakkan binatang ternakan daripada masuk ke tanah perkuburan tu. Yang paling utama untuk dihalang ialah babi. Babi tu bukan binatang ternakan tau...hahaha...Bila babi masuk habis semua kawasan tanah perkuburan dibajaknya. Rata rata kawasan tanah wakaf tu dibajaknya. Macam sawah pulak. Berlobang sana sini. Babi ni suka cari cacing...tu sebab dibajaknya tanah di kawasan tu. Harap lepas da ada pagar baru ni, takde la babi masuk lagi. Jangan la pulak ada manusia pulak yang rosakkan pagar tu. Kalau ada yang rosakkan pagar tu...lebih kurang la sikapnya macam binatang bab tu...
Macam biasa...pagi Jumaat aku serta isteri dan adik pompuan aku dan suaminya akan mengopi di kedai MARIAH YUS. Hari Jumaat je la...Hari lain isteri aku akan buat sendiri sarapan pagi. Sekurang-kurangnya ada la harinya yang isteri aku rehat dan tak perlu masak sarapan pagi. Nanti ada pulak yang akan tanya...kalau isteri tak masak, suami la pulak kena buat sarapan..tak gitu...Kalau ada yang tanya macam tu...aku akan jawab...Aku memang malas la nak masak ni...Memang aku malas pun nak masak...tapi ada masa tertentu aku akan masak la...Kalau perlu..Kalau sangat perlu...Korang tak percaya aku boleh masak ka...Cuba semak tulisan aku di link bawah ni...Aku kena masak bila isteri aku tak sihat...Isteri aku tak sihat sebab dia ada pendarahan dalam otak dulu tu....Boleh baca kisah isteri aku di link bawah ni..
Aku juga masak atau turun ke dapur masa isteri aku dalam pantang...
Antara resepi yang aku masak ada dalam YouTube aku...Salah satu menu masakan aku ada di utube ni...
Nak mudah korang taip je kat 'search' utube tu.."tika bila suami perlu masak". Akan kuar la semua menu masakan aku masa isteri aku sakit tu...hahaha...Dari masa keje dulu memang aku agak malas nak masak ni. Maklum la keje siang malam. Tugas orang media memang macam tu. Tugas tak menentu. Memalam pun pi keje kalau ada tugas. Kalau keje di media swasta lagi la sibuk. Ada yang tak balik pun berhari hari. Tak percaya cuba la tanya pada sapa2 yang keje di stesen tv dan sebagainya. Atau cuba la tanya para wartawan. Itu pun tugas bahagian media. korang boleh semak la keje aku masa aku masih belum pencen kat link di bawah tu...
Masa tu semua keje penerbitan video bahagian kami lakukan....
Tu sebab bila masa cuti je...rehat terus sebab nak hilangkan tekanan keje dan juga nak rehatkan badan. Letih beb..Tak daya dah nak turun ke dapur. Jadi mana la ada masa nak duk kat dapur...Isteri2 kena faham la kalau dapat laki yang bekerja tak tentu masa ni...Masa hari cuti, memang letih sangat dan masa tu la nak rehat serehat-rehatnya....Tapi masa isteri tak boleh nak ke dapur, suami memang kena ke dapur la....Amacam...da search utube...'tika bila suami kena masak tu'....hahaha....
Beberapa hari lepas juga aku ada buat
penerbitan video MAJLIS AKAD NIKAH dan
MAJLIS PERKAHWINAN anak pompuan besan aku
di Parit nu. Bini aku kata ada jemputan untuk majlis perkahwinan anak besan kami. Anak pompuan
aku yang jadi menantu dorang kata kalau
aku nak buat rakaman video boleh la pi.
Aku memang tak kisah pun. Memang
aku suka buat rakaman dan suntingan apa2
majlis pun. Sebabnya kalau aku tak buat rasa macam
aku tak puas pulak sebab aku dulu memang keje macam tu. Jadi aku setuju je cadangan anak pompuan aku tu. Tu sebab wujud video kawen kat atas tu. Aku rakam dengan
handphone je pun. Nak guna kamera mahal2
aku takde dana untuk beli...guna je hp...
hahaha....Aku rakam mana yang aku mampu je.
Dan yang penting aku tak ganggu keje jurufoto yang
dah ditempah untuk merakam detik2 penting majlis berkenaan. Video aku buat ni memang rakaman majlis akad nikah
dan majlis perkahwinan. Semua ada dalam
rakaman tersebut. Bukan saja visual
pengantin tapi juga semua
perkara.
Aku tak fokus pun pada pengantin sahaja.
Tentu ada yang tonton balik kan visual sesapa je yang
ada dalam video tu. Mungkin tetamu jugak nak tengok jugak visual dia dalam video tu kan...kan....Apa apa pun aku
puas hati dengan apa yang aku buat. Harap yang menonton pun puas hati jugak la...hahaha...
Ada satu lagi penerbitan video yang aku buat.
Video goreng kerepek. Rakaman tu aku buat kat rumah je. Mereka yang terlibat dalam keje tu ialah bini aku, adik pompuan aku dan kakak ipar aku...
Akhir sekali sebagai penutup catatan. Aku bukan la penggemar politik yang 'hardcore'. Cuma aku nak pesan satu la sebagai orang tua...ewah...tua dah...Orang kita...tolong la bersatu. Cari cara macam mana nak bersatu walau berlainan ideologi. Jumlah kita tak ramai pun, lebih kurang 60% lebih je...60% tu tak ramai pun, apatah lagi bila dah berpecah belah...Dalam 10 atau 30 tahun akan datang kalau kita berpecah, kita takkan kemana. Semuanya akan terlepas...Salah satu yang dah terlepas, kita tak kuasai ekonomi pun. Cuba semak...mana ada sorang pun billionaire orang kita dalam 10 orang yang terkaya dalam MALAYSIA ni...Jangan kita cipta lagi TOK KADUK zaman kita dan zaman korang ni...Menang tepuk tapi semua tergadai...Cukup la setakat itu...
No comments:
Post a Comment