Diari DAUD, 23 Julai 2026 - Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Kali akhir ialah dalam bulan MAY 2026. Masa tu aku tulis berkaitan pemergian ke Rahmatullah saudara IDRIS BIN UDA SAIDI. Video ada kat link di bawah..
Kali ni juga aku nak mulakan tulisan aku dengan pemergian AWAL LUDIN iaitu BIRAS aku pada 3 JULAI 2026. Videonya ada aku paparkan di atas. Sebelum ini, aku juga kehilangan seorang lagi BIRAS pada tahun 2024 iaitu PIAN. Videonya aku paparkan di bawah.
Jarak pemergian diantara mereka berdua ialah lebih kurang 2 tahun. Sama sama lah kita berdoa moga mereka berdua dimasukkan ke dalam golongan orang yang soleh. Aku doakan mereka berdua diampunkan oleh ALLAH SWT segala dosa mereka semua. Moga ALLAH AZZA WAJALLA hindarkan mereka semua daripada siksa kubur, siksa Mahsyar, siksa neraka dan dimasukkan ke dalam SYURGA...aminnn...
Bagi aku, kedua dua mereka amat baik. Memang aku tak pernah pun mendengar apa apa perkara buruk tentang mereka. Aku kenal AWAL LUDIN selepas aku masuk ke dalam keluarga HAJI MOHAMAD NORDIN tahun 1988. Aku kenal PIAN selepas dia masuk ke dalam keluarga HAJI MOHAMAD NORDIN selepas aku. Kedua dua mereka amat baik bagi aku sejak aku punyai keluarga kecil lagi. Aku tak pernah pun punyai rasa kecewa, marah, kecik hati dan sebagainya kepada mereka semua walau sekelumit. Langsung takda. Bagi aku mereka semua amat baik kepada aku dan keluarga aku. Semua kebaikan mereka kepada aku dan keluarga aku kemas tersimpan dalam ingatan sampai bila2. Moga ALLAH SWT kurniakan balasan PAHALA yang amat besar kepada mereka berdua...aaminnn....
Bila aku kaji balik dalam keluarga mentua aku ni, anak anak perempuannya yang sulung lebih awal kehilangan suami. Bertahun tahun yang lalu. Kemudian meninggal pula suami anak permpuan yang kedua. Bertahun selepas itu anak perempuan yang paling bungsu pula meninggal. Dia meninggal dalam rumah aku di BANGI masa tu. Bertahun lepas tu PIAN pulak meninggal iaitu suami adik ipar aku yang kedua bungsu. Kemudian meninggal pulak AWAL LUDIN, suami adik isteri aku. Selang masa dua tahun selepas PIAN meninggal. Aku lihat kembali...suami2 anak perempuan HAJI MOHAMAD NORDIN ni meninggal bermula dari bawah. Rasanya lepas ini giliran AKU pulak kut...mungkin jugak dalam jangka masa 2 tahun...gamaknya...opst! hahaha....Aku pun bukan muda lagi...dah 66 tahun...2 tahun lagi dah 68 tahun..hahaha..Tapi kalau itu yang dah tercatat di LUH MAHFUZ...terima je la sebab ajal tu memang pasti dan bila tiba ajalnya maka matilah...
Sebelum ALMARHUM AWAL pi menemui ALLAH AZZA WAJALLA, KAK JU dah pi dulu beberapa minggu sebelum tu. Aku sempat la ziarah KAK JU masa dia meninggal tu. KAK JU ni BIRAS aku jugak. Dia isteri kepada abang ipar aku ABANG USOP. ABANG USOP tu abang sulung isteri aku. Aku sempat juga buat rakaman masa pengkebumian KAK JU di MANJUNG tu. Moga ALLAH SWT ampunkan semua dosanya. Dihindarkan dia daripada siksa kubur, siksa Mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam syurga...aamiinnnn...Ada videonya kat atas tu..
Sehari sebelum KAK JU meninggal, sorang jiran aku kat kampung aku jugak meninggal dunia. Dia ni memang jiran dan selalu aku jumpa sebab selalu nampak dia berjemaah di Masjid kat kampung aku. Dia ni memang tak banyak cakap pun. Baik orangnya. Selama aku dah menetap kat kampung ni selalu la jumpa dia di masjid dan di majlis2 kenduri kawin dan majlis doa selamat yang sering ada kat kampung aku ni. Tak banyak cakap dia ni. Aku jadi saksi la dia ni baik orangnya. Moga dia dihindarkan oleh ALLAH AZZA WAJALLA daripada siksa kubur, siksa neraka dan siksa Mahsyar dan dimasukkan ke dalam syurga...aminnn...Aku juga sempat buat rakaman video masa pengkebumian dia tu...Video ada kat atas tu...
Bila kita sering melihat kematian orang lain, tak secara langsung kita akan ingat kepada mati. Seram sangat bila ingat mati ni. Kita percaya bila masuk saja ke alam berzah kita akan hadapi proses di alam barzah ni. Kita akan dihimpit oleh bumi bila masuk ke perut bumi. Kalau kita orang beriman bumi akan himpit kita seperti ibu mendakap anaknya. Kalau kita pendosa tentu bumi akan himpit kita hingga bersilang tulang serangka, tentu sakit amat sangat kan.
Kemudian turun malaikat munkar Nakir yang kita dengar seperti dalam talkin tu. Dan berlaku la soalan malaikat tu. Pernah terbaca untuk elakkan siksa kubur antaranya masa kat atas bumi ni kita seringlah baca al quran dan surah AL MULK. AL MULK ni baca hari2 selepas Maghrib atau selepas Isyak. Disamping itu ibadat solat wajib jangan tinggal la. Cuba la korang semak balik atau tanyalah mana mana Pak Ustad. Aku bukan ustad. Baca hari2 la jangan tinggal sampai kita mati.
Pernah jugak terbaca tempat roh2 selepas kita mati.. Lepas mati roh ditempatkan di ILLIYI. ILLIYIN Merupakan satu lokasi di ARASYH. Roh yang baik baik saja yang berada di sini. Roh para syuhada pula berada dalam burung hijau yang terbang dalam syurga. Ada juga roh dalam perut bumi dan di perut bumi lapisan ke berapa tah. Aku tak ingat dah. Cuba korang tanya ustad...aku bukan ustad... Roh orang Islam yang berada di perut bumi ialah roh orang ISLAM yang kurang baik dan dikenakan siksa kubur. Roh orang kafir berada dilapisan bumi yang jauh yang sentiasa disiksa sampai hari kiamat. Cuba korang semak ni. Aku terjumpa dalam buku yang aku baca. Cuba korang tanyakan Pak Ustad untuk penjelasan, untuk confirmation...Rasanya cukup la aku tulis setakat ni je. Yang lain2 korang tanya la ustad2 sebab aku bukan ustad. Cuma aku nak pesan kat diri sendiri dan sapa2 yang baca la...Kita duk kat Barzah tu sampai kiamat tau. Kalau kita bahagia di Barzah tentu suka kan. Tapi kalau kita disiksa sampai hari KIAMAT tentu SAKIT SANGAT kan. Tengok la nenek moyang kita yang dah mati tu beratus dan beribu tahun dulu tu...kalau roh dorang baik, bahagia la dorang kat barzah tu...Kalau roh dorang tak baik, sampai sekarang dan sampai kiamat la akan disiksa...Tak takut ka...Jadi...sama sama la kita buat baik atas muka bumi ni...Cuba kita elakkan buat dosa sesama manusia. Dosa sesama manusia ni sukar sikit nak dapat kemaafkan daripada si polan tu. Dosa kepada ALLAH SWT rasanya lebih mudah untuk mendapatkan keampunan daripada ALLAH SWT. Jaga2 sikit. Kita jangan buat benda MUNGKAR walaupun kecik dosanya...
Ok lah...kita pi pulak ke cerita lain...Dalam beberapa bulan ni aku agak banyak dan sibuk jugak buat rakaman dan suntingan video untuk orang-orang kampung aku. Rakaman tu aku buat secara free je...Aku anggap sebagai KHIDMAT MASYARAKAT saja asalkan rakaman tersebut aku buat di kawasan kampung aku je. Itu je yang mampu aku buat untuk orang kampung aku. Aku harap apa yang aku buat tu akan memuaskan hati mereka semua. Video video tu semua aku letakkan dalam channel youtube aku. Kalau korang nak tonton bolehlah pi ke saluran youtube aku di link di bawah..
Semua jenis rakaman aku buat antaranya MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS NIKAH, TAHLIL DAN DOA SELAMAT, MAJLIS BERTUNANG, SUKAN SEKOLAH, ACARA ANJURAN MASYARAKAT KAMPUNG, KEMATIAN AHLI MASYARAKAT dan sebagainya lagi. Yang belum aku buat rakaman ialah MAJLIS BERKHATAN je..hahaha.....Mungkin budak budak dah tak ramai kat kampung ni kut. Maklumlah orang2 kampung ramai generasi tua yang sememangnya tidak lagi produktif..hahaha..opst!. Orang-orang kampung tempat aku tinggal ni, tak mintak pun untuk dirakam majlis mereka tu tetapi aku secara sukarela minta untuk membuat rakaman majlis-majlis berkenaan. Menyibuk betul aku ni kannn...Tu yang aku katakan KHIDMAT MASYARAKAT aku untuk warga kampung aku ni. Harap mereka semua berpuas hati la kan...Aku akan buat rakaman tanpa mengira kelompok mana mana pun. Rasanya tindakan aku tu akan mengembirakan semua pihak.
Rasanya aku dah macam takde idea nak tulis lagi. Jadi aku nak tutuplah tulisan aku ni...
SEKIAN...
No comments:
Post a Comment