Thursday, May 14, 2020

Selamat datang PKPB dan selamat RAYA jugak..

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 15 Mei 2020... Sebelum aku panjangkan tulisan aku ni...aku nak mintak maaf pada semua yang kenal aku sebab tak lama lagi kita akan sambut RAYA...maafkan la aku..dan sememangnya aku sentiasa maafkan kalian semua...Kita masih lagi dalam waktu PKPB. PM jugak dah umumkan PKPB dilanjutkan lagi selama 4 minggu hingga bulan JUN 2020. Dan......yang paling menyedihkan ramai orang, ialah Sambutan Raya merentas DAERAH dan NEGERI tidak dibenarkan...huhuhu...Nampaknya ramai le yang toyak sakan nanti..hahaha...opst! saja je tulis bahasa Perak nii...mana faham, faham la...Apa boleh buat la...Sambutan raya jugak hanya dibenarkan 20 orang untuk sekali bertamu. Maknanya dalam satu masa hanya boleh dibenarkan berkumpul untuk bertamu sejumlah maksima 20 dalam satu rumah. Hahahaha...nampaknya kena bagi jadual masa untuk bertamu la gamaknya. Payah jugak kan...andaikata beberapa keluarga tetamu sampai dalam masa yang sama macam mana...? Kena buat appointment ke, bila masa boleh datang bertamu. Kalau macam tu agak payah jugak...kalau kena keluarga yang mudah KOYAK perasaannya atau yang mudah BERTISU atau yang FRAGILE...tentu dia orang menyampah nak datang kalau tuan rumah siap bagi masa bila nak datang...tak gitu ke...? Kalau yang mudah faham dan kalau yang hati SADO tentu tak kisah pun...kalau diberi masa bertamu dia terjah jugak...hahaha...Tapi tu lah...semua ni untuk kebaikan kita jugak supaya penyakit makhluk halus tu tak merebak dan mewujudkan cluster baru pulak iaitu CLUSTER RAYA...hahaha...Agaknya wajar ke tuan rumah sediakan sanitiser dan cek suhu setiap yang hadir...hahaha...opst!. Infor terbaru mengatakan kita mungkin terpaksa hidup dengan covid-19 ni sama macam kita hidup dengan HIV. Virus tu akan tetap ada bersama kita cuma kena terkena atau tak itu nasib memasing la...sama macam demam denggi la kut...



Wabak covid seluruh dunia dah menjangkau lebih 4 juta orang dan kematian lebih 200 ribu orang. Kat negera kita wabak dah macam menurun sikit dan rasanya dah ok tu sebab PKPB diketengahkan sebab wabak dah berkurang. Namun kita masih jugak amalkan penjagaan diri macam biasa. Pakai mask dan sanitiser. Sanitiser untuk bunuh virus di tangan sementara mask untuk elakkan kita daripada dijangkiti daripada orang lain. Kalau kita ada membawa virus kita akan dapat menghalang diri kita daripada menjangkiti orang lain melalui mask yang kita pakai tu. Maknanya kita jaga kita dan kita jaga orang lain...tak gitu...Ada jugak berita yang mengatakan negara lain iaitu negara yang dah dikatakan tiada lagi wabak, dah kembali terkena wabak berkenaan tapi mungkin boleh dikawal kut..Ini mungkin disebabkan orang ramai yang tak patuh dengan peraturan terutama penjarakan kut dan pakai mask, gamaknya la. Jadi sama2 kita jaga kita supaya wabak tak kembali mengganas lagi. Semalam aku pi pos opis untuk renew roadtax...fullamak beratur sampai luar...Tah bape jam aku beratur..tambah pulak line JPJ macam siput sedut slownya...lama baru selesai...agaknya dalam 2 jam lebih kut baru aku selesai urusan dengan pos opis tu...leceh beb...PKPB pulak dah ditambah lagi 4 minggu hingga bulan jun 2020. Nampaknya semua aktiviti luar aku punah, seperti hiking...dah berapa minggu tak hiking...kena sambung balik lepas raya..Badan pun agaknya dah tambah berat....aku tak timbang pun sebab bimbang mata aku elergic tengok jarum penimbang...ekekeke...opst!


Masa duk kat rumah sebab PKPB ni, sempat la jugak aku siapkan beberapa video syok sendiri aku untuk di upload ke youtube aku...ok la jugak daripada aku tak buat pape...Letih oww...kalau duk rumah tak buat pape...Video2 tu boleh tonton DI SINI kalau nak...video syok sendiri aje...jadilah untuk habiskan masa bosan aku tu...semua benda kalau boleh aku nak videokan...tapi tu la idea dah tak berapa banyak...da tua kan..Bila sering duk rumah...dah terasa sangat bosannya. Sekarang ni aku ada gak kuar untuk beli bahan bahan untuk dimasak. Itu aje la aktiviti aku untuk bebaskan aku daripada bosan. Aku jugak pi ke pasaraya dan premis perniagaan lain untuk beli apa yang perlu..La ni semua dah di cek kalau nak masuk membeli kat dalam premis tu...Sering suhu aku atas 36 darjah selsius tapi bawah 37...Ada jugak aku tengok catatan tu yang suhu badannya 35 darjah aje... Kadang rasa rimas jugak hidup macam ni..letih ooo...kena guna mask tiap masa...dah macam ninja aje pi memana...hahaha...Kat pasaraya pulak dah mula dengar lagu2 raya...hahaha...tapi tu la...PM kata balik kampung tidak dibenarkan. Hanya boleh bertamu tidak lebih 20 orang dalam sesatu masa. Macam mana pulak tuan rumah nak tentukan jadual tetamu tu kannnn...? Kalau berpandukan kepada informasi sebelum ni...golongan kanak2, pengidap penyakit kronik dan warga emas amat berisiko. Jadi macam mana nak pi bertandang jika di rumah tu ada baby, orang tua atau warga emas dan jugak orang yang punyai penyakit kronik...? Kalau aku warga emas, maknanya aku tak boleh terima tetamu atau aku tak boleh pi bertamu ke...? Haihhh....! banyak pulak benda nak difikirkan masa wabak ni kannn...susah kannn...? Apa boleh buat laaaaa.....hahaha...


Satu lagi yang heboh dalam media sosial ialah berkaitan pendatang asing. Masih ramai pendatang asing kat negara kita ni...Ada dikalangan mereka yang boleh menyebarkan covid-19. Rasanya ramai jugak yang terdiri daripada pendatang asing yang haram yang masuk tanpa dokumen. Undang undang negara lain, pendatang yang masuk ke negara mereka dikenakan hukuman lebih berat daripada negara kita ni..ada yg dihukum tembak..Negara kita, undang2nya agak longgar dan ada jugak yang dah ada IC dan entah dari mana dia orang dapat...Macam macam hal berlaku di dalam negara kita ni berkaitan pendatang asing. Lebih 90% pelancong Cina dan India masuk ke sini tapi tiada rekod keluar...mana dorang menyorok...bimbang kalau dia orang ada IC tentu dah boleh mengundi...Bekas PM kata sejumlah 2 juta pelancong China masuk ke negara kita...kalau dorang tak kuar2 tentu susah kita nanti...Kerajaan pun sekarang ni sedang giat menyita perniagaan pendatang asing yang tidak berlesen terutama di Kuala Lumpur. Tak pasti macam mana boleh biak dan mudah biak perniagaan warga haram asing ni. Padahal mereka memang tidak boleh berniaga di negara kita kalau betul betul ikut undang undang. Mungkin hal ni berlaku sebab masalah korupsi yg tebal.... Mungkin ramai yang marah bila disebut korupsi tapi tu lah, sejak akhir2 ni perkara tersebut memang mudah berlaku dalam kalangan pihak yang bertanggung jawab. Kalau tiada korupsi tentu benda ni takkan berlaku...percayalah...Kementerian pengguna sekarang ni giat jugak menggempur perniagaan runcit warga asing termasuk warga ACEH. Ini disebabkan terdapat laporan yang mengatakan warga ACEH ni menaikkan harga barang sewenangnya ketika PKP ni. Harga melampau kata dorang. Tu yang pihak berwajib gempur golongan ni...Perniagaan Aceh ni dah wujud sejak 1980 an lagi. Kalau ikutkan undang undang, pendatang asing tak boleh berniaga di negara kita. Sekarang ni terdapat 500,000 warga Aceh di sini dan 100,000 daripada mereka bergiat dalam perniagaan runcit. Ada dikalangan mereka punyai IC Malaysia...Haihhh...macam mana dorang boleh dapat...mungkin IC palsu kut.... Tu sebab di mana mana aje ada premis warga Aceh ni...mereka merupakan rangkaian perniagaan seperti mamak jugak. Tapi tu la kalau dia orang tak boleh berniaga napa pulak kedai runcit warga Aceh ni macam cendawan tunbuh...? Rasanya mungkin jugak sebab masalah korupsi jugak ni..kalau tak memang takkan jadi macam ni...Rasanya sekarang ni orang Melayu kena amik peluang...buat macam warga Aceh tu..buat rangkaian besar peruncit melayu di seluruh negara. Mana mana Melayu yang kaya tu keluarkanlah modal untuk buat rangkaian macam tu. Aceh boleh berjaya, mamak boleh berjaya...nape melayu tak boleh..Melayu merupakan kuasa beli yang besar, lebih 20 juta penduduk melayu kat negara ni...tak gitu...



Satu lagi isu yang timbul di media sosial ialah sebuah parti yang boleh dikatakan terlalu perkauman mengetengahkan satu perkara yang mengatakan negara kita mengamalkan diskriminasi kaum yang tebal. Pandangan ini nampak macam tak berapa betul atau langsung tak betul, itu bagi manusia yang normal pemikirannya. Banyak hujah yang boleh menyangkal pendangan tersebut. Aku sekadar nak turunkan beberapa aje hujjah yang banyak diluahkan oleh penulis lain di media sosial. Antaranya dinegara ini kaum Cina dan India boleh mewujudkan sekolah sekolah dalam bahasa ibunda mereka iaitu sekolah vernakular..Mereka bebas mendirikan sekolah berkenaan tanpa di diskriminasi oleh pemerintah...Mana ada kerajaan yang bermurah hati untuk berbuat demikian...Kalau negara ini mengamalkan diskriminasi kepada kaum minoriti mana mungkin 80% ekonomi negara dikuasai oleh orang Cina iaitu salah satu kaum minoriti di negara ni. Malah 10 billionaire di negara ini semuanya bukan melayu iaitu 9 orang billionaire Cina dan sorang billionaire India. Jadi tentu macam tak masuk akal kalau dikatakan negara ini mengamalkan diskriminasi yang teruk di negara ni. Kalau di diskriminasi tentu semua billionaire tu adalah orang melayu, ini tak, sorang melayu pun tiada dalam kumpulan 10 orang billionaire tu..Rasanya cukup aje la dua faktor aje yang aku ketengahkan, kalau nak hujah yang lain sila la mengembara seluruh pelusuk media sosial tu. Kaum yang mengetengahkan isu ni rasanya dorang pun tak faham sangat apa yang dikatakan diskriminasi tu atau kaum ni memang kaum yang TAMAK...bukan setakat tamak tapi TAMAK HALOBA, dimana mereka ingin untuk membolot segala yang ada di negara ni sepenuhnya tanpa meninggalkan apa apa kepada kaum pribumi. Aku pun bimbang jugak macam mana anak cucu dan keturunan kita akan hidup bersama kaum yang tamak haloba ini dimasa akan datang. Tambahan pulak sikap sayang pada bangsa sendiri pun kurang dikalangan bangsa kita. Kalau ada pun wujud hubungan erat sesama kaum sendiri ialah di Kelantan aje..ditempat atau negeri lain agak tipis sikap sayangkan bangsa sendiri,.tapi tu lah...kat kelantan tu erat pertalian sesama anak negeri...memang kuat pun. Jadi pertalian seperti ini hanya menguntungkan anak negeri aje, bukan untuk kebaikan seluruh bangsa melayu pun. Bila sikap ini wujud dalam sesebuah sektor maka ia  cuma menguntungkan anak negeri berkenaan aje..bukan untuk semua bangsa Melayu. Jadi renungkan la orang melayu islam...semangat anak negeri memang tak menguntungkan bangsa melayu pun dalam melayari kehidupan bersama KAUM TAMAK HALOBA tu dimasa akan datang...jadi fikirlah jauh jauh...Aku lebih suka semangat orang Kelantan tu diapplikasikan kepada semua bangsa melayu. Kita kena ada semangat macam tu untuk mengatasi semangat kaum yang tamak haloba tu..Kaum yang tamak haloba tu memang kuat sesama bangsa dia orang. Tu sebab 95% kaum mereka sokong parti perkauman mereka tu...Maaf la orang Kelantan kalau pandangan aku ni silap sangat...apa apa pun aku jugak punyai ramai kenalan kelantan masa belajar dalam bidang broadcasting masa kat ukm dulu. Semuanya ok aje...tak tau la dia orang masih ingat aku lagi atau tak...itu tak penting, yang penting dia orang doakan kebaikan untuk aku dan aku jugak doakan kebaikan untuk mereka dunia hingga syurga..Tak perlu pun kita bermusuhan. Tak baik sangat bermusuh dengan sesama muslim, sedangkan yang non muslim hentam orang muslim saban hari tanpa henti...Kuatkan saf dikalangan sesama Islam dan sesama Melayu yang punyai tanah ini. Setiap negara ada tuannya..Negara India, India punya, negara China, Cina punya, negara Tanah Melayu, MELAYU punya....



Kakitangan awam kerajaan dikecam bila dapat duit RAYA...satu isu lagi yang timbul dalam media sosial. Rasanya tak perlulah dikecam sebab rezeki tu Pencipta yang tentuka dan tak perlu kita iri dengan rezeki orang lain. Hal ini ditimbulkan oleh persekutuan majikan malaysia drpd sektor swasta. Boleh baca di sini. Pelik la nape benda tu pun nak dikecam...netizen apatah lagi...Kalau netizen kaum lain takpe la sebab mungkin dalam agama dorang tiada penekanan dalam hal rezeki. Tapi dalam Islam dah pun jelas bahawa rezeki tu Tuhan yang beri...masing2 Tuhan dah tentukan rezekinya. Kalau kita kecam rezeki orang lain macam mana dengan iman kita yang beragama Islam tu..Satu lagi cuba bayangkan macam ni...duit raya atau bonus yang kakitangan awam dapat tu bukan kemana pun pi nya... ia cuma membentuk pusingan dalam kehidupan...Macam ni, duit yang dorang dapat tu..itulah duit yang beli barang2 penjaja kecil dan sederhana tu. Kuih mak cik tu dibeli dengan duit tu, roti jon anak muda tu dibeli dengan duit tu jugak, duit tu jugak yang beli pakaian murah peniaga di down town atau up town tu...duit tu jugak yang bayar sewa rumah Haji Mat tu..duit tu jugak la yang order barangan2 online korang semua tu....jadi tak kemana pun duit tu.... akan kembali jugak kepada orang melayu yang jadi penjaja kecil dan sederhana, kebanyakkannya...Nak harapkan kaum lain berbelanja kat peniaga Melayu..? ada tapi taklah seramai orang melayu yang korang kecam kerana dapat duit RAYA yang tak seberapa tu...Kalau nak harapkan duit orang kaya pulak, dorang takkan nak pi berbelanja kepada penjaja macam tu...kalau takde wabak ni tentu sikaya tu berbelanja digedung2 besar dalam atau luar negara...Jadi kesimpulannya, duit tu la yang membantu jugak peniaga2 kecil dan sederhana yang majoritinya orang melayu..fikir positif la...Jangan terlalu mengecam dan cuba fikir secara positif...kita hidup dalam masyarakat yang berbeza rezeki...Satu lagi, masa wabak belum hadir dalam kehidupan kita, bertahun2 kakitangan swasta sering menerima bonus ada yang sampai dua atau tiga bulan gaji tapi kakitangan awam takde pulak sibuk nak kecam...tak gitu...fikirkan la...



Dari segi politik pulak, macam macam kita baca la ni..babak dalam dewan adun melaka, babak dalam dewan di dun perak, isu mb di kedah dan lagi satu Tun M dah kata orang melayu bacul....hahaha...Aku taknak ulas dan campur dalam hal politik yang sensitif ni. Yang pasti bila PRU15 aku akan pangkah calon dari parti yang aku sokong...Korang?...korang terpulanglah sebab memasing bebas memilih sebab negara ni negara demokrasi...Tapi satu yang aku nak kata, negara kita damai bila parti rasis yang mereka kata tak rasis tu takde lagi lepas ni..hahaha...opst! Tapi mustahil akan takde sebab kaum tu majoriti ke sana sekarang ni..Satu lagi isu yang hangat sekarang ni ialah isu Ustaz Ebit Liew beri bantuan serata negeri..memasing bising macam lebah...Pada aku biarla dia nak bantu sesapa pun...tak perlu memasing nak terkejut kingkong bagai..Banyak bising akhirnya orang2 susah tu langsung tak terbela...dan terus susah...Adakah sikap orang Melayu kita macam tu selalu...tak boleh ke berlapang dada...Malulah, memasing dah tua2...buat la cara dah tua...jangan macam bebudak...Soal ikhlas tu pulak, rasanya biar ALLAH SWT yang tentukan...jangan kita nak amik keje Tuhan tu...opst!...jangan marah ye....



Yang aku amat bimbang sekarang ni mungkin ada dikalangan anak anak muda kita yang tak amik berat pun dengan hal politik ni...tak kisah pun dia orang, malah mungkin ada yang tak daftar dan jugak mengundi pun. Bahaya generasi kita macam ni...ramai yang suka bersuka suka aja, amik mudah semuanya...Dalam negara yang penuh dengan masalah kaum ni, mereka perlu ubah sikap, mesti amik tahu perkara berkaitan politik....Amik tau sesangat untuk kesinambungan bangsa dan agama Islam. Tengok la sekarang ni bila politik kita tak kukuh, kaum melayu di hina serta agama Islam pun dihina habis habisan oleh mereka...Amik pengajaran daripada hal hal yang berlaku tu...Kita dah banyak sangat ketinggalan daripada orang lain...Kita masih bercakaran dan tak bersatu hati walaupun agama kita pentingkan penyatuan sesama sedara seIslam...
Aku rasa mungkin ramai yang tak setuju dengan apa yang aku tulis tu...tapi aku tak kisah pun, terpulanglah kepada memasing...asal kita jangan sakiti dan susahkan orang sudah la kannnn..



Rasanya tu je yang aku nak tulis, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga akhirat serta dijauhkan kita semua daripada siksaan neraka yang pedih tu..aamiinnnn
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf ye..




No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...