Saturday, January 30, 2021

Dua Tarikh Bermakna...

Diari DAUD - Semalam, SABTU, 30 Jan 2021. Semalam kami ada majlis kecik sesama keluarga aje. Sambutan dalam famili aje pun. Covid 19 menafikan kita semua untuk berkumpul reramai kan..Semalam kami ada majlis sambutan HARI LAHIR. Hari lahir aku dan isteri aku dalam bulan yang sama tapi berlainan tarikh. Sambutan memang biasa2 aje pun, bersama anak2, menantu dan cucu aje. Semuanya plan anak anak aje pun. Rasanya udah ujung2 usia ini aje la aku macam rajin je buat sambutan hari lahir ni...Macam aku kata tadi plan anak anak aje pun. Kalau aku yang saja2 nak sambut memang tak la...aku memang tak kisah pun nak sambut atau tak. Itu sebab aku 'sembunyikan' tarikh lahir daripada FB...ekekeke....Aku memang tak minat sambut tarikh lahir aku ni...ekekeke...Tapi aku bersedia pi untuk sambut hari lahir orang lain jika dijemput...hahaha...Apa apa pun, terima kasih la kat anak anak yang plan sambutan ni untuk aku dan ibu...Jika ini merupakan satu penghargaan kepada ibu bapa yang boleh dikira sebagai amal ibadat oleh ALLAH SWT, aku doakan moga semua anak2 aku sentiasa diberkati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiinnnn...Di bawah ni ada video yang telah aku rakam dan sunting...kalau nak tonton, silakanlah...


Teringat masa aku kanak kanak di kampung masa zaman dedulu tu...puluh taun dah pun..Tak pernah sekali pun emak bapak aku buat sambutan hari lahir aku walau sekali...Tapi sikit pun aku tak kisah...terasa hati pun tak...Aku rasa memang emak bapak aku ada benda lain yang lebih penting daripada sambutan tarikh lahir untuk anak anak...Memang aku tak kisah pun...aku rasa emak bapak aku lebih pentingkan perkara lain untuk besarkan anak anak...Takde sambutan hari lahir masa kecik2 dulu pun tapi ada aku kisah...Itupun Alhamdulillah la, sebab emak bapak aku masih mampu besarkan aku...Aku besar bukan sebab sambutan hari jadi...ekekeke...opst!. Masa aku dah sekolah dan dah 'besar'...pun tak pernah sekali pun aku sambut hari jadi...ada aku kisah...memang tak kisah pun...Masa dah ada keje dan ada wang sendiri...pun takde sambutan hari lahir yang aku adakan untuk aku...ekekeke...Ada aku kisah...ekekeke...Bila dah ada anak-anak kecik sendiri pun, aku lebih banyak lupa tarikh lahir anak2 aku. Jarang ada sambutan hari kelahiran untuk mereka...tarikh ulang tahun perkahwinan aku pun jarang aku ingat dan jarang aku sambut...dah tarikhnya pun aku tak ingat, tentu la tak pernah disambut...tak gitu...hahaha....Tapi bila aku da tua-tua ni...anak-anak aje yang ingatkan sambutan majlis tarikh lahir aku dan isteri aku...Terima kasih la...Kalau ini boleh dianggap sebagai amalan baik di sisi ALLAH SWT yg dibuat oleh anak-anak untuk emak bapak...maka, moga2 mereka semua sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiinnn...Kalau dia orang lupa pun, aku pun tak kisah...Hidup aku simple aje, tak perlu nak susah2 nak ingat banyak2 tarikh melainkan tarikh dapat gaji atau tarikh dapat pencen je...ekekekeke...ooopst!

Rasanya itu aje yang aku nak catatkan hari ni...moga kita sentiasa dirahmati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...

Jangan lupa teruskan #bmf, kalau tak boleh semua jangan tinggal semua...


Sekian...

daud.montak.zakaria


Tuesday, January 26, 2021

Cite semalam dan hari ni serta HappyBirthday isteri....

Diari DAUD : Semalam hari ISNIN, 25 JAN. 2021. Pepagi lagi aku dan isteri panaskan badan keliling taman perumahan. Musim PKP ni hanya boleh joging dan berjalan dalam taman perumahan aje. Kalau pi kawasan rekreasi untuk berjoging dah tentu di saman. Jangan cari pasal tau...jaga diri dan jaga duit dan jangan hilang 1K sebab tak patuh undang-undang. Sejak PKP ni memang aku panaskan badan keliling taman perumahan aje. Awal pagi sebelum jam 7 pagi dah kuar rumah. Aku suka pepagi sebab akan selesai sebelum terik matahari. Sempat la aku buat 3 kali pusing taman dan berjalan 6 KM serta bakar kalori lebih kurang 300 kalori. OK la tu kan. Ramai jugak orang lain yang beraktiviti. Ada jugak yang kayuh basikal. Yang kayuh basikal tu mungkin dari taman perumahan yang lain kut. Aku letakkan video panaskankan badan aku tu di bawah...kalau nak, tonton aje la yeee....Jumpa pulak rakan setaman perumahan aku yang dulu jugak rakan se opis aku, SDR. IKHWAN. Sekarang aku da pencen dan dia orang masih keje...Dia nak pi keje kut. Jumpa masa aku dah tamat panaskan badan. Walaupun duduk satu taman, setaun sekali pun payah nak jumpa...hahaha...Apa boleh buat la....

panaskan badan...

Kes Covid 19 semalam kembali kepada 3K. Sebelum tu 4K, kes 4K merupakan kes yang jarang muncul tapi sekarang ni macam biasa aje. Kes sekarang naik dan turun ikut 'kehendak hati' aje....hahaha...Maklumat KKM, kes covid yang mencapai 4 angka hari-hari ni adalah sebab sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. Sektor yang sedemian yang amat menyumbang kepada peningkatan kes covid19 yang tinggi hari-hari tu..Tapi tu la sepatutnya pihak berwajib patut fokuskan denda kepada sektor2 berkenaan yang kaya raya tu, bukan kepada penduduk kampung yang susah nak cari makan tu. Denda 1K bukan kecik, ada sesetengah sebulan pun tak boleh dapat 300RM pun, inikan pulak nak dapat 1K untuk bayar denda. Kesian golongan marhain. Yang patut didenda sektor2 berkenaan yang tokeh2 dia orang tu KAYA RAYA berjuta juta tu...tak gitu...Apa apa pun kita doa la leklok supaya ALLAH SWT angkatkan kembali wabak ni dan kembali kepada keadaan yang asal...amiinnn....


Kes semalam 25 JAN 21, kes kelmarin 4K 

Semalam aku dan isteri selesaikan beberapa perkara. Kami pi ke sekolah untuk beli buku anak bungsu kami. Sampai je ke sekolah, tak boleh masuk kawasan sekolah berdua, sorang aje. Isteri aku aje yang masuk. Aku tunggu diluar. Lama jugak dia kat dalam tu. Pengawal tu benarkan sorang aje yang masuk. Ini peraturan, aku memang akur dengan undang2..Akhirnya nampak isteri bawa dua plastik berisi buku. Aku capai semua bungkusan buku2 tu...nampak macam berat aje dia bawak buku tu...menapak jauh pulak tu...Mujurlah sekolah dah siap bungkuskan buku2 mengikut tingkatan memasing...maka cepat dan mudah urusan tu...

Kemudian kami pi ke FARMASI untuk cari ubat-ubatan. Kebetulan anak kami batuk dan selsema. Biasanya memang kami beli ubat kat FARMASI untuk persediaan di rumah jika berlaku kecemasan seperti ubat batuk, ubat demam dan lain-lain ubat yang boleh disimpan. Itu memang kebiasaan kami sejak zaman berzaman...ewahhh....

Kemudian kami pi pasaraya tesco untuk cari meja kecik untuk anak belajar. Anak heboh nak meja kecik...Ikutkan aje la. Tesco memang ada offer sekarang ni...tak tau la sama ada benar2 offer atau sesaja je...Kadang2 dikatakan murah tapi mungkin harga dinaikkan dan kemudian dipangkah dan diletakkan harga baru..hahaha...Entah entah harga lama...maklum la kita bukan jenis yang boleh ingat harga barang barang yang sebelum ni...Apa apa pun banyak jugak meja kecik yang di offer harga murah tu dah habis dah punnn...Mungkin itulah agaknya kesan, pembelajaran online kat rumah...tak gitu...

Selesai pi tesco, kami pi masuk pasaraya muslim pulak dan beli bebarapa barang keperluan. Pemilik pasaraya ni kalau tak silap aku NGO yang banyak membantu pelarian SYRIA. Moga pasarayanya maju dan dapat membantu mereka yang memerlukan. Rasanya perlu tambah lagi barang-barang MUSLIM dalam pasaraya tersebut.Tambahan pulak pilihan orang Muslim sekarang ni ialah utamakan barang MUSLIM...utamakan, bukan boikot barang orang lain. 

Hari ni SELASA, 26 JANUARI 2021. Hari ni merupakan HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN isteri aku. Ramai adik beradik isteri aku dan anak2 buah dia 'wish' kat isteri aku. Macam macam doa...Moga doa doa sedara mara dan anak2 buah tu dimakbulkan ALLAH SWT...aamiinnn...Rakan-rakan, jiran jiran dan lain2 jugak 'wish' isteri aku..Memang aku dikelilingi oleh sedara mara, ipar duai, jiran jiran yang baik baik belaka...Moga kalian semua sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiinnn...Aku gak doakan moga isteri aku sentiasa DIRAHMATI, DIREDHAI dan DIBERKATI Allah swt dunia hingga ke syurga. Terima kasih bebanyak sangat sebab menjadi teman hidup aku dah lebih 30 tahun. Aku memang sentiasa maafkan DIA sepanjang hidup aku....dan tak perlulah dia susah2 mintak maaf kepada aku kerana aku sentiasa maafkan dia dan sentiasa redha kepadanya. Moga dengan kemaafan dan redha aku yang sentiasa tu, mudah bagi dia untuk masuk ke SYURGA melalui mana-mana PINTU yang dia suka di SANA nanti...aamiinnnn...HappyBirthday untuk isteri aku....Moga segala kekurangan aku sepanjang hidup bersama, isteri aku maafkan segala dan semuanya...Kerana tiada siapa pun TANPA DOSA di atas muka bumi ni selain daripada PARA NABI...

HAPPY BIRTHDAY

wish daripada adik beradik dan anak2 buah kat isteri aku..

Hari ini jugak aku pi renew lesen memandu aku yang hampir 'mati'. Aku pi hidupkan lesen kat POS MALAYSIA aje. Tak ramai orang kat pos opis tu. cepat aje urusan aku. Kawasan pos opis tu udah sibuk sekarang ni. Penuh dengan kedai-kedai sekarang ni. Kedai makan pun dah lebih daripada 5 buah. Itu sekitar pos opis tu je. Dulu kat sini hutan getah dan kelapa sawit aje kalau tak silap. Masa aku mula2 tiba di kawasan ni 30 tahun lalu..memang banyak hutan getah dan kelapa sawit aje....Tak sampai 10 tahun lepas kawasan ni dah banyak taman taman perumahan. Sekejap aje kawasan sini dah penuh dengan bandar2 taman perumahan dan sebagainya. Dah sesak sekarang ni...semua ada dah...Tak perlu pi jauh pun...
Selesai renew lesen, pi singgah kat pasaraya speed. Cari barang keperluan. Macam aku selalu tulis, aku memang utamakan barang muslim walau kat pasaraya bukan muslim. Kalau takde produk muslim, baru aku amik barang non muslim. Kita mesti bantu produk muslim. Kalau kita tak mampu semua, jangan la tak buat semua...Kat sekitar sini pun banyak jugak kedai2 atau mini market muslim. Elewsmart pun ada tapi kawasan elews tu sukar nak parking...tu sebab aku jarang pi sana....Aku bukan jenis manusia yg parking sebarang dan menghalang laluan orang lain....Sebab payah nak parking, aku cari mart-mart yang lain dan mudah parking kete....Di bawah ni aku letakkan video rakaman aku mana yang aku sempat rakam untuk tontonan...kalau nak la....hahaha...

hari ni dan semalam...

Rasanya itu aje yang aku nak tulis...moga kita semua...tak kira sapa la..akan sentiasa dirahmati, diredhai dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...Moga ALLAH SWT hindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke  dalam SYURGA...aamiinnnnn....

Jangan lupa teruskan #bmf, kalau tak boleh semua, jangan tinggal semua...




~ SEKIAN ~
daud.montak.zakaria

Thursday, January 14, 2021

Panaskan Badan Masa PKP 2.0

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 15 Jan 2021: Sepatutnya aku panaskan badan dua kali seminggu di TASIK UJANA Nilai Negeri Sembilan. Namun kerana PKP aku tak dapat rentas sempadan ke  Nilai Negeri Sembilan tu. Dalam seminggu sepatutnya aku pi 2 kali ke TASIK UJANA Nilai, Negeri Sembilan, untuk peluhkan badan. Biasanya hari RABU dan SABTU. Tak boleh pi sana aku kena panaskan badan di sekitar taman perumahan aje la.

Aku kuar rumah sebelum jam 7.00 pagi untuk mulakan berjalan. Sebenarnya ini kali pertama dalam hidup aku kat taman ni peluhkan badan berjalan keliling taman perumahan ni. Dah jadi warga emas baru ada kesempatan untuk peluhkan badan keliling taman...macam lawak aje kan...hahahaha...Masa kuar rumah memang gelap lagi disekitar. Sekarang ni pukul 7.00 pagi memang gelap. Mulanya aku pi sensorang aje dan tak lama lepas tu isteri aku sertai aku sama. Isteri aku tak lama pun berjalan dengan aku. Aku kata kalau tak larat boleh balik dulu sebab aku nak berjalan hingga 6KM. Akhirnya isteri aku jumpa geng pompuan dia sama2 satu taman dan ia terus ikut dia orang sama2 berjalan ke arah lain. Jadi tinggal aku sensorang aje. Aku tak kisah pun sebab aku dah biasa penaskan badan sensorang. Aku memang lebih suka berjalan sensorang aje pun. Itu memang kegemaran aku sejak mula aku aktif panaskan badan ni termasuklah tika panaskan badan di TASIK UJANA tu...Lagi pun kita mati nanti sorang gak kan...hahahaha...

video panaskan badan

Ada jugak beberapa orang yang turut joging keliling taman perumahan tu. Mungkin dia orang memang dah selalu joging kat sini hari hari kut. Maknanya bukan aku sorang aje panaskan badan keliling taman perumahan tu. Aku rasa dia orang mungkin hari hari kut. Aku tak mampu buat hari hari. Masa aku berjalan tu jumpa anjing liar tapi jenis yang penakut kut. Ia akan berlalu aje bila aku berjalan kat situ. Kalau ia kejar, aku pun tak tau nak buat apa...mungkin capai aje yang boleh dicapai...hahaha...Harap2 anjing2 liar di sini tak ganas la...Dalam sejam lebih aku berjalan dan berjaya hakis lebih kurang 300 kalori dan berjalan lebih kurang 6KM. Jadi selesai la untuk hari ni....Dalam musim PKP ni memang la aku akan panaskan badan keliling taman perumahan aje la....Sempat jugak aku rakan video dan edit...ada kat atas tuuuu...

Rasanya itu aje yang aku nak catat kat sini. Moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa diredhai, dirahmati dan berkati oleh ALLAH dunia hingga ke syurga. Moga kita semua dihindarkan oleh ALLAH SWT daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnnn....

Janag lupa terus istiqamah dengan #bmf, jika tak boleh semua, jangan tinggalkan semua...


~ sekian ~

daud.montak.zakaria

Tuesday, January 12, 2021

PKP dan Dharurat...

Diari DAUD - Hari ni 13 JANUARI 2021, bukak mata je pepagi, dah berada di HARI PERTAMA Dharurat seluruh negara dan PKP di Selangor. PKP di Selangor sebab kes covid tak turun2 di negeri ni. Semalam kes terbaru di seluruh negara ialah 3 ribu kes dan Selangor lebih seribu kes. Kali pertama cecah 3 ribu kes di negara kita. Tujuan Yang DiPertuan Agong isytihar Darurat dikatakan dengan hasrat untuk memerangi kes COVID 19 yang dah mencecah 4 angka. Darurat di isytihar hingga 1 Ogos 2021. PKP di Selangor pulak hingga 2 minggu. Bila dah PKP tentu tak boleh rentas daerah dan negeri kannn....Apa apa laaaa...

PKP

DARURAT

Semalam, aku pi panaskan badan di TASIK UJANA Nilai tu. Biasanya aku pi hari RABU dan SABTU, tapi semalam hari SELASA aku pi sana sebab PKP mula hari ni.... Ramai jugak la yang panaskan badan kat tasik tu. Tapi taklah seramai hari SABTU dan AHAD. Disebabkan PKP ni aku tak boleh rentas sempadan jadi aku kena cari altenatif lain untuk panaskan badan masa PKP ni. Mungkin aku akan berjalan aje kut di sekeliling taman perumahan tempat tinggal aku ni...mungkin...Kalau kat taman perumahan, aku kena berjalan awal pagi jugak kut, sebab bila matahari naik tentu panas meghelit...hahaha.... Apa2 pun mungkin hari Jumaat ni aku mulakan berjalan kat sekitar kawasan ini aje kut...Apa boleh buat la....PKP..oh!...PKP....

Semalam, SELASA, pertama kali kes COVI19 mencecah lebih 3K

Tengah hari semalam, kakak ipar aku, KAK NAB dan biras aku, ABANG KAMAL serta kelurganya bertandang ke rumah aku...Saja je bertandang..itulah resam sedara mara, ipar duai. Bagus bertandang ni, antaranya untuk mengeratkan silatur rahim antara kita terutama dikalangan sedara mara. Aku tak kisah pun sesapa aje nak datang ke rumah. Tapi tu la, aku pulak jenis suka duk rumah, jarang nak pi sana sini. Jangan la pulak bila aku tak pi ziarah sedara mara, aku dicop sebagai anti sosial. Aku memang macam tu. Masa kecik kecik dulu pun aku memang lebih selesa memerap kat rumah. Aku jugak bukan yang suka lepak kedai kopi...biasanya yang lepak kedai kopi, semua orang kenai...kan...Aku memang tak minat lepak kedai kopi..Masa duk bujang bila dah keje pun aku memang suka memerap bila hari cuti. Aku memang tak suka nak pi sana sini. Tu sebab aku tak teruja pun jika ada yang bercerita, dia pi ke sana sini walau pi ke hujung dunia sekali pun....😀😀😀😀. Tapi tu la...kalau aku tak suka ziarah ke sana sini, jangan la pulak korang tak datang ziarah ke rumah aku...datang je...jangan tiru sikap aku....hahaha...Rasanya aku memang dah selesa dengan sikap aku ni...hahaha...

Riadah di TASIK UJANA, Selasa, 12 Jan. 2021
Ziarah Silatur Rahim, Selasa, 12 Januari 2021

Bila PKP ni silih berganti...aku tak fikir dalam 2 minggu ni je...rasanya mesti akan disambung, apatah lagi kes dah sampai 4 angka. Semalam kali pertama kes mencapai lebih 3 ribu kes, tak pernah jadi pun sebelum ni...Dengan rentas daerah dan negara dah tak boleh ni, mungkin plan kami nak adakan kenduri kesyukuran mungkin BATAL kut. Cadang nak buat masa Raya Cina ni, rasanya tak jadi la kut..Namun kami akan buat jugak sebab itu dah niat kami, tapi tak tau pulak tarikh baru...Mungkin hari raya atau mungkin hujung tahun. Hujung tahun nanti, kami dah pindah ke kampung...insyaALLAH...Kami akan buat jugak kenduri tu, InsyaALLAH...Aku kena buat jugak kenduri tu di rumah kami kat kampung tu...InsyaALLAH bulan November kut kami pindah ke kampung...kut la...Rumah kami kat sana tak besar mana pun...cukup la untuk kami laki bini habiskan sisa usia kami di sana...InsyaALLAH...Harapan aku, kenduri tu akan menyebabkan jiran2 kat kampung tu sedar kewujudan aku kat kampung tu...hahahaha...Aku memang dah lama tinggalkan kampung aku tu. Aku dulu tak la popular mana pun, malah ada yang tak kenal aku pun kat kampung aku tu masa kecik2 dulu sebab memang aku memerap kat rumah aje...Aku pun jarang sangat lepak kedai kopi, masa aku kecik pun, memang takde gerai2 pun kat kampung aku tu...Ada sebuah aje kedai kopi mamak dalam kampung aku masa tu...Aku keluar kampung sejak umur 20 tahun...tentu ramai yg tak kenal dan aku berhijrah ke Selangor masa umur 23 tahun dan jarang balik kampung. Kalau balik pun aku masih dengan sikap lama aku, memerap...memerap dan terus memerap aje kat rumah...Jadi, aku rasa perlu jugak adakan majlis doa selamat tu di kampung yang dah lama aku tinggalkan. Majlis doa selamat tu untuk semua perkara baik yang telah berlaku dan dengan niat dan harapan yang baik untuk semua perkara yang akan berlaku...semua yang didoakan adalah untuk SEMUA....Sama samalah kita berdoa supaya majlis tersebut dapat diadakan dan mendapat KEBERKATAN ALLAH SWT...aamiinnn....Majlis tu mungkin tak besar mana punnn...untuk sedara mara aje pun....Aku tinggalkan kampung masa muda dan sekarang, nak menetap di sana di usia dah pun jadi warga emas....hahaha...Jadi masa kenduri doa selamat nanti, harap sedara mara, jiran jiran dan rakan2 aku akan hadir...insyaALLAH...

Rasanya itu aje yang aku nak catatkan di ruang ini, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka serta dimasukkan SEMUA ke dalam syurga...aamiinnnn...Apa aja keadaan kita kat dunia ni, semuanya UJIAN ALLAH SWT...lulus ujian ALLAH SWT, tentu destinasi kita di sana tentu sekali dalam BAHAGIA yang KEKAL...janji ALLAH tu pasti......

Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF, kalau tak boleh semua, jangan tinggal semua...

~ sekian ~

daud.montak.zakaria

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...