Tuesday, January 12, 2021

PKP dan Dharurat...

Diari DAUD - Hari ni 13 JANUARI 2021, bukak mata je pepagi, dah berada di HARI PERTAMA Dharurat seluruh negara dan PKP di Selangor. PKP di Selangor sebab kes covid tak turun2 di negeri ni. Semalam kes terbaru di seluruh negara ialah 3 ribu kes dan Selangor lebih seribu kes. Kali pertama cecah 3 ribu kes di negara kita. Tujuan Yang DiPertuan Agong isytihar Darurat dikatakan dengan hasrat untuk memerangi kes COVID 19 yang dah mencecah 4 angka. Darurat di isytihar hingga 1 Ogos 2021. PKP di Selangor pulak hingga 2 minggu. Bila dah PKP tentu tak boleh rentas daerah dan negeri kannn....Apa apa laaaa...

PKP

DARURAT

Semalam, aku pi panaskan badan di TASIK UJANA Nilai tu. Biasanya aku pi hari RABU dan SABTU, tapi semalam hari SELASA aku pi sana sebab PKP mula hari ni.... Ramai jugak la yang panaskan badan kat tasik tu. Tapi taklah seramai hari SABTU dan AHAD. Disebabkan PKP ni aku tak boleh rentas sempadan jadi aku kena cari altenatif lain untuk panaskan badan masa PKP ni. Mungkin aku akan berjalan aje kut di sekeliling taman perumahan tempat tinggal aku ni...mungkin...Kalau kat taman perumahan, aku kena berjalan awal pagi jugak kut, sebab bila matahari naik tentu panas meghelit...hahaha.... Apa2 pun mungkin hari Jumaat ni aku mulakan berjalan kat sekitar kawasan ini aje kut...Apa boleh buat la....PKP..oh!...PKP....

Semalam, SELASA, pertama kali kes COVI19 mencecah lebih 3K

Tengah hari semalam, kakak ipar aku, KAK NAB dan biras aku, ABANG KAMAL serta kelurganya bertandang ke rumah aku...Saja je bertandang..itulah resam sedara mara, ipar duai. Bagus bertandang ni, antaranya untuk mengeratkan silatur rahim antara kita terutama dikalangan sedara mara. Aku tak kisah pun sesapa aje nak datang ke rumah. Tapi tu la, aku pulak jenis suka duk rumah, jarang nak pi sana sini. Jangan la pulak bila aku tak pi ziarah sedara mara, aku dicop sebagai anti sosial. Aku memang macam tu. Masa kecik kecik dulu pun aku memang lebih selesa memerap kat rumah. Aku jugak bukan yang suka lepak kedai kopi...biasanya yang lepak kedai kopi, semua orang kenai...kan...Aku memang tak minat lepak kedai kopi..Masa duk bujang bila dah keje pun aku memang suka memerap bila hari cuti. Aku memang tak suka nak pi sana sini. Tu sebab aku tak teruja pun jika ada yang bercerita, dia pi ke sana sini walau pi ke hujung dunia sekali pun....😀😀😀😀. Tapi tu la...kalau aku tak suka ziarah ke sana sini, jangan la pulak korang tak datang ziarah ke rumah aku...datang je...jangan tiru sikap aku....hahaha...Rasanya aku memang dah selesa dengan sikap aku ni...hahaha...

Riadah di TASIK UJANA, Selasa, 12 Jan. 2021
Ziarah Silatur Rahim, Selasa, 12 Januari 2021

Bila PKP ni silih berganti...aku tak fikir dalam 2 minggu ni je...rasanya mesti akan disambung, apatah lagi kes dah sampai 4 angka. Semalam kali pertama kes mencapai lebih 3 ribu kes, tak pernah jadi pun sebelum ni...Dengan rentas daerah dan negara dah tak boleh ni, mungkin plan kami nak adakan kenduri kesyukuran mungkin BATAL kut. Cadang nak buat masa Raya Cina ni, rasanya tak jadi la kut..Namun kami akan buat jugak sebab itu dah niat kami, tapi tak tau pulak tarikh baru...Mungkin hari raya atau mungkin hujung tahun. Hujung tahun nanti, kami dah pindah ke kampung...insyaALLAH...Kami akan buat jugak kenduri tu, InsyaALLAH...Aku kena buat jugak kenduri tu di rumah kami kat kampung tu...InsyaALLAH bulan November kut kami pindah ke kampung...kut la...Rumah kami kat sana tak besar mana pun...cukup la untuk kami laki bini habiskan sisa usia kami di sana...InsyaALLAH...Harapan aku, kenduri tu akan menyebabkan jiran2 kat kampung tu sedar kewujudan aku kat kampung tu...hahahaha...Aku memang dah lama tinggalkan kampung aku tu. Aku dulu tak la popular mana pun, malah ada yang tak kenal aku pun kat kampung aku tu masa kecik2 dulu sebab memang aku memerap kat rumah aje...Aku pun jarang sangat lepak kedai kopi, masa aku kecik pun, memang takde gerai2 pun kat kampung aku tu...Ada sebuah aje kedai kopi mamak dalam kampung aku masa tu...Aku keluar kampung sejak umur 20 tahun...tentu ramai yg tak kenal dan aku berhijrah ke Selangor masa umur 23 tahun dan jarang balik kampung. Kalau balik pun aku masih dengan sikap lama aku, memerap...memerap dan terus memerap aje kat rumah...Jadi, aku rasa perlu jugak adakan majlis doa selamat tu di kampung yang dah lama aku tinggalkan. Majlis doa selamat tu untuk semua perkara baik yang telah berlaku dan dengan niat dan harapan yang baik untuk semua perkara yang akan berlaku...semua yang didoakan adalah untuk SEMUA....Sama samalah kita berdoa supaya majlis tersebut dapat diadakan dan mendapat KEBERKATAN ALLAH SWT...aamiinnn....Majlis tu mungkin tak besar mana punnn...untuk sedara mara aje pun....Aku tinggalkan kampung masa muda dan sekarang, nak menetap di sana di usia dah pun jadi warga emas....hahaha...Jadi masa kenduri doa selamat nanti, harap sedara mara, jiran jiran dan rakan2 aku akan hadir...insyaALLAH...

Rasanya itu aje yang aku nak catatkan di ruang ini, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka serta dimasukkan SEMUA ke dalam syurga...aamiinnnn...Apa aja keadaan kita kat dunia ni, semuanya UJIAN ALLAH SWT...lulus ujian ALLAH SWT, tentu destinasi kita di sana tentu sekali dalam BAHAGIA yang KEKAL...janji ALLAH tu pasti......

Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF, kalau tak boleh semua, jangan tinggal semua...

~ sekian ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...