Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 15 Jan 2021: Sepatutnya aku panaskan badan dua kali seminggu di TASIK UJANA Nilai Negeri Sembilan. Namun kerana PKP aku tak dapat rentas sempadan ke Nilai Negeri Sembilan tu. Dalam seminggu sepatutnya aku pi 2 kali ke TASIK UJANA Nilai, Negeri Sembilan, untuk peluhkan badan. Biasanya hari RABU dan SABTU. Tak boleh pi sana aku kena panaskan badan di sekitar taman perumahan aje la.
Aku kuar rumah sebelum jam 7.00 pagi untuk mulakan berjalan. Sebenarnya ini kali pertama dalam hidup aku kat taman ni peluhkan badan berjalan keliling taman perumahan ni. Dah jadi warga emas baru ada kesempatan untuk peluhkan badan keliling taman...macam lawak aje kan...hahahaha...Masa kuar rumah memang gelap lagi disekitar. Sekarang ni pukul 7.00 pagi memang gelap. Mulanya aku pi sensorang aje dan tak lama lepas tu isteri aku sertai aku sama. Isteri aku tak lama pun berjalan dengan aku. Aku kata kalau tak larat boleh balik dulu sebab aku nak berjalan hingga 6KM. Akhirnya isteri aku jumpa geng pompuan dia sama2 satu taman dan ia terus ikut dia orang sama2 berjalan ke arah lain. Jadi tinggal aku sensorang aje. Aku tak kisah pun sebab aku dah biasa penaskan badan sensorang. Aku memang lebih suka berjalan sensorang aje pun. Itu memang kegemaran aku sejak mula aku aktif panaskan badan ni termasuklah tika panaskan badan di TASIK UJANA tu...Lagi pun kita mati nanti sorang gak kan...hahahaha...
video panaskan badanAda jugak beberapa orang yang turut joging keliling taman perumahan tu. Mungkin dia orang memang dah selalu joging kat sini hari hari kut. Maknanya bukan aku sorang aje panaskan badan keliling taman perumahan tu. Aku rasa dia orang mungkin hari hari kut. Aku tak mampu buat hari hari. Masa aku berjalan tu jumpa anjing liar tapi jenis yang penakut kut. Ia akan berlalu aje bila aku berjalan kat situ. Kalau ia kejar, aku pun tak tau nak buat apa...mungkin capai aje yang boleh dicapai...hahaha...Harap2 anjing2 liar di sini tak ganas la...Dalam sejam lebih aku berjalan dan berjaya hakis lebih kurang 300 kalori dan berjalan lebih kurang 6KM. Jadi selesai la untuk hari ni....Dalam musim PKP ni memang la aku akan panaskan badan keliling taman perumahan aje la....Sempat jugak aku rakan video dan edit...ada kat atas tuuuu...
Rasanya itu aje yang aku nak catat kat sini. Moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa diredhai, dirahmati dan berkati oleh ALLAH dunia hingga ke syurga. Moga kita semua dihindarkan oleh ALLAH SWT daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnnn....
Janag lupa terus istiqamah dengan #bmf, jika tak boleh semua, jangan tinggalkan semua...
~ sekian ~
daud.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment