Tuesday, January 26, 2021

Cite semalam dan hari ni serta HappyBirthday isteri....

Diari DAUD : Semalam hari ISNIN, 25 JAN. 2021. Pepagi lagi aku dan isteri panaskan badan keliling taman perumahan. Musim PKP ni hanya boleh joging dan berjalan dalam taman perumahan aje. Kalau pi kawasan rekreasi untuk berjoging dah tentu di saman. Jangan cari pasal tau...jaga diri dan jaga duit dan jangan hilang 1K sebab tak patuh undang-undang. Sejak PKP ni memang aku panaskan badan keliling taman perumahan aje. Awal pagi sebelum jam 7 pagi dah kuar rumah. Aku suka pepagi sebab akan selesai sebelum terik matahari. Sempat la aku buat 3 kali pusing taman dan berjalan 6 KM serta bakar kalori lebih kurang 300 kalori. OK la tu kan. Ramai jugak orang lain yang beraktiviti. Ada jugak yang kayuh basikal. Yang kayuh basikal tu mungkin dari taman perumahan yang lain kut. Aku letakkan video panaskankan badan aku tu di bawah...kalau nak, tonton aje la yeee....Jumpa pulak rakan setaman perumahan aku yang dulu jugak rakan se opis aku, SDR. IKHWAN. Sekarang aku da pencen dan dia orang masih keje...Dia nak pi keje kut. Jumpa masa aku dah tamat panaskan badan. Walaupun duduk satu taman, setaun sekali pun payah nak jumpa...hahaha...Apa boleh buat la....

panaskan badan...

Kes Covid 19 semalam kembali kepada 3K. Sebelum tu 4K, kes 4K merupakan kes yang jarang muncul tapi sekarang ni macam biasa aje. Kes sekarang naik dan turun ikut 'kehendak hati' aje....hahaha...Maklumat KKM, kes covid yang mencapai 4 angka hari-hari ni adalah sebab sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. Sektor yang sedemian yang amat menyumbang kepada peningkatan kes covid19 yang tinggi hari-hari tu..Tapi tu la sepatutnya pihak berwajib patut fokuskan denda kepada sektor2 berkenaan yang kaya raya tu, bukan kepada penduduk kampung yang susah nak cari makan tu. Denda 1K bukan kecik, ada sesetengah sebulan pun tak boleh dapat 300RM pun, inikan pulak nak dapat 1K untuk bayar denda. Kesian golongan marhain. Yang patut didenda sektor2 berkenaan yang tokeh2 dia orang tu KAYA RAYA berjuta juta tu...tak gitu...Apa apa pun kita doa la leklok supaya ALLAH SWT angkatkan kembali wabak ni dan kembali kepada keadaan yang asal...amiinnn....


Kes semalam 25 JAN 21, kes kelmarin 4K 

Semalam aku dan isteri selesaikan beberapa perkara. Kami pi ke sekolah untuk beli buku anak bungsu kami. Sampai je ke sekolah, tak boleh masuk kawasan sekolah berdua, sorang aje. Isteri aku aje yang masuk. Aku tunggu diluar. Lama jugak dia kat dalam tu. Pengawal tu benarkan sorang aje yang masuk. Ini peraturan, aku memang akur dengan undang2..Akhirnya nampak isteri bawa dua plastik berisi buku. Aku capai semua bungkusan buku2 tu...nampak macam berat aje dia bawak buku tu...menapak jauh pulak tu...Mujurlah sekolah dah siap bungkuskan buku2 mengikut tingkatan memasing...maka cepat dan mudah urusan tu...

Kemudian kami pi ke FARMASI untuk cari ubat-ubatan. Kebetulan anak kami batuk dan selsema. Biasanya memang kami beli ubat kat FARMASI untuk persediaan di rumah jika berlaku kecemasan seperti ubat batuk, ubat demam dan lain-lain ubat yang boleh disimpan. Itu memang kebiasaan kami sejak zaman berzaman...ewahhh....

Kemudian kami pi pasaraya tesco untuk cari meja kecik untuk anak belajar. Anak heboh nak meja kecik...Ikutkan aje la. Tesco memang ada offer sekarang ni...tak tau la sama ada benar2 offer atau sesaja je...Kadang2 dikatakan murah tapi mungkin harga dinaikkan dan kemudian dipangkah dan diletakkan harga baru..hahaha...Entah entah harga lama...maklum la kita bukan jenis yang boleh ingat harga barang barang yang sebelum ni...Apa apa pun banyak jugak meja kecik yang di offer harga murah tu dah habis dah punnn...Mungkin itulah agaknya kesan, pembelajaran online kat rumah...tak gitu...

Selesai pi tesco, kami pi masuk pasaraya muslim pulak dan beli bebarapa barang keperluan. Pemilik pasaraya ni kalau tak silap aku NGO yang banyak membantu pelarian SYRIA. Moga pasarayanya maju dan dapat membantu mereka yang memerlukan. Rasanya perlu tambah lagi barang-barang MUSLIM dalam pasaraya tersebut.Tambahan pulak pilihan orang Muslim sekarang ni ialah utamakan barang MUSLIM...utamakan, bukan boikot barang orang lain. 

Hari ni SELASA, 26 JANUARI 2021. Hari ni merupakan HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN isteri aku. Ramai adik beradik isteri aku dan anak2 buah dia 'wish' kat isteri aku. Macam macam doa...Moga doa doa sedara mara dan anak2 buah tu dimakbulkan ALLAH SWT...aamiinnn...Rakan-rakan, jiran jiran dan lain2 jugak 'wish' isteri aku..Memang aku dikelilingi oleh sedara mara, ipar duai, jiran jiran yang baik baik belaka...Moga kalian semua sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiinnn...Aku gak doakan moga isteri aku sentiasa DIRAHMATI, DIREDHAI dan DIBERKATI Allah swt dunia hingga ke syurga. Terima kasih bebanyak sangat sebab menjadi teman hidup aku dah lebih 30 tahun. Aku memang sentiasa maafkan DIA sepanjang hidup aku....dan tak perlulah dia susah2 mintak maaf kepada aku kerana aku sentiasa maafkan dia dan sentiasa redha kepadanya. Moga dengan kemaafan dan redha aku yang sentiasa tu, mudah bagi dia untuk masuk ke SYURGA melalui mana-mana PINTU yang dia suka di SANA nanti...aamiinnnn...HappyBirthday untuk isteri aku....Moga segala kekurangan aku sepanjang hidup bersama, isteri aku maafkan segala dan semuanya...Kerana tiada siapa pun TANPA DOSA di atas muka bumi ni selain daripada PARA NABI...

HAPPY BIRTHDAY

wish daripada adik beradik dan anak2 buah kat isteri aku..

Hari ini jugak aku pi renew lesen memandu aku yang hampir 'mati'. Aku pi hidupkan lesen kat POS MALAYSIA aje. Tak ramai orang kat pos opis tu. cepat aje urusan aku. Kawasan pos opis tu udah sibuk sekarang ni. Penuh dengan kedai-kedai sekarang ni. Kedai makan pun dah lebih daripada 5 buah. Itu sekitar pos opis tu je. Dulu kat sini hutan getah dan kelapa sawit aje kalau tak silap. Masa aku mula2 tiba di kawasan ni 30 tahun lalu..memang banyak hutan getah dan kelapa sawit aje....Tak sampai 10 tahun lepas kawasan ni dah banyak taman taman perumahan. Sekejap aje kawasan sini dah penuh dengan bandar2 taman perumahan dan sebagainya. Dah sesak sekarang ni...semua ada dah...Tak perlu pi jauh pun...
Selesai renew lesen, pi singgah kat pasaraya speed. Cari barang keperluan. Macam aku selalu tulis, aku memang utamakan barang muslim walau kat pasaraya bukan muslim. Kalau takde produk muslim, baru aku amik barang non muslim. Kita mesti bantu produk muslim. Kalau kita tak mampu semua, jangan la tak buat semua...Kat sekitar sini pun banyak jugak kedai2 atau mini market muslim. Elewsmart pun ada tapi kawasan elews tu sukar nak parking...tu sebab aku jarang pi sana....Aku bukan jenis manusia yg parking sebarang dan menghalang laluan orang lain....Sebab payah nak parking, aku cari mart-mart yang lain dan mudah parking kete....Di bawah ni aku letakkan video rakaman aku mana yang aku sempat rakam untuk tontonan...kalau nak la....hahaha...

hari ni dan semalam...

Rasanya itu aje yang aku nak tulis...moga kita semua...tak kira sapa la..akan sentiasa dirahmati, diredhai dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...Moga ALLAH SWT hindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke  dalam SYURGA...aamiinnnnn....

Jangan lupa teruskan #bmf, kalau tak boleh semua, jangan tinggal semua...




~ SEKIAN ~
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...