Diari DAUD - 16 Disember 2020, RABU, pepagi lagi aku da gerak ke TASIK UJANA Nilai Impian untuk hangatkan badan. Gerak dari Bangi, sepanjang jalan memang kabus tebal sangat. Tak tau nape kabus tebal pagi ni...mungkin sebab hujan semalam kut...mungkin la...aku pun tak pasti...nanti la aku google sebab sebenar...Rasanya link INI dapat terangkan berkaitan kabus tu...baca la....Aku tiba ditepi tasik tu lebih kurang jam 7.00 pagi...masih gelap...lampu jalan kat trek tu pun masih menyala...
Jarang sebenarnya kabus tebal macam ni sejak akhir akhir ni. Sampai di tepi TASIK UJANA tu kabus memang masih tebal. Jarak penglihatan pun tak jauh sangat. Lepas aku rakam video maka aku pun mulalah berjalan untuk cuba hakis kalori yang berlebihan dalam badan aku tu..😊😊😊Pepagi ni ramai jugak orang beraktiviti di tasik tu...hampir penuh jugak parking kat situ. Terdapat jugak lopak air atas trek tu...semalam memang macam sepanjang hari hujan je. Musim hujan kut.
Kabus tersebut semakin naik matahari semakin ia menipis. Masa dalam keadaan kabus tu cahaya matahari pun tak nampak jelas. Namun kabus tu makin lama makin menipis. Sempat la aku berjalan sejauh 5 KM lebih selama sejam lebih. Rasanya ok la tu daripada tak buat langsung kan..Selesai berjalan terus rakam video sikit2 sebelum balik...Tak semena mena aku terpandang orang yang pernah aku kenal..Dia pun pandang aku jugak...maknanya dia kenal jugak aku..USTAZ HAFIZ...Imam Masjid UKM. Dia kata dia duduk di PAJAM. Dia kata dia sering joging kat sini. Kami sembang panjang jugak kat tepi tasik tu. Dia tak tau pun aku dah pencen...dia ingat aku dipindahkan ke jabatan lain dalam UKM. Rasanya mungkin ramai kut orang UKM tak sedar aku dah pencen...maklum la aku tak sepopular mana pun...😀😀😀😀 Lama jugak kami bersembang...berkaitan UKM je pun...Akhirnya kami memasing minta diri untuk buat hal memasing...dia pi ke trek untuk mulakan joging...aku pulak masuk kete untuk balik ke rumah...Alhamdulillah...ada jugak orang UKM yg aku jumpa...dapat la sikit infor berkaitan UKM...Ada kalanya rindu jugak dengan UKM..😉😉😉 Ada sesape lagi dari UKM, yang aku boleh jumpa kat TASIK UJANA di masa akan datang...boleh gak kita sembang2 kan....ada ke gamaknya...😀😀😀 Boleh pulak aku lupa nak selfie dengan USTAZ HAFIZ tu...biasanya aku memang rajin selfie selfie ni...😆😆😆😆 Di bawah ni ada video berkaitan riadah aku kat tasik tu pada 16 Disember 2020.
Kenangan masa keje dulu...kami sedang rakam ucapan HARI RAYA
Ustaz Hafiz, Imam Masjid UKM.
Rasanya itu aje yang aku nak tulis kat sini...moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam SYURGA...aamiinnnn....
Jangan lupa teruskan dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...
~~~~~ SEKIAN ~~~~~
daud.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment