Diari DAUD - 7 Disember 2020, hari pertama boleh merentas sempadan masa PKPB ni. Jadi pepagi lagi aku gerak melintas sempadan Negeri Sembilan. Aku nak pi panaskan badan di trek Tasik Ujana Nilai Impian, NS tu. Sejak tak boleh merentas sempadan, aku terus aje duk kat rumah tanpa pi memana untuk peluhkan badan. Rasa badan pun dah tak berapa nak sihat sebab badan dah lama tak berpeluh...
Sebelum ni aku memang akan pi 2 kali seminggu ke tasik tu untuk peluhkan badan. Memang perlu kita peluhkan badan sekurang2nya 3 jam setengah setiap minggu untuk jadikan badan kita lebih fit. Dengan panaskan badan, maka kalori yang tersimpan mampu dihakis dari tubuh kita..Hari hari kita makan jadi lebihan yang disimpan perlu kita hakiskan...Rasanya dah sebulan aku tak pi ke tasik tu. Ramai jugak pagi ni kat tasik tu untuk aktiviti panaskan badan kat tasik tu.Dah boleh merentas sempadan ni maka aku akan terus pi ke tasik ni 2 kali seminggu sama sebelum ni...Sebelum ni aku pi sana hari RABU dan hari SABTU kalau tak silap. Harap jangan ada lagi halangan untuk rentas sempadan lepas ni...harap la...Selain daripada aku pi ke tasik ni, aku juga sering pi MELATI HILL di Nilai jugak untuk HIKING. Dah lama sangat aku tak pi HIKING tu...agak lama la sejak masa covid 19 ni. Sempat la aku berjalan sejauh lebih kurang 6KM dalam masa sejam hari ni.....
Kami berkumpul 3 buah keluarga adik beradik isteri aku...Keluarga kakak ipar aku, Kak Nab, keluarga adik ipar aku dari Banting, Asmah dan keluarga aku.. Masing keluarga bawak sedikit masakan memasing...tu sebab penuh satu meja tu...hahaha...opst!. Kami jugak bawak bersama menantu kami yang baru je menikah dengan anak lelaki kami tu. Biarlah dia kenal sedara mara...Bila da bertemu reramai tentu macam macam cite yang keluar tapi tak mengumpat orang punnnn...mengumpat tu berdosa besar....Yang kenakan orang pun ada...hahaha...tapi aku kisah pun tak...Sekelumit pon tak terasa punnn...Dah tua tua ni kita jangan cepat terasa hati dan merajuk sakan...Kita sediakan perisai cukup2, jangan cepat terasa...Kita didik hati kita keras seperti batu supaya tahan dengan segala 'peluru' yang ditujukan kat kita...hahahaha...opst! Aku tak kisah langsung pun...aku dah biasa dengan benda2 macam tu...hahaha...Lagipun perlu ada jugak sedara mara yang macam ni dalam ramai2 tu, supaya tak la sunyi sangat majlis...hahaha...Kita bukan berada di tanah wakaf...memang la sunyi kalau tanah wakaf...hahaha.....
Anak buah isteri aku, DIN yang baru nikah jugak tu, turut serta bersama makan tengah hari di rumah Kak Nab. Dia orang tiba lewat sikit sebab ada hal lain...Dengar cite dia nak balik ke universiti arab saudi tu dalam bulan disember ni tapi tak tau tarikh yang tepat...Dia akan uruskan untuk bawak bini dia bersama...Moga dia terus cemerlang dalam menuntut ilmu di universiti madinah tu...aamiinnn...Aku jugak doakan semua sedara mara yang lain, semoga korang berjaya dalam kehidupan korang dunia hingga akhirat...Kita mesti sering mendoakan orang sekeliling kita...jangan kedekut dengan doa...Sebenarnya aku memang suka dengan jalinan tali silatur rahim dalam keluarga isteri aku ni...Harap sangat ia terus terjalin erat hingga bila bila...hingga ke syurga...aamiinnnn...Itu memang tujuan hidup kita kannn...untuk ke destinasi kita yang hakiki di syurga nanti..InsyaALLAH..Diantara kita mesti eratkan hubungan silatur rahim antara kita tanpa melihat kepada sama ada kaya atau miskin, berilmu atau kurang berilmu...Semua ukuran itu hanya untuk dunia aje...tu semua ujian untuk kita semua...Jangan kita ada sikap sombong, riyak dan sebagainya dikalangan kita sampai bila2...Allah tak pandang pun apa kita ada..ALLAH SWT cuma pandang segumpal daging yang mendiami rongga dada kita...Kalau bersih daging tu..maka bersihlah rohani dan jasmani kita...
Silatur rahim perlu dijaga, dibajai, supaya jadi lebih subur...Silatur rahim amat dituntut dalam agama yang kita anuti...Kalau kita bermusuh hingga ke mati...walau dengan sesiapa sekali pun sama ada adik beradik,sedara mara atau sedara seISLAM ..maka kita telah menempah ruang dalam NERAKA...duduk dalam neraka bukan seperti duduk dalam AIS ABC...berdosa kerana memutuskan silatur rahim...hati hati la yeee...
Doa aku, moga silatur rahim dalam keluarga aku, keluarga sedara mara aku, keluarga isteri aku dan keluarga sedara mara isteri aku...akan terus subur dan kekal hingga ke SYURGA..Syurga tu memang destinasi kita yang HAKIKI...Moga moga kita dikumpulkan semuanya di syurga nanti...aamiinnn...Kalau boleh pertemuan lepas ni akan lebih mampu kumpulkan lebih ramai sedara mara...InsyaALLAH Taala...aamiinnnn...
Aku juga sempat edit beberapa video...sesaja je sebab dah tak buat apa kan...maklumlah memerap aje kat rumah masa PKPB ni...hahaha...Boleh ditonton DI SINI dan jugak DI SINI...
Apa apa pun...moga kita semua, tak kira sapa la akan dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dan dihindarkan kita semua drpd siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnnn....
Jangan lupa, teruskan #bmf...
- SEKIAN -
daud.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment