Tuesday, October 13, 2020

PKPB Baru & Kisah Balik Kg.

Diari DAUD - Hari ni RABU, 14 OKT. 2020...merupakan hari pertama PKPB di SELANGOR, KUALA LUMPUR dan PUTRAJAYA hingga 27 OKT 2020. Sepatutnya hari RABU ni aku pi ke TASIK UJANA. Nilai Impian untuk aktiviti berjalan. Memang itu jadual aku setiap minggu, iaitu 2 kali setiap minggu aku akan berjalan kat trek TASIK UJANA tu. Biasanya berjalan sejauh 6KM. Namun dah lama aku tak pi HIKING di BUKIT MELATI. Kat Nilai jugak. Buat masa ini terpaksalah tak gerak ke sana sebab PKPB tidak membenarkan sesapa pun merentasi daerah atau sempadan. Maknanya aku kat SELANGOR tak boleh nak pi rentas sempadan ke Nilai Negeri Sembilan tu....

Hari ni merupakan hari pertama PKPB diistiharkan seluruh SELANGOR, KUALA LUMPUR dan PUTRAJAYA. COVID-19 telah merebak kembali. Ini ada kaitan diantaranya dengan pergerakan manusia semasa pilihanraya Negeri SABAH itu hari. Sabah mengadakan pilihanraya semasa wabak COVID-19 sedang rancak di SABAH tu. Aku tak tau nak kata apa tapi aku memang macam nak maki aje pemimpin2 yang mengadakan pilihanraya masa wabak sedang menular ni. Kalau aku ada kuasa mutlak tentu aku humbankan pemimpin yang mengadakan pilihanraya tu ke dalam kolam BUAYA...😊😊😊. Rasanya itu aje tempat yang sesuai untuk dia orang. Bila PKPB diistihar kembali tentu menyusahkan semua orang. Aktiviti yang sebelum ni dibolehkan, langsung terhenti. PKPB sememangnya menyekat banyak pergerakan manusia. Gerammmmnya...betul2 geram aku dengan mereka yg berkenaan yang bersifat seperti HAIWAN tu...maaf kalau aku keterlaluan..

Dari 8 - 11 OKT. 2020 yang lalu aku berada di kampung aku kat PARIT PERAK tu. Kami menghadiri kenduri kawin anak sedara isteri aku di kampung STRUS SAUK KUALA KANGSAR. Majlis tersebut pada hari SABTU 10 OKT. 2020. Kami tiba di kampung tengah malam hari KHAMIS, 8 OKT. 2020. Kami bernasib kurang baik sikit, sepanjang malam tu dan separuh hari JUMAAT kami tiada air. Putus bekalan air di kampung aku sebab paip bocor semasa keje keje pembinaan jalan/jambatan di kampung aku tu. Isteri dan anak aku pi guna tandas di masjid masa takde air tu. Aku tengok apps AIR PERAK tapi macam takde update aje masalah air yg putus kat kampung aku tu..tak macam AIR SELANGOR yg sentiasa ada update...teruk kannnn...

Hari SABTU pula kami pi ke KG STRUS untuk hadir majlis kawin. Majlis tu diadakan di rumah pengantin lelaki iaitu anak sedara isteri aku. Walaupun wabak COVID-19 masih ada tapi majlis berkenaan masih ada kemeriahannya. Aku secara sukarela rakam suasana majlis tersebut. Aku bercadang untuk buat video berkaitan majlis tu. Selesai aje majlis tersebut, kami balik ke rumah aku di PARIT PERAK tu. Doa aku moga pengantin akan sentiasa bahagia dunia hingga ke syurga...aamiinnn...Video ada kat bawah ni...


Balik dari majlis kenduri tu, waktu malam pula kami pi ke pasar malam PEKAN PARIT. Kami beli makanan dan jugak IKAN PEKASAM. Korang kenai ke ikan pekasam tu...?. Kalau tak kenai google je la...Rasanya ikan pekasam ni makanan orang Perak...kalau tak silap la...Eh! betoi ke...???? Nak masuk pasar malam tu kami diambil suhu badan sebelum dibenarkan masuk. Di satu sudut kawasan tu aku tengok ada yang curi masuk dengan menyusup tali belang putih merah yang direntang keliling kawasan tu. Jenis manusia TAK SEKOLAH macam ni la yang merebakkan COVID-19 ni...Aku memang geram dengan sikap manusia macam ni, macam orang tak sekolah. Bila yang tua langgar peraturan, anak2 yang menjadi baka tentu akan mengikut aje...Nape masih wujud dalam masyarakat manusia yang suka melanggar peraturan ni...Macam ni la...maaf kalau aku melampau...Aku samakan manusia macam ni dengan kumpulan kera yang merosakkan tanaman kat kampung aku tu...maaf ye..Dulu kampung aku memang takde kera, masa aku kecik2 dulu la...Sekarang ni, dah banyak kera kat kampung aku. Semua tanaman dirosakkannya, pucuk betik yang pahit pun 'dia orang' makan habis. Aku samakan spesis primat ni dengan manusia yang suka langgar undang-undang tu...


Hari AHAD, 11 OKT. 2020, aku serta isteri, anak kedua aku dan kakak ipar aku, merayau di seluruh kampung untuk cari orang2 yang boleh sewakan khemah dan sebagainya. Ada aje orang yang nak bantu aku..aku harap sepanjang hayat aku serta famili aku, akan sentiasa dikelilingi oleh semua orang2 yang baik2 belaka...aamiinnnn...Rupanya susah jugak untuk dapatkan khemah di kampung. Mesti dibuat lebih awal, mungkin dalam tempoh 3 bulan sebelum majlis. Ramai yang gagal aku dapatkan sebab masing2 dah ada yang tempah masa tarikh yang aku nak tu. Sebenarnya aku ingin tempah khemah tu untuk kenduri doa selamat kat rumah aku nanti pada 22 NOVEMBER 2020. Aku buat majlis makan2 untuk sedara mara dan keluarga aje. Majlis tu sempena anak lelaki aku nikah. Aku tak buat besaran pun. Takde majlis bersanding dan sebagainya. Cuma majlis makan2 adik beradik dan sedara mara aje. Harap sedara mara aku akan hadir nanti, sama ada jauh atau dekat. Harap takde PKPB masa tu. Jemputan pun tak ramai, cuma bawah 250 orang saja. Itu jumlah jemputan yang dibenarkan untuk kenduri kan. Aku buat kat rumah aku di kampung, rumah yang akan aku jadikan kediaman untuk hujung usia aku nanti. Rumah tu di kampung aku di KG SENIN, LAYANG2 KANAN, PARIT, PERAK. Kalau ada RAKAN-RAKAN aku nak datang silakanlah..aku jemput datang....Setelah selesai mencari khemah tu, kami singgah sat di sebuah gerai di kampung aku tu. Meriah jugak gerai tu. Semua makanan hampir habis. Roti canai pun masih ada sikit lagi. Masa nak beli untuk bawak balik, penjual tu kata udah abis dah...Kueh pun hampir habis masa kami tiba tu...Alhamdulillah...bagus sungguh rezeki brother tu....


Balik kali ni aku tak dapat pi ziarah kubur ibubapa aku. Biasanya, kalau balik kampung aku tak lupa ziarah kubur tu...Ustaz kata ibu bapa kita tau kita ziarah pusara dia orang...Jadi, kali ni aku tak dapat ziarah sebab sibuk dengan hal2 lain. Rasa terkilan jugak sebab tak dapat ziarah dan doakan mereka dan semua penghuni perkuburan tu....Apa-apa pun moga ALLAH SWT ampunkan semua dosa kedua ibubapa ku serta semua penghuni di perkuburan tersebut. Hindarkan mereka semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka...aamiinnnn...Kami kembali ke SELANGOR lebih kurang waktu tengah hari...

Rasanya itu aje yang aku nak tulis...Moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati oleh ALLAH serta diampunkan semua dosa kita dan dihindarkan kita daripada siksa kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka, serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnn....
Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF, kalau tak mampu semua, jangan tinggal semua...kalau tak kita, siapa lagi....

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...