Saturday, April 17, 2021

Jemaah JUMAAT pertama RAMADHAN '21

Diari DAUD - Semalam JUMAAT pertama bulan Ramadhan 2021. Macam biasalah aku akan pi ke masjid jika benar-benar aku boleh solat di masjid tu. Aku tak bercadang nak bersolat kat laman masjid tengah panas mentari tu...Bagi aku memang tak mampu la...Untuk pastikan aku dapat solat jemaah Jumaat tu, aku usaha dapatkan pas untuk solat Jumaat selepas solat tarawikh di Masjid Kariah Bangi tu. Selepas selesai solat Tarawikh baru pas diserahkan kepada ahli jemaah Masjid Bangi tu. Ramai jugak yang datang solat Tarawikh kat masjid tu. Rasanya penuh ruang dalam masjid dengan patuhi SOP yang diperlukan.

Hari Jumaat tu aku pi awal jugak la, lebih kurang jam 12.15 tengah hari aku dah keluar rumah pi ke masjid. Aku taknak la ambil kesempatan, bila da ada pas boleh pi lewat...Pada aku itu sikap tak baik...Dikatakan pintu pagar masjid akan ditutup jam 1.00 petang. Tiba di masjid tu, ramai yang beratur panjang di luar pagar masjid untuk dapatkan tempat untuk bersolat di masjid tu. Kesian jugak aku tengok. Aku dah ada pas maka terus aje melewati anggota RELA yang tunggu pintu pagar masjid tu. Pastu aku pi ke alatan nak amik suhu badan dan juga scan MY SEJAHTERA. Kemudian pas tu aku bagi kat petugas untuk dapatkan nombor dalam ruang masjid tu. Aku kenal pun petugas yang catatkan nombor aku tu. Aku ni biasala, bila dapatkan khidmat orang lain, terus je ucap terima kasih...bagi aku kalau orang bantu kita, jangan lokek dengan ucapan terima kasih. Lepas tu terus masuk ruang masjid dan tanya petugas dalam masjid berkaitan nombor tempat solat aku. Dia tunjukkan ruang di hadapan. Bila aku pi ke depan aku tengok dah ada orang yang isi ruang aku tu. Maka aku pi jumpa balik petugas masjid tu...Rupanya ada beberapa orang lagi yang ruang solat mereka dah di isi orang lain. Petugas masjid tu pun kelihatan macam tak pasti apa nak buat, jadi salah sorang diantara kami minta kami ditempatkan di ruang dalam masjid yang takde bernombor. Jadi dia tempatkan kami di bahagian belakang yang tak punyai sebarang nombor. Aku sebenarnya tak kisah pun dimana diberi ruang solat asalkan dalam tempat teduh. Aku memang jenis tak kisah pun...benda kecik macam tu tak jadi isu pun pada aku...

Pada aku bukan mudah hendak penuhi kehendak ahli kariah yang pelbagai. Terima kasih aje la kepada petugas masjid yang sememangnya berusaha sebaik mungkin untuk berikan ruang solat kepada semua jemaah. Mereka memang berusaha sungguh-sungguh...Kalau aku duduk tempat dia orang tentu aku pun tak mampu, jadi berlapang dada lah kita...Aku tengok ramai lagi yang masih beratur panjang kat luar masjid tu..Aku tengok jugak masih ada yang bersolat di ruang halaman masjid yang tanpa ditutupi teduhan...panas beb...Ruang dalam masjid boleh muat 400 orang jemaah lebih kurang. Bila dicampur dengan bawah khemah dan tanpa khemah di luar ruang masjid tentu jumlahnya dalam 450 orang kut...

Khutbah Jumaat kali ni bertajuk..DUNIA MEDAN UJIAN, AKHIRAT TEMPAT BALASAN. Aku tak bercadang pun nak kupas isi khutbah Jumaat kat masjid Bangi tu. Kalau kita lihat kat tajuk tu pun memang macam kita dah dapat agak apa yang dimaksudkan oleh tajuk khutbah tersebut. Kita lihat aje di sekeliling kita. Masing-masing punyai ujian masing-masing di muka bumi ni. Memang manusia akan diuji dengan pelbagai perkara. Ada manusia yang diuji dengan sakit, ada manusia diuji denga harta, ada manusia yang diuji dengan kemiskinan dan dengan pelbagai ujian yang lain. Mereka yang diuji dengan sakit tentu akan rasa betapa sukar bila ditubuh badan dihinggapi sakit yang sekejap atau sakit yang berpanjangan. Bila dah diuji dengan sakit jenuh pulak untuk cari penawarnya. Jika sakit biasa tentu boleh diubat dan sembuh dengan cepat. Bagi yang diuji dengan penyakit yang berpanjangan, tentu sekali akan merana hidup hingga ke mati. Bagi yang punyai banyak wang untuk mencari penawar mungkin tidak tertekan sangat. Macam mana dengan mereka yang sakit tapi tiada cukup wang untuk mengubati penyakit tersebut dengan berkesan. Walau bagaimana pun dikatakan Allah swt tak akan memberikan ujian yang tak mampu ditanggung oleh manusia yang diuji. DIA akan beri ujian yang mampu diterima oleh hambanya...Tuhan tak zalim...

Bagi yang kaya raya, lain pulak ujian yang Tuhan berikan wang atau kekayaan untuk menguji keimanannya. Dengan kekayaan yang diberi kemana harta tersebut digunakan. Adakah harta tersebut untuk kepentingan sendiri atau dikeluarkan sebagai zakat, sedekah dan sebagainya. Jika dia tidak menggunakan harta untuk jalan yang dianjurkan, tentu sekali dia gagal dalam ujian berkenaan. Adakah dia cuma pejamkan mata bila terdapat golongan yang memerlukan bantuan daripadanya dalam bentuk sedekah dan sebagainya. Adakah yang punyai harta tersebut mudah untuk keluarkan wang untuk bantu orang lain yang memerlukannya. Jadi orang kaya pun tak terkecuali daripada ujian ALLAH SWT. Bolehkah seorang yang kaya cuma pejam mata bila di sekelilingnya ada ramai manusia yang perlukan bantuan. Sekarang ni banyak cara untuk menyumbang seperti membantu orang miskin dan daif, membantu bina institusi agama, membantu golongan yang tiada tempat tinggal dan sebagainya lagi...Kalau si kaya kedekut maka di akhirat nanti kekayaan itulah yang akan menyebabkan dia terhumban ke neraka.

Selain daripada itu semua peringkat manusia di uji di merata dunia ni. Macam di Palestin mereka diuji dengan peperangan. Mereka diperangi, mereka dibom, kediaman diruntuhkan, mereka jugak dibunuh dengan kejam dan pelbagai lagi. Tapi tu lah ALLAH SWT akan uji setiap manusia mengikut kemampuan mamsing-masing. Lihatlah bangsa Palestine, sampai sekarang mereka tak berganjak pun daripada tanah air mereka. Dah hampir seratus tahun hidup mereka macam tu. Diuji oleh ALLAH SWT sebegitu..Saudara seARAB pun sekarang ni macam tidak endah dengan mereka. Mana pi negara-negara Arab yang kaya tu...mereka macam melihat aje sedara seARAB mereka di ganyang Yahudi. Itu jugak merupakan ujian bagi pemimpin ARAB yang beragama ISLAM. ISLAM tu bersaudara...Itu ujian untuk pemimpin ISLAM di sana. Begitu jugak dengan SYRIA...Bilangan pelarian Syria bukan sedikit jumlahnya. Mereka perlukan bantuan orang ISLAM seluruh dunia. Adakah kita sebagai sedara seISLAM mahu membiarkan mereka tanpa bantuan. Itu jugak adalah ujian bagi kita sedara seISLAM mereka..

Kembali kita ke sini balik..dalam bulan Ramadhan ni bagaimana kita menghadapi segala ujian dalam bulan Ramadhan ni supaya ibadat kita diterima ALLAH SWT dan bukan semata-mata ibadat yang tiada nilai di sisiNYA. Macam mana kita bila diuji dengan lidah yang kita miliki. Adakah kita gunakan lidah untuk menggosip, adakah kita gunakan lidah untuk memaki orang, adakah kita gunakan lidah untuk berbohong dan sebagainya. Sekarang ni dosa mulut jarak dekat ialah dengan kata-kata dan dosa lidah jarak jauh ialah dengan media sosial. Itu jugak ujian untuk kita. Itu baru sebahagian anggota badan yang diuji. Bagaimana dengan ujian mata, hidung, telinga, kemaluan dan sebagainya. Itulah ujian kita sama ada dalam bulan Ramadhan atau diluar bulan Ramadhan. Jangan kita nanti muflis di akhirat nanti bila mana kita dah tiada lagi pahala untuk diberikan kepada orang yang kita sakiti. Akhirnya kita terpaksa tanggung pulak dosa-dosa mereka dan akhirnya kita dimasukkan ke dalam NERAKA YANG PEDIH SIKSAANNYA...

Rasanya itu aje yang aku nak tulis bulan puasa ni sambil menunggu masa berbuka. Moga kita semua, tak kira sapa la akan sentiasa dirahmati dan diredhai ALLAH SWT serta dijauhkan kita daripada siksa kubur, siksa akhirat dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnn....

Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggal semua..


~ sekian ~

daud.montak.zakaria



No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...