Diari Daud - Semalam, JUMAAT, 2 April 2021, aku masih berkesempatan solat JUMAAT di MASJID KARIAH BANGI. Kali ini dapat rezeki solat dalam ruang masjid. Minggu lepas dapat solat di luar masjid. Hari ni aku memang bergerak awal ke masjid, dalam lebih kurang jam sebelum jam 12.15 tengah hari. Bimbang kalau lewat akan terpaksa solat luar masjid. Masa tiba kat masjid tu nampaknya ruang parking masih ada. Jemaah belum lagi ramai. Selesai parking terus tuju ke masjid.
Masa ni takde la beratur untuk ambil suhu, beratur pendek aje pun. Aku dapat nombor 177, maknanya ruang dalam masjid. Ruang dalam masjid rasanya hingga nombor 3 ratus lebih kut. Kalau ruang dalam masjid penuh, ruang bawah khemah luar masjid pula akan diisi. Jika ruang dalam khemah penuh maka terpaksa la guna ruang terbuka di halaman masjid yang panas tu. Masing-masing punya rezeki la. Masa aku dah dalam masjid tu, masa untuk masuk waktu lebih kurang sejam lebih jugak la. Lama jugak kena tunggu. Masa ni buat la apa apa amalan yang boleh datangkan pahala. Itu masing2 punya fikiran la. Masa aku dalam masjid tu, kelihatan di luar masjid dah ramai beratur. Panjang jugak la barisannya, macam yang aku tempuh minggu lepas. Bila ruang masjid penuh, ruang luar masjid pulak diisi. Maknanya ramai la jugak yang solat di ruang panas mentari tu. Akhirnya aku tengok pintu pagar masjid ditutup dan aku lihat ada jugak jemaah yang solat di luar pagar masjid ditengah panas matahari. Kesiannya aku tengok. Kalau aku memang tak mampu la solat tengah panas macam tu...Moga mereka peroleh pahala yang besar asbab solat ditengah panas cahaya matahari tu. Minggu lepas pun aku jugak kena solat ruang terbuka luar masjid tu. Tapi aku masih bernasib baik sebab separuh sejadah aku kena cahaya mentari yang panas...
Sebelum masuk waktu ada satu pengumuman oleh staf masjid yang bertugas. Dia kata minggu depan solat Jumaat tidak lagi secara walk in atau sapa cepat dia dapat. Minggu depan sapa yang berjaya dipilih melaui pendaftaran akan dipanggil untuk datang Solat Jumaat. Rasanya macam tu la kut caranya. Hal ini disebabkan ada banyak kompleh daripada ahli kariah. Ramai ahli kariah tak dapat solat Jumaat. Jadi pihak masjid akan panggil sapa yang berjaya dipilih untuk datang solat. Jadi mula minggu depan kena awal2 mohon solat Jumaat. Sama macam cara sebelum ni iaitu masa dibenarkan solat 40 orang ahli jemaah dulu tu. Mana-mana la...ikut aje la...
Khutbah Jumaat hari ni bertajuk JANGAN HINA ISLAM. Aku tak bercadang untuk catatkan apa yang dikhutbahkan oleh KHATIB Jumaat tu. Aku cuma nak tulis sikit aje apa yang aku tau tentang hina agama ISLAM ni daripada apa yang pernah aku baca. Terdapat 3 golongan yang menghina ISLAM iaitu, orang KAFIR, orang MUNAFIQ dan orang ISLAM sendiri. Penghinaan terhadap ISLAM boleh berlaku dalam perbuatan, perkataan atau tulisan. Perkara-perkara yang menghina ISLAM ialah mencerca ALLAH SWT, menghina Rasulullah saw dan juga mempermain-mainkan AL QURAN. Perkara mencerca ALLAH SWT ni banyak dan salah satu contoh ialah Allah beranak seperti yg dinafikan oleh ALLAH dalam SURAH AL IKHLAS tu. Itu satu contoh aje dan kalau kita semak MEDSOS yang anti ISLAM tentu banyak lagi tulisan yang mencerca ALLAH SWT. Contoh penghinaan kepada Nabi ialah seperti Rasulullah disifatkan sebagai Cassanova disebabkan bilangan isteri yang ramai seperti dalam tulisan dan filem barat yang menghina Rasulullah tu. Contoh mempersenda AL QURAN ialah mengatakan undang ISLAM dah ketinggalan zaman. Atau ada yang kata jika hukum potong tangan dijalankan, maka ramai yang takde bertangan. Dan banyak lah lagi hinaan2 kepada agama ISLAM orang orang yang tak beriman tu yang boleh ditemui dalam MEDSOS atau media sosial tu.
Perbuatan menghina agama ISLAM merupakan kesalahan yang besar. Mempersenda ISLAM boleh merosakkan AQIDAH dan boleh menyebabkan MURTAD. Jadi hati-hati la kita sebagai umat ISLAM, jangan sekali-kali mempersenda agama. Jangan ikut sedap mulut aje..! Jangan kita jadi umat yang di waktu pagi ISLAM dan di waktu petang KAFIR dan begitulah sebaliknya. Tolong ye, jangan SEKALI-KALI kita mempersenda ISLAM...Penghinaan ISLAM di MEDSOS memang banyak...salah satu puncanya mungkin tiada undang-undang yang tegas dan berkesan, membenteras perbuatan berkenaan...mungkin....
Pagi JUMAAT tu pula, macam biasa la, aku pi panaskan badan di sekitar taman perumahan aje. Dua kali seminggu aku berjalan sejauh 6KM. Dapat la bakar lebih kurang 200 Kalori, itu aje yang mampu. Memang kita kena beriadah sekerap yang mungkin, tambah bila usia kita dah meninggi...hahaha...Bukan sebab takut mati tapi supaya dapat mengawal kesihatan kita. MATI tu memang dah pasti dan tak boleh kita elak pun. Perlu kita peluhkan badan, kalau boleh setiap hati, tapi aku tak mampu la...hahahaha..Aku macam pernah jumpa orang yang macam jarang panaskan badan. Dia jugak taknak pi periksa kesihatannya. Kita kena periksa kesihatan kita bila dah berumur 40-an...tapi aku pun dah lewat, baru nak periksa kesihatan...hahaha..Pi aje ke pusat kesihatan atau pusat kesihatan komuniti atau hospital...Mintak pihak hospital periksa seluruh kesihatan badan kita. Pagawai kesihatan akan ambil darah kita. Melaui pemeriksaan darah kita, doktor tau kesihatan jantung kita, kolestrol, gula dalam darah, buah pinggang, hati kita dan seluruh kesihatan badan kita. Tapi memang la lama untuk buat temujanji dengan doktor tu, biasala, melainkan kita pi ke klinik swasta. Tapi bayarannya memang lebih la kalau pi klinik swasta...Apa yang aku dengar orang yang pernah aku jumpa dan taknak periksa kesihatan seluruh badannya dah pun meninggal. Tapi tu la...ajal tu memang dah ditetapkanlah...Tapi tak rugipun kita pi periksa kesihatan seluruh badan kita kan...supaya kita mampu kawal makanan dan mampu buat pergerakan jasmani...tak gitu...Ingat sapa2 yang dah lebih 40 tahun tu pi la cek badan tu seluruhnya, jangan DEGIL SANGAT...hahahaha...
Rasanya, itu aje yang aku nak tulis hari ni, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga akhirat serta moga ALLAH jauhkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka dan dimasukkan kita semua ke dalam SYURGA...aamiinnnn...
No comments:
Post a Comment