Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 9 APRIL 2021, sebelum Ramadhan pada 13 April 2021 ni, aku ingin mohon jutaan kemaafan atas segala DOSA-DOSA aku kepada kalian semua....semua dosa aku tau..Aku taknak masuk ke bulan RAMADHAN dengan dosa-dosa terhadap kalian yang aku tanggung selama ni...Kalau boleh aku nak masuk ke dalam bulan RAMADHAN tanpa sebarang dosa kepada kalian semua....InsyaALLAH TAALA. Sama ada kalian kenal aku secara dekat atau pun jauh...tak kira la, tolonglah maafkan segala dosa aku kepada kalian serta halalkanlah semua perkara yang kalian berikan kepada aku dan yang pernah aku ambil daripada kalian...maafkanlah aku...Aku jugak sudah maafkan semua dosa-dosa kalian kepada aku...sama ada aku kenali kalian secara dekat atau jauh, semua dah aku maafkan...antara kita takde apa dosa dah...kalian semua aku maafkan...
Thursday, April 8, 2021
Riadah Sebelum RAMADHAN...
Hari ni hari JUMAAT, 9 April 2021, macam biasa la, sebelah pagi aku pi panaskan badan sekeliling taman perumahan aje musim PKPB ni. Nak rentas sempadan tak boleh, nak pi Nilai 3 yang jauh cuma 7KM pun tak boleh sebab rentas sempadan tak dibenarkan...Biasanya aku panaskan badan di Tasik Ujana Nilai Impian yang tak jauh dari Nilai 3 tu, tapi sebab tak boleh rentas sempadan, semuanya tak jadi. Dah berbulan aku tak ke Tasik Ujana tu disebabkan rentas sempadan tak dibenarkan. Apa-apa pun aku tak kisah la...asalkan aku boleh panaskan badan di sekitar taman perumahan aje. Macam biasala aku panaskan badan 2 kali seminggu. Ini mungkin kali kedua akhir sebelum aku stop seketika dalam bulan RAMADHAN nanti. Bulan Ramadhan takde la aktiviti panaskan badan ni selama sebulan...Setiap kali berjalan 6 Kilometer dan berjaya hakis lebih kurang 200 Kalori. Rasanya ok la tu...Setiap minggu sekurang2nya kita perlu berjalan 3 jam setengah..sekurang2nya, kalau lebih, itu dah lebih ok la. Kalau joging, 2 jam setengah...Tujuan panaskan badan supaya kesihatan kita boleh dijaga atau jika kita dah pun berpenyakit, kita mampu kawal penyakit tu supaya nak menjadi lebih teruk. Bukan sebab takut mati, sebab mati tu tak boleh elak, mati tu pasti dah...Kalau takut mati pun mungkin sebab bimbang amal tak cukup, tu yang takut mati tu...tambah kita ni para suami yang tanggungjawabnya amat luas dan besar...Kalau gagal sempurnakan tanggung jawab tentu haru kalau dah mati..tentu haru kita di alam barzah dan seterusnya alam akhirat nanti...ingat tu para suami...tak gitu...
Kita kena buat riadah supaya badan kita boleh dikawal kesihatannya...Jangan lupa jugak bila umur dah lebih 40 tahun, buatlah pemeriksaan kesihatan keseluruhan tubuh kita. Pi pusat kesihatan dan minta pemeriksaan kesihatan keseluruhan badan. Pusat Kesihatan akan amik darah kita dan daripada darah kita tu doktor boleh tahu kesihatan jantung kita, gula dalam darah, kolestrol, hati, buah pinggang dan macam2 lagi. Perlu buat check up macam tu. Ada orang yang taknak buat check up sebab bimbang dapat tau semua penyakit yang kita alami daripada pemeriksaan tersebut. Aku rasa tak perlu takut pun sebab jika kita tau kita banyak penyakit maka kita boleh ambil tindakan sewajarnya sejak awal dan yang paling utama kita boleh kawal pemakanan dan juga buat senaman yang berterusan. Lagi satu jika kita dah tau penyakit kita, maka boleh lah baiki amalan kita kepada ALLAH SWT sebab biasanya orang yang banyak penyakit akan tau ajalnya macam dah dekat aje...hahaha..Walaupun ajal tak mengira tua atau muda, berpenyakit atau tak, semuanya pasti mati...tapi biasanya orang banyak penyakit dan yang usia tua lebih cepat mati kan...hahaha...Tambahan pulak jika dah umur banyak macam aku ni...hahaha...Kalau kita dah tau banyak penyakit dan akan mati, mungkin 5 atau 10 tahun akan datang, mungkin kita akan berubah...Kita akan tambah amalan kita, kita akan banyak bertaubat, kita akan kurang berbual yang boleh menjurus kepada fitnah, caci maki, mengumpat sama ada berdepan atau dalam media sosial, kita akan kurang berbual kosong, kita akan lebihkan ibadat termasuk ibadat memalam, kita akan usaha bersihkan hati kita, kita akan cuba berbuat baik pada semua semua orang seperti jiran2, sedara mara dan sebagainya, kita akan..bla...bla...bla...macam-macam la kan..Pendek kata semua perkara baik kita akan buat dengan niat kerana ALLAH SWT. Kita akan buat semua kebaikan kerana takut mati dan kerana rasa dah dekat nak mati...tak gitu...Kita buat banyak amalan baik supaya bila mati pahala kita banyak, sebab banyak amalan baik yang kita buat sebelum mati...Apa-apa pun kita pun tak tau la mengapa ALLAH SWT turunkan penyakit kat kita...mungkin sebab kifarah...Kalau sebab kifarah, doa la moga ALLAH SWT tak balas lagi dosa kita di akhirat nanti..di akhirat tentu lebih dasyat seksanya kan...Kalau sakit tu merupakan ujian Allah swt, doa la moga kita redha dan mampu menghadapi ujian ALLAH tu. Ujian ALLAH tu tujuannya ialah ALLAH nak beri pahala yang besar kepada kita serta untuk meningkatkan darjat kita..Semua balasan ini lebih jelas bila tiba di akhirat nanti, jadi sabar dan redha aje la....Jadi tak perlu pun takut untuk buat check up seluruh tubuh badan kita tu...ada kebaikannya...jangan bimbang....Setuju ke tak ni...?...hahaha...
Hari ni solat Jumaat di MASJID KARIAH PEKAN BANGI cuma 350 orang aje. Kalau ikut dalam FB masjid tu. Sapa yang ada kupon untuk masuk masjid boleh pi solat Jumaat. Kalau takde kupon tidak dibenarkan masuk masjid tapi digantikan dengan solat Zohor di rumah memasing...Kupon boleh diperoleh di masjid pada 7 dan 8 April 2021 selepas waktu Maghrib. Tiap-tiap minggu nak solat Jumaat kena amik kupon di masjid....Payah jugak nak solat Jumaat di Selangor ni. Jadi untuk dapat solat kat masjid kena gunakan kupon yang diambil daripada pihak masjid....Hari Jumaat ni aku tak pi Jumaat kat masjid sebab aku tak pi pun amik kupon tu kat masjid itu hari...mungkin bulan puasa nanti la pi, sebab Jumaat ni merupakan Jumaat terakhir sebelum masuk bulan Ramadhan..Sukar jugak pihak masjid nak uruskan jemaah untuk mendapat peluang solat kat masjid tu. Jumlah jemaah dihadkan seramai 450 aje. Biasanya kat masjid ni memang ramai jemaah, ada yang dapat ruang di tengah panas dan ada jugak yang solat luar pagar sebab jumlah 450 tu dah penuh dalam masjid dan di perkarangan masjid...Jenuh jugak kakitangan masjid nak uruskan dan tentu banyak komplen yang dia orang terima...Berusaha gigih jugak dia orang nak penuhi kehendak orang ramai...kesian kan...Harap semuanya ok la....
Riadah di bangi musim PKPB
Rasanya itu aje yang aku nak turunkan ke blog aku ni, moga kita semua, tak kita sapa la, akan sentiasa diberkati, dirahmati dan diredhai oleh ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka...serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnn....
Jangan lupa istiqamah dengan #BMF...
~ Sekian ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LAMA SANGAT tak buat catatan
Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...
-
Melati Hill Diari Daud - Hari ni Khamis, 19 Dis. 2019. Aku memang dah plan nak naik BUKIT MELATI pagi ni. Aku kena buat aktiviti macam...
-
Hari ni, KHAMIS, 28 Disember 2017...sejak balik dari kampung badan macam tak sihat. Rasa demam je tapi tak pi klinik pun. Kaki terseliu...
-
Hari SABTU, 16 September 2017, aku bersama famili pi PERLIS. Aku pi sana bersama isteri dan tiga orang anak aku. Lebih kurang 8.30 pag...
No comments:
Post a Comment