Friday, April 23, 2021

Jumaat Kedua RAMADHAN

Diari DAUD - Hari ni merupakan Jumaat Kedua dalam bulan Ramadhan. Hari ni juga merupakan hari ke 11 bulan Ramadhan. Kita dah puasa 11 hari dah...Biasanya bagi kita, kebanyakannya akan berasa seronok sebab hampir untuk sambutan HARI RAYA. Bagi pengejar pahala mereka tentu berasa sedih sebab bulan puasa akan meninggalkan mereka dan mereka tidak dapat lagi mencetak pahala yang berlipat ganda hingga kepada 700 kali ganda setiap hari sepanjang Ramadhan. Tentu mereka akan sedih sebab tak tentu mereka akan bertemu lagi di bulan Ramadhan yang akan datang untuk pesta mencipta pahala yang lebih banyak lagi. Bagi mereka pahala yang berlipat ganda amat penting untuk menghadapi hari akhirat yang panjang. Perjalanan di akhirat nanti makan masa 50K tahun tentu kita perlukan pahala yang banyak untuk zaman akhirat nanti.

Masjid Kariah Bangi

Hari Jumaat hari ni sebenarnya, aku terlupa pun hari ni hari Jumaat. Isteri aku pun lupa nak ingatkan aku untuk solat hari Jumaat. Bila tau aje, apalagi aku bergegas mandi. Mandi simple je pun sebab nak kejar masa. Biasanya aku pi awal ke masjid, lebih kurang 12.15 aku dah gerak. Hari Jumaat yang ni aku bergerak lewat, dah hampir jam 12.45 baru gerak ke masjid. Pintu pagar masjid akan tutup jam 1.00 petang. Lupa punya pasal la tu...Macam mana la aku boleh lupa hari ni hari Jumaat. Tiba di Masjid KARIAH BANGI, parking pun da penuh. Akhirnya dapat jugak parking di tempat bukan tempat parking...hahaha...selit-selit aje la...
Hari ni dah takde yang beratur panjang kat luar pagar masjid aku tengok...barisan pendek aje...mungkin sebab aku da lewat tiba kut. Aku sebenarnya dah amik pas untuk solat kat masjid tu Rabu malam selepas terawikh kat masjid tu, jadi aku tak perlu beratur pun. Aku terus masuk je dan pi ke tempat scan suhu dan my sejahtera. Kemudian aku bagi pas solat tu kepada petugas masjid untuk dicatat nombor ruang solat dalam masjid. Petugas tu catatkan nombor dan serah balik kat aku. Di pintu masuk masjid pulak ada sorang petugas yang cek nombor ruang solat aku dan tanda di helaian kertas kat tangan dia. Lepas tu aku pun pi la cari dan duduk di ruang solat aku tu. Rasanya ini cara yang berkesan supaya tiada lagi orang lain yang duduk diruang solat kita. Minggu lepas ruang solat aku dah diisi orang lain, jadi terpaksa solat diruang yang tidak bernombor. Tapi aku tak kisah pun asalkan tempat solat aku di bawah teduhan. Terima kasih la pada petugas masjid yang berusaha dengan sungguh2 untuk memberi ruang kepada semua jemaah yang datang untuk solat dalam masjid. Rasanya cara ini lebih efektif.


Kali ni aku perhatikan tiada jemaah yang solat di ruang panas terik cahaya matahari sama ada di dalam atau di luar pagar masjid. Semua jemaah berada di bawah teduh termasuk bawah khemah di halaman masjid. Rasanya ok la tu....payah juga kalau solat di ruang panas terik tu..panas beb walaupun panasnya takde la macam panas neraka...hahaha...Aku pun memang tak sanggup solat kat kawasan terbuka tengah panas tu...Masjid ni rasanya kalau penuh ruang hingga ke laman masjid tu mungkin lebih kurang 450 ruang solat kut mengikut SOP. Aku kesian juga dengan ramai lagi jemaah yang tak dapat solat di sekitar kawasan ni. Pekerja2 asing pun tak dibenarkan hadir solat Jumaat di masjid. Mungkin ada yang dah berbulan dan mungkin dah setahun dah tak solat Jumaat. Tak taulah aku apa hukumnya...kita serahkan pada pemerintah. Bukan hak kita untuk berbahas dalam hal yang sedemikian. Biarlah yang alim putuskan hal tersebut.


Tajuk khutbah JUMAAT hari ni ialah ZAKAT FITRAH. Aku pun tak bercadang untuk kupas tajuk khutbah tu. Zakat Fitrah adalah wajib kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Dikatakan puasa kita takkan kemana jika ZAKAT FITRAH tidak dijelaskan sebelum solat sunnat Aidil Fitri. Maknanya tak sah zakat fitrah dibayar selepas solat Hari raya tu. Jadi hati-hati la semua jelaskan, Zakat Fitrah tu lebih awal supaya ibadat puasa kita tak sia-sia.
Selain Zakat Fitrah, zakat lain-lain pun wajib kepada setiap orang Islam seperti zakat emas, perniagaan dan sebagainya. Jangan lupa jugak bagi yang ada pendapatan gaji dan pencen, wajib dibayar zakatnya bila dah cukup nisabnya. Kalau tak silap, di Selangor NISABNYA lebih kurang 20K setahun. Masing-masing kena semak NISAB negeri memasing. Bayangkan kalau pendapatan kita sebulan 2K maka dalam setahun lebih kurang 24K. 24K dah cukup nisab untuk bayar zakat. Wajib zakat tu DUA SETENAGAH PERATUS...wajib tau bagi yang ada pendapatan. Jangan lupa, tak bayar zakat akan terima azab yang maha pedih dalam neraka di hari selepas kematian nanti...Jangan main2..ambik berat berkenaan zakat ni. Rasanya itu aje yang ingin aku catatkan hari ni...
Moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT sentiasa dunia hingga akhirat. Moga kita semua dihindarkan oleh ALLAH daripada siksa kubur, siksa neraka dan siksa mahsyar serta dimasukkan kita semua ke dalam Syurga...aamiinnnn....


Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggal semua...


~ Sekian ~
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...