Friday, September 10, 2021

Boleh Rentas Daerah & Check up isteri di HKL...

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 10 SEPT. 2021. Pepagi lagi aku dah turun untuk bakar kalori sekitar taman perumahan aku. Aku macam biasalah, setiap JUMAAT dan ISNIN akan buat aktiviti sebegini setiap minggu. Memang penting kita buat aktiviti ni sekurang-kurangnya 3 jam setiap minggu bagi yang buat aktiviti berjalan. Kalau jogging, rasanya 2 jam setengah setiap minggu. Aktiviti ni penting untuk maintain diri kita supaya sihat tapi kalau kurang sihat, supaya sakit kita nak menjadi lebih teruk...gamaknya laaa....Hari ni juga kami kat Selangor, KL dan Putrajaya boleh rentas daerah dah dan tiada lagi sekatan. Hari ni hari pertama. Rasanya boleh kut pi Putrajaya untuk lepak-lepak dan sebagainya. Rasa jemu dah lama duduk kat rumah...hahaha...serabut dah kepala....Selama sejam lebih aku berjalan, aku berjaya bakar lebih kurang 300 kalori, berjalan lebih kurang 8K langkah dan jarak berjalan lebih kurang 6Km...ok la kut...

Hari ni JUMAAT lagi. Sekali lagi aku tiada peluang untuk solat Jumaat di Masjid Kariah Bangi tu. Selangor sekarang masjid boleh dihadiri oleh 100 orang jemaah Jumaat yang dijemput. Sapa-sapa yang tak dijemput tu, solat ganti ZOHOR di rumah dengan anak bini. Pada rakan-rakan dan sapa je yang nak menderma, bolehlah menderma untuk bina masjid baharu Kariah Bangi ni. Pembinaan akan bermula tahun depan kut. Mendermalah untuk diri sendiri atau difidyahkan pahalanya untuk orang lain sama ada ibubapa kita yang masih hidup atau yang telah mati. Tak salah kita jana pahala untuk ibu bapa kita yang telah pergi sebab dia orang telah besarkan kita dengan baik sejak kecil. Ada jugak yang mewarisi harta kedua ibu bapa tu. Jadi kenalah fikirkan untuk ibu bapa yang dah tiada tu...pahala sedekah tulah yang mampu kita bantu untuk mereka. Atau boleh jugak dihadiahkan kepada sapa-sapa je yang lain seperti orang2 yang pernah kita zalimi di atas muka bumi ni, sama ada yang kita kenal atau pun tidak. Pahala sedekah untuk buat masjid ni akan berterusan hingga ke hari kiamat, selama mana masjid tu wujud. Rugi beb kalau tak menderma untuk buat masjid ni...Kita perlukan pahala bila dah mati nanti...jangan kedekut...

Semalam, KHAMIS, 9 SEPT. 2021, aku bawak isteri aku buat cek up di HKL berkaitan sakit dia dulu tu. Disebabkan aku tak mahir dengan KL tu, aku mintak anak lelaki aku tolong bawakan kami ke HKL tu. Kalau harapkan aku, memang tak sampai la gamaknya...Kami gerak dari Bangi jam 7.30 pagi. Kami masuk ke Highway Plus melalui jalan  pi Dengkil tu. Kenderaan macam banyak nampaknya tapi sepanjang perjalanan kat lebuhraya tu, takde pulak kami diperiksa di sekatan jalan. Anggota keselamatan hanya pantau saja kenderaan yang lalu. Mungkin sebab hari ni hari akhir sekatan antara Selangor, Putrajaya dan KL kut. Jem pun taklah teruk sangat...macam lancar je perjalanan ke KL tu. Akhirnya kami tiba di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian, Hospital Kuala Lumpur tu. Sebenarnya bangunan Kompleks Pakar tu aku tak pernah sampai pun. Sebelum ni aku cuma sampai di Institut Neurologi Tunku Abdul Rahman iaitu tempat isteri aku dibedah bahagian kepala tu. Macam aku tulis sebelum ni ( boleh baca di sini ), isteri aku dibedah kepala sebab pembuluh darah dalam otak pecah yang dipanggil sebagai 'aneurysm'. Isteri aku dibedah bahagian kepala untuk menghentikan pendarahan dalam otak. Pembuluh darah di kepalanya tu di'clip' dengan clip khas berukuran kurang 10mm yang dibuat daripada titanium. Dah sebulan lebih sikit dia dibedah dan hari ni untuk buat pemeriksaan selepas selesai dibedah. Masa lepas dibedah dulu doktor kata pembedahan tersebut sangat berjaya.

Tiba di bangunan pakar tu, aku dan isteri turun dari kete dan anak aku terus cari tempat untuk parking. Aku dan isteri terus berjalan kepintu masuk bangunan tu, masa tu aku pun tak pasti betul tak bangunan yang aku nak masuk tu. Mata aku melilau aje untuk cari apa2 tulisan atau maklumat di sekitar tempat tu. Apa-apa pun aku redah aje sebab aku tengok ramai yang masuk pintu utama tu. Aku scan mysejahtera. Seterusnya kami masuk pintu utama yang dikawal oleh pengawal yang meletakkan label di baju isteri aku. Aku perhatikan label tu bertulis tarikh hari ni. Kemudian kami menuju ke lift. Beraturlah kami menunggu turn untuk masuk lift untuk naik ke tingkat 5. Ramai jugak yang nak masuk lift tu.  Sepanjang masa daripada turun kete tadi isteri aku memang tak lepaskan tangan aku dan dia tak lepaskan tangan aku. Dia sentiasa aje pegang tangan aku. Hal ni bukan sebab kami belangkas yang tak mau berenggang tapi...isteri aku memang tak boleh berdiri sensorang atau berjalan secara sendirian. Badannya masih lemah. Kalau dia bergerak sensorang, dia boleh tumbang. Badannya masih tak kuat walaupun dah dibedah lebih sebulan yang lalu. Dalam rumah pun walau kemana, aku kena pimpin. Nak masuk bilik air pun aku kena bawak dan aku jugak yang masih kena mandikan dia. Suami dan isteri kannn...hahahaha...opst! 

Tiba di tingkat 5 aku terus cari bahagian neurologi. Nampak je signboard nuerologi, terus aje kami pi ke bahagian tu. Tiba di situ dah ramai yang beratur. Ada sorang pesakit tu suruh kami pi beratur di bahagian satu lagi. Kami pun turut beratur dengan yang lain untuk tunggu giliran masuk. Agak lama jugak kami beratur di situ. Kemudian aku teringat untuk tengok kembali kad appointment dengan doktor tu...Laaa...rupanya kami beratur di bahagian lain. Sepatutnya kami pi ke bahagian 'neurosurgeri' bukan kat 'neurologi' hahahaha...tulah hasilnya kalau tak semak betul2. Untuk pengesahan aku tanya jururawat kat situ...Memanglah kami patutnya pi ke bahagian 'neurosurgeri' bukan 'neurologi'...apa boleh  buat laaaa...Maka kami pun terus pi ke bahagian 'neurosurgeri' yang tak jauh dari bahagian 'neurologi' tu...satu floor je punnnn...Sampai kat situ, kami terus bagi kad appointment kat nurse yang tunggu kaunter sebelum masuk ke bahagian neurosurgeri tu. Sepanjang masa isteri aku berkepit aje kat aku...hahaha...Nurse tersebut semak nama isteri aku di dalam buku besar dia tu. Rupanya nama isteri aku dah ada dalam buku untuk  buat pemeriksaan doktor hari ni. Bila dah jumpa nama isteri aku dalam buku tu, nurse tu suruh kami masuk ke dalam dan beri kad temujanji tu kepada aku. Sampai di dalam kami terus letakkan kad tu dalam bakul depan staf di kaunter. Aku tanya dulu nurse tu sebelum letak dalam bakul tu. Maklumlah kali pertama kami masuk ke situ tentu macam rusa masuk kampung kannnn...Kami terus pi tempat menunggu di kerusi yang banyak kat depan kaunter tu. Memang ramai pun yang datang situ nak dapatkan rawatan.

Setelah lama duduk, kami dipanggil...nama isteri aku la. Tiba di kaunter tu nurse tanya kakitangan kerajaan ke. Aku cakap aku pesara. Dia mintak nak cek kad pesara aku. Lepas tu dia kata next visit dia suruh bawak salinan kad pesara. Lepas tu kami disuruh tunggu kembali di tempat menunggu. Aku malas nak kata aku bawak salinan tu sebab malas aku nak semak dalam beg yang aku bawak tu..Tak lama menunggu kami dipanggil oleh nurse yang lain. Kami pun pi ke kaunter tu. Dia tanya isteri keje kerajaan ke ...Nurse yang mula kami jumpa tiada kat situ masa tu. Aku kata aku pesara dan dia nak tengok kad pesara aku. Aku bagi la kat dia. Dia tengok kemudian dia kata ada bawak salinan ke. Aku kata nanti aku tengok dalam beg yang aku bawak. Dia kata kalau takde salinan kena bayar...Aku tanya kalau bayar berapa ringgit...Dia kata 5 ringgit. Aku tengok dalam bag aku dan ada salinan tu...Aku bagi salinan tu kat dia. Kemudian dia bagi nombor giliran dan suruh tunggu doktor panggil. Nurse yang ni agak tegas sikit...Pada aku tak perlu terlalu tegas. Aku pernah keje kerajaan selama 37 tahun, banyak budi bicara yang aku telah gunakan terhadap orang lain...tak pernah pun bertegas sangat dengan sesiapa pun kalau ada pun mungkin terlalu jarang...Ewah...masuk bakul angkat sendiri sat...hahaha...Jadi kami baliklah ke kerusi menunggu tu...Macam belangkas la kami lagi. Orang lain pun ada jugak yang berpimpin tangan macam kami. Semua bangsa ada. Ada yang dipimpin oleh anak kut sebab muda nampaknya. Rasanya semua kat situ memang sama je macam isteri aku. Ada yang disorong dengan kerusi roda dan ada yang dipimpin oleh suami atau isteri atau oleh anak. Masing-masing dengan ujian yang ALLAH SWT beri..kan...Bila tengok ada orang lain yang lebih teruk daripada isteri aku, jauh di sudut hati aku, terasa insaf jugak, ...ewahhhh...hahaha...

patuh SOP

Lama jugak kami tunggu...tak lama kemudian nombor dipanggil oleh mesin untuk pi ke bilik nombor 3 kalau tak silap. Macam  belangkas balik la kami menuju ke bilik tu. Tiba di bilik terus bantu isteri duduk dikerusi. Rupanya bilik tu untuk cek tekanan darah. Nurse yang bertugas pakaikan alat yang lilit kat lengan tu dan mula tekan switch untuk cek tekanan darah. Mesin cek tekanan darah yang besar tu. Aku tengok tekanan darah agak tinggi jugak tapi taklah tinggi sangat. Selesai di situ kami diminta tunggu ditempat yang sama dan tunggu untuk jumpa doktor pulak. Tunggulah kami kat situ untuk beberapa ketika...lama jugak rasanya kat situ.

Tak lama kemudian nombor isteri aku dipanggil oleh mesin untuk masuk ke bilik nombor 10. Sekali lagi aku pimpin tangan isteri aku berjalan ke bilik nombor 10 tu. Jarak jugak bilik tu. Tiba di bilik tu terus beri salam. Ada seorang doktor lelaki muda Melayu dan seorang nurse. Doktor mula tanya isteri aku macam-macam termasuklah sama ada pernah muntah, ada sakit kepala dan sebagainya. Dia semak fail isteri aku tu. Kemudian dia nak tengok bekas jahitan kat kepala isteri aku. Lepas dia tutup pintu bilik dia tu supaya orang luar bilik tak nampak. Kemudian isteri aku buka tudung dia untuk doktor tu lihat bekas jahitan tu. Aku anggap hal berkenaan untuk keperluan perubatan, jadi harus pesakit dedahkan aurat yang perlu sahaja. Doktor kata luka berkenaan dah sembuh. Lepas tu dia kata akan buat scan lagi untuk pastikan clip yang dipasang dalam kepala tu sempurna dipasang. Sepontan aku tanya kalau tak sempurna kena bukak balik ke doktor. Aku tengok muka doktor tu seakan-akan nak tergelak....hahaha...Soalan aku tu mungkin lucu kut...mana mungkin kepala isteri aku akan dibedah di tempat tempurung kepala yang sama kalau pemasangan clip tak sempurna. Tentu dia orang ada kaedah untuk mengatasinya...Bila aku fikirkan kembali pertanyaan aku tu, aku pun nak tergelak sebab macam soalan aku tu macam soalan bodoh aje kannn...Jadi doktor tu kata akan buat scan di masa akan datang mungkin dalam 2 atau 3 minggu lagi. Apa-apa pun pihak hospital akan call untuk confirmkan tarikh yang tepat. Maknanya, aku kena datang lagi ke sini. Terpaksalah mintak tolong anak aku lagi. Satu hal lagi isteri aku tak perlu lagi makan ubat-ubat yang memang telah habis pun. Kalau sakit kepala dia minta diberi makan panadol aje. Aku jugak tanya kat doktor tu, nape isteri aku masih lagi tak boleh berjalan sendiri dan masih perlu dipimpin. Doktor tu jawab, pemulihan selepas pembedahan memakan masa jugak. Sepanjang berada dalam bilik doktor tu aku tak rakam pun dengan hp aku, bimbang tidak dibenarkan. Walaupun rasa gatal je tangan aku nak rakam masa kat situ...hahaha...Akhirnya, sesi kami tu telah tamat dan kami ucapkan terima kasih kepada doktor muda tu sebelum keluar. Kami terus aje keluar dari bahagian NEUROSURGERI HKL tu setelah ucap terima kasih jugak pada nurse yang jaga rekod kedatangan pesakit di pintu masuk bahagian berkenaan.

Tiba di bawah dari tingkat 5 bangunan tu, aku pun call anak aku untuk ambik kami kat bangunan tu. Kalau kami berjalan tentu makan masa selama lebih 10 minit untuk ke tempat parking anak aku tu. Jadi kami tunggu je la di situ. Mulanya memang aku ajak isteri aku berjalan ke tempat anak aku tu tapi dia menolak sebab tak larat. Sebenarnya memanglah isteri aku tu tak larat pun. Kat rumah, ke sana sini pun kena pimpin, macam yang aku tulis kat atas tu. Memasak pun aku dan anak pompuan aku yang buat setelah menantu aku kembali bekerja. Menantu aku mula bekerja kembali dua tiga hari yang lalu. Sebelum ni dia aje yang masak dan buat lain-lain keje rumah. Sebulan lebih kurang jugak la dia cuti masa isteri aku tak sihat ni. Sebenarnya skill memasak aku dah lama tiada. Masa bujang kat Politeknik Ungku Omar tahun 1980, 'the only Polytechnic' masa tu, aku duk dengan kawan2 yg tak dapat hostel. Duduk ramai2 dan kami kongsi memasak selama 2 tahun setengah. Masa bujang keje kat UKM mula tahun 1983, aku masak jugak dengan kawan2 bujang sampailah aku kawen tahun 1988. Masa isteri bersalin, aku masak jugak, semua kelahiran anak, aku tak pernah hantar pun isteri aku ke kampung. Aku jaga dan buat semuanya hingga isteri aku sihat. Jadi skill masak aku memang dah bersawang dah. Kali ni aku masak dengan cara bertanya dengan Mr. Google dan tunjuk ajar isteri aku. Bila siap isteri aku jadi 'food tester'. Kalau dia kata ok, maka ok la tuuu..hahaha...

Sebenarnya aku perlukan sangat supaya isteri aku cepat cepat sembuh sebab kami, InsyaALLAH TA'ALA akan berpindah ke kampung hujung tahun ni...Harap2 tiada aral yang melintang...Dalam masa menunggu anak aku tu, aku terpandang bangunan sebelah bangunan tu. Oh! rupanya di sebelah tu Fakulti Pergigian UKM, tak tau pulak aku ia ada di situ. Rasanya masa aku masih belum bersara aku jarang tiba di UKM KL ni...memang jarang sangat tapi ada laaa....Ada dua atau tiga rakan MCP aku kat Fakulti Pergigian dan UKM KL ni...kalau tak silap. Mungkin sdr. YUSRI, KHAIDIR dan MYA...kalau tak silap... Moga dia orang semua sentiasa dirahmati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga akhirat...aamiinnnn...Tak lama kemudian anak aku sampai dan kami masuk kete serta seterusnya kami gerak balik...

Rasanya itu aje yang aku nak tuliskan di sini. Kepada sedara mara, adik beradik, rakan-rakan, jiran-jiran dan sapa sapa la...aku ingin ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kerana mendoakan kesihatan isteri aku. Moga kalian semua sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia dan di akhirat...aamiinnn...


Jangan lupa, teruskan dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...

Sekian....

daud.montak.zakaria 


No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...