Friday, September 17, 2021

Bakar Kalori & Moga Isteri Bertambah Sihat...

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT lagi, 17 Sept. 2021. Macam biasa, hari Jumaat aku bakar kalori sebelah pagi. Tak ada apa yang baru pun masa bakar kalori ni. Masih di tempat yang sama sebab kita tak boleh rentas sempadan kan. Kalau boleh rentas sempadan tentu aku akan pi hiking di Melati Hill, Nilai Negeri Sembilan dan berjalan di Tasik Ujana Nilai Negeri Sembilan. Apa-apa pun bersyukur lah sebab masih boleh bergerak untuk bakar kalori dan masih boleh keluar rumah musim covid ni untuk bakar kalori. Bakar kalori ni bukan sebab takut mati tapi untuk jadikan tubuh badan kita rasa lebih sihat dan fit serta jika ada penyakit pula, supaya sakit kita taklah bertambah teruk. Jadi kita mestilah beraktiviti. Beraktiviti ni tidak mampu pun menghalang kita daripada bertemu ajal sebab ajal tu pasti sama ada kita sihat atau tak. Oleh sebab kita ni di dunia, segala yang berlaku tu bersebab...mungkin kita mati sebab sakit dan sebagainya...Mesti ada asbab...Kalau ada yang mati secara tiba-tiba, kalau di pos motem tentu ada sebab dia mati...tak gitu...Hari ni macam biasa dapatlah aku bakar kalori lebih kurang 300 kalori, berjalan sejam lebih, jarak 6Km dan cipta langkah lebih kurang 8K langkah. Aku beraktiviti ni 2 kali seminggu je...ok la tu kut...

Hari ni JUMAAT, masih lagi tiada peluang untuk tunaikan Jumaat. Dah banyak kali dah. Harap ada rezeki dimasa akan datang. Kalau kita tak dapat peluang, jangan kita mengeluh, semua tu memang dah ada ditentukan ALLAH SWT di Luh Mahfuz. Semuanya dalam ilmu ALLAH SWT sebab ALLAH SWT Maha Mengetahui. Usah gusar sangat, terus aje mencuba dapatkan peluang untuk solat Jumaat masa akan datang. Satu lagi, Masjid Kariah Bangi akan membina masjid baharu akan datang menggantikan masjid lama. Kalau ikutkan memang patut pun dibina masjid baru sebab kariah sini dah ramai dah. Masa aku mula2 datang tahun 1983 dulu masjid lama ni memang boleh menampung penduduk sekitar. Sekarang ni di sekitar sini memang dah ramai penduduknya. Dah banyak taman perumahan yang wujud di sekitar sini. Lama dulu, awal aku ke sini, keliling ni hutan je...sekarang ni dah macam pekan dan bandar. Taman perumahan pun dah di panggil bandar seperti Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra dan sebagainya..Di bawah ni aku tepekkan poster. Bagi yang nak menderma silakanlah...Tak rugi menderma sebab pahalanya akan berterusan hingga hari kiamat selagi masjid tu wujud di situ. Aku tak pasti akan dapat solat di situ nanti sebab aku akan pindah kampung hujung tahun ni. Masjid tu mungkin akan mula dibina tahun depan. Mendermalah, tak rugi menderma. Pahala sedekah tu yang akan kita bawa ke akhirat. Harta yang lain2 yang kita tinggalkan dalam bank dan sebagainya akan diwarisi isteri dan anak2...Jadi pahala sedekahlah yang akan kita bawa bersama ke sana. Kita mati takkan bawa rumah besar kita, kita takkan bawa barang kemas kita, kita takkan bawa wang2 dalam akaun bank kita dan sebagainya....itu semua akan diwarisi oleh isteri dan anak2. Kita hanya akan bawa pahala harta yang kita sedekahkan masa kita hidup...dan amalan2 yang lain...

Sekarang ni, isteri aku kelihatan semakin sihat nampaknya dan harap2 dia terus sihat....tolonglah doakan sama-sama ye....Sekarang ni dia boleh berjalan perlahan-lahan dalam rumah tanpa dibantu...Berjalan ala kura-kura...hahaha...Tapi masa masuk bilik air aku kena pimpin jugak sebab bimbang dia terjatuh. Kakinya masih tak kuat dan kalau terseradung tentu terus jatuh. Solat pun dia masih duduk...kakinya tak kuat berdiri lama...Nak tunduk pun tak boleh...Itu ujian dia la kut dan ujian untuk aku sama la tu...Aku masih pimpin dia masuk bilik air dan aku masih lagi mandikan dia tu...Harap2 dia terus sihat. Tapi untuk keluar rumah masih tak boleh sebab anggota masih tak kuat. Doktor pun kata, makan masa untuk kembali seperti sedia kala. Kami masih belum dapat tarikh temujanji dengan doktor untuk scan kembali kepala isteri aku tu. Dia masih tak boleh nak masak makanan. Nak berdiri di dapur lama2 pun tak mampu lagi. Sekarang ni, masih aku yang masak dan anak pompuan aku. Sekarang ni kerap aku masak makanan tengah hari sementara anak pompuan aku buat sarapan pagi. Tugas ni kami galas selepas menantu aku bertugas semula. Sebelum tu lebih sebulan menantu aku yang sediakan makanan dan sebagainya masa isteri aku terlantar selepas pembedahan kepala. Sekarang ni aku masak, hari2 menu ayam aje...tentu ada yang pelik nape aku masak ayam hari-hari. Sebenarnya anak bungsu aku tak makan ikan...tu sebab aku masak ayam je hari2 untuk dia dan yg lain2. Apa boleh buat la...Anak bungsu aku tu masa kecik tak makan nasi pun...dah hampir sekolah menengah baru makan nasi. Kami tak ajar pun dia tak makan nasi. Aku sendiri pun tak makan ayam sebab alahan. Namun aku tak kisah pun...aku asal kampung, aku mampu makan walau dengan ikan masin sekali pun....hahaha..

Aku berharap tak lama lagi kita semua akan dibenarkan rentas sempadan sebab aku akan berpindah ke kampung pada hujung tahun ni...insyaALLAH TAALA. Harap semua yang dirancang tidak akan tertunda. Saja je aku nak duk kat kampung sebab aku pun lahir di kampung. Aku anak kampung yang dulu pernah makan pisang rebus, ubi kayu rebus, ubi keledek rebus, aku pernah tangkap ikan di bendang, aku pernah mandi sungai dan sebagainya. Aku tak heran sikit pun...Oleh yang demikian aku kena pulang ke kampung...Hanya beberapa orang anak aku yang akan terus duduk di Bangi ni. Dia tak dilahir di kampung pun. Dia orang memang anak Selangor...Aku dan isteri aku masih anak Peghak...Anak bungsu aku akan turut serta balik ke kampung.

Rasanya itu aje yang aku nak coretkan di sini...Aku doakan kalian semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT sentiasa dunia dan akhirat. Aku berdoa jugak moga kalian semua dihindarkan oleh ALLAH SWT daripada siksaan KUBUR, MAHSYAR dan siksaan NERAKA...semuanya, tanpa kecuali..aamiinnnn...

Jangan lupa, teruskan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...