Saturday, September 25, 2021

350 Jemaah JUMAAT, Bakar Kalori & isteri makin sihat..

Diari DAUD - Semalam hari JUMAAT, 24 September 2021. Macam biasalah, waktu pagi aku pi panaskan badan di kawasan sekitar taman perumahan. Memang rutin aku buat aktiviti ni 2 kali setiap minggu. Kalau hal ni tak dibuat rasa badan tak berapa fit. Rasanya dah tua2 ni kena jugak buat aktiviti ni secara rutin. Kita perlu berpeluh dan perlu gerakkan otot kita. Bersihkan keliling rumah hingga berpeluh pun boleh dikira kita melakukan senaman jugak. Jadi kalau ada masa tu buatlah aktiviti untuk gerakkan otot2 ni. Kita buat aktiviti ni bukan sebab takut mati tapi untuk rasa sihat walaupun dalam tubuh kita wujud penyakit. Dulu masa aku jumpa doktor dulu dia kata kita mesti buat aktiviti sekurang-kurangnya 2 jam setengah kalau jogging setiap minggu. Kalau berjalan kita mesti sekurang2nya berjalan 3 jam setengah setiap minggu. Hari ni aku mampu berjalan lebih kurang 6Km dengan 8K langkah serta bakar kalori lebih kurang 300 Kalori dalam masa sejam lebih.

Jadi, untuk semua kita, seboleh-bolehnya buatlah aktiviti bakar kalori secara rutin sama ada setiap hari atau beberapa hari dalam seminggu untuk jadikan badan lebih FIT, bukan sebab takut mati, sebab mati tu dah TUHAN tentukan....tak boleh elak pun...

Hari JUMAAT, 24 September 2021 juga merupakan kali pertama aku solat JUMAAT di Masjid Kariah Bangi tu musim Covid 19 ni. Dah lama sangat dah aku tak solat Jumaat sebab Selangor lama sangat berada dalam PKP FASA SATU. Dah berbulan jugak la aku tak solat Jumaat. Musim PKP kat Selangor ni cuma AJK masjid je yang boleh solat Jumaat. Bila dah boleh solat JUMAAT berjumlah 350 orang maka banyak la peluang orang ramai dan ahli kariah yang boleh datang masjid untuk solat Jumaat. Hanya jemaah lebih 18 tahun dan dah buat dua2 vaksin aje yang boleh pi solat Jumaat. Alhamdulillah...memang rasa bersyukur sangat. Bukan apa, kalau kita dah biasa solat Jumaat dan tak pernah tinggal walau sekali tentu kita akan rasa macam tak seronok aje. Bukan nak riyak tapi korang tanyalah sapa2 yang tak pernah tinggal Jumaat, tentu mereka akan jawab benda yang sama. Lagipun korang tentu tau kan kalau tinggalkan solat Jumaat walau cuma sekali, dosanya amat besar. Dan kalau tinggalkan solat Jumaat berturut-turut 3 kali dikira seperti orang Munafik. Orang munafik duduknya di NERAKA JAHANNAM.

Jemaah yang ada kupon untuk datang masjid aje yang boleh hadir di masjid. Kupon berkenaan boleh di dapati di surau dan di masjid berkenaan. Kupon berkenaan dikeluarkan oleh pihak masjid. Masjid Kariah Pekan Bangi tu memang boleh muat dengan jumlah 350 orang tu mengikut SOP yang ditetapkan iaitu antaranya jarak antara jemaah ialah lebih kurang 1 meter diantara satu dengan yang lain. Itu pun masih ramai yang tak boleh masuk masjid. Walk in buat masa ni tak dibenarkan. Dengar2 citenya rentas negeri mungkin tak berapa lama lagi. Dah tentu aku akan balik kampung untuk lihat rumah dan sebagainya. Lama dah tak balik. Lagipun hujung tahun aku plan nak pindah ke kampung. Kalau boleh rentas negeri, dah tentu lebuhraya pun akan jem gilerrrrr....kan...kan...


Tajuk khutbah masjid di Selangor ialah VIRAL FITNAH DI MEDIA SOSIAL. Aku tak bercadang untuk mengupas tajuk khutbah tu. Kita pun masing2 tau fitnah tu memang perbuatan berdosa BESAR. Rasanya eloklah jauhkan diri daripada perbuatan fitnah tu. Lebih baik kita jangan masuk campur dalam perkara yang kita tak tau. Tak masuk syurga orang yang berbuat FITNAH. Jadi buat apa kita nak 'involve'. Lebih baik kita diam. Dalam Islam pun kita dianjurkan supaya diam jika tiada apa2 perkataan yang berfaedah untuk dikeluarkan. Memang betul fitnah di media sosial amat pantas dan jumlah manusia yang terlibat boleh mencapai jutaan orang. Fikirlah betapa besar dosanya bila jumlah yang terlibat amat besar. Fitnah dulu2 cuma dari tingkap ke tingkap aje dan habis tinggi pun cuma satu kampung aje...Sekarang ni fitnah berbentuk antarabangsa dan seluruh dunia. Ngeri sungguh kalau kita nampak dosa-dosa yang kita jana hasil daripada FITNAH tu. Nanti di mahkamah ALLAH SWT di Mahsyar nanti kita akan nampak dosa2 kita tu depan mata aje.. Andaikata kita tak terlibat dalam fitnah, namun disebabkan hal berkenaan merupakan perkara yang benar, kita akan terlibat pulak dengan istilah GOSSIP atau UMPAT...mengumpat jugak besar jugak dosanya dan mudah menjerumuskan kita ke lembah NERAKA...Umpat tu perkara yang benar. Lebih kurang sama aje dosa kedua-duanya...Harap kita semua jangan terlibatlah dengan hal sedemikian hingga kita mati..Rugi besar kita nanti di akhirat tu...


Aku jugak nak warwarkan di sini, bahawa masjid kariah Pekan Bangi akan diganti dengan masjid yang baharu. Sekarang ni pihak masjid sedang kumpulkan dana untuk membina masjid berkenaan. Dijangka masjid baharu akan dibina mulai tahun depan kut. Jadi di sini aku ingin mengajak kalian untuk sama-sama kita menderma. Besar pahalanya kita sedekah untuk bina masjid dan pelbagai bangunan yang digunakan untuk syiar Islam. Dermalah sejumlah yang mampu. Pahalanya boleh untuk diri sendiri dan jugak untuk diniatkan sedekah untuk kedua ibu bapa kita yang masih hidup atau telah meninggal dan sebagainya. Perlu jugak diingat kita sering menyakiti dan menzalimi orang lain sebab kita manusia biasa. Jadi elok jugak kita sedekah dan niatkan pahalanya untuk semua orang yang pernah kita zalimi sama ada yang kita kenal ataupun tidak. Di akhirat dan di mahkamah ALLAH SWT nanti kita akan bayar segala perbuatan dosa kita kepada orang lain dengan PAHALA yang kita ada. Jika PAHALA kita telah kehabisan sebab membayar perbuatan DOSA kita kepada orang lain, maka DOSA orang lain pulak kita akan tanggung sebab PAHALA dah habis untuk membayar segala DOSA kita kepada orang lain. Akhirnya kita tanggung DOSA orang lain dan seterusnya dicampak ke lembah NERAKA...takut kan...Jadi apa salahnya kita bersedia sejak di muka bumi lagi. Ramai kita zalimi orang lain kan sama ada yg kita kenal ataupun yang tak kita kenal...contoh la...kita ambil tanah orang lain atau guna tanah orang lain tanpa kebenaran. Kita maki hamun orang lain sama ada  dia dengar atau tak. Kita jugak sering mengumpat dan memfitnah orang lain. Itu cuma sebahagian daripada contoh2 kita menzalimi orang lain...Kesimpulannya buatlah banyak pahala dengan apa cara sekali pun sebab akhirat adalah tempat yang kekal...Akhirat tempat azab yang pedih dan jugak tempat terlalu bahagia yang berkekalan....

Aku dalam 3 hari ni cuti daripada memasak sebab 3 hari ni menantu aku ada kat rumah. Jadi aku rasa biarlah dia aje yang memasak dua tiga hari ni. Aku akan sambung masak lunch mula hari Isnin. Lagi pun menantu aku sedap masakannya. Isteri aku sekarang ni dah bertambah sihat...alhamdulillah. Sekarang ni dia boleh dah bergerak sana sini dalam rumah tanpa dibantu. Masuk bilik air dan dah boleh mandi sendiri. Namun aku selalu ingatkan dalam bilik air jangan berdiri. Kalau mandi dan sebagainya duduk aje di atas kerusi dalam bilik air. Nasihat aku untuk mereka yang dah pernah pening dalam bilik air, jangan sekali-kali berdiri dalam bilik air. Sediakan kerusi untuk duduk bila dalam bilik air untuk mandi dan sebagainya. Amat bahaya kalau pening dalam bilik air dan tumbang dalam bilik air. Tolonglah ambil perhatian berkaitan hal ni...Kalau isteri aku dah benar2 sihat nanti mungkin aku akan bersara daripada memasak...hahaha...Buat masa ni aku mesti masak sebab dia masih perlahan pergerakannya dalam rumah dan tak mampu buat keje berat2...Dia masih tak boleh tundukkan kepala sebab akan rasa macam pening. Jadi aku biarkan dia benar2 sihat barulah aku serahkan tugas memasak tu...hahaha..opst!
Klik DI SINI untuk tonton antara video masakan yang pernah aku masak...Resepi aku 'google' aje pun...


Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada kalian semua iaitu sedara mara, adik beradik, ipar duai, biras2, jiran2, rakan2 dan semua yang mendoakan kesihatan isteri aku. Moga isteri aku terus sihat seperti sedia kala....aamiinnnn...
Rasanya itu aje yang aku nak tuliskan hari ni, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia hingga akhirat...aamiinnn...



Jangan lupa terus dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...

~ sekian ~
daud.montak.zakaria


No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...