Friday, March 21, 2025

MASIH MENCARI ASAL USUL ATUK AKU SEBELAH EMAK


Diari DAUD - Masih berlegar di sekitar salasilah emak aku. Macam aku katakan dulu, aku tak tau langsung atuk aku sebelah emak aku. Puas aku selongkar tapi masih tak jumpa jugak. Tiada pun tercatat nama PANJANG SHARIF iaitu ayah emak aku dimana2 ceruk salasilah yang ENCIK ASRI bagi kat aku tempoh hari. Hampir buntu aku. Tentu orang akan tanya 'perlukah tau asal usul atuk aku tu'. Dulu aku tak kisah pun...lantak pi la dengan keturunan tu. Tapi sekarang ni aku perlu tau untuk kepuasan hati aku sendiri. Aku tak kisah pun apa2 kisah yang lalu sama ada manis atau pahit sekali pun. Yang penting aku tau ATUK aku tu dari mana puncanya. Aku dah selongkar semua, tapi aku tak jumpa pun kaitan atuk aku dengan yang lain. Takde pun jumpa sebarang tempat di mana ada nama PANJANG SHARIF tu. Panjang Sharif bin apa pun aku tak tau. Harap ada sesapa la yang akan jelaskan kepada aku perkara ni. Sila la jelaskan kepada aku. Sekurang2nya aku tau asal usul ATUK aku tu...





Harap ada sesapa yang tau akan beritau aku sama ada ATUK aku tu wujud di salasilah jalur mana...Bukan setakat ATUK aku...kubur atau pusara dia pun aku tak tau di mana lokasinya. Ada sesapa ka yang boleh bantu jelaskan....Yang aku tau nama atuk aku PANJANG SHARIF...bin aku tak tau. Dia berasal dari PADANG TENGGALA.....Emak aku,RAMLAH BT PANJANG SHARIF dari jalur ANDAK MANDEK.

Itu je yang aku nak tulis...sekian...


daud m zakaria


3 comments:

  1. Salam. Tuan. Taktau la macam mana saya boleh terjumpa blog tuan. Tapi arwah Opah saya namanya Teh Halimah binti Alang Zabidah. Arwah opah memang duduk di Bota dan ada tanah di Layang Kanan kalau tak silap. Kot-kot lah tuan ada pernah ternampak nama arwah opah saya.

    ReplyDelete
  2. Dan memang arwah Opah saya menetap di Kg Padang Tenggala. Bersetentang dengan rumah putih tu.

    ReplyDelete
  3. Arwah atok saya plak namanya Mohd Yusoff bin Mohd Shariff. Duduk di Kg Padang Tenggala.

    ReplyDelete

Menyembang jer....

Hari ni KHAMIS, 29 JAN 2026 - Aku takde topik khusus untuk ditulis hari ni. Hari ni aku cuma nak merapu je apa yang terlintas dibenak aku je...