Wednesday, April 30, 2025

NOSTALGIA...moga bahagia di sana..


Diari  DAUD - Semalam, 30 APRIL merupakan genap setahun biras aku PIAN kembali menemui PENCIPTA nya. Sama samalah kita doakan kebaikan untuk dirinya yang telah terlebih dahulu pergi menemui pencipta. Sedekahkanlah pahala bacaan dari surah2 AL QURAN yang kita baca untuknya. Dan doakanlah yang baik2 untuknya. Moga ALLAH SWT menerima dan kabulkan doa kita semua dan moga ALLAH SWT hindarkan dia daripada siksa kubur, siksaan Mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam SYURGA...Di bawah ni catatan aku berkaitan PIAN selepas almarhum telah tiada setahun yang lalu...

Catatan lalu...2024...

Bulan April 2024, kami dikejutkan dengan berita kembalinya biras aku PIAN ke Rahmatullah. Memang kami terkejut pun. Benda ni berlaku tiba2 je. Kami dapat call daripada adik pompuan isteri aku. Jam lebih kurang 3 pagi kami bergegas ke Sungai Besar Selangor tu. Disempadan Perak je..Lupa pulak aku berapa jam sampai sana. Aku pi sana dengan isteri, dua orang anak aku serta sorang menantu. Kami terus ke hospital di sana. Lupa pulak aku nama hospital tu. Jenazah ada di sana untuk proses pos motem. Di sana sempat la aku tatap muka jenazah. Kami tunggu di hospital tu hingga selesai pos motem. Kemudian terus bergerak ke rumah almarhum. Di rumah tu sempat la kami involve dalam majlis tahlil sekejap. Selesai majlis kami pi masjid berhampiran. Di masjid tu kami mandi dan solat dan tidur menunggu waktu siang. Ramai juga sedara mara dan ipar duai yang hadir bila hari dah siang. Anak aku dan isterinya dari Bangi pun ada sama. Memang ramai sedara yang turut serta di rumah almarhum tu. Dari KL, dari Kg Abu Bakar Baginda, dari Jenderam, dari Perak, dari Manjung dan lain2 la. Bagi aku itu bermakna, almarhum memang disenangi oleh sedara mara dan orang dikelilingnya...Sempat la juga aku turut serta solat jenazah dan hantar ke tanah perkuburan. Pada aku almarhum ni terbaik bagi aku. Antaranya dia sering ada bila kami ada majlis kenduri terutama masa anak2 aku kawin. Selalu jugak singgah di rumah. Dan yang paling aku ingat sampai sekarang, dia pernah pinjamkan kete dia pada aku lebih sebulan kalau tak silap. Masa tu kete aku kat bengkel lebih sebulan sebab aku langgar pokok masa tahun 2009 atau 2010 masa aku nak pi keje di UKM. Ingatkan aku da mati da masa tu...dunia terus gelap...Dan dialah juga yang azankan atau iqamatkan satu2nya anak pompuan aku yang dilahirkan di HOSPITAL KAJANG tu. Masa tu aku masih belum sampai ke hospital lagi. Jadi...pada aku, biras aku ni terlalu baik bagi aku. Oleh itu aku doakan dia diampunkan oleh ALLAH SWT segala dosanya, dihindarkan dia daripada siksa kubur, dihindarkan daripada siksa Mahsyar, dihindarkan drpd siksa neraka dan...moga ALLAH SWT masukkan dia ke dalam syurga...aminnn....
Ramai yang rasa sedih dengan pemergian dia...dah tentulah sekelian ahli keluarga dia lagi terasa kehilangannya...AL-FATIHAH ( dibaca untuk dia ).

Catatan lalu..

Sekian....

daud m zakaria


No comments:

Post a Comment

CATATAN TERKINI...coretan

  Diari DAUD - Hari ni aku nak buat beberapa catatan yang masih belum aku kongsikan di sini. Lepas Ramadhan dan Syawal ni aku dah mula buat ...