Wednesday, July 23, 2025

HUBUNGAN MAT SAJA dan AKU dalam salasilah

 


Diari DAUD - Hari ni 24 Julai 2025 dan da lama aku tak update blog aku ni. Jadi hari ni aku nak cuba la tulis sesuatu. Sebenarnya aku da ada benda yang aku nak tulis iaitu berkaitan hubungan aku dan MAT SAJA dalam salasilah DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Rancangan ni timbul bila aku terjumpa MAT SAJA masa SAMBUTAN MAAL HIJRAH Peringkat Masjid Al Attar, Layang-Layang Kanan tempoh hari.

Ini la keluarga MAT SAJA @ AHMAD GHAZALI


Sebenarnya MAT SAJA ni lebih tua daripada aku. Tak tau berapa taun tuanya daripada aku. Tak banyak imej yang masih terdapat dalam minda aku berkaitan MAT SAJA yang masih tersimpan hingga sekarang. Hanya satu imej saja yang masih tersisa iaitu aku masih ingat MAT SAJA dan MAT PUTEH sama sama keluar dari kedai minum kelin AMID di pekan Layang masa aku kecik2 dulu. Kecik tak kecik la..mungkin dah sekolah menengah kut gamaknya. Masa tu aku dan geng senin tengah minum2 di kedai kelin AMID kat Layang tu. Masa tu MAT PUTIH berambut panjang. Mungkin MAT SAJA dan MAT PUTIH ni kawan baik kut. Aku lupa dengan sapa aku minum2 kat kedai kelin AMID tu. Masa tu makanan kat kedai kelin AMID tu ialah mee goreng dan pak kocok. Itu diantara menu yang terdapat kat kedai kelin AMID tu.

DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN

Jadi aku nak tulis la sikit salasilah ni. DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN ni mempunyai 3 orang anak iaitu LONG CAHAYA, DATO' PADUKA RAJA PANDAK ABDUL RAHMAN dan ANDAK MANDEK. Cuma 3 orang ni yang diketahui. Tak tau la sama ada masih ada lagi anak2 yang lain.

LONG CAHAYA anak DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN

MAT SAJA ni berasal dari jalur LONG CAHAYA ni la. LONG CAHAYA punyai beberapa orang anak iaitu NGAH SINUN, ALANG JOHAN, ITAM MARUM, TEH UDANG dan HAJJAH JALEHA. Keluarga MEGAT TERMIZI MEGAT ADNAN dan MEGAT NIZAR MEGAT YAHYA juga bermula daripada jalur LONG CAHAYA ni. Begitu juga KELUARGA SULAIMAN MAT NUR dan CIKGU DI ABBAS juga bermula daripada jalur LONG CAHAYA ni.

LONG CAHAYA dan KELUARGAnya

Daripada anak LONG CAHAYA yang bernama HAJJAH JALEHA ni lah menjurus kepada keluarga MAT SAJA. HAJJAH JALEHA ni punyai beberapa orang anak dan dari HAJI OTHMAN ni la wujudnya keluarga MAT SAJA.

Keluarga HAJJAH ZALEHA dan keluarganya

HAJI OTHMAN ni ialah MOYANG MAT SAJA. HAJI OTHMAN ni punyai beberapa orang anak iaitu MOHD NAWI, MOHD SHUKUR, HAJAH YAH, HAJAH PUTEH, NEK dan HAJI MOHD SALLEH.

HAJI OTHMAN dan keluarga

Daripada anak HJ OTHMAN iaitu HAJJAH YAH [ nenek MAT SAJA ] lahirlah ibu MAT SAJA iaitu ZALIHAH. Daripada ZALIHAH dan suaminya MOHAMED DIN lahirlah MAT SAJA.

HAJJAH YAH dan keluarga

ZALIHAH dan suaminya MOHAMED DIN mempunyai beberapa orang anak iaitu MAZNAH, AHMAD GHAZALI [MAT SAJA ], RADZIAH dan SHAHRUL ROZI.

ZALIHAH dan keluarganya


Keluarga MAT SAJA

Macam mana pulak kaitan aku dengan MAT SAJA ni...Rujuk kepada rajah di bawah tu...

Kaitan MAT SAJA dan AKU dalam salasilah DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN.


Keturunan MAT SAJA ni daripada anak DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN yang bernama LONG CAHAYA dan keturunan aku pula daripada anak DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN yang bernama ANDAK MANDIK. LONG CAHAYA dan ANDAK MANDEK tu adik beradik..Kami generasi ke-7 daripada keturunan DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN...Aku dengan MAT SAJA ni da sedara jauh da....Masa sambutan MAAL HIJRAH kat masjid itu hari la baru aku tau nama sebenarnya iaitu AHMAD GHAZALI. Tu yang jadi sebab aku semak salasilah ni...hahaha...
AKU amat berterima kasih kepada ENCIK ASRI yang memberikan aku banyak infor berkaitan salasilah ni. Awalnya aku memang mencari asal usul emak aku yang aku tak tau langsung pun. Melalui ENCIK ASRI ni la aku dapat banyak infor berkenaan. Terima kasih banyak2 kepada ENCIK ASRI ni. Kalau ada sesapa yang nak tau banyak berkaitan salasilah DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN ni, hubungi la beliau tu..Kat bawah ni aku letakkan mereka yang berkenaan. Moga memberi manfaat kepada kalian...

Yang aku bulatkan dalam foto tu, ENCIK ASRI la tu....



Itu je yang aku nak tulis...
Sekian..

~ daudmzakaria






No comments:

Post a Comment

HUBUNGAN SALASILAH AZLAN CIKGU SEHAK dgn AKU

  Video Majlis Perkahwinan Anak Azlan Cikgu Sehak Diari DAUD - Semalam, aku pi hadir kenduri anak MEOR AZLAN MEOR ISHAK@Cikgu Sehak di Dewan...