Tuesday, June 18, 2019

Catatan SYAWAL di PARIT PERAK dan Perlis...

Diari DAUD - Hari ni SELASA 18 Jun 2019, dulu semalam AHAD 16 Jun 2019 kami tiba dari kampung kerana bercuti selepas RAYA. Kami memang bercadang balik
kampung lepas berhari RAYA di BANGI. Kami bercadang untuk
balik kampung pada SELASA minggu lepas 11 Jun
2019 lepas anak pompuan
kami balik ke
Kangar Perlis untuk menghabiskan
sisa sisa subjek peperiksaan di UNIMAP. Dia naik ETS
dari KAJANG hingga ke KANGAR PERLIS pada jam 9.30 pagi. Lepas dia
gerak ke KANGAR kami pula gerak ke PERAK. Kami gerak lepas ZOHOR. Turut serta
ialah anak kedua aku dan anak bungsu aku. Anak sulung aku akan
sertai kemudian iaitu hari KHAMIS beserta isteri dan
anak kecil dia....


balik PERAK ikut PLUS, SKVE, SUNGAI BULUH, PLUS UTARA, GOPENG,
SERI ISKANDAR...BOTA KANAN..
hujan lebat kat kawasan sungai buluh kut...
rumah adik di KG SENIN..
Kami mula gerak lepas ZOHOR.
Kami gerak dari BANGI dan masuk ke LEBUHRAYA PLUS.
Dari PLUS kami masuk pula ke LEBUHRAYA SKVE menuju SHAH ALAM
dan seterusnya tiba di SUNGAI BULUH iaitu LEBUHRAYA PLUS ke utara. Laluan ke
utara memang macam tak sesak tapi yang menuju kembali ke selatan
nampak macam banyak aje kenderaan, mungkin
mereka balik ke KL atau mereka
beraya lagi kut. Masa kami balik ni merupakan 7 SYAWAL....Dalam perjalanan
ke utara tu kami tiba di satu kawasan yangmana ditimpa titisan hujan
yang lebat sangat...nasib baik tak lama...Apa apa hujan
tetap rahmat Allah swt untuk makhluk...
..makhluk bukan kita aje kan...


PEKAN PARIT....
PEKAN PARIT
BELI SARAPAN DI PEKAN PARIT...
Kami hanya singgah sekali aje iaitu
di hentian TAPAH. Singgah sat untuk solat ASAR.
Kami jugak sempat beli makanan dan buahan kat hentian TAPAH tu...
pi toilet memang dah tentu la kan...hahaha...
Memang setiap kali balik kami akan singgah kat hentian tu, sejak dulu lagi...Memang rutinnya macam tu...ok la tu kan...boleh gak enjin kete rehat jugak..
Kami tiba di rumah adik aku lebih kurang jam 6.30 petang...ALHAMDULILLAH kami selamat sampai. Kami bermalam di rumah adik aku tu. Memang kalau balik kampung aku
akan bermalam di rumah adik aku...aku rasa selesa bermalam
kat situ setiap kali balik kampung...

Rabu pagi kami pi pekan PARIT
untuk beli sarapan...sempat la tengok pekan mati PARIT tu yang
dah setahun aku tak tengok...hahaha...Kami jugak sempat beli kipas siling untuk
rumah kami yang baru siap di belakang rumah adik aku tu..Di PARIT tu sempat la tinjau pekan tu kejap...Nostalgia pekan Parit ni..Masa kecik selalu pi pekan
ni untuk makan mee maidin kat Parit tu...Sempat jugak
aku dengan kawan2 masa kecik tengok
wayang kat panggung wayang
pekan tu...sekarang dah lama takde panggung wayang tu
...biasanya tengok cite hindustan...Kami pi Parit tu naik basikal aje...waktu malam ramai2...aku pun dah lupa
dengan sape aku pi Parit tu....nostalgia kan...sekarang ni pekan
tu macam dah hampir mati sebab dah ada
BANDAR SERI ISKANDAR...
gamaknya la....banyak opis2 kerajaan pindah ke sana...


ZIARAH RUMAH KAK SIAH
RUMAH KAK SIAH..
RUMAH KAK AWE
RUMAH KAK AWE
Berbalik pada cite asal..lepas ZOHOR aku bersama
isteri dan 2 orang anak aku pi pulak BERSYAWAL dikampung SETERUS SAUK, KUALA KANGSAR. Tujuan kami untuk ziarah kakak kakak ipar aku di sana. Isteri
aku memang berasal dari sana, kampung SETERUS, SAUK.
Kalau dah jodoh, ceruk mana pun boleh
jumpa kan..kan...kan...
hahaha..opst!

Kami tiba di sana, di SAUK
tu dalam sejam melalui jalan PARIT, BELANJA, MANUNG,
KUALA KANGSAR dan akhirnya kampung SETERUS, SAUK. Masa yang diambil untuk ke sana dari kampung aku kat LAYANG2 KANAN tu lebih kurang sejam. Lalu jalan kecik melalui kampung2...macam kampung biasa la. Melalui jalan sedikit
bukit bukau tepi sungai...Singgah sat kat MANONG isi minyak...
Jalan kecik aje tapi ok la tu daripada tiada jalan...Jalan ni paling dekat untuk ke Kuala Kangsar tu...

Tiba di SAUK melalui jalan ke GRIK tu, rumah yang mula kami singgah
ialah rumah kakak ipar aku yang aku panggil KAK SIAH...isteri aku pun panggil macam tu...aku ikut aje la..Di rumah tu kami sempat menjamu selera dengan kueh
kueh raya yang masih ada lagi. Dia sorang aje yang tinggal
di rumah tu...Anak anak semua dah ada
keluarga sendiri...tinggallah
dia sorang aje...suaminya dah lama 'pergi'...moga almarhum bahagia di sana..aamiinnn...


RUMAH KAK AWE
KAWASAN RUMAH KAK SABA
RUMAH KAK SABA
Selesai di rumah tu, seterusnya kami pi ke rumah kakak ipar aku lagi sorang yang duduk berhampiran rumah tu jugak. Bagi salam dan kami pun masuk. Aku
panggil kakak ipar aku tu Kak Awe macam isteri aku panggil.
Kat rumah tu selain kak ipar aku ialah suami dia, abang JET, anak mereka
WANI dan jugak emak biras aku tu...Jadi kami ada di rumah tu agak dalam setengah jam la jugak. Selesai aje maka kami gerak pulak ke rumah kakak ipar aku yang sorang
lagi yang duduk di rumah dalam kampung yang sama...

Kami tiba di rumah kakak ipar aku lagi sorang tu dalam beberapa
minit aje. Bagi salam kat pintu...isteri aku yang bagi salam, kami tunggu dulu kat luar
untuk bagi masa tuan rumah untuk tutup aurat...aurat memang perlu dijaga...Selesai aje maka kami pun masuk. Kat rumah tu kakak ipar yang aku panggil KAK SABA
tu ada bersama anak pompuan dia yang dah berkeluarga, suami
anaknya tu bekerja. Kami di jamu dengan
mee atau spageti aku pun
tak pasti sebab aku tak mahir sangat dengan makanan ni. Pada aku kalau kelihatan macam mee, aku anggap mee aje...hahaha...Kami jugak makan kueh raya yang ada kat situ.
Tak lama kemudian anak pompuan dia yang sorang lagi balik dari tempat keje
bersama anak kecik dia. Kami bersembang la seketika sebelum kami
mintak diri untuk balik. Aku pun tak berapa ingat nama anak
pompuan dia tu...kalau tak silap NUR dan UMI tapi aku tak kenal pun mana satu umi mana satu nur maklumlah aku ni jenis yang 'terlalu rajin' pi cari sedara
mara...ekekeke...opst!...maaf la eaa...

tengah tunggu makanan...sebelah tu adik aku...
sedang jamu selera...adik ipar aku dan anak aku...
isteri dan anak aku...
Kami gerak kembali ke PARIT dah agak lewat petang jugak la...sama la
jalan yang kami lalui iaitu KUALA KANGSAR, MANUNG, BELANJA dan PARIT...Di Parit kami singgah sat sebab aku cuba nak cari buah DOYAN. Ada satu gerai kat
pekan PARIT tu jual doyan. Isteri aku dan anak anak pi beli
doyan kat gerai tu...sekilo dia juai 8RM
mungkin sebab dah malam
kut...Selesai beli terus aje balik ke kampung Senin tu...
Bila dimakan buah doyan tu bukanlah yang terbaik...doyan kampung, kalau nasib baik dapatlah yang bagus isinya tapi yang kami beli ni nampaknya isinya nipis
aje...apa boleh buat memang itu rezeki yang TUHAN dah
tentukan...redha aje laaa...

Malam tu kami pi makan malam kat gerai
makan kat pekan BOTA KANAN tu...nak pi bandar SERI ISKANDAR
agak jauh.....jadi kat bota kanan aje la. Kami makan kat gerai tepi jalanraya LUMUT ke SERI ISKANDAR. Gerak lepas maghrib. Kami gerak semua iaitu aku, isteri dan anak2 dan jugak adik aku dan suami dia.
Tiba aje kat situ terus masuk dan cari tempat duduk. Aku kalau balik kampung mesti datang sini untuk makan, jarang pi bandar SERI ISKANDAR tu...Kat situ cuma  7Km aje
kut tapi kalau bandar SERI ISKANDAR 15 Km gamaknya. Kat kedai atau 
gerai makan tu, semua ada, menu dan harga semua ada kat
dinding kedai tu...besar2 belaka... tapi aku order
mee hailam aje...itu aje yang aku boleh makan, maklumlah, banyak aku takleh makan sebab alahan...Harga semua lebih kurang aje macam kat
BANGI tu. Gerai tu memang gerai
tomyam...sebelah gerai ni pun macam jenis gerai yang sama aje...banyak sebenarnya gerai kat sekitar ni....Selesai aje makan terus aje balik....


4 jam tentu lenguh kaki drive...
gerak ke kangar perlis hari khamis....
singgah di R&R ...lupa nama rnr ni...masa pi Kangar
singgah untuk sarapan....
Hari KHAMIS, 20 Jun 2019 kami pi gerak
ke PERLIS awal pagi lagi dengan dua buah kete. Lebih kurang
jam 7.00 pagi kami mula gerak. Turut sama ialah isteri dan dua anak kami.
Kami pi ke PERLIS tu untuk amik anak pompuan kami di Kolej Kediaman Tan Sri Aisyah Ghani di Wang Ulu kat KANGAR tu.....Kolej Kediaman Siswi UNIMAP.
Kami melalui Lebuhraya PLUS dari Parit
Simpang Pulai, Ipoh, dan seterusnya ke utara. Agak makan masa jugak untuk tiba di KANGAR tu iaitu lebih kurang 4 jam rasanya. Kami singgah di beberapa
R & R sepanjang perjalanan tu sebelum tiba di lokasi kolej
kediaman anak pompuan kami tu...Letih jugak
duduk memandu selama berjam jam
tu...letih woooo.....Kaki letih tekan minyak dan clutch, 4 jam ooo...

Kami tiba di kolej kediaman anak pompuan
aku tu lebih kurang jam 12.30 tengah hari tapi anak aku belum tiba dari
lokasi pekse dia tu. Beberapa lama kami tunggu akhirnya dia sampai dan mulalah
sesi angkat barang2 dia masuk ke kete. Kami bawa 2 buah kete sebab nak bawak barang2 dia yang macam banyak aje tu...
Kolej pompuan, lelaki memang tak boleh naik ke bilik jadi anak pompuan aku bawa dari atas dan anak lelaki aku bawak masuk kete...Banyak jugak barang2 dia tu. Barang2
tu kena bawak balik semua sebab sesi akan datang anak pompuan
aku akan masuk ke sesi LATIHAN INDUSTRI pulak
sebelum masuk kembali untuk pengajian tahun tiga atau tahun akhir pulak....
moga pengajiannya dan pelajar2 lain berjalan lancar...
Kali ni kami tak pi mana mana pun di Perlis tu sebab kami balik hari..Kalau bermalam kat
Perlis tentu kami boleh pi mana mana macam yang lalu...Dulu kami dapat gak
pi taman ular kat perlis tu dan lain2...kali ni amik anak dan terus balik
ke Parit....


Kolej Kediaman Unimap di Wang Ulu, Kangar..
Kolej kediaman siswi unimap kangar
tunggu siap punggah barang ke kete...
 Selesai aje muatkan barang dalam kete, kami pun gerak...kete anak aku penuh dengan barang2 sementara kete aku bawak orang aje, aku, isteri, dan dua anak aku.
Sebelum jauh dari kolej kediaman tu kami singgah di masjid
berhampiran untuk solat jamak dan qasar
ZOHOR dan ASAR. Selesai aje terus mula gerak..
Aku ikut aje kete anak aku sebab aku tak tau jalan yang perlu dilalui. Anak aku
guna waze yang kadang2 masuk ke jalan kampung kampung yang macam jalan kampung kat MANUNG aje....hahaha...

Kami singgah di R&R Semanggol
masa kami balik ke PERAK dari KANGAR tu untuk isi perut. Selesai aje isi perut, kami teruskan perjalanan. Sepanjang lebuhraya jarang pun gerak bawah  110kmj
....hahaha...apa boleh buat la...kalau gerak macam tu rasa macam
kaki siput aje...tentu lambat sampai...Kebanyakan kete macam tu la melainkan
lori aje yang selalu gerak bawah 110kmj...hahaha...opst!...Dalam jam hampir 7.00 petang gak baru tiba kat rumah adik kat KAMPUNG SENIN tu...


isi barang masuk kete
jamak dan qasar kat sini...
R & R ...lupa namanya...SEMANGGOL  kut...
 Tiba di rumah adik aku, anak sulung aku bersama famili
dia, memang dah sampai dulu dari SELANGOR di rumah adik aku tu....Perjalanan kami dari utara tu lebih kurang 400 Km tu sebabkan kaki macam lenguh semacam aje...bawak
kete manual pulak tu...hahaha...Tapi... tu la bagi aku kete manual ni
memang kete lelaki tulen...hahaha...tapi kalau dalam
KL bawak manual, memang la mendidih kalau masih guna manual tambah kalau
memang keje sekitar dalam KL tu.....hahaha..

JUMAAT awal pagi aku pi pekan PARIT untuk
cari sarapan pagi...Macam macam dibeli termasuk roti canai...Boleh
jugak kalau aku nak pi ke pekan BOTA yang lebih hampir untuk beli sarapan tapi...malas nak ke sana...Masalah sarapan kat kampung aku ni memang takde pun, memana
boleh pi beli...orang jual masuk kampung pun ada..Harga murah sikit
daripada kat BANGI tu...rasanya la...

Lepas sarapan aku ajak anak kedua aku pi ziarah kubur bapak dan
emak aku di kawasan berhampiran aje...Tapi aku pi dgn kete ikut jalanraya...sebenarnya berjalan pun boleh. Tiba di sana letak kete depan gate pagar kawasan tanah
wakaf tu...Belum sempat aku masuk masuk kawasan tanah perkuburan
tu ada seseorang bagi salam...salam disambut.


makan tengah hari rasanya...
dah sampai BOTA KANAN...
Waaa...dengan dia ni aku dengar banyak
sangat cite dia. Dia baru balik dari kawasan tanah belakang
tanah wakaf tu. Dia kata dia tengok tanah bini dia yang ada kat sana. Dia kata
tanah isteri dia dah diguna oleh orang, dah ada rumah di situ. Dia kata tak patut orang tu buat rumah atas tanah bini dia. Dia kata dia nak jumpa orang yang bertanggung
jawab guna tanah tu tanpa kebenaran...Aku pun kata eloklah bincang
dengan baik...Dia kata dia anggota polis sambil tunjuk kad kuasa dia. Pada aku pun tak patut orang guna tanah tu tanpa kebenaran dia..memang tak patut pun, samalah
macam pencuri. Bila dah lama cite aku cepat2 potong cite dia
sebab kalau tak buat gitu tentu aku tak dapat nak lawat kubur emak bapak aku...Banyak sangat cite dia. Dia jugak cite dia merupakan salah sorang anggota  komando yang
pernah bawa kete proton saga di kutub utara tu...korang  semak la tentu ada
dalam internet kan...zaman sekarang tak susah cari maklumat
...hujung jari aje kan....
Rasanya tahun 2007. Lepas bersara komando dia dapat masuk polis dan dia tak
cite pun macam mana boleh masuk polis...dia sebut secara umum aje...Dia nak akan pencen 2 tahun lagi dan mungkin akan menetap kat kampung tu jugak. Dia menantu orang
kampung aku...Dia kata dia menantu Damanhuri...aku pernah dengar nama tu tapi
aku dah ingat2 lupa wajah orang tu sebab aku tinggalkan kampung aku
pada usia 20 tahun...sekarang ni dah 59 tahun...
Kalau balik kampung sekali sekala pun aku duk rumah aje...Kami bersalam sebelum aku mintak diri untuk masuk ke tanah wakaf untuk lawat kubur emak bapak aku dan
semua sedara mara yang ada di tanah wakaf tu...


beli sarapan kat PARIT dan pi pasar pulak..
tanah wakaf
aku jumpa si Johar ni, menantu damanhuri katanya...aku pun dah lupa wajah damanhuri tu....
Di tanah wakaf tu aku dan anak aku pi tengok kubur bapak aku dulu dan emak aku. Di kubur bapak aku, aku doakan kebaikan mereka dan semua yang ada di tanah
wakaf tu. Moga mereka semua diberikan kebahagiaan oleh ALLAH SWT
di alam sana tu....Itu aje yang mampu kami buat, doakan
untuk kebaikan mereka semua.....jangan jemu berdoa untuk mereka semua..
Ada ketikanya rasa macam damai aje bila duk kat tanah wakaf tu..
tapi biarlah tanah wakaf tu tak semak dan hutan...tak caya cuba tengok foto yang
aku paparkan tu...damai kan dengan langit biru cerah...Almarhum emak bapak kita tahu
kalau kita lawat pusara mereka....doakanlah untuk mereka dan semua almarhum
yang ada kat tanah wakaf tu...tak rugi kita doakan untuk mereka semua...
Mana tahu bila kita mati nanti ada penziarah lain yang
akan doakan untuk kita walaupun cuma sedara se ISLAM saje...kan..kan...

Kemudian aku ajak pulak anak aku pi
ke sawah yang sering kami pi bila balik kampung.
Bukan sawah aku pun tapi sawah orang lain. Saje je pi sana untuk
tengok sawah yang terbentang tu. Damai rasa hati bila tengok sawah yang luas tu
walaupun bukan sawah aku pun. Seronok dapat tengok sawah....luas terbentang...rasa damai tengok pokok padi yang hijau tu...Kalau masak tentu lagi cantik...Sempat berposing kat situ.
Tiba2 talipon aku berbunyi...rupa2nya isteri aku yang call, dia orang pun nak pi ke sawah tu...Aku suh dia orang datang dengan kete anak sulung aku. Tak lama kemudian
dia orang pun sampai. Apa lagi la semua duk posing kat sawah tu.
Anak bungsu aku siap bawak pancing lagi. Dia pi
mancing sensorang...apa pun tak dapat
...budak pekan atau urban mana la tahu nak mancing, takat baling umpan aje tapi kalau takde skill apa pun tak lekat...Aku pun dah hilang skill memancing tuu.....
Sempat jugak la kami berposing di sawah ORANG tu..
la ni ada posing dengan cucu lagi tu...haha..


pusara bapak aku....tu bukan nangis tapi lap peluh kut...panas kat situ...
pusara emak aku..
semoga semua penghuni tanah perkuburan ini BAHAGIA semuanya 'di sana'..aamiinnn...
Lama gak kami kat sawah tu sebelum kami mula gerak balik ke rumah sebab orang yang tukang buat rumah aku tu nak jumpa...Di rumah adik aku pula dah tunggu
orang yang buat rumah aku tu. Kami sembang dan hari tu
jugak datang orang nak pasang tiang letrik
untuk salurkan letrik ke rumah aku yang baru siap tu...pasang tiang
dan kabel aje tapi elektrik ke rumah belum lagi  disambung, rasanya itu tugas tnb....

Menjelang tengah hari aku serta anak anak dan adik ipar
aku pi solat jumaat di masjid kampung aku. Sampai aje terus masuk
masjid. Dah cantik masjid ni. Masjid baru dibina semula selepas terbakar
beberapa tahun yang lalu. Bentuknya pun lain aje daripada bentuk yang dulu tu.
Nampak cantik. Selesa solat kat sini..Jemaah pun tak penuh mungkin sebab ramai yang keje kut...Selesai solat terus balik ke rumah adik aku...

Waktu petang pula aku dan semua ahli keluarga aku
pi gerak ke Manjung untuk ziarah abang abang ipar aku yang tinggal kat pekan MANJUNG tu. Manjung terletak di jalanraya yang menuju ke LUMUT, PERAK. Kami memang
dah lama tak ziarah mereka...rasanya raya dua atau 3 tahun lepas
memang kami tak ziarah ke sana rasanya. Sebelum tu
selalu jugak pi ziarah kalau raya. Jadi
kami ingat2 lupa lokasi rumahnya
yang tepat. Aku pun call anak dia yang duk kat KL tu
untuk tanyakan lokasi rumahnya yang tepat. Dapat aje call tu aku suh isteri aku
aje yang bercakap dengan anak sedara dia tu...Selesai aje maka kami pun dapat tahu lokasi rumah yang tepat. Jadi kami pun terus aje singgah depan rumah abang
ipar aku tu...hahaha...


damai aje kan...
tanah wakaf kampung senin
sebelum berlalu...
sedara mara kita dan sedara se ISLAM kita semua..
selamat tinggal untuk hari ni...
Masuk aje ke dalam rumah jumpa dengan isteri abang
ipar aku dulu. Kemudian muncul pulak abang ipar aku tu. Kami bersalaman..
Aku salam dan peluk dia...jarang aku buat benda ni tapi sebab lama tak jumpa aku salam dan peluk dia. Siap dengan selfie lagi tu dengan dia hahahaha...opst! Mungkin
sebab lama tak jumpa mungkin dia pun macam ingat2 lupa
dengan aku...hahaha...apa boleh buat la....

Kami makan kueh raya kat situ dan anak2 aku
tak ketinggalan makan nasi jugak kat rumah abang ipar aku tu.
Sambil sambil tu kami sembang la macam macam. Abang ipar aku tu dah berumur
74 yahun. Moga dia sentiasa sihat hendaknya..aamiinnnn....Agak lama jugak kami kat situ dan akhirnya kami minta diri untuk pi ke rumah abang ipar aku yang sorang lagi.
Dia tinggal di kawasan berhampiran situ jugak.... Kat rumah abang Usop aku
tu sempat la jugak kami posing sebagai kenangan...


luas mata memandang
pemandangan kat sawah...aku takde sawah pun...
damai aje sawah ni...
cucu kami...sedar sedar je dah jadi atok...hahaha...
isteri aku dan anak2 serta cucu kami...
Kemudian kami pi cari pulak rumah abang ipar aku yang
sorang lagi kat MANJUNG tu...Aku tak mahir sebenarnya nak cari rumah tu
...selalu aje keliru. Sib baik ada anak aku...dia orang yang biasa duk atas jalanraya tentu
dah biasa cari cari rumah ni...Akhirnya jumpa jugak kami dengan rumah abang
ipar aku yang sorang lagi ni...Aku panggil dia 'ENCIK' sebagaimana isteri aku panggil...Untung adik beradik yang ada gelaran ni...dah penen pun adik2
panggil 'encik' jugak...hahaha..opst! Aku memang jarang jumpa
dia orang ni...isteri aku ada jugak pi sekali sekala bila ada
kenduri kendara...Itu bukan bermakna aku tak suka sedara mara, berdosa
kita benci orang lain ni...jika bukan hal sepatutnya..kalau tak suka pun, rasanya tak
boleh benci kut tapi bersabar aje la...Ya Allah swt, Kau masukkan kami ke dalam golongan orang yang penuh kesabarannya...aamiinn...Aku memang jarang pi cari sedara
mara ni....aku ni lebih CINTA duk di rumah daripada merayau sana sini...
memang itu sikap asal aku sejak kecik...

 Tiba aje depan rumah terus jumpa
abang ipar aku dan isterinya...terus kami bersalaman dengan yang diharuskan untuk bersalam....Macam dengan abang ipar aku yang tadi, aku bersalam sambil
peluk abang ipar aku tu...memang jarang sangat jumpa....Kemudian
kami masuk dalam dan menimati makanan yang disediakan
...Diakan sediakan nasi lemak untuk kami...
ALHAMDULILLAH...seeedapppp...


aku, isteri, anak2 dan cucu...
menantu, isteri anak anak dan cucu kami..
anak kami serta cucu..background anak dan menantu kami...
isteri, anak dan cucu kami...
Kami makan sambil sembang
...sembang biasa aje...di rumah tu cuma tinggal
dia orang dua laki bini...Anak anak memasing ada yang dah
berkeluarga sendiri...Rasanya kami jugak satu hari nanti mesti jugak macam tu kan...masa dah tua tua dan anak anak pun dah ada keluarga sendiri...tentu akan jadi gitu kan....
Abang ipar aku ni masih sihat nampaknya...moga dia terus sihat
hendaknya ...aamiinnnnnn.......
Setelah agak lama di situ maka kami pun minta diri untuk pulang ke PARIT...Macam biasalah kami semua bersalaman dan bermaafan dan sempat aku snap
foto kat situ sebagai kenangan.....Selesai aje maka kami
gerak balik ke PARIT..moga jumpa lagi di masa akan datang...InsyaALLAH....harap gitu la...

SABTU, 15 Jun 2019...awal pagi kami pi cari sarapan di PARIT. Pi kat gerai yang sama jugak. Harga makanan tak lah macam kat BANGI. Kat sini tak la mahal
...agak ok la jugak...Anak bungsu aku dan anak kedua aku
sempat la minum sat sementara tunggu
makanan siap dibungkus...Selesai aje kami pun terus balik....Ramai jugak
orang kat gerai tu..Gerai gerai lain pun ada jugak...ramai jugak
pelanggannya...Gerai tempat kami beli tu ada roti
canai, mee, nasi lemak melaka, tak tau pulak ada nasi lemak melaka ni...dan macam makanan lain jgak...Selesai beli terus aje balik...


anak bungsu kami...
mancing pun kena ada skill
skill mancing aku pun dah lenyap...
cantek kan kat sawah ni...bukan sawah kami pun...
Tiba di rumah kami terus sarapan...Anak sulung aku dengan famili
dia dah pun pi ke pasar SABTU di pekan BOTA KANAN tu...Dengar aje anak
dah pi pasar sabtu isteri dan anak2 aku yang lain terus ikut turut serta ke sana. Adik aku kata pasar sabtu tu kadang2 payah nak parking sebab orang ramai. Aku memang tak suka pi pun sebab aku memang tak suka sesak sesak macam tu...memang aku tak
suka keadaan macam tu sejak dulu lagi...Aku rimas kalau ramai
ramai macam tu...Tu sebab aku jarang pi pasar
pasar macam tu....jarang sangat walau
kat mana pun...melainkan tempat tu baru aku lawat, mungkin aku pi jugak..
Agak lama dia orang pi pasar tu...Bila balik aje terus dia orang sambung sarapan...Anak sulung aku dengan keluarga dia balik SELANGOR pagi ni sebab kawan dia ada
buat 'open house'.....Dia gerak balik dalam
pukul 10.00 pagi lebih kurang...

bersama abang ipar aku kat MANJUNG..abang isteri aku yg sulung...
isteri aku dan abang sulung dia..abang usop...
keluarga aku dan abang ipar aku...tepi kanan sekali isteri abang ipar aku...
ni kat rumah abang ipar aku yang lagi sorang di MANJUNG jugak..
Tengah hari kami pi ke BANDAR SERI ISKANDAR
sebab aku nak gum cermin kete aku yang retak sebab kena batu di lebuhraya
masa gerak ke KANGAR itu hari. Anak kedua aku pula bawak adik pompuan dia dan adik
aku pi ke sana jugak untuk pi ke kedai Eco di Bandar Seri Iskandar tu. Aku terus
singgah kat kedai DR. CERMIN yang ada dibandar tu...Tanya dulu boleh
gum atau tak..Yang jaga kedai tu semua melayu...dia kata boleh...
upahnya 80RM. Rasa ok la kut 80RM...Kalau ganti
cermin MyV harganya 500RM...Jadi lebih baik aku tampal aje sebab tak besar mana pun
kena batunya...batu kecik aje...Selesai buat tengok macam ok aje...
boleh la...Selesai bayar kami terus pi sertai adik aku
di Billion tu. Jumpa aje di sana kami pun
pi la merayau dalam bangunan billion tu...Kami beli kotak plastik aje pun.
Sebenarnya di bandar SERI ISKANDAR ni ada bebarapa buah pasaraya, BILLION, TESCO dan ECONSAVE...Selesai urusan, kami pi cari makan tengah hari di restoran
RIZQULLAH...Kalau anda sampai sini aku sarankan cuba la
kat kedai tu...murah makanan kat situ...
Pelajar IPTA dan IPTS pun ramai makan kat situ...RIZQULLAH tu ada 2 buah kedai. Kami pilih kedai yang agak kurang pelanggan....Selesai makan kami terus balik...

dengan abang ipar aku yang lagi sorang di MANJUNG jugak...
jamu selera...
selesai jamu selera...terima kasih kerana menjamu kami semua...
 Waktu petang aku ajak anak pompuan aku bersihkan rumah baru kami
di belakang rumah adik aku tu. Aku azan setiap empat penjuru dalam rumah tu...Kami sapu dan basuh sikit di dalamnya. Kami sapu jugak di luar rumah tu..Selesai aje bersihkan
rumah, aku dan isteri aku bacakan YAASIIN dalam rumah tu dengan harapan
mana mana perkara tak baik yang tak kelihatan di mata tidak
akan mengganggu sape sape pun...InsyaALLAH...
Rumah tu tak besar mana pun...cukuplah untuk kami laki bini habiskan sisa sisa usia kami di situ hingga akhir hayat dengan aman...harap2 gitulah ...Itu rancangan kami
...harap rancangan kami diredhai ALLAH SWT hendaknya....
Dunia ini sebenarnya hanya sementara aje
habis tinggi pun 70 atau 80 tahun
aje...selebihnya kita tinggal
di alam barzah sebelum ke akhirat...Tinggal di alam barzah
lebih lama daripada tinggal di dunia....Contohnya manusia yang hidup di zaman
Rasulullah mungkin hingga 80 tahun...Nabi pun wafat usia 63 tahun..dan mereka hidup di alam barzah dah hampir 1400 tahun...tak gitu...Jadi lebih baik kita fikirkan hidup kita
di alam barzah daripada hidup kita yang tak berapa lama dalam
dunia ni...tak gitu..?
Jadi tak perlulah kita buat benda2 yang akan menyebabkab kita
sengsara hingga berpuluh, beratus atau beribu tahun dalam alam barzah tu..tak gitu..
Jadi eloklah kita bersihkan hati kita dan redha dengan kehidupan yang
singkat ni...kan...kan...bersihkan hati dan buatlah amal2 yang baik2...tak gitu..Jangan kita reka seteru, musuh dan seumpamanya...kan...kan...kan...opst!

cucu balik selangor hari sabtu pagi..
pegi jumpa DR. CERMIN untuk gum cermin kena batu...
gum cermin
singgah BILLION SERI ISKANDAR..
Sabtu malam tu kami pi ke bandar SERI ISKANDAR
sebab untuk pi cari makan. Adik aku sarankan kami makan di CHEGU CAFE.
Sampai di bandar tu adik aku tunjukkan lokasi cafe tu dekat BILLION dan ECO...Cari parking dan letak kete di situ...Susah nak cari parking kat situ, penuh aje...Anak aku pun cari parking gak dan akhirnya jumpa. Kamudian kami masuk dan cari tempat
duduk. Duduk aje terus pelayan datang bawa menu. Cafe ni
katanya dah masuk TV3. Makanan macam semua
ada, sama ada makanan timur atau barat.
Masing masing buat order....
Rasanya kami
silap masa dan ketika kut sebab
ada sekumpulan lelaki dan pompuan sembang kuat2 sambil ketawa
kuat2 sangat...Aku dah rasa meluat sangat...tapi apa boleh buat. Mungkin dia orang
ni student ipts atau ipta yang ada kat bandar tu...usia macam pelajar aje.. Bila aku nampak macam tu cepat2 nasihat anak aku terutama anak pompuan aku yang masih di ipta tu supaya jangan bersikap 'kuajaq' macam tu...Orang tua2 macam aku tentu
cepat2 aje terbayang emak bapak dia orang....Masa muda2
dulu aku tak pernah buat macam tu walaupun
ramai kawan sama2 belajar di kolej
yang tak berapa tinggi dulu tu masa kat Ipoh tu..
Agak lama dia orang sembang sambil ketawa terbahak2 macam
nak runtuh kedai....Dia orang ni dalam 10 orang kut..geram sangat aku
rasa...sib baik aku bukan
juara wrestling...kalau tak...haihhh....hahahahahaha...ooopst!

BILLION SERI ISKANDAR
BILLION SERI ISKANDAR
santai seketika..
ini rumah kami di kampung untuk habiskan sisa2 usia kami nanti...tak besar mana pun tapi cukuplah
untuk habiskan usia di sini...INSYAALLAH...



Sampai aje order kami, maka kami pun makan dengan
pelbagai menu...Sebenarnya cafe tu memang standard cafe kat bandar baru
bangi..Harganya pun macam harga di sana...macam..Rasanya cafe ni ok gak...kalau nak masuk tiap hari tak mampu la tapi tiap ujung bulan tu boleh la kalau untuk satu
keluarga.. ...bagi yang hidup sederhana macam aku ni
la....hahahaha..
Jadi sesape yang tersesat ke Bandar SERI ISKANDAR PERAK ni bolehlah singgah di sini...
Link FB cafe ni...DI SINI..

Selesai aje makan terus balik ke rumah...
.Kumpulan yang buat bising dan gelak kuat tadi tu dah lama balik dah. Dia orang
selesai masa kami tangah rancak makan makanan kami...Harap harap
anak anak muda janganlah bersikap macam tu..Nak berbual
berbuallah...nak gelak gelaklah tapi jangan
berbual dan gelak macam dalam gua yang kumpulan korang aje yang ada dalam gua tu.......hidup bermasyarakat mesti berpaksikan adat dan agama...
berdosa ganggu orang ni......opst!
Masa pi jamu selera kat cafe ni, isteri aku pulak kena migrane...sian dia
tak dapat merasai nikmat makanan kat situ walaupun makan tu masuk ke mulut..kesian dia..semuanya ALLAH SWT yang tentukan....
Tiba di rumah sempat la aku tengok langit malam yang di sinari cahaya bulan...Seronok dapat tengok langit malam yang jarang aku tengok kat Bangi tu...Tambah pulak
aku dah bersara tentu dah tak involve lagi dengan tugas waktu
malam..Kat sini seronok tengok langit yang bercahaya
bulan tu...Kalau kat bangi penuh cahaya lampu aje....hahahaha....tak nampak
bulan bintang pun.....


anak anak...
SALAH SATU MENU KAT CEKGU CAFE BANDAR SERI ISKANDAR...hahaha...menu ni
takde di mana mana melainkan di PARIT aje..
adik aku ni...
anak pompuan aku dan emak sedara dia...
aku, anak aku dan adik ipar aku..
Awal pagi AHAD, 16 Jun 2019 kami bersiap awal pagi untuk gerak balik ke BANGI SELANGOR. Lepas selesai bersiap dan sarapan dengan masakan adik aku, maka kami pun bersalaman dengan adik aku dan adik ipar aku..Seterusnya kami masuk
kete dan mula bergerak ke BANGI. Kami berharap tiba di BANGI
pada waktu ZOHOR.....
Sebenar masa kat kampung aku tak
pi ziarah sedara mara aku pun...sebab rasa macam
malas aje...memang sikap aku macam tu...bukan bermakna aku putuskan
silatur rahim..tak pun...memang aku macam tu dari dulu...malas sangat nak pi ziarah sedara mara kat kampung aku tu...aku lebih selesa dan cinta duk kat rumah aje....Macam yang
aku katakan...Itu bukan bermakna aku putuskan silatur
rahim...orang yang putuskan silatur rahim diharamkan daripada memasuki syurga...ingat tu...kesalahan ni nampak macam kecil tapi besar sangat akibatnya....
Aku pun memang takde punyai rasa permusuhan pun
dengan sesape, jadi logik la kalau aku katakan aku takde sebarang musuh pun...kan...kan.
Kita jangan cipta musuh, maka automatik orang takkan bermusuh dengan
kita...jangan terlalu campur hal orang lain...tentu tak
akan timbul sebarang masalah....
Sepanjang berada kat kampung tu aku tak berkesempatan untuk tengok tanah aku kat BANDAR SERI ISKANDAR tu...macam tak cukup masa aje....harap
boleh tengok bila balik masa akan datang.....aamiinnn....

Balik dari makan kat cekgu cafe tu sempat tengok langit malam
bersiap nak gerak balik...
  Itu aje la sedikit catatan aku untuk ketika ini....sebelum aku tutup coretan ini aku sentiasa berdoa moga kita semua sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa
kita hingga ke akhir hayat kita semua....dan jangan lupa sentiasa
doakan semoga kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa
mentua kita diampunkan oleh ALLAH semua
dosa mereka, diluaskan kubur mereka
dan dibukakan salah sebuah
pintu syurga ke kubur mereka hingga ke hari
kiamat serta dihindarkan mereka semua daripada siksaan kubur,
siksaan mahsyar dan jugak siksaan neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, para soleh dan solehah..aamiinnn..


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

Sunday, June 9, 2019

Catatan Raye Ke 5

Diari Daud - Semalam, Ahad, 9 Jun 2019, raye kelima dah...aku nak cite sikit hal raye kelima ni...Aku memang tak banyak cite pun hari raye ni sebab boleh
dikatakan aku duk rumah aje. Sebelum raye kelima ni ada
jugak sedara mara isteri aku datang ke rumah
...Keluarga abang ipar aku dari jenderam
pun datang berkunjung
jugak hari raya keempat bersama
keluarga yati dan aja anak anak abang ipar aku tu
bersama sama jugak dengan cucu cucunya.Lepas maghrib dia orang
minta diri... Keluarga biras aku dan adik ipar aku dari Banting pun turut berkunjung ke rumah kami...Terima kasih semua sebab datang berkunjung ke rumah kami...Aku rasa aku
lebih banyak duduk kat rumah aje...dah tua2 dan dah bersara ni bertambah malas
pulak nak gerak memana....faktor umur kut....

ni masa nak gerak balik..bersalaman...
nak posing sedara mara kat luar pulak..
Raya kelima iaitu hari Ahad 9 Jun 2019, kami bercadang
untuk beraya ke banting pulak...rumah biras aku dan adik ipar aku tu. Adik ipar
aku tu adik kepada isteri aku...Ini boleh dikatakan macam kunjungan balas kami ke rumah dia orang kerana dia orang datang berkunjung ke rumah kami pada hari sebelumnya
...hahaha...bukan kunjungan balas sangat la...saje saje je nak berkunjung
sebab kami dah lebih setahun tak berkunjung ke rumah dia
orang...raya lepas pun kami tak ke sana...
macam tak patut pulak kami
tak pi ke rumah dia orang tu..bukan jauh sangat pun....
lebih kurang 50 kilometer aje jaraknya....Jadi hari raye kelima ni kami mesti gak pi ke sana...

Lebih kurang jam 11.00 pagi aku gerak bersama anak bungsu dan anak pompuan aku..Anak kedua aku pi sendiri dan anak sulung aku pi dari rumah dia...
Kami memasing bergerak ke banting tu...Macam biasalah
aku mesti ikut Nilai sebab jalan luas dan lebih
selesa walaupun agak jauh jugak
kalau ikut jalan kampung..

emak emak, anan anak, menantu dan cucu..
tiga beradik..saadiah, asmah dan isteri aku...
Kami tiba di banting tu lebih kurang jam
12 tengah hari. Lepas parking kami masuk ke rumah
dan bersalaman dengan yang diharuskan untuk bersalam. Rupanya
biras aku dari segamat pun memang dah ada kat rumah tu sejak jam 3.00 pagi lagi. 
Mereka dari perak dan terus singgah dan bermalam di rumah berkenaan. Mereka sekeluarga ada kat sana melainkan keluarga anak sulung mereka.

Kami dihidangkan dengan makanan termasuk makanan tengah hari.
Sedang kami makan biras aku dari johor tiba di rumah tu sebab tadi mereka keluar
kerana ada urusan kut. Tak lama kemudian anak kedua aku tiba dan begitu juga dengan anak sulung aku dan keluarga dia. Kami makan sambil bersembang la...
Macam macam la disembangkan sambil gelak ketawa
penuh ceria. Seronok juga bila reramai bersua
tambah pulak jarang sangat berjumpa...mungkin kalau jumpa pun setahun sekali aje kut...hahaha...

tiga biras, tiga beradik, sorang cucu...
semua ada..tiga biras, tiga beradik, anak anak, menantu dan 2 cucu...


Dengan kehadiran kami bermakna dalam rumah tu ada 3 keluarga yang bersua namun ia jauh daripada cukup korum sebab isteri aku ada 11 orang adik beradik. Yang ada
di rumah biras aku kat banting tu cuma 3 keluarga aje...masih ada
8 keluarga yang tidak turut serta pun...Rasanya kalau
boleh eloklah dibuat satu perhimpunan
semua keluarga di satu hari nanti...tentu menarik kan SATU KELUARGA BESAR HAJI
MOHAMAD NORDIN...Mungkin boleh dibuat di kampung kelahiran isteri aku
di KG STRUS tu...barulah real kan..kan...kan...hahaha....

Kami ada di rumah adik ipar aku kat banting tu agak lama
jugak. Rasanya takpe kut...aku bagi peluang kepada isteri aku untuk bersua
dengan adik beradik dia agak lama sikit maklumlah dia orang bukan selalu jumpa pun...biarlah dia orang dapat bersembang lama adik beradik. Bila dah ramai macam2 la yang disembangkan...penuh ceria...penuh gelak ketawa....apa boleh buat la...
Aku juga sempatla dapatkan infor daripada anak adik ipar aku
dari segamat tu berkaitan penyakit yang aku hidapi..
Dia seorang Farmacist...tq banyak2 atas segala informasi yang dikongsikan tu....

tiga biras, tiga adik beradik, anak anak dan 2 cucu...
3 biras ni...sama aje kembangnye....hahaha...opst!
Setelah agak lama anak kedua aku minta diri dulu sebab dia ada urusan sendiri di kajang katanya...Kami masih lagi ada kat rumah tu buat  beberpa ketika lagi..Bila
dah melewati jam 4.00 petang, kami ingin minta diri dulu...
Sebelaum kami tinggalkan rumah tu
sempat la kami bergambar
dengan sedara mara
kat rumah tu...Kami berposing diluar rumah..
Selesai saja maka kami pun bergerak meninggalkan rumah
berkenaan...entah bila pulak akan jumpa lagi...tak tau la...harap2 akan jumpa
lagi walaupun dalam masa yang agak lama daripada sekarang...yang penting jumpa...Kami tinggalkan rumah biras aku tu dengan seribu kenangan....
Moga moga jalinan ukhwah adik beradik, ipar duai dan sedara mara akan berkekalan
hingga ke syurga..aamiinnn...

morib...anak dan ibu...
cucu dan opah...
Kami tinggalkan rumah berkenaan menuju pantai morib...saje je pi sana untuk tengok pantai..Tiba di pantai tu singgah sat lihat sekitar pantai. Ramai jugak orang
kat sana tu tapi tu lah air laut tu nun jauh ke tengah...sayup
aje...Kami pi sana dengan keluarga anak
sulung kami dengan keluarga dia.
Lepas asar kami bergerak balik ke destinasi memasing........

anak anak, cucu dan menantu...
cucu dan opah...
Sebelum aku tamatkan catatan di blog aku ni ingin aku doakan moga ALLAH SWT ampuni semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua...dan jangan lupa sentiasa
doakan setiap lepas solat supaya kedua ibubapa kita dan kedua
ibubapa kita semua diampunkan oleh ALLAH SWT
semua dosa mereka, diluaskan kubur
mereka, dihindarkan mereka
semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat
dan jugak siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua
ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah......

Itu aje la catatan raya kelima aku...moga jumpa lagi dengan semua di masa akan datang...
SELAMAT HARI RAYA SEMUA DAN MAAF ZAHIR DAN ABTIN DARI
KAMI SEKELUARGA...

*foto foto sendiri dan foto sumbangan biras..tq

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

Thursday, June 6, 2019

RAYE PERTAMA ( 5 Jun 2019)

Diari Daud - Hari ni, Khamis, 6 Jun 2019...raya kedua ni...raya...raya kedua ni takde cite aku nak cite sebab raye kedua ni kami memerap kat umah aje, tak kuar memana
pun...Aku nak cite hal raya pertama aje...Raye pertama, semalam hari
Rabu kami pi solat hari raya kat masjid di kolej universiti
islam selangor. Kat surau taman kami pun
ada solat raye kat surau tu tapi
saje je kami solat kat
kuis tu...
Tahun lepas kami solat
kat masjid bandar seri putra, fullamak, penuh,
aku kena solat kat atas tar luar masjid tu sebab penuh sangat.
Isteri aku aje solat kat bahagian wanita dalam masjid tu...itu cite solat raya tahun
lepas......Pekerja asing pun ramai solat kat situ...

maafkan semua dosa kami eaaa...
Kali ni kami pi solat kat kuis pulak, aku dan isteri gerak jam 8.00 pagi ke masjid kuis kat bandar seri putra tu... Tiba di sana terus parking kete, agak lega gak parking
kat sana..macam tak ramai aje...yang meramaikan cuma pendatang
asing yang bekerja di sekitar kawasan ni...memang ramai
pun sebab kawasan ni banyak pembinaan
bangunan baru dan juga
mereka yang bekerja di nilai 3 tu...tau kan nilai 3 tu...penuh dengan orang bangla dan pakistan...

masjid kolej universiti islam antarabangsa selangor..ni dah lepas solat..
selesai solat raye.....
       Sebaik sampai terus ambil wuduq dan masuk masjid...sama2 takbir dalam tu..Isteri aku             terus masuk ke atas di bahagian wanita. Tak ramai pun yang solat kat situ. Masa
                     solat tu mungkin tak sampai 10 saf lelaki kut. Itupun dalam ruang utama
                                  masjid sementara di ruang koridor macam kosong aje
..Tapi kalau solat jumaat di ruang
koridor tu pun penuh
dengan jemaah dan kadang kadang macam tak cukup ruang....
Dipendekkan cite, selesai aje khutbah solat, semua jemaah keluar dan aku pun keluar sama
Baru aku nampak anak
pertama dan kedua aku turut serta
solat kat masjid tu dan dia orang datang dengan kenderaan
memasing... Dia orang singgah sat di bahagian tempat disediakan minuman
untuk semua jemaah yang solat kat situ..Aku tak pi minum pun sebab aku memang agak payah untuk bab bab macam tu..Masjid tu sediakan sedikit minuman
dan makanan untuk jemaah hari raya yang nak
jamu selera kat situ....

masjid kuis
ibu n anak
ibu n anak
Di luar masjid kami sekeluarga jumpa dan
posing sat dengan beberapa rakaman foto dengan handphone
aku aje...jadilah...untuk kenangan hari raya 2019 ni...kan..kan...Selesai aje kami
terus balik. Tiba di rumah kami isi perut bersama sekeluarga dengan cucu dan
menantu kami...
Hampir tengah hari kami bercadang untuk
berhari raya di rumah abang ipar aku kat jenderam hilir tu...Jadi kami pi bersama anak dan menantu kami dengan kenderaan memasing. Anak kedua aku tak pi sebab
dah beberapa hari tak sihat jadi duk aje la kat umah...Eloklah
berehat sebab minggu depan kami akan balik
perak pulak....rindu dengan kampung
kat parit tu...teringat lagu dendang perantau...hahaha...

kat rumah kakak ipar di kg datuk abu bakar baginda..
kat rumah kakak ipar di kg datuk abu bakar baginda..
  Dalam perjalanan, isteri aku call kakak
ipar dia samaada dia orang ada kat rumah atau tak...Dia kata kalau
nak beraya, datang sekarang sebab dia orang nak kuar lepas zohor kut..jadi
kami tundakan untuk pi rumah abang ipar aku dan kami pi terus rumah kakak ipar aku dulu...lepas tu baru pi rumah abang ipar aku pulak.....

Tiba aje kat rumah kakak ipar aku, kami pun
masuk lah...bersalaman dengan yang diharuskan untuk bersalam. Semua anak kakak ipar aku ada melainkan sofiah, sebab dia beraya rumah mentua dia...Jadi kami menjamu
seleralah di situ...Hujan pulak dah, jadi kami terkurunglah untuk
sambung raya rumah abang ipar aku kat jenderam tu..
Sempatlah kami berposing dengan
keluarga akak ipar aku
tu.....selain jamu selera, hari raya jugak adalah hari berposing untuk hiasan laman fb memasing...kan...kan..kan...hahaha..ooopst!

kat rumah kakak ipar di kg datuk abu bakar baginda..aku candid aje..tu sebab dia orang tak
sempat senyum...hahaha...
isteri dan kakak ipar aku....
Sebab hujan dah melewati
waktu zohor maka kami solat zohor secara
berjemaah kat umah kakak ipar aku. Selesai solat dan hujan pun dah
reda sedikit maka kami pun nak gerak ke rumah abang ipar aku pulak. Kami cadang
nak pi sama keluarga kakak ipar aku sesama tapi disebabkan dia dikunjungi oleh keluarga adik biras aku tu maka terpaksa dia orang tunda dan keluarga kami aje la yang pi ke rumah abang ipar aku kat jenderam hilir tu....Kita merancang tapi Tuhan yang menentukan...
Kita wajib percaya Tuhan Berkuasa melakukan apa saja....

Maka kami gerak ikut jalan dalam ke rumah abang ipar aku
kat jenderam hilir tu. Sampai aje kami parking kete bawah pokok manggis tu..
Kemudian isteri aku bagi salam dan muncul abang ipar aku kat pintu...kami dipersilakan
masuk oleh abang ipar aku tu... Hanya dia sorang aje ada kat umah ketika tu. Masa berbual tu kami dapat tahu isteri dan anak2 serta menantu abang ipar aku tu pi beraya...
Alhamdulillah la abang ipar aku ada kat rumah...boleh
la kami masuk dan makan2 kueh raya
dia orang sambil sembang dengan abang ipar aku tu...Abang ipar aku tu dah hampir 74 tahun umur dia...masih sihat...Alhamdulillah...Dia takde sakit apa2
pun..sihat aje...Alhamdulillah...moga dia terus sihat..aamiinnn..
Selesai aje kat rumah abang ipar aku tu..kami pun mintak diri untuk bergerak..
Dah tiba dalam kete baru aku teringat nak bergambor dengan abang ipar aku tu...aku pun kuar dari kete yang dah dihidupkan enjin tu dan sempat posing dengan abang ipar
aku tu dengan anak anak dan menantu aku serta cucu aku....

keluarga aku...sorang takde...
keluarga aku dan keluarga kakak ipar aku...
Tiba di rumah, kami dikunjungi oleh
kakak ipar anak lelaki sulung aku yang tinggal kat semenyih tu bersama
beberapa anak besan kami...Besan kami tu diceritakan pi ke rumah besan dia di kelantan. Kami sediakan sedikit jamuan untuk kakak ipar dan adik ipar anak aku tu..Maka
dia orang pun menjamu la apa apa yang ada tu...kami pun bukanlah
buat banyak juadah pun, harap2 dia orang rasa selesalah
dengan apa yang kami sediakan tu.....Selesai
aje makan, maka mereka minta diri untuk pulang...Mereka turut menjemput kami untuk berkunjung ke rumah mereka di semenyih tu.....Gitu la adanyaaaa...

Lepas asar kami pi pula ke rumah
anak pompuan besan aku dan suami dia di semenyih tu. Maknanya kakak
ipar anak lelaki sulung kami la... Aku cuma mengekori aje belakang kenderaan anak aku
dan menantu aku tu...Kalau harap aku pi sensorang tentu tak sampai sebab
aku ni memang susah nak ingat jalan walaupun hari ni boleh
diharapkan pada waze dan sebagainya.....

yang duduk tu abang ipar aku...
Sampai kat sana, terus parking dan masuk
ke rumah dan bersalaman dengan biras anak aku dan adik ipar
lelaki anak aku. Sempat la kami menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.
Lewat petang tiba pulak kakak ipar sulung anak aku dan keluarga dia, sempat la bersalam dengan suami dia...Oleh sebab hari dah hampir maghrib maka kami
minta diri untuk pulang...Di sini lupo pulak aku nak
snap satu dua foto...haiyaaaaa.......Jadi......tak ada gambor la kami di situ...aihhh.....

Biasanya raye raye ni aku jarang pi bertandang banyak rumah pun, memang macam tu la tiap tahun, aku memang lebih selesa duk kat umah aje...masa budak2 pun
macam tu gak...tak rajin nak jenjalan rumah orang...rumah jiran2
 pun jarang...maaf la ye...memang itu dah sikap aku dari
awal lagi dah...apa boleh buat laaa....
...hahaha...oopst!...
Tu sebab aku sendiri pun tak amik hati
kalau takde sesape yang bertandang ke rumah aku sebab
aku berfikir mungkin mereka pun mempunyai sikap seperti aku jugak, sikap yang
dah berakar umbi sejak kecik lagi...tapi...aku amat mengalu alukan jika ada yang sudi bertandang sebab bagi aku tetamu yang datang akan membawa bersama rezeki untuk tuan rumah...rezeki yang penting ialah PAHALA yang amat bernilai apabila kita
sudah berpindah ke alam satu lagi nanti...tak gitu.....kan..kan..

Jadi....itu aje lah kisah hari raya pertama kami...Aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua yang terbaca blog ni...maafkan dosa aku sekeluarga ye....Aku....sentiasa aje
maafkan dosa sesape aje....jika aku terlepas memaafkan sesiapa
janganlah risau sebaik saja nyawa aku dah bercerai
daripada diri ini, bermakna semua dosa
kalian telah aku maafkan..
Aku taknak menyusahkan anda semua
menanggung sebarang dosa kalian kepada aku...Aku harap
kalian semua pun akan memaafkan semua dosa aku, jangan biarkan aku
susah dengan tanggungan dosa aku kepada kalian di akhirat nanti eaaa...Moga kita semua bahgia di dunia dan bahgia di akhirat bersama sama eaa....

selamat hari raya maaf zahir dan batin daripada kami semua...
Aku harap moga ALLAH SWT mengampunkan semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua. Dan jangan lupa sentiasa doakan selepas solat supaya ALLAH SWT
ampunkan semua dosa kedua ibubapa kita dan ibubapa mentua
kita serta diluaskan kubur mereka dan dihindarkan
mereka semua daripada siksaan kubur
siksaan akhirat dan juga
siksaan api neraka dan
dimasukkan mereka semua ke dalam
syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah serta kekal di dalamnya....aamiinnnn....

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

LAMA DAH TAK UPDATE BLOG.

Diari DAUD, 23 Julai 2026 - Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Kali akhir ialah dalam bulan MAY 2026. Masa tu aku tulis berkaitan peme...