Sunday, June 9, 2019

Catatan Raye Ke 5

Diari Daud - Semalam, Ahad, 9 Jun 2019, raye kelima dah...aku nak cite sikit hal raye kelima ni...Aku memang tak banyak cite pun hari raye ni sebab boleh
dikatakan aku duk rumah aje. Sebelum raye kelima ni ada
jugak sedara mara isteri aku datang ke rumah
...Keluarga abang ipar aku dari jenderam
pun datang berkunjung
jugak hari raya keempat bersama
keluarga yati dan aja anak anak abang ipar aku tu
bersama sama jugak dengan cucu cucunya.Lepas maghrib dia orang
minta diri... Keluarga biras aku dan adik ipar aku dari Banting pun turut berkunjung ke rumah kami...Terima kasih semua sebab datang berkunjung ke rumah kami...Aku rasa aku
lebih banyak duduk kat rumah aje...dah tua2 dan dah bersara ni bertambah malas
pulak nak gerak memana....faktor umur kut....

ni masa nak gerak balik..bersalaman...
nak posing sedara mara kat luar pulak..
Raya kelima iaitu hari Ahad 9 Jun 2019, kami bercadang
untuk beraya ke banting pulak...rumah biras aku dan adik ipar aku tu. Adik ipar
aku tu adik kepada isteri aku...Ini boleh dikatakan macam kunjungan balas kami ke rumah dia orang kerana dia orang datang berkunjung ke rumah kami pada hari sebelumnya
...hahaha...bukan kunjungan balas sangat la...saje saje je nak berkunjung
sebab kami dah lebih setahun tak berkunjung ke rumah dia
orang...raya lepas pun kami tak ke sana...
macam tak patut pulak kami
tak pi ke rumah dia orang tu..bukan jauh sangat pun....
lebih kurang 50 kilometer aje jaraknya....Jadi hari raye kelima ni kami mesti gak pi ke sana...

Lebih kurang jam 11.00 pagi aku gerak bersama anak bungsu dan anak pompuan aku..Anak kedua aku pi sendiri dan anak sulung aku pi dari rumah dia...
Kami memasing bergerak ke banting tu...Macam biasalah
aku mesti ikut Nilai sebab jalan luas dan lebih
selesa walaupun agak jauh jugak
kalau ikut jalan kampung..

emak emak, anan anak, menantu dan cucu..
tiga beradik..saadiah, asmah dan isteri aku...
Kami tiba di banting tu lebih kurang jam
12 tengah hari. Lepas parking kami masuk ke rumah
dan bersalaman dengan yang diharuskan untuk bersalam. Rupanya
biras aku dari segamat pun memang dah ada kat rumah tu sejak jam 3.00 pagi lagi. 
Mereka dari perak dan terus singgah dan bermalam di rumah berkenaan. Mereka sekeluarga ada kat sana melainkan keluarga anak sulung mereka.

Kami dihidangkan dengan makanan termasuk makanan tengah hari.
Sedang kami makan biras aku dari johor tiba di rumah tu sebab tadi mereka keluar
kerana ada urusan kut. Tak lama kemudian anak kedua aku tiba dan begitu juga dengan anak sulung aku dan keluarga dia. Kami makan sambil bersembang la...
Macam macam la disembangkan sambil gelak ketawa
penuh ceria. Seronok juga bila reramai bersua
tambah pulak jarang sangat berjumpa...mungkin kalau jumpa pun setahun sekali aje kut...hahaha...

tiga biras, tiga beradik, sorang cucu...
semua ada..tiga biras, tiga beradik, anak anak, menantu dan 2 cucu...


Dengan kehadiran kami bermakna dalam rumah tu ada 3 keluarga yang bersua namun ia jauh daripada cukup korum sebab isteri aku ada 11 orang adik beradik. Yang ada
di rumah biras aku kat banting tu cuma 3 keluarga aje...masih ada
8 keluarga yang tidak turut serta pun...Rasanya kalau
boleh eloklah dibuat satu perhimpunan
semua keluarga di satu hari nanti...tentu menarik kan SATU KELUARGA BESAR HAJI
MOHAMAD NORDIN...Mungkin boleh dibuat di kampung kelahiran isteri aku
di KG STRUS tu...barulah real kan..kan...kan...hahaha....

Kami ada di rumah adik ipar aku kat banting tu agak lama
jugak. Rasanya takpe kut...aku bagi peluang kepada isteri aku untuk bersua
dengan adik beradik dia agak lama sikit maklumlah dia orang bukan selalu jumpa pun...biarlah dia orang dapat bersembang lama adik beradik. Bila dah ramai macam2 la yang disembangkan...penuh ceria...penuh gelak ketawa....apa boleh buat la...
Aku juga sempatla dapatkan infor daripada anak adik ipar aku
dari segamat tu berkaitan penyakit yang aku hidapi..
Dia seorang Farmacist...tq banyak2 atas segala informasi yang dikongsikan tu....

tiga biras, tiga adik beradik, anak anak dan 2 cucu...
3 biras ni...sama aje kembangnye....hahaha...opst!
Setelah agak lama anak kedua aku minta diri dulu sebab dia ada urusan sendiri di kajang katanya...Kami masih lagi ada kat rumah tu buat  beberpa ketika lagi..Bila
dah melewati jam 4.00 petang, kami ingin minta diri dulu...
Sebelaum kami tinggalkan rumah tu
sempat la kami bergambar
dengan sedara mara
kat rumah tu...Kami berposing diluar rumah..
Selesai saja maka kami pun bergerak meninggalkan rumah
berkenaan...entah bila pulak akan jumpa lagi...tak tau la...harap2 akan jumpa
lagi walaupun dalam masa yang agak lama daripada sekarang...yang penting jumpa...Kami tinggalkan rumah biras aku tu dengan seribu kenangan....
Moga moga jalinan ukhwah adik beradik, ipar duai dan sedara mara akan berkekalan
hingga ke syurga..aamiinnn...

morib...anak dan ibu...
cucu dan opah...
Kami tinggalkan rumah berkenaan menuju pantai morib...saje je pi sana untuk tengok pantai..Tiba di pantai tu singgah sat lihat sekitar pantai. Ramai jugak orang
kat sana tu tapi tu lah air laut tu nun jauh ke tengah...sayup
aje...Kami pi sana dengan keluarga anak
sulung kami dengan keluarga dia.
Lepas asar kami bergerak balik ke destinasi memasing........

anak anak, cucu dan menantu...
cucu dan opah...
Sebelum aku tamatkan catatan di blog aku ni ingin aku doakan moga ALLAH SWT ampuni semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua...dan jangan lupa sentiasa
doakan setiap lepas solat supaya kedua ibubapa kita dan kedua
ibubapa kita semua diampunkan oleh ALLAH SWT
semua dosa mereka, diluaskan kubur
mereka, dihindarkan mereka
semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat
dan jugak siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua
ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah......

Itu aje la catatan raya kelima aku...moga jumpa lagi dengan semua di masa akan datang...
SELAMAT HARI RAYA SEMUA DAN MAAF ZAHIR DAN ABTIN DARI
KAMI SEKELUARGA...

*foto foto sendiri dan foto sumbangan biras..tq

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...