Thursday, May 14, 2020

Selamat datang PKPB dan selamat RAYA jugak..

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 15 Mei 2020... Sebelum aku panjangkan tulisan aku ni...aku nak mintak maaf pada semua yang kenal aku sebab tak lama lagi kita akan sambut RAYA...maafkan la aku..dan sememangnya aku sentiasa maafkan kalian semua...Kita masih lagi dalam waktu PKPB. PM jugak dah umumkan PKPB dilanjutkan lagi selama 4 minggu hingga bulan JUN 2020. Dan......yang paling menyedihkan ramai orang, ialah Sambutan Raya merentas DAERAH dan NEGERI tidak dibenarkan...huhuhu...Nampaknya ramai le yang toyak sakan nanti..hahaha...opst! saja je tulis bahasa Perak nii...mana faham, faham la...Apa boleh buat la...Sambutan raya jugak hanya dibenarkan 20 orang untuk sekali bertamu. Maknanya dalam satu masa hanya boleh dibenarkan berkumpul untuk bertamu sejumlah maksima 20 dalam satu rumah. Hahahaha...nampaknya kena bagi jadual masa untuk bertamu la gamaknya. Payah jugak kan...andaikata beberapa keluarga tetamu sampai dalam masa yang sama macam mana...? Kena buat appointment ke, bila masa boleh datang bertamu. Kalau macam tu agak payah jugak...kalau kena keluarga yang mudah KOYAK perasaannya atau yang mudah BERTISU atau yang FRAGILE...tentu dia orang menyampah nak datang kalau tuan rumah siap bagi masa bila nak datang...tak gitu ke...? Kalau yang mudah faham dan kalau yang hati SADO tentu tak kisah pun...kalau diberi masa bertamu dia terjah jugak...hahaha...Tapi tu lah...semua ni untuk kebaikan kita jugak supaya penyakit makhluk halus tu tak merebak dan mewujudkan cluster baru pulak iaitu CLUSTER RAYA...hahaha...Agaknya wajar ke tuan rumah sediakan sanitiser dan cek suhu setiap yang hadir...hahaha...opst!. Infor terbaru mengatakan kita mungkin terpaksa hidup dengan covid-19 ni sama macam kita hidup dengan HIV. Virus tu akan tetap ada bersama kita cuma kena terkena atau tak itu nasib memasing la...sama macam demam denggi la kut...



Wabak covid seluruh dunia dah menjangkau lebih 4 juta orang dan kematian lebih 200 ribu orang. Kat negera kita wabak dah macam menurun sikit dan rasanya dah ok tu sebab PKPB diketengahkan sebab wabak dah berkurang. Namun kita masih jugak amalkan penjagaan diri macam biasa. Pakai mask dan sanitiser. Sanitiser untuk bunuh virus di tangan sementara mask untuk elakkan kita daripada dijangkiti daripada orang lain. Kalau kita ada membawa virus kita akan dapat menghalang diri kita daripada menjangkiti orang lain melalui mask yang kita pakai tu. Maknanya kita jaga kita dan kita jaga orang lain...tak gitu...Ada jugak berita yang mengatakan negara lain iaitu negara yang dah dikatakan tiada lagi wabak, dah kembali terkena wabak berkenaan tapi mungkin boleh dikawal kut..Ini mungkin disebabkan orang ramai yang tak patuh dengan peraturan terutama penjarakan kut dan pakai mask, gamaknya la. Jadi sama2 kita jaga kita supaya wabak tak kembali mengganas lagi. Semalam aku pi pos opis untuk renew roadtax...fullamak beratur sampai luar...Tah bape jam aku beratur..tambah pulak line JPJ macam siput sedut slownya...lama baru selesai...agaknya dalam 2 jam lebih kut baru aku selesai urusan dengan pos opis tu...leceh beb...PKPB pulak dah ditambah lagi 4 minggu hingga bulan jun 2020. Nampaknya semua aktiviti luar aku punah, seperti hiking...dah berapa minggu tak hiking...kena sambung balik lepas raya..Badan pun agaknya dah tambah berat....aku tak timbang pun sebab bimbang mata aku elergic tengok jarum penimbang...ekekeke...opst!


Masa duk kat rumah sebab PKPB ni, sempat la jugak aku siapkan beberapa video syok sendiri aku untuk di upload ke youtube aku...ok la jugak daripada aku tak buat pape...Letih oww...kalau duk rumah tak buat pape...Video2 tu boleh tonton DI SINI kalau nak...video syok sendiri aje...jadilah untuk habiskan masa bosan aku tu...semua benda kalau boleh aku nak videokan...tapi tu la idea dah tak berapa banyak...da tua kan..Bila sering duk rumah...dah terasa sangat bosannya. Sekarang ni aku ada gak kuar untuk beli bahan bahan untuk dimasak. Itu aje la aktiviti aku untuk bebaskan aku daripada bosan. Aku jugak pi ke pasaraya dan premis perniagaan lain untuk beli apa yang perlu..La ni semua dah di cek kalau nak masuk membeli kat dalam premis tu...Sering suhu aku atas 36 darjah selsius tapi bawah 37...Ada jugak aku tengok catatan tu yang suhu badannya 35 darjah aje... Kadang rasa rimas jugak hidup macam ni..letih ooo...kena guna mask tiap masa...dah macam ninja aje pi memana...hahaha...Kat pasaraya pulak dah mula dengar lagu2 raya...hahaha...tapi tu la...PM kata balik kampung tidak dibenarkan. Hanya boleh bertamu tidak lebih 20 orang dalam sesatu masa. Macam mana pulak tuan rumah nak tentukan jadual tetamu tu kannnn...? Kalau berpandukan kepada informasi sebelum ni...golongan kanak2, pengidap penyakit kronik dan warga emas amat berisiko. Jadi macam mana nak pi bertandang jika di rumah tu ada baby, orang tua atau warga emas dan jugak orang yang punyai penyakit kronik...? Kalau aku warga emas, maknanya aku tak boleh terima tetamu atau aku tak boleh pi bertamu ke...? Haihhh....! banyak pulak benda nak difikirkan masa wabak ni kannn...susah kannn...? Apa boleh buat laaaaa.....hahaha...


Satu lagi yang heboh dalam media sosial ialah berkaitan pendatang asing. Masih ramai pendatang asing kat negara kita ni...Ada dikalangan mereka yang boleh menyebarkan covid-19. Rasanya ramai jugak yang terdiri daripada pendatang asing yang haram yang masuk tanpa dokumen. Undang undang negara lain, pendatang yang masuk ke negara mereka dikenakan hukuman lebih berat daripada negara kita ni..ada yg dihukum tembak..Negara kita, undang2nya agak longgar dan ada jugak yang dah ada IC dan entah dari mana dia orang dapat...Macam macam hal berlaku di dalam negara kita ni berkaitan pendatang asing. Lebih 90% pelancong Cina dan India masuk ke sini tapi tiada rekod keluar...mana dorang menyorok...bimbang kalau dia orang ada IC tentu dah boleh mengundi...Bekas PM kata sejumlah 2 juta pelancong China masuk ke negara kita...kalau dorang tak kuar2 tentu susah kita nanti...Kerajaan pun sekarang ni sedang giat menyita perniagaan pendatang asing yang tidak berlesen terutama di Kuala Lumpur. Tak pasti macam mana boleh biak dan mudah biak perniagaan warga haram asing ni. Padahal mereka memang tidak boleh berniaga di negara kita kalau betul betul ikut undang undang. Mungkin hal ni berlaku sebab masalah korupsi yg tebal.... Mungkin ramai yang marah bila disebut korupsi tapi tu lah, sejak akhir2 ni perkara tersebut memang mudah berlaku dalam kalangan pihak yang bertanggung jawab. Kalau tiada korupsi tentu benda ni takkan berlaku...percayalah...Kementerian pengguna sekarang ni giat jugak menggempur perniagaan runcit warga asing termasuk warga ACEH. Ini disebabkan terdapat laporan yang mengatakan warga ACEH ni menaikkan harga barang sewenangnya ketika PKP ni. Harga melampau kata dorang. Tu yang pihak berwajib gempur golongan ni...Perniagaan Aceh ni dah wujud sejak 1980 an lagi. Kalau ikutkan undang undang, pendatang asing tak boleh berniaga di negara kita. Sekarang ni terdapat 500,000 warga Aceh di sini dan 100,000 daripada mereka bergiat dalam perniagaan runcit. Ada dikalangan mereka punyai IC Malaysia...Haihhh...macam mana dorang boleh dapat...mungkin IC palsu kut.... Tu sebab di mana mana aje ada premis warga Aceh ni...mereka merupakan rangkaian perniagaan seperti mamak jugak. Tapi tu la kalau dia orang tak boleh berniaga napa pulak kedai runcit warga Aceh ni macam cendawan tunbuh...? Rasanya mungkin jugak sebab masalah korupsi jugak ni..kalau tak memang takkan jadi macam ni...Rasanya sekarang ni orang Melayu kena amik peluang...buat macam warga Aceh tu..buat rangkaian besar peruncit melayu di seluruh negara. Mana mana Melayu yang kaya tu keluarkanlah modal untuk buat rangkaian macam tu. Aceh boleh berjaya, mamak boleh berjaya...nape melayu tak boleh..Melayu merupakan kuasa beli yang besar, lebih 20 juta penduduk melayu kat negara ni...tak gitu...



Satu lagi isu yang timbul di media sosial ialah sebuah parti yang boleh dikatakan terlalu perkauman mengetengahkan satu perkara yang mengatakan negara kita mengamalkan diskriminasi kaum yang tebal. Pandangan ini nampak macam tak berapa betul atau langsung tak betul, itu bagi manusia yang normal pemikirannya. Banyak hujah yang boleh menyangkal pendangan tersebut. Aku sekadar nak turunkan beberapa aje hujjah yang banyak diluahkan oleh penulis lain di media sosial. Antaranya dinegara ini kaum Cina dan India boleh mewujudkan sekolah sekolah dalam bahasa ibunda mereka iaitu sekolah vernakular..Mereka bebas mendirikan sekolah berkenaan tanpa di diskriminasi oleh pemerintah...Mana ada kerajaan yang bermurah hati untuk berbuat demikian...Kalau negara ini mengamalkan diskriminasi kepada kaum minoriti mana mungkin 80% ekonomi negara dikuasai oleh orang Cina iaitu salah satu kaum minoriti di negara ni. Malah 10 billionaire di negara ini semuanya bukan melayu iaitu 9 orang billionaire Cina dan sorang billionaire India. Jadi tentu macam tak masuk akal kalau dikatakan negara ini mengamalkan diskriminasi yang teruk di negara ni. Kalau di diskriminasi tentu semua billionaire tu adalah orang melayu, ini tak, sorang melayu pun tiada dalam kumpulan 10 orang billionaire tu..Rasanya cukup aje la dua faktor aje yang aku ketengahkan, kalau nak hujah yang lain sila la mengembara seluruh pelusuk media sosial tu. Kaum yang mengetengahkan isu ni rasanya dorang pun tak faham sangat apa yang dikatakan diskriminasi tu atau kaum ni memang kaum yang TAMAK...bukan setakat tamak tapi TAMAK HALOBA, dimana mereka ingin untuk membolot segala yang ada di negara ni sepenuhnya tanpa meninggalkan apa apa kepada kaum pribumi. Aku pun bimbang jugak macam mana anak cucu dan keturunan kita akan hidup bersama kaum yang tamak haloba ini dimasa akan datang. Tambahan pulak sikap sayang pada bangsa sendiri pun kurang dikalangan bangsa kita. Kalau ada pun wujud hubungan erat sesama kaum sendiri ialah di Kelantan aje..ditempat atau negeri lain agak tipis sikap sayangkan bangsa sendiri,.tapi tu lah...kat kelantan tu erat pertalian sesama anak negeri...memang kuat pun. Jadi pertalian seperti ini hanya menguntungkan anak negeri aje, bukan untuk kebaikan seluruh bangsa melayu pun. Bila sikap ini wujud dalam sesebuah sektor maka ia  cuma menguntungkan anak negeri berkenaan aje..bukan untuk semua bangsa Melayu. Jadi renungkan la orang melayu islam...semangat anak negeri memang tak menguntungkan bangsa melayu pun dalam melayari kehidupan bersama KAUM TAMAK HALOBA tu dimasa akan datang...jadi fikirlah jauh jauh...Aku lebih suka semangat orang Kelantan tu diapplikasikan kepada semua bangsa melayu. Kita kena ada semangat macam tu untuk mengatasi semangat kaum yang tamak haloba tu..Kaum yang tamak haloba tu memang kuat sesama bangsa dia orang. Tu sebab 95% kaum mereka sokong parti perkauman mereka tu...Maaf la orang Kelantan kalau pandangan aku ni silap sangat...apa apa pun aku jugak punyai ramai kenalan kelantan masa belajar dalam bidang broadcasting masa kat ukm dulu. Semuanya ok aje...tak tau la dia orang masih ingat aku lagi atau tak...itu tak penting, yang penting dia orang doakan kebaikan untuk aku dan aku jugak doakan kebaikan untuk mereka dunia hingga syurga..Tak perlu pun kita bermusuhan. Tak baik sangat bermusuh dengan sesama muslim, sedangkan yang non muslim hentam orang muslim saban hari tanpa henti...Kuatkan saf dikalangan sesama Islam dan sesama Melayu yang punyai tanah ini. Setiap negara ada tuannya..Negara India, India punya, negara China, Cina punya, negara Tanah Melayu, MELAYU punya....



Kakitangan awam kerajaan dikecam bila dapat duit RAYA...satu isu lagi yang timbul dalam media sosial. Rasanya tak perlulah dikecam sebab rezeki tu Pencipta yang tentuka dan tak perlu kita iri dengan rezeki orang lain. Hal ini ditimbulkan oleh persekutuan majikan malaysia drpd sektor swasta. Boleh baca di sini. Pelik la nape benda tu pun nak dikecam...netizen apatah lagi...Kalau netizen kaum lain takpe la sebab mungkin dalam agama dorang tiada penekanan dalam hal rezeki. Tapi dalam Islam dah pun jelas bahawa rezeki tu Tuhan yang beri...masing2 Tuhan dah tentukan rezekinya. Kalau kita kecam rezeki orang lain macam mana dengan iman kita yang beragama Islam tu..Satu lagi cuba bayangkan macam ni...duit raya atau bonus yang kakitangan awam dapat tu bukan kemana pun pi nya... ia cuma membentuk pusingan dalam kehidupan...Macam ni, duit yang dorang dapat tu..itulah duit yang beli barang2 penjaja kecil dan sederhana tu. Kuih mak cik tu dibeli dengan duit tu, roti jon anak muda tu dibeli dengan duit tu jugak, duit tu jugak yang beli pakaian murah peniaga di down town atau up town tu...duit tu jugak yang bayar sewa rumah Haji Mat tu..duit tu jugak la yang order barangan2 online korang semua tu....jadi tak kemana pun duit tu.... akan kembali jugak kepada orang melayu yang jadi penjaja kecil dan sederhana, kebanyakkannya...Nak harapkan kaum lain berbelanja kat peniaga Melayu..? ada tapi taklah seramai orang melayu yang korang kecam kerana dapat duit RAYA yang tak seberapa tu...Kalau nak harapkan duit orang kaya pulak, dorang takkan nak pi berbelanja kepada penjaja macam tu...kalau takde wabak ni tentu sikaya tu berbelanja digedung2 besar dalam atau luar negara...Jadi kesimpulannya, duit tu la yang membantu jugak peniaga2 kecil dan sederhana yang majoritinya orang melayu..fikir positif la...Jangan terlalu mengecam dan cuba fikir secara positif...kita hidup dalam masyarakat yang berbeza rezeki...Satu lagi, masa wabak belum hadir dalam kehidupan kita, bertahun2 kakitangan swasta sering menerima bonus ada yang sampai dua atau tiga bulan gaji tapi kakitangan awam takde pulak sibuk nak kecam...tak gitu...fikirkan la...



Dari segi politik pulak, macam macam kita baca la ni..babak dalam dewan adun melaka, babak dalam dewan di dun perak, isu mb di kedah dan lagi satu Tun M dah kata orang melayu bacul....hahaha...Aku taknak ulas dan campur dalam hal politik yang sensitif ni. Yang pasti bila PRU15 aku akan pangkah calon dari parti yang aku sokong...Korang?...korang terpulanglah sebab memasing bebas memilih sebab negara ni negara demokrasi...Tapi satu yang aku nak kata, negara kita damai bila parti rasis yang mereka kata tak rasis tu takde lagi lepas ni..hahaha...opst! Tapi mustahil akan takde sebab kaum tu majoriti ke sana sekarang ni..Satu lagi isu yang hangat sekarang ni ialah isu Ustaz Ebit Liew beri bantuan serata negeri..memasing bising macam lebah...Pada aku biarla dia nak bantu sesapa pun...tak perlu memasing nak terkejut kingkong bagai..Banyak bising akhirnya orang2 susah tu langsung tak terbela...dan terus susah...Adakah sikap orang Melayu kita macam tu selalu...tak boleh ke berlapang dada...Malulah, memasing dah tua2...buat la cara dah tua...jangan macam bebudak...Soal ikhlas tu pulak, rasanya biar ALLAH SWT yang tentukan...jangan kita nak amik keje Tuhan tu...opst!...jangan marah ye....



Yang aku amat bimbang sekarang ni mungkin ada dikalangan anak anak muda kita yang tak amik berat pun dengan hal politik ni...tak kisah pun dia orang, malah mungkin ada yang tak daftar dan jugak mengundi pun. Bahaya generasi kita macam ni...ramai yang suka bersuka suka aja, amik mudah semuanya...Dalam negara yang penuh dengan masalah kaum ni, mereka perlu ubah sikap, mesti amik tahu perkara berkaitan politik....Amik tau sesangat untuk kesinambungan bangsa dan agama Islam. Tengok la sekarang ni bila politik kita tak kukuh, kaum melayu di hina serta agama Islam pun dihina habis habisan oleh mereka...Amik pengajaran daripada hal hal yang berlaku tu...Kita dah banyak sangat ketinggalan daripada orang lain...Kita masih bercakaran dan tak bersatu hati walaupun agama kita pentingkan penyatuan sesama sedara seIslam...
Aku rasa mungkin ramai yang tak setuju dengan apa yang aku tulis tu...tapi aku tak kisah pun, terpulanglah kepada memasing...asal kita jangan sakiti dan susahkan orang sudah la kannnn..



Rasanya tu je yang aku nak tulis, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga akhirat serta dijauhkan kita semua daripada siksaan neraka yang pedih tu..aamiinnnn
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf ye..




Friday, May 1, 2020

Klinik dan Makanan, masa COVID-19

Diari DAUD - Minggu ni kita masih dalam sesi PKP dan minggu depan kita mula akan diberi kelonggaran untuk bergerak sedikit sebagaimana yang dikatakan oleh PM semalam, 1 MAY 2020. Alhamdulillah la ada sedikit kelonggaran tapi tu lah...tak timbul ke nanti gelombang ke dua sebab banyak kelonggaran yang diberi kepada semua untuk bergerak...Harap harap jangan la, sebab di JEPUN pun da berlaku gelombang kedua. Jepun yang rakyatnya penuh disiplin pun boleh berlaku gelombang kedua, macam mana dengan negara kita yang rakyatnya yang macam ramai je tidak berdisiplin. Cuba la lihat PKP yang lalu, berapa ramai yang ditangkap sebab engkar PKP. Sekarang ni seluruh dunia, dah lebih kurang 2 juta manusia dijangkiti covid19 ni dan lebih 200 ribu yang telah dikerandakan. Moga orang Islam yang tewas semuanya dikasihi ALLAH SWT dan ditempatkan di syurga serta kekal di dalamnya...aamiinnnn...PM jugak dah buat pengumuman balik kampung tuk RAYA tak dibenarkan...hahaha...ramai yang akan nangis kali ni Ramai la yang akan bukak lagu P.RAMLEE yang mendayu dayu tu kut...hahaha...apa boleh buat la...Kali pertama puasa tanpa beraya di kampung...Tapi tulah, raya tetap raya kan..tentu orang masih akan pi pasaraya untuk beli pakaian raya...Adakah akan timbul pulak KLUSTER SHOPPING RAYA...? Apa apa pun harap semua mesti hati hati, COVID-19 tu tak nampak, ia memang makhluk halus...hati2 ye...

semua foto dalam klinik sengaja aku 'blur' kan...
Dalam media sosial isu yang masih hangat sekarang ini ialah pelarian Rohingya dan jugak isu kemasukkan pendatang haram ke Malaysia. Isu ustaz ebit lew rasanya sudah sedikit malap sekarang ni. Pelik, Tun kata ada 2 juta pelancong dalam negara kita ni dan lebih 90% tiada rekod keluar. Mana dia orang sembunyi. Dikatakan ada yang telah punyai IC dan yang peliknya macam mana dia orang boleh peroleh IC. 2 juta pelancong yang hilang dalam negara kita ni bukan benda yang boleh dipandang mudah. Bila dia orang ada IC dia orang boleh peroleh macam2 faedah di malaysia ni....mengundi pun boleh... Ada spekulasi yang mengatakan pendatang China yang masuk dan tak kuar2 dari negara kita ni mungkin perisik. Benda ni telah ada sejarahnya dimana, masa sebelum jepun masuk tanah melayu ramai orang Jepun berada di tanah melayu. Mereka  bekerja di mana mana saja...sebagai tukang foto dan sebagainya. Kerja dia orang sebagai perisik sebelum Jepun masuk tanah melayu dalam tahun 1941 tu. Jadi pendatang China ni mungkin jugak bertindak sebagai perisik. Kita mana tau kan. Banyak perkara yang boleh dirisik terutama sekarang ni kecoh dengan tindakan agresif China di laut China Selatan tu. China anggap laut China Selatan termasuk laut malaysia sebagai kepunyaan mereka. Sekarang mereka sedang perang dingin dengan US di laut China Selatan. Itu pandangan beberapa orang penulis dalam media media internet. Rasanya negara kita pun mungkin menjadi salah satu sasaran pecaturan mereka di Asia Tenggara ni.



Pendatang dari negara China ni masuk ke Malaysia dan hilang dari radar mungkin ada sindiket kut yang uruskan mereka. Di Pulau Pinang kes pengeluaran IC kepada pendatang China ni masih dalam perbicaraan. Ramai yang bagi pendapat supaya IC bentuk baru dikeluarkan supaya dapat mengatasi pengeluaran IC kepada pendatang tu. Tapi adakah benda ni akan selesai sebab selagi kakitangan dan penduduk negara ini korupsi ia mungkin akan jadi sama jugak di masa akan datang. Bukan setakat pendatang China tapi pendatang lain pun ada yang memperoleh IC malaysia. Isu pendatang ni memang agak menakutkan. Di Langkawi dikatakan terdapat satu perkampungan yang dipenuhi oleh orang Myanmar dan tujuan dorang masuk ke negara ini memang tujuan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia. Apa dah jadi dengan negara kita ni. Kita memang tak sayang dengan negara sendiri bila kerlipan ringgit memenuhi setiap inci retina mata dikalangan sebilangan rakyat negara kita. Dalam kes yang berkaitan pendatang, Menteri KDN pun dah mengatakan pemilik kad UNHCR tetap pendatang. Tiada apa apa keistimewaan untuk mereka di sini. Harap isu pendatang ni perlu diselesaikan dengan baik supaya tidak menimbulkan masalah masa akan datang terutama 10 tahun akan datang bila ramai baka2 pendatang dilahirkan di sini. Dikatakan isu pendatang ni pernah berlaku di Sabah dulu..Dalam satu tulisan berita, dikatakan 16 ribu yang dikuarantin di SELAYANG SELANGOR tu, 10 ribu adalah warga asing terutama Rohingya...Sapa nak disalahkan...


Minggu ni jugak aku pi jumpa doktor di klinik kerajaan. Sekarang ni payah nak masuk ke klinik sebab akan di periksa sebelum masuk bertemu doktor dalam klinik tu. Di pintu utama aku diminta isi borang yang terdapat pelbagai pertanyaan yang berkaitan dengan corvic19 ni. Lepas isi borang staf klinik cek suhu dahi kita, kalau demam mungkin tak diberi masuk dan terpaksa pi ke khemah diluar klinik. Aku takde apa apa masalah dan dibenarkan masuk. Aku jumpa doktor sebab untuk dapatkan hasil pemeriksaan darah yang diambil 2 minggu lepas. Alhamdulillah...darah aku ok dan tak perlu dirujuk ke pakar sebagaimana yang disarankan oleh doktor 2 minggu yang lalu...syukur sangat...Selesai aje jumpa doktor terus balik ke rumah...


Minggu ni jugak aku kuar beberapa kali untuk cari barang keperluan untuk berbuka puasa terutama barang2 yang memang aku kena beli setiap minggu. Aku tak kesempatan untuk pi pasaraya seperti sebelum PKP sebab aku malas nak beratur panjang sampai ke jalanraya semata mata untuk masuk pasaraya. Jadi aku carilah keperluan di kedai kedai runcit sekitar sini. Bila aku dah pi beberapa kedai untuk dapatkan semua barang barang barulah aku dapat menilai harga barang di kalangan peruncit tersebut. Sebelum ni aku jarang pi banyak kedai untuk lengkapkan list barang2 yang aku perlu..Walaupun tak 100% tepat tapi rasanya hampir tepat la kut pandangan aku ni... Aku dah pi semua 'spotmart' di sekitar sini. Ada 5 buah 'spotmart' sekitar 7 km sekitar kawasan aku ni. Ada lebih kurang 5 buah kedai Aceh. Ada beberapa buah peruncit cina di kawasan aku ni. Aku dah dapat selami harga barang di semua 'spotmart' agak rendah jika dibandingkan dengan kedai Aceh dan peruncit cina. Rasanya beza harganya lebih kurang seringgit kut. Tapi tak tau jugak mungkin lebih daripada itu...Kedai melayu memang tak banyak pun kat sini atau aku yang terlepas pandang...hahahaha..Di Kelantan pun terdapat laporan mengatakan kedai Aceh menjual barang dengan harga yang terlalu mahal. Ada jugak yang kata tak masuk akal...Ada 50 buah kedai Aceh di sana menurut laporan. Ada laporan jugak berkaitan kedai Aceh naikkan harga barang di Selangor dan boleh dibaca DI SINI. Rasanya orang Aceh ni kenalah fikir banyak, dia orang datang sini cari makan dan kebanyakan mereka pelarian UNHCR. Kalau ikut peraturan pendatang UNHCR tak boleh buka perniagaan kat sini...kalau tak silap la...Lagi pun dia orang semua orang Islam, jadi jangan la jual barang sampai mencekik darah...Rasanya dah sampai masanya negara kita hantar dia orang balik ke Aceh tu...Begitu jugak dengan pendatang lain..Kedai Aceh ni macam rangkaian kedai mamak...dorang ada di mana mana...yang peliknya nape orang melayu tak boleh buat rangkaian kedai macam dia orang tu...sedangkan majoriti pelanggan adalah MELAYU...Mana orang2 kaya melayu...cubalah buat rangkaian peruncit macam tu...sampai bila kita menjadi pengguna aje...?

'spotmart'
Banyak jugak masa yang aku gunakan untuk membeli barang2 kerana terpaksa gerak ke banyak kedai kedai. Dalam keadaan sekarang nak amalkan #bmf agak sukar sebab kedai melayu tak banyak...Kedai Aceh memang la Islam tapi harga barang agak mahal jadi rasa malas nak masuk kedai dorang. Jadi terpaksa la jugak masuk 'spotmart' jugak. Tapi cari jugak barang produk muslim...Kalau dah takde barang muslim baru aku beli produk non muslim. Aku pun selalu pi kedai jual barang2 muslim tapi tak semua barang ada di situ. Biasanya kalau beras aku beli beras Faiza, minyak saji atau adela atau alif, sardin..cap ayam atau mak siti..eh! ye ke mak siti...hahaha..atau adabi...mee hon..faiza...kicap..jalen, susu pekat...saji...dan banyak lagi la...kalau dah takde barang muslim barulah aku beli yang bukan muslim..Yang payah nak dapat barang muslim ialah sabun basuh...tepung pulut..dan ada beberapa lagi yang aku terpaksa pi beli barang non muslim..Maknanya aku dalam bab beli barang ni dah boleh dikatakan dah pakar sangat la...opst! hahaha...Tapi tu la ada satu kali tu aku salah pilih, isteri aku suh beli DAUN SUP tapi aku terbeli DAUN KETUMBAR...hahaha...Rupanya seakan akan sama tapi DAUN SUP lebih besar daripada DAUN KETUMBAR...rasanya keduanya jugak berbeza...hahahaha...apa boleh buat la...tapi sayur yang lain2 memang aku boleh kenal seperti DAUN SEDERI dan sebagainya tu....banyak yang aku kenal, daun ketumbar tu aku terkena sebab hampir serupa tapi tak sama...hahaha...Apa boleh buat la....Aku ada buat video berkaitan KETUMBAR ni dan boleh ditonton DI SINI. Aku sempat terjumpa saudara FARIL dalam salah sebuah 'spotmart' tu. Kami sembang sat. Dia staf UKM dan bertuagas di PTM....aku da bersara pun..da lebih setahun da...

ketumbar
ketumbar
Akhirnya aku nak konsikan satu berita yang dikatakan berlaku di sekitar tempat aku ni. Kesnya berkaitan bunuh diri. Aku taknak cite berkaitan tu cuma aku nak katakan kita sebagai orang ISLAM jangan sekali kali berniat dan melakukan bunuh diri...Berdosa besar beb dan dikatakan akan kekal dalam neraka...jangan buat pasal. Kekal dalam neraka bermakna kekal dalam api...kekal dalam api buat selama lamanya...Di akhirat tiada penghujung dan tiada mati2 pun di akhirat sana sama ada di neraka atau di syurga, tiada mati mati.Tentu tak mampu kita nak kekal dalam api neraka...Tolong la jangan sekali kali bunuh diri. Jangan buat dosa besar...amalkan sihir pun dosa besar dan akan ditempatkan dalam neraka. Perbuatan sihir tu syirik...sebab kita minta pertolongan selain daripada ALLAH...Sihir tu gunakan JIN...Jadi...tooooolong la jangan bunuh diri dan jugak lakukan sihir serta dosa2 besar yang lain....yeee......Berita bunuh diri tu boleh dibaca DI SINI.

Rasanya itu aje yang aku nak kongsikan dan aku doakan moga kita semua, tak kira sapa la, sama2 akan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah swt serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan jugak siksaan neraka yang maha pedih tu...
Jangan lupa teruskan #bmf..


~~~~~     SEKIAN     ~~~~

daud.montak.zakaria

Friday, April 24, 2020

Ramadhan dalam wabak CORVIC-19

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 24 APRIL 2020, dan bermulalah sambutan bulan RAMADHAN untuk tahun 2020 ni. Kita mula berpusasa hari ni..Dikesempatan ni AKU ingin mohon maaf atas segala dosa aku kepada kalian semua. Semua mereka yang mengenali aku secara dekat atau jauh. Aku mohon maaf atas segala dosa aku. Aku pun dah maafkan semua dosa kalian semua. Marilah kita sambut Ramadhan dalam keadaan yang bersih dari sebarang dosa sesama kita. Tak perlulah kita nak bermusuhan, dunia ni bukan lama lagi pun terutama aku yang dah usia penghujung ni. Aku tak risau pun untuk mati sebab mati tu memang ALLAH SWT dah tentukan pun, takkan tercepat dan takkan terlewat. Yang aku bimbangkan ialah amal yang dibawa sama tu...cukup ke tak untuk hari akhirat tu...tu yang paling aku bimbang. Walaupun kita muda atau tua, mati tu tak tentu, ada ketikanya yang muda pi dulu...jadi tak perlulah kita nak sombong kat atas kulit bumi ni...lambat laun kita akan mati. Kalau hidup 100 tahun pun bukan lama sangat pun sebab kat akhirat nanti tiada pun penghujungnya...Sama samalah kita bersihkan hati kita...InsyaALLAH...Bulan Ramadhan yang mulia ni kita galilah sebanyak banyak mungkin pahala untuk kita bawa ke akhirat tu, tak gitu. Manalah tau mungkin kita tak berkesempatan untuk jumpa lagi pada hari raya nanti atau pada Ramadhan yang akan datang. Sekarang ni memang tak jumpa pun sebab PKP kan. Manalah tau mungkin kita jugak akan dijemput ALLAH SWT...secara tiba2 dalam Ramadhan ni..sape tau kan, tambahan aku yang dah berusia emas ni...bila2 masa aje akan dijemput Allah swt...Jadi aku amat perlukan kemaafan daripada kalian semua, ye. Jadi maafkan aje la semua dosa2 aku dan aku jugak dah maafkan semua dosa kalian...


Bulan Ramadhan ni semua kena jaga termasuk dalam bab gossip secara semuka atau dalam media antarabangsa seperti FB dan sebagainya. Kalau nak letakkan komen dalam sesatu isu janganlah ada bahasa kesat dan seumpamanya. Bukan bulan puasa aje...malah setiap masa kena jaga perkataan tu hingga ke akhir usia...kita ni tak mulia mana pun di sisi ALLAH SWT jika anggota kita penuh dengan dosa.....Kalau isu yang dibincangkan tidak nampak faedahnya dan akan menghakis pahala puasa kita, lebih baik ditinggalkan. Kalau nak tinggalkan komen eloklah komen yang menyedarkan orang lain bahawa kita semua sedang berpuasa. Dulu orang ramai mengumpat dari tingkap ke tingkap sekarang pula dalam skala yang lebih besar dan bersifat antarabangsa dalam bilik2 yg selesa serta di mana mana je...dan dosanya pun mestilah lebih luas dan besar lagi...tak gitu...


Sekarang ni isu yang paling besar diperkatakan dikalangan mereka yang masuk ke media media sosial ialah soal pendatang ROHINGYA dan jugak pelancong CHINA seramai 2 juta yang tak kuar2 dari negara kita tu...Entah lesap kemana tah. Ada yang peroleh IC Malaysia terutama di PENANG tu. Dalam hal pelarian ROHINGYA tu rasanya kita pun janganlah terima pelarian tu semua, kita bantu mereka yang masih tinggal di bangladesh tu.... Pelarian tu dah ada penempatan yang di khaskan oleh Bangladesh. Seramai 1 juta lebih rohingya kat penempatan tu. Kita pun membantu mereka dari segi derma dan sebagainya kepada Rohingya di penempatan tu. Namun mereka macam suka sangat nak datang ke negara kita sebab mungkin undang2 pendatang kat negara kita tak tegas kut. Kalau tak silap sape saja yang lahir di sini otomatik akan dapat kewarganegaraan...betul ke macam tu. Anggap aje negara kita malaysia ni sebagai sebuah rumah. Kita mesti amik tahu hal jiran kita. Kalau tak makan diberi makan. Kalau susah dibantu. Apatah lagi kita ni jiran se ISLAM, wajib bantu. Itulah yang lakukan selama ni, kita sering derma untuk Rohingya setiap masa. Kita bantu dalam derma derma yang kita sering beri. Namun sekarang ni jiran se Islam kita datang nak tinggal dalam rumah kita. Hukum berjiran hanya boleh bertandang 3 hari saja tapi mereka masuk kerumah kita dengan niat nak terus menetap. Bayangkanlah jika dah 20 tahun berada kat negara kita nanti..tentu lebih banyak lagi masalah sosial akan timbul...Satu maslah pulak kepada anak2 dan cucu2 kita masa akan datang natijah daripada tindakan datuk2 atau bapak2 dia orang...tak gitu..



Ada 1 juta lebih lagi Rohingya di Bangladesh tu nak datang masuk ke Malaysia ni. Ibarat sebuah rumah, mestilah ada tuannya. kalau tuannya tak mengizinkan, itu hak pemilik rumah....Sebenarnya masalah pelarian Rohingya ni masalah Bangsa2 Bersatu bukan masalah Malaysia sendiri. Malaysia tiada tandatangani apa apa pun dengan UNHCR tu. Jadi pelarian yang datang kat sini tu tetap pendatang haram. Kita memang dah sesak dengan masalah kaum di Malaysia ni dan tak perlulah ditambah lagi dengan kedatangan satu lagi etnik yang akan mewarnai lagi masalah kepelbagaian etnik yang sedia ada di negara kita ni. Satu lagi isu ialah pemberian IC kepada rakyat China yang berlaku di Penang tu. Kes tu masih dalam perbicaraan mahkamah. Tak taulah apa motif dia orang nakkan kewarganeraan Malaysia. Sedangkan negara China dah maju sekarang ni memang kita jauh terkebelakang daripada negara China tu. Mungkin dia orang tak suka dengan hidup terkongkong dalam Sistem Kominis kut. Atau mungkin ada agenda lain yang kita tak tau. Tun M kata ada 2 juta pelancong China dalam Malaysia sejak bermulanya wabak Corvic19 tu atau chinese virus tu...Mungkin kita tak tegas sangat macam negara lain tu. Warga China ada 2 juta dan 200 ribu etnik Rohingya...banyak sangat pendatang masuk ke Malaysia ni. Pendatang masuk ke negara kita ni mungkin ada sindiket yang bawak masuk ke sini. Dikatakan sorang pendatang kena bayar ribuan ringgit jugak untuk dibawa masuk ke Malaysia ni...Dikatakan 1 juta lebih Rohingya menunggu untuk masuk ke negara kita ni...Tak taulah apa nak jadi 10 hingga 20 tahun akan datang bila Rohingya dan pendatang China tu dah beranak pinak di negara kita. Tentu akan timbul lagi masalah kepelbagaian etnik di sini...Kita yang majoriti Melayu Islam tak tau la apa akan jadi kat anak cucu kita yang bakal mewarisi negara Melaysia ni daripada bapak2 mereka yang dah berhijrah ke BARZAH....Doa aje la banyak2 supaya negara kita terus berada dalam pemerintah Islam yang alim, waraq serta soleh hingga ke hari Qiamat...InsyaALLAH..aamiinnnnn...


Satu lagi isu yang sedang hangat di media sosial ialah tindakan Ebit Lew yang tak minta dipanggil ustaz, telah menamatkan aktiviti bantuan semasa PKP ni. Dia dan krewnya amat aktif membantu orang ramai semasa PKP ni dari segi keperluan bekalan dan sebagainya. Bantuannya tanpa mengira bangsa atau agama, semua dibantu. Dia jugak membantu frontliners dalam pelbagai kelengkapan dan sebagainya. Tindakan memberhentikan bantuan tersebut adalah kerana LAPORAN POLIS yang dibuat oleh individu yang tak berpuas hati dengan aktiviti bantuan yang telah dia jalankan sepanjang PKP ni. Nampak tak betapa powernya sikap HASAD DENGKI manusia. Sepatutnya kita semua sokong tindakan murni dia tu untuk membantu orang ramai yang memang dalam keadaan sukar masa PKP ni. Tak perlu lah kita bedah hatinya sama ada dia ikhlas atau tidak. Ikhlas atau tidak itu semua kerja TUHAN bukan tugas kita pun. Tuhan yang berkuasa menilai hati setiap manusia. Tidakkah individu yang buat laporan polis tu rasa bersalah sangat sebab dengan tindakan tersebut orang yang sepatutnya memperoleh bantuan dia telah dinafikan hak mereka untuk mendapatkan bantuan berkenaan. Jangan lupa doa orang yang susah tiada hijab di sisi ALLAH SWT. Sekali lagi aku katakan sifat HASAD DENGKI ni memang mainan syaitan dan kita sering terjebak dengan mainan syaitan tak kiralah si alim atau si jahil sekalipun. Pandangan aku memang MELAYU ni mempunyai sikap DENGKI MENDENGKI sejak zaman purbakala lagi. Kalau kita baca sejarah Melayu, memang sikap dengki mainan pembesar zaman kesultanan dan nampaknya sikap berkenaan terus subur hingga hari ini. Sepatutnya kita jugak harus berterima kasih kepada dia sebab aktiviti dakwah dan bantuan dia kepada golongan yang memerlukan tu telah menyebabkan kita terlepas daripada tuntutan fardhu kifayah. Ustaz telah laksanakan kewajipan berkenaan dan kita semua telah terlepas daripada dosa kefardhuan berkenaan. Kesian dengan Ebit Liew, sebab tak dapat lagi menyampaikan bantuan dia kepada yang memerlukan dalam saat PKP sekarang ni. Apa apa pun kita kena berbaik sangka kepada ALLAH SWT. Tentu Allah swt ada perancangan DIA untuk USTAZ berkenaan...InsyaALLAH....

ustaz ebit
Satu lagi isu ialah pelajar IPT mungkin akan dibenarkan balik ke rumah dengan SOP yang akan ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Rasanya elok jugak la sebab dah lama dia orang kat kampus tu dan tentu dia orang pun dah jemu kan...Anak aku bernasib baik sebab dia balik masa awal2 PKP lagi dan masa tu tiada sekatan untuk pelajar balik ke rumah...alhamdulillah...Tapi dikatakan ada diantara pelajar yang enggan pulang ke rumah. Dikatakan 15% enggan untuk pulang ke rumah memasing....Maklumat boleh dibaca DI SINI. Apa apa pon sapa yang nak pulang ke rumah tu alhamdulillah la kerajaan akan aturkan cara mereka akan pulang ke rumah memasing......


Rasanya tu aje yang aku nak coretkan di sini, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksaan neraka yang maha pedih tu...
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf dalam keadaan yang sukar ni...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

Wednesday, April 22, 2020

#BMF ketika CORVIC-19

Diari DAUD - Hari ni 22 APRIL 2020 dan kita masih dalam minggu ke-3 PKP. Jadual HIKING aku pun ranap...malah bulan ramadhan nanti memang takde langsung hiking la jawabnya...Tunggu lepas raya la...Ramadhan dan Raya rasanya dalam rumah aje la tahun ni...sejarah tu kome....tak pernah berlaku sejak kecil hingga aku jadi warga emas ni...Sebenarnya memang PKP ni merupakan sebuah sejarah yang perlu diingati. Oleh sebab aku ni dah tua, aku nak gitau la yang aku pernah juga merasa suasana yang macam ni jugak masa aku usia 9 tahun. Masa tu tragedi 13 MEI 1969 yang dicetuskan di KL oleh DAP yang diketuai oleh LIM KIT MALAM...hahaha..Masa tu DAP telah menang pilihanraya tu...Aku rasa orang Melayu kena ingat sejarah tu...Kalau taknak ingat aku pun tak tau nak kata apa la...Memang Melayu mudah lupa la...Suka hati korang la sebab korang yang akan mewarisi MALAYSIA ni...Aku pun tak lama je lagi, maklum la da jadi warga emas...Masa 13 mei tu aku kat kampung dan tak boleh kuar rumah pun sebab curfew atau lock down atau perintah berkurung...langsung tak boleh kuar...Macam sekarang boleh la jugak kuar tapi tak boleh sewenang wenang kuar rumah. Sekarang ni boleh la kuar untuk beli barang keperluan harian tapi sensorang aje la dan tak boleh kuar laki bini..Lama dah duk umah ni rasa tak selesa sangat...ada ke sesapa yang rasa selesa dengan keadaan macam ni?


Hari ni aku terpaksa melilau beli macam2 kat beberapa buah premis perniagaan. Mula sekali aku pi ke ATM untuk kuar duit...Tiba sana nampak ada beberapa orang sedang beratur. Selesai parking terus pi tambahkan jumlah orang yang beratur tu..Jenuh jugak tunggu, rasa rasanya dalam 20 minit jugak la...Payah jugak sekarang ni, nak masuk memana pun kena beratur dan kene jaga jarak satu meter antara satu dengan yang lain. Selesai korek duit aku terus aje pi farmasi di taman yang sebelah dalam tu. Tiba farmasi, terus pi pintu farmasi. Peraturan wajib, farmasi dah sediakan sanitiser depan pintu. Sapu tangan dengan sanitiser. Boleh masuk dua orang aje dalam satu masa. masuk dalam cuma aku sorang aje. Jarak dengan kaunter pun satu meter, ada penghalang diletakkan di depan kaunter tu...Aku mintak ubat gastrik untuk puasa. Ubat tu untuk isteri aku. Dia tak makan setiap hari pun...kadang kadang je...dia bukan pengidap gastrik yang hardcore pun.


Selesai aje terus masuk kete dan pi pulak cari barang keperluan di kedai jual barang2 muslim di taman yang lain jugak. Kalau takde kenderaan memang payah la nak pi tempat tempat tu sebab letaknya di merata rata. Aku memang selalu pi barang kat kedai jualan barang muslim tu..Aku tak dapat banyak pun barang kat situ sebab dah banyak yang habis...Rasanya sambutan orang kat kedai barang2 muslim tu memang rancak nampaknya. Aku dapat beli sardin, gula perang dan gula putih aje. Aku cadang nak beli susu saji tapi da abis..memang cepat abis susu tu...Selesai aje aku terus pi pulak ke kedai aceh untuk beli sayur dan ayam. Kat kedai aceh tu aku beli ayam yang 2KG lebih tu dan sedikit sayur. Aku pelik sangat di kawasan ni ada lebih kurang ada 4 atau 5 kedai aceh...pelik aku...nape orang Melayu tak boleh niaga macam tu..Aceh ada rangkaian kedai seluruh negara...nape Melayu takde...adakah melayu memang malas berniaga atau tak tau meniaga...Mungkin antara satu faktor, tak tau meniaga la kut. Kalau aku pi kedai melayu mesti layanannya macam nak tak nak aje...Nape melayu tak boleh buat macam aceh dan cina dari segi layanan kepada pelanggan...hermmm...fikir la sendiri...Ini negara kita tapi kita tak ada ramai peniaga runcit melayu yang berjaya.....suka hati korang la...Aku taknak beli barang keperluan lain kat kedai aceh ni sebab harga agak mahal sikit...sikit aje....

ATM
Kedai Runcit
Selesai berurusan di kedai aceh tu...aku pun pi ke premis spotmart pulak...hahaha...spotmart...Aku memang selalu pi spotmart ni tapi aku utamakan barang muslim dulu...Di sini aku beli sabun basuh. Disebabkan takde sabun basuh muslim aku beli la sabun basuh non muslim...Aku jugak beli sabun basuh pinggang bukan muslim...Sabun basuh pinggan muslim memang ada tapi barang muslim tu tak berapa bagus. Dua jenis sabun basuh pinggan pernah aku cuba...kedua duanya failed...kena bubuh banyak baru pinggang mangkuk boleh terbebas daripada minyak...Takkan aku nak beli sabun basuh pinggan sebulan dua kali....maaf la...Aku jugak biasanya beli roti gardenia...kalau takde aku takkan beli...aku lebih suka pi cari kat kedai lain...Aku beli jugak susu pekat SAJI tu...barangan muslim...kalau takde aku akan cari ke kedai lain dan kalau takde jugak baru beli barang keluaran non muslim...Aku jugak beli dua botol kicap jalen, barangan muslim tu...Dalam masa PKP ni aku memang takde pilihan, kena pi jugak ke spotmart ni...Biasa setiap hujung bulan aku akan pi beli barang kat maidin atau tesco tapi memang aku terus utamakan barang muslim..Sekarang ni tesco memang tak boleh pi la sebab nak masuk dalam pun kena beratur beberapa kilometer kat luar pintu..hahaha...tah bape kali melengkuk lengkuk barisan baru dapat masuk....Aku memang malas sangat nak beratur macam tu...biarlah aku cari barang dari satu kedai ke satu kedai yang lain...memang sejak corvic19 atau wabak chinesevirus ni aku belum pernah masuk pasaraya untuk beli barang... Biasa pi ke Spotmart tu jika aku beli barang yang sikit...tapi masih terus dengan utamakan barangan muslim...Kalau korang tak utamakan barang muslim, sapa lagi..kalau korang tak kisah barang muslim atau bukan muslim...aku kisah apa...terpulang la kat korang, duit korang....hajap pon aku tak...hahaha...


Lepas tu aku pi ke DIY...premis tu pun bukan muslim tapi nak buat macam mana dah premis muslim takde. Kalau ada premis muslim macam DIY tu tentu aku pun tak kan pi kelain tentu pilih kedai melayu. Rasanya melayu kena usaha jugak buka kedai rangkaian macam DIY tu..dan jugak ECO tu....kita punyai kuasa pembeli yang besar. Jumlah penduduk muslim 22 juta..fikirkanlah...Aku terjumpa jamaluddin rajalu, rakan sama keje UKM dulu. Dia dari PTM.Kami sembang sat aje...Aku cari wall paper kat sini. Dulu aku dah pi beli dan dah pasang tapi tak cukup. Hari ni nak cari satu roll aje lagi. Dia kata suh tunggu 10 minit nanti dia akan tanya kat premis lain. Agak sampai 30 minit tunggu takde jawapan...aku belah aje la...Payah kan...corak wall paper yang aku nak tu dah habis pulak...Kemudian pi pulak ke DIY kat tesco pulak...Kena beratur panjang sebelum masuk..begitu jugak kat DIY kat tempat aku tu..kena beratur panjang dulu baru boleh masuk. Corvic ni memang wabak yang menyusahkan jugak...Masuk DIY kat tesco pun corak wall paper macam yang aku nak tu pun takde...Gagal lagi aku...
Aku kuar rumah jam 10 pagi masuk waktu zohor baru gerak balik ke rumah...hahaha...panjang masa aku shopping hari ni...

spotmart
aku kat barisan nak masuk DIY..barisan satu lagi tu nak masuk pasaraya..
sebenarnya pasaraya di belakang kami..jauh pintu masuknya...kalau dari sini fikirlah panjangnya
barisan tu...
DIY di tesco
Rasanya itu aje yang aku nak coretkan kat sini...moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH swt serta dihindarkan kita semua daripada siksaan neraka yang maha pedih tu..aamiinnnn...
Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf dalam keadaan sukar macam ni...


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

Friday, April 17, 2020

Minggu Ke-3 PKP..

Diari DAUD - Hari ni SABTU, 18 APRIL 2020..kita sekarang ni dah masuk ke minggu ke-3 PKP. Maknanya dah masuk tiga minggu aku tak hiking di MELATI HILL tu...Sekarang ni sempadan nak pi ke NILAI pun dah ditutup abis dah. Rasa tak fit badan kalau tak kuarkan peluh. Apa boleh buat la kan kalau takde PKP tentu wabak chinesevirus tu dah lebih menular dengan lebih hebat lagi. Dengan PKP ni agak ok la jugak sebab PKP mampu menampan virus tu daripada terus merebak dengan lebih rakus lagi. Cuma aku pun rasa tak senang dengan mereka yang langgar PKP ni. Perkara berkenaan boleh menyebabkan PKP akan disambung lagi jika virus tu terus merebak dengan aktiviti tak patuh kepada PKP tu. Jadi tolong duduk di rumah dalam masa PKP ni. Kalau sambung PKP maka akan lebih susah lagi kehidupan kita semua. Ekonomi individu terjejas, ekonomi negara terjejas...Nak pi keje tak boleh..mana yang keje gaji hari akan habis duit...kena buang keje sebab kegiatan ekonomi terjejas...dan macam2 lagi benda boleh berlaku. Jadi eloklah patuh PKP dan duduk dirumah supaya rantaian virus ni terputus dan virus ni dapat dibendung. Bila virus dapat dibendung, PKP tak akan dilanjutkan dan masing2 boleh menjalankan kegiatan ekonomi memasing...kan...



Alhamdulillah negara kita nampak lebih terkehadapan dalam menangani wabak ni. Banyak kejayaan udah pun dicapai dan negara kita telah diiktiraf diantara negara terbaik dalam menangani chinese virus ni. Ketua Pengarah Kesihatan, DR NORHISHAM pun telah diiktiraf diantara 3 doktor yang terbaik di dunia dalam hal menangani chinesevirus ni. Terima kasih kepada semua frontliners yang terdiri daripada staf kesihatan, keselamatan dan sebagainya. Harap kita tak perlu lagi masuk ke fasa seterusnya selepas fasa ke-4 tu...harap2 la..Banyak benda yang terlibat masa wabak chinesevirus ni. Anggap la wabak ni jugak sebagai peringatan pencipta kepada kita...masing2 muhasabah diri la...mungkin ada perkara yang kita tak sedar yang melanggar norma hidup manusia beragama macam kita ni...Bala Pencipta tidak dijatuhkan kepada individu tapi atas seluruh komuniti manusia..jadi hati hati la...Banyakkan berfikir...Maklumat berkaitan CHINESEVIRUS ni boleh dibaca DI SINI...


Nampaknya tahun ni kita tak dapat la berpuasa dan beraya seperti sebelumnya. Solat  Jumaat dan jemaah pun takde...buat kat umah aje la termasuk solat terawih nanti. Nampaknya ketua keluarga semua dah ditauliah sebagai IMAM TERAWIH...semuanya tanpa kecuali..hahahaha..Jadi nampaknya terawih dalam rumah dengan keluarga la nampaknya. Buat la setakat yang mampu kan...Raya nampaknya macam tak balik kampung kut sebab wabak chinesevirus ni...Raya aje la dalam rumah bersama keluarga...gamaknya la...Bulan ramdhan ni pun takde bazar ramadhan nampaknya. Pertama kali dalam sejarah kut order makanan secara online kut...Order aje melalui wassapp dan penjual akan hantar ke rumah...hahaha...tunggu kat pintu dengan duit je la...hahaha...


Aku memang duk kat umah aje sekarang ni...Kalau aku kuar pun aku pi sensorang aje untuk beli barang keperluan dapur. Susah jugak pi beli keperluan sensorang, biasanya dengan isteri tanpa pernah pun tertinggal. Bila tiba aje tempat beli barang tentu akan tengok handphone yang ada wassap dari isteri senarai barang2 yang nak dibeli....letih oooo...Selain daripada tu sekarang ni jangan berani nak kuar laki bini sebab polis akan terus saman aje..seribu ringgit beb..banyak tu...bukan boleh cari seribu ringgit dalam sehari...jadi duk aje la kat umah atau pi pasar sensorang aje la. Kakitangan kerajaan kena jaga2 kalau disabitkan kesalahan dimahkamah tentu akan tergugat jawatan dan kalau pesara akan tergugat ganjaran pesara...jadi hati2 la bagi penjawat awam semua...ni bukan cite memain2 ye....Boleh baca DI SINI.. Aku agak rimas jugak masa PKP ni...jadi aku cubalah buat beberapa video yang aku edit sendiri...Mula2 jenuh jugak aku nak ingat cara gunakan software editing tu maklumlah aku dah bersara lebih setahun dan dalam jangka masa tu aku memang tak pernah buat keje suntingan video lagi...Macam terus aje aku tinggalkan...Disebabkan bosan masa PKP ni, aku pun cubalah sunting beberapa video dan berjaya aku upload keYouTube Channel aku...Korang bolehla tonton video yang aku edit tak berapa menarik tu...setakat bole la...Video2 tu boleh tonton ...
....tq kalau sudi menonton video tu ye...tak bagus mana punnnn...


Masuk minggu ketiga duk di rumah bukannya senang...Mati kutu beb...letih...asyik nak makan aje...banyak belanja masa PKP ni. Badan pun rasa tak fit bila peluh tak kuar. Dikatakan dah sejuta lebih seluruh dunia terkena wabak ni. Beribu jugak yang mati. Dikatakan virus tu mula dari WUHAN CHINA. Sekarang ni dah merebak ke asia dan eropah. Virus jenis A di China kemudian virus tu telah bermutasi ke jenis B dan C dan tersebar ke Asia dan Eropah..Tak tau kat Mesia ni jenis B atau C. Jenis A tu memang sama dengan spesis yang terdapat dalam KELAWAR dan TENGGILING di China tu...Memang di China tu semua haiwan dimakan..pelik betul la...Jarang terdapat bangsa yang satnike benda dalam dunia ni nak dimakan. Kadang2 pelik tengok tabiat makan dia orang seperti yang dilaporkan dalam media media..Takut dengan tabiat makan dia orang...yang pelik pelik aje...Tapi tulah lepas Cinesevirus reda di China dikatakan pasar yang menjual haiwan eksotik ni kembali dibuka dan kembali meriah...Bangsa ni macam tak insaf dengan apa yang telah berlaku....Banyak cite cite terdapat dalam media berkaitan chinesevirus ni...ada yang kata daun bambu boleh rawat virus ni, air ketum boleh jugak dan macam2 lagi dan ada yang kata virus ni tak akan aktif bila dengan bunyi azan...Macam mana pun dikatakan virus ni belum ada ubat lagi...Namun dikatakan PLASMA DARAH dari darah pengidap virus ni yang dah sembuh boleh digunakan untuk merawat pesakit yang terkena wabak virus ni...Satnike berita ni boleh dapat dalam media media FB dan sebagainya tapi tak tau la setakat mana kebenarannya...
bila pakai separuh purdah, mask, ramai tak kisah, bila suh pakai tudung keselamatan
untuk frontliners memasing bising kan...
Beberapa hari yang lalu aku pi ke Klinik Kesihatan Seri Putra untuk amik darah. Nak masuk klinik tu pun di cek suhu badan dan diberi sanitizer. Memang dia orang jaga betul2. Mana yang batuk atau selsema tak diberi masuk klinik tapi ditempatkan di khemah luar klinik untuk dapatkan rawatan disitu. Dia orang bimbang batuk atau selsema tu merupakan simtom chinesevirus, tu sebab diasingkan di khemah luar klinik. Menurut sumber klinik kat sini belum ada lagi kes chinesevirus ni. Aku dibenarkan masuk setelah diambil suhu badan. Staf tu tanya kalau aku pernah pi keluar negara atau macam2 la. Aku mana mampu nak pi bercuti luar negara bagai...pi keluar negeri sembilan selalu la dulu...iaitu ke NILAI negeri sembilan...kat MELATI HILL tu la...hahaha...Aku masuk klinik tu untuk amik darah. Dalam klinik memang amalkan jarak 1 meter tu..Masa masuk ke dalam tu untuk amik darah, ada 3 orang staf yang amik darah tu. Aku tak pernah nampak sebelum ni. Masa aku amik darah tu..fullamak...sakitnya..yang sebelum ni taklah sakit sangat...rasanya yang ni pelatih kut dan agak tak mahir. Yang peliknya dia amik darah di kedua dua lengan aku...pelik tak pernah staf sebelum ni buat sampai kedua dua lengan. Biasanya satu lengan aje...Aku pun tak pernah tanya dia nape amik dikedua dua belah tangan...macam pelik aje..sakit sangat pulak tu..Aku memang la dari kanak2 lagi memang takut dengan jarum ni...Bila jadi macam ni mermang la aku jadi lagi seram jugak...Aku tak tanya pun nape dia buat macam tu...rasanya dia memang staf pelatih kut dan belum mahir lagi gamaknya. Salah satu bekas tempat dia amik darah tu lebam sampai sekarang...lawak la staf tu...hahaha...Hari ni dalam sejarah la aku diambil darah dengan cara macam tu...macam2 hal la musim wabak chinesevirus ni..hahaha..

jarak 1 meter antara satu dengan yang lain...
tak ramai seperti sebelum PKP
Rasanya itu aje yang aku nak coretkan di sini..Moga kita semua, tak kira sapa la akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serat dihindarkan kita semua daripada siksa NERAKA yang maha pedih tu...aamiinnnn...Moga wabak chinesevirus akan reda dan diangkat kembali oleh ALLAH SWT dari dunia ni..aamiinnn...
jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf walaupun dalam keadaan yang sukar sekarang ni...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~
daud.montak.zakaria

Tuesday, April 7, 2020

Dah minggu ke-2 PKP..

Diari DAUD - Hari ni RABU, 8 APRIL 2020...Minggu ni dah minggu kedua PKP kat negara kita mesia ni...Ini bermakna aku dah berkurung aje kat rumah selama 2 minggu..duk aje...makan tido makan tido. Sekali sekala kuar beli keperluan makanan aje..Rasanya belanja masa PKP ni macam lebih banyak aje jumlahnya..Tak tau la berat aku dah berapa. 2 Minggu jugak aku tak pi HIKING di BUKIT MELATI tu. Rasa badan memang tak fit pun. Kalau hiking badan agak rasa selesa sebab peluh keluar. La ni peluh langsung tak kuar tentu badan rasa tak sihat. Kuar rumah pun sensorang aje untuk beli barang keperluan. Duk rumah memang rasa nak makan aje...selera terbuka aje macam jerung..opst!. Nak peluhkan badan takde alat untuk digunakan dalam umah.

foto terbaru ni...janggut & misai pun da malas nak potong...hahaha...
Duk kat umah ni rasa semua benda dah buat. belakang rumah dah bersih, depan rumah turut dibersihkan dan tanam tanaman sikit dalam pasu pasu yang memang dah lama ada kat rumah ni. Dulu memang aku tanam bendi dan kangkung serta sawi. Bila musim dah abis dan semua dah tuai pasu tu dah lama la kosongnya. Masa tu da malas pulak nak tanam...hahaha...Jadi sebab PKP ni aku tanam la kangkung balik dan isteri aku tanam dan jaga bayam brazil tu...dah pernah gulai dah pun......Aku suka tanam kangkung sebab mudah tumbuhnya...Hari2 ujan ni memang mudah hidup...memang dah hidup dah pun...Tapi tu la bukan hari ni tanam esok boleh tuai...kan...kan...hahaha...

google pict
google pict
Aku jugak cuba penuhkan masa aku. Aku cuba kembali buat keje edit video suka suka aje. Dah setahun aku tak pegang keje tu sejak bersara..Rasanya macam semua yang aku tau tentang software premier tu macam dah terbang jauh dah...dah berkarat sangat. Amik masa aku nak catch up balik dan ingatkan semuanya kembali. Cuba ingat semuanya tapi tu lah da tua tua ni payah nak ingatkan balik dengan pantas...makan masa rasanya jugak. Dah berkarat ilmu video aku ni rupanya..Aku guna handphone untuk rakam footage kat keliling rumah aje...buat permulaan. Dan aku dah pun cuba edit sebuah video seminit. Aku guna kamera handphone aku aje untuk rakam footage tu...rasa macam ok jugak kualiti resolution footage tu...rasanya la....Tak bagus mana pun video tu tapi cukuplah sebagai bahan untuk aku praktis...Sebagai permulaan. video tu seminit aje tapi nak upload ke YouTube makan masa satu jam...Itulah keburukannya Sreamyx ni...apa boleh buat...Aku dah mohon unifi tapi TM kata rumah aku tak boleh masuk sebab masalah nak pasang 'line' tapi keliling rumah aku boleh masuk...malas la nak fikir..Aku dah mohon dah pun unifi tapi takde rezeki. Kalau tak aku untung sikit sebab streamyx yang aku guna ni lebih mahal drpd unifi tu billnya tapi hanya 8 mbps aje...unifi lebih jimat belanja dan pantas iaitu 30mbps...Streamyx ni lebih slow dan mahal...apa apa la...Tak kisah la sebab aku pun dah nak pindah kampung tapi tak pasti bila la...Streamyx tu nanti akan aku tutup aje sebab mahal dan slow, kalau laju tak jadi masalah...

Video yang aku sunting tu boleh ditonton DI SINI

google pict
Masa PKP ni memang takde berita yang boleh dapat cuma melalui internet aje...news yang betul pun dari situ yang fake pun dari situ gak...pandai pandai la nilaikan. Aku dah lama tak tonton berita tv da bertahun2 dah..Aku harap PKP ni tak berlanjutan sebab aku dah rimas duk dalam rumah. Kalau ikutkan berita, negara kita ni memang terbaik la sebab berjaya jugak mengekang virus ni daripada terus merobek dengan teruk negara kita. Cuma ada segelintir yang memang jenis tak cerdek...melanggar PKP yang boleh melumpuhkan negara kita serta diri yang melanggar PKP tu sendiri..Geram aku rasa..macam nak carut aje dalam komen2 dalam FB tu tapi sib baik aku ni masih ada iman...ewahhhh...berlapik jugak la komen aku...hahaha...Semua mesti patuh dengan PKP ni...tak kira kecik atau beso kena patuh. Banyak keburukannya kalau tak patuh, semua akan terkesan.


google pict
Andaikata kita tak patuh tentu virus tersebut akan terus merebak sebab yang ada virus berkenaan terus sebarkan kepada orang lain yang melipat gandakan lagi jumlah mereka yang terjangkit. Bila benda ni berlaku PKP tentu akan dilanjutkan. Bila PKP dilanjutkan tentu sesiapa saja tak boleh pi keje.  Kilang dan lain2 sektor ekonomi akan terhenti sebab PKP. Kilang tutup, kedai tutup, gerai tepi jalan tutup, keje kontrak tutup malah semua kegiatan ekonomi akan terhenti. Bila ekonomi terhenti banyak pihak akan terjejas. Ramai yang akan menganggur sebab semua kegiatan ekonomi terhenti. Kilang dan sebagainya tak mampu nak bayar gaji. Bukan saja yg keje kilang...yang keje sendiri pun tak boleh kuar rumah...termasuk la pencari besi buruk...Natijah daripada pengangguran ialah duit takde, bila duit takde tentu sukar untuk dapatkan makanan dan sebagainya. Aku terus ringkaskan kepada akibat yg lebih jauh iaitu bila makanan takde tentu akan kebulur...bila kebulur tentu akan mati dan akan ditanam...Mangsa virus pun ditanam dan mangsa kebulur pun akan ditanam...Jadi tolonglah patuh dengan PKP. PKP yang berlanjutan akan melumpuhkan semua termasuk ekonomi negara. Jadi untuk yang KANAK2 dan yang TUA2 tu...yang payah nak faham tu...silalah patuh dengan PKP supaya virus tak menular dan dapat dikawal serta kegiatan ekonomi akan dapat diteruskan...Memang aku pun berharap PKP tidak berlanjutan...Aku amat setuju dengan tindakan keras anggota keselamatan dalam menangani golongan yang DEGIL dengan PKP ni...


ustaz ebit...foto fb
Aku kesian jugak bila baca kat fb ramai yang kelaparan sebab dah takde duit nak makan dan terpaksa mengharapkan bantuan terutama orang yang ada keje ada duit...Aku hormat la pada yang sanggup bantu mereka seperti ustaz ebit liew, firdaus wong dan sebagainya lagi..Ada lagi yang menyumbang di belakang tabir yang kita tak tau pun...besar jasa mereka semua...Dia orang ni memang istiqamah membantu orang lain. Seronok tengok dia orang membantu sape saje tanpa mengira sape....Harap jutawan2 yang ada kat mesia ni akan bantu jugak termasuk 10 orang BILLIONAIRE terkaya di mesia ni...yang sememangnya bukan Islam pun pun...Mereka kena bantu jugak sebab mereka dah menyedut kekayaan di Tanah Melayu ni sejak sekian lama...harap2 gitu la...
Yang golongan politik ni biasalah dalam keadaan sekarang memang cari salah sape yang merintah...biasalah...itulah tugas pembangkang yang guna apa saja untuk menggugat pihak lawan...tak perlulah ambik kira sangat...teruskan berjuang untuk basmi wabak CHINESEVIRUS ni...


ustaz firdaus wong...fb pict
google pict
Rasanya itu aje yang aku nak tulis...sama samalah kita berdoa supaya wabak ni cepat selesai dan kita dapat menjalani hidup seperti biasa...Jadikanlah wabak ni sebagai iktibar, mungkin ada perkara yang kita buat yang menyebabkan kemurkaan ALLAH SWT, sape tau kan...jadi...banyak2 la muhasabah diri kita sendiri...
Doa aku, moga kita semua, tak kira sapa la akan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga dan dihindarkan kita semua daripada siksaan neraka yang maha pedih tu..
Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF dalam keadaan yang sukar sekarang ni...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

LAMA DAH TAK UPDATE BLOG.

Diari DAUD, 23 Julai 2026 - Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Kali akhir ialah dalam bulan MAY 2026. Masa tu aku tulis berkaitan peme...