Monday, June 24, 2019

Dah bermula hari2 yg sibuk..

Diari Daud - Hari ni Selasa, 25 Jun 2019...Semalam Isnin, awal pagi dah bangun, macam aku masih keje dulu tu...la ni da bersara...Bangun seawal sebelaum 6.00 pagi. 
Selesai segala yang wajib dan yang perlu. Jam 7.30 pagi aku terus
 gerak menuju ke Cyberjaya. Macam semalam. Semalam
merupakan kali pertama seperti hari ini. Aku
gerak melalui jalan Bangi jalan
Dengkil dan masuk ke Kolej
Vokasional, masuk kampung dan terus masuk
ke Putrajaya arah ke PICC. Ada beberapa jalanraya yang
jem tapi jem bergerak...iaitu di traffic light Bangi, Sungai Buah dan selepas Kolej Komuniti Sepang kalau tak silap serta di jalan masuk ke Putrajaya. Jarak diantara kediaman
aku dan Cyberjaya lebih kurang 26 kilometer dan kalau
pergi dan balik jadi 52Km..
Hari hari bekerja selepas ni sepanjang 2 bulan lebih ni
aku akan hari hari pi Cyberjaya macam orang yang pi keje hari hari pagi dan petang. Sebenarnya aku akan pi ke sana kerana menghantar anak pompuan
aku yang menjalankan latihan industri di sebuah syarikat
di menara Paragon di Cyberjaya tu....

ke cyberjaya
Aku akan hantar dan ambik dia setiap
hari...pagi hantar jam 7.30 pagi dan petang pula aku akan
amik dia dari Cyberjaya tu..Dia kuar jam 6.00 petang. Ini bermakna satu hari aku akan berada di Cyberjaya dua kali setiap hari...Letih jugak tu..tapi apa boleh buat..anggaplah ia satu kewajiban yang memang perlu dilakukan oleh setiap ibubapa, memang
tanggung jawab ibubapa punnnn...

Masuk aje ke Putrajaya dari sempadan kampung,
terus aku gerak arah PICC namun tak masuk jalan PICC pun tapi terus tuju Cyberjaya. Dalam 6 kilometer dari situ terus masuk susur ke Cyberjaya. Dalam Cyberjaya
aku lebih bergantung kepada google map, aku lebih selesa dengan
google map daripada waze. Aku nak jelaskan payah
sebab aku bergantung pada googlemap
aje...ikut aje apa yang ia suruh..

ke cyberjaya
Aku memang tak mahir dengan
Cyberjaya ni. Bila tiba dalam Cyberjaya tu
memang tak nampak sangat pun signboard yang menunjukkan arah
sesuatu tempat dan kalau tak bergantung kepada googlemap dan sebagainya tentu
akan sesat laghat....Masa pi ke menara Paragon tu memang banyak belok kanan aje dan jarang beluk kiri...

Tiba aje di menara Paragon tu
mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kat Cyberjaya tu kenderaan agak banyak jugak sebab orang nak pi keje. Setelah anak aku turun dan masuk ke bangunan
Paragon tu maka mulalah agak gerak balik. Terpaksa la sensorang
aje. Masa pi tu ada la anak pompuan aku ingatkan
berkaitan arah yang perlu ditempuh
tapi masa balik ni aku kena tempoh sensorang aje dengan
google map sebagai peneman untuk tunjukkan jalan. Walau bagaimana
pun aku berjaya jugak keluar daripada Cyberjaya tu...Bila berjaya keluar dah tak susah dah..Aku amik keputusan untuk pi UKM pula...

menara paragon
Tiba di UKM terus pi Tasik Kejuruteraan tu
untuk buat workout sikit. Aku memang dah dari rumah pakai track suit dan aku memang nak berjalan di keliling tasik ukm ni. Tiba di tasik terus aje berjalan. Sebenarnya
lama aku tak singgah di tasik ukm ni kerana sering pi tasik
nilai sebab ia lebih selesa. Kali ni aku kena kerap
pi ukm untuk berjalan selama sejam
di tasik tu untuk kuarkan peluh. Kalau dah jam 9.00 pagi ni memang tak sesuai pi tasik nilai tu sebab hari dah panas sementara kat ukm ni masih ok sebab banyak pokok
di keliling tasik tu.

Selesai berjalan sejam maka aku pun mula gerak balik ke Bangi...Aku akan sering datang ke sini lepas hantar anak ke Cyberjaya tu. Sini lebih dekat daripada
pi ke tasik nilai tu.....

tasek kejuruteraan ukm
tasek kejuruteraan ukm
lama tak datang sini..
sejam lebih
selesai sejam lebih..
selesai untuk hari ni...
Lepas zohor aku pi ke klinik kesihatan seri putra untuk
amik ubat yang biasa aku amik tu la...Apa boleh buat la kalau dah ada penyakit tentu kena makan ubat tak gitu..Jangan mengeluh sebab kita ditimpa kesakitan...
redha aje la...Penyakit ni diberi ALLAH SWT atas
banyak sebab...sebagai penghapus
dosa kita, sebagai balasan dosa kita, sebagai ujian dan untuk menaikkan darjat kita
di sini ALLAH SWT...jadi...redha aje la....
Aku pi klinik kesihatan tu dengan isteri aku.
Tiba je klinik tu terus masuk dan pi ke bahagian farmasi.
Aku tekan nombor dan klip pada slip ubat tu dan tunggu nombor dipanggil.
Tak lama menunggu nombor timbul di layar tapi takde suara. Aku pi je ke kaunter tu...Ahli
farmasi tu kata nombor aku belum dipanggil...hahaha...pulak dah, tadi nombor ada
kat layar tapi memang takde suara...aku buat tak tau aje dan dia ambil gak
slip tu...seterusnya dia
bagi aku ubat yang perlu aku ambil...Aku pun tak tau nape nombor timbul
tapi bunyi takde...sekali lagi aku tak kisah pun...takkan
perkara kecik macam tu nak jadi isu kat
pegawai farmasi tu...haihhhh....
macam macam la...opst!...hahahahahahahaha...


klinik kesihatan bandar seri putra
nombor giliran aku...
bahagian farmasi
duk sebelah isteri...
Lepas asar pula aku kena pi Cyberjaya sekali lagi untuk
ambil anak pompuan aku kat menara Paragon tu..Harap jalan yang aku tempoh taklah sibuk kan...Sekali lagi aku terpaksa bergantung kepada pakcik googlemap...kalau tak
memang aku takkan sampai ke destinasi yang aku nak tuju tu...
Perjalanan pi agak tenang aje dan dalam
38 minit dah sampai ke menara
Paragon tu...

Tapi masa balik tu amat sadis
...gerak kul 6.00 petang dari cyberjaya kemudian terus
gerak ikut googlemap kemudian masuk Putrajaya...Seterusnya keluar susur
ke Kajang...sepanjang perjalanan memang kenderaan banyak sebab time orang balik keje semua.
Bila tiba susur keluar dari sempadan Putrajaya ke pinggir kampung. mulalah teruk jemnya. Dari 3 lane nak jadi satu lane, berebut rebut la memasing...aku pun berebut. Pas tu
pulak jem kat traffic light pulak. Traffic light dekat kampung limau
manis...trafic light kat jenderam hilir...traffic light kat
kolej memandu jalan jenderam tu...traffic
light kat Genom dan traffic
light kat pekan
Bangi...semua tu penuh dengan kenderaan dan jemm....Akhirnya sampai rumah jam 7.10 malam, maknanya lebih sejam perjalanan...Nampaknya dalam dua bulan lebih
ni aku macam jadi pekerja semula pi pagi balik petang..Sekali pi 26Km
..balik 26Km...Masa amik pun pi dan balik 26Km x2...
...hahaha...opst! apa boleh buat la....

pinggir jalan berhampiran menara Paragon
pinggir jalan berhampiran menara Paragon
3 lane nak jadi 1 lane dari putrajaya ke pinggir kampung....
inilah jalan kampung tu...di lokasi tertentu memang jem sendat punya...
Rasanya setakat ni aje yang aku nak citekan dan sebelum aku tutup
tulisan aku ni aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua dan jangan lupa doakan setiap lepas solat supaya ALLAH SWT akan mengampunkan semua dosa kedua ibubapa
kita dan kedua ibubapa mentua kita, serta ALLAH SWT luaskan kubur
mereka serta dibukakan salah sebuah pintu syurga ke
kubur mereka hingga ke hari kiamat
dan moga ALLAH SWT hindarkan mereka
semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan
juga siksaan api neraka serta dimasukkan ke dalam syurga
bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah dan mereka kekal di dalamnya...aamiinnnn.....

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...