Tuesday, January 7, 2020

Tasik Ujana Nilai Impian

Diari DAUD - Hari ni Rabu, 8 JAN 2020...aku dah plan nak peluhkan badan di TASIK UJANA NILAI IMPIAN. Jadi kalau pi ke situ aku kena pi awal sikit sebab kalau lewat, matahari akan cepat naik dan kawasan tu tentu menjadi agak panas. Aku gerak dalam jam 7.00 pagi. Tiba kat sana dalam 15 minit aje kut atau mungkin kurang dari tu...

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Rasanya dah lama aku tak pi ke tasik ujana ni sebab aku selalu aje pi ke MELATI HILL sejak akhir2 ni untuk hiking dan peluhkan badan di sana. Sebelum ni jadual aku ialah Isnin dan Jumaat kat MELATI HILL dan Rabu kat TASIK UJANA ni. Tapi sejak kebelakangan ni aku asyik pi MELATI HILL aje...aku pun tak tau nape aku ubah jadual tu...Tapi la ni aku rasa nak teruskan dengan jadual biasa iaitu Isnin dan JUmaat kat MELATI HILL dan Rabu kat TASIK UJANA...InsyaALLAH...

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Rasanya aku sering pi ke Melati Hill tu bukan sebab apa....pertama aku boleh pi lewat sikit iaitu jam 8.00 pagi dan kedua, aku suka pi Melati Hill tu sebab di sana aku lebih cepat berpeluh berbanding aku berjalan kat keliling tasik ujana ni. Nak joging aku tak mampu dah sebab usia dah banyak. Memang kat melati Hill tu cepat aje berpeluh terutama bila mendaki ke puncak MONKEY HILL tu...Tulisan aku berkaitan hiking kat MELATI HILL tu boleh jugak dibaca 


Aku jugak boleh ubah jadual aku tu bila bila masa aje yang aku rasa perlu...kalau rasa letih aku akan ubah aje ke hari lain. Contohnya kalau aku pi ke Melati Hill tu hari Jumaat...kalau aku rasa malas atau letih aku akan ubah ke hari SABTU bukan ubah ke minggu depannya tu..Hari AHAD aku tak boleh pi peluhkan badan sebab aku ada kursus haji dengan isteri aku. Aku hadir aje ke kursus haji tu bukan sebab nak pi haji tahun ni tapi cuma persediaan untuk buat rayuan pi haji masa akan datang. Kalau ikutkan turn pi haji menurut pendaftaran...giliran aku pi haji tahun 2080an...macam berkali kali mati baru aku boleh berjaya pi haji ...hahaha...

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Tahun ni isteri aku aje yang buat rayuan pi haji, aku tak buat pun...Harap isteri aku berjaya untuk pi tahun ni...Tolong doakan yeee...Kalau dia berjaya dia akan pi dengan rakan baik dia. Aku tak boleh pi sebab aku ada anak sekolah yang masih perlu aku jaga. Kalau ada rezeki aku akan buat rayuan kemudian dan pi kemudian aje...Aku hadir kursus haji ni untuk pengetahuan atau untuk ilmu aje la...tambahkan ilmu...Berpahala mencari ilmu ni...Tapi tu lah kalau aku tak silap la, aku pernah terbaca dan aku simpulkan macam ni la...orang yang menuntut ilmu ni ada dua golongan...Satu golongan penuntut ilmu...menuntut ilmu semata mata untuk menjadi lebih tunduk kepada ALLAH SWT. Golongan ini memang tawadduq, merendah diri kepada ALLAH SWT. Tujuan ilmu yang dituntut semata mata kerana ALLAH...untuk lebih mengenali ALLAH...lebih mengagungkan kebesaran ALLAH...Ini maksudnya untuk semua jenis ilmu la...sebagai contoh jika dia belajar ilmu kaji bintang, tentu ilmu ini akan menjadikan dia lebih tunduk kepada ALLAH...lebih mengagungkan kebesaram ALLAH...setelah dia mengetahui betapa luasnya alam ni...betapa sempurnanya alam ini...tentu dia akan lebih memuji kebesaran ALLAH dan menjadi lebih tawadduq kepada ALLAH...Dia menuntut ilmu memang niat kerana ALLAH semata mata dan kalau dia peroleh kebaikan dunia pun daripada ilmu tersebut, dia percaya itu semua adalah anugerah ALLAH SWT...

nak balik dah
nak balik dah
Golongan kedua penuntut ilmu ialah golongan yang menuntut ilmu sebab dunia semata mata...Golongan ini akan menjadi sombong...riyak .. ujub dan sebagainya... bila ilmu berada dalam dada..antara tujuannya adalah untuk berbantah bantah... untuk mematahkan hujjah orang lain, tujuan untuk kesenangan dunia dan tujuan untuk bermegah megah...Ilmu tentu tidak akan menjadi berkat...tambah jauh diri daripada ALLAH SWT...Tentulah rugi kalau kita menuntut ilmu semata mata untuk kesenangan dunia aje...Sedangkan orang yang menuntuk ilmu ni lebih mulia di sisi ALLAH SWT....hati hati lah kita...pandai pandailah kita letakkan diri kita dalam golongan mana...Oooopst! melalut pulak aku kan...hahahaha....

tasik ujana
Sebaik tiba di tasik ujana tu aku pun mulalah berjalan...berjalan aje pun....joging tak mampu dah..Ramai jugak yang beraktiviti kat situ ada yang berjalan .. ada yang joging dan ada yang sekadar tengok orang beraktiviti....hanya duduk kat tepi trek kat tasik tu...itu terpulanglah pada diri memasing kan...Aku macam biasalah aku berjalan keliling tasik tu sebanyak 5 pusingan aje yang memakan masa selama sejam lebih, jarak perjalanan 6 kilometer dan kalori yang dibakar lebih kurang 300 kalori...


tasik ujana
Aku ikut aje nasihat doktor, dia kata kalau joging seminggu sekurangnya 2 jam setengah tapi kalau berjalan sekurang kurangnya 3 jam setengah setiap minggu sampai bila bila. Aku ikut aje la nasihat doktor tu bukan sebab takut mati...mati tu memang pasti dah tarikh dan masanya...tapi yang aku tak mampu ialah untuk mengalami kesakitan. Aku pun tak maulah jatuh sakit sebab kurang eksesais dan sebagainya. Dengan buat eksesais ni sekurang2nya tak la mudah jatuh sakit atau mengalami kesakitan atau menjadikan sakit yang kita hidapi menjadi lebih teruk...kan...tak gitu....Setelah selesai aku peluhkan badan kat sana tu, maka aku terus balik aje la...Masa aku tinggalkan tasik tu masih ramai orang berjalan dan joging kat situ....
 

Apa apa pun aku doakan kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksa neraka yang maha panas tu...aamiinnnn....
Di bawah ni aku letakkan infor berkaitan kalori, moga ada manfaatnya...




Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...