Diari DAUD - Semalam, 12 MAC 2021, genab setahun COVID19 melanda negara kita ni..Dah setahun kan...tapi tak tau la rasa lama atau tak...yang aku rasa lama ialah tak boleh rentas sempadan balik kampung aku kat Perak tu....hahaha...Memang kalau dah boleh rentas sempadan...cepat-cepat aku nak balik ke Perak tu...Semalam, Jumaat, kali kedua aku dapat solat Jumaat di Masjid Kariah Pekan Bangi tu. Minggu lepas kali pertama masa PKP ni. Dapat pi masjid bukan sebab apa tapi dah dibolehkan datang masjid untuk jemaah sejumlah 300 jemaah lebih kurang. Itu pun sapa cepat dia dapat, sapa lewat boleh la solat kat rumah aje...Awal aku dah pi masjid, lebih kurang 12.30 tengah hari untuk dapatkan tempat dalam masjid. Kalau lewat tentu penuh 300 tempat tu...Masa PKP ni tau pulak datang awal ke masjid...hahahaha....ooopst!. Alhamdulillah...masih dapat kerjakan solat JUMAAT...musim PKP ni...
Khutbah semalam berkaitan ISRAK dan MIKRAJ dan fokus pada SOLAT. Memang solat amat penting dan dianggap sebagai tiang agama. Amalan yang mula-mula ditanya nanti di akhirat di mahkamah ALLAH SWT nanti, ialah SOLAT. Jika solat lulus maka semua amalan-amalan yang lain akan diterima tapi jika solat tak lulus, semua amalan-amalan lain akan menjadi sia-sia dan ditolak. Jadi tolonglah jaga solat dari mula akil baligh hinggalah sampai masa nyawa dicabut. Sesapa yang pernah tertinggal solat tu cubalah diganti dengan cara apa sekalipun dan mohon ampun kepada ALLAH SWT dengan sungguh-sungguh...Solat yang tertinggal tu dikira hutang kita kepada ALLAH SWT....jangan lupa tu...Tapi tu la...mengikut kajian penyelidik, 80% orang ISLAM kat MALAYSIA tak solat penuh 5 waktu setiap hari...apa nak jadi dengan orang ISLAM kita ni....Mendirikan SOLAT kena pupuk sejak umur 7 tahun lagi dan umur 10 tahun jika tak solat anak-anak boleh dipukul tanpa mencederakannya...Itu tanggungjawab emak bapak atau yang lebih khusus TANGGUNG JAWAB BAPAK...Jadi para BAPAK jangan lupa tanggung jawab memasing, jangan pandang ringan TANGGUNG JAWAB KORANG PARA BAPAK....Jangan lepas tangan para BAPAK, nanti di akhirat anak-anak akan tarik kita sama-sama masuk ke jurang neraka kalau tak didik dan ingatkan mereka ketika hidup......Walau bagaimanapun sama-sama lah kita doakan supaya semua orang ISLAM tak kira sapa la, akan mendirikan solat 5 waktu setiap hari. Kejayaan orang ISLAM bergantung kepada cakna mereka kepada kewajiban mendirikan soleh 5 waktu dengan sempurna sepanjang hayat...
Sebelah pagi Jumaat, macam biasa aku akan panaskan badan dengan berjalan di sekeliling taman perumahan aje. Musim PKP tak boleh untuk rentas pi ke TASIK UJANA Nilai Impian Negeri Sembilan untuk panaskan badan. Aku memang biasa berjalan panaskan badan 2 kali seminggu. Biasanya hari SENIN dan hari JUMAAT pagi. Berjalan sejauh 6 Kilometer selama sejam lebih. Dah tua-tua ni aku tak mampu untuk joging...berjalan aje la...ok la tu...Kalau ikut nasihat Doktor yang pernah aku temui, dia kata sekurang-kurangnya seminggu kita kena berjalan selama 3 jam setengah dan kalau berjoging selama 2 jam setengah setiap minggu. Jadi usahakan lah untuk berjoging atau berjalan selama 3 jam setengah atau 2 jam setengah setiap minggu...Aku panaskan badan tu bukan sebab takut mati tapi supaya badan sihat atau penyakit kita tak bertambah parah, terutamanya timbunan KOLESTROL dalam badan kita. Mati tu memang kita semua tak boleh elak walaupun 0.0000X saat sekali pun...mati tu pasti..tapi..takut jugak nak mati, sebab bimbang AMALAN BAIK tak berapa BANYAK.....
Rasanya itu aje yang aku nak coretkan hari ni sebab dah lama aku tak turunkan sebarang catatan di blog aku ni. Aku doakan moga kita semua, tak kira sapa la...akan dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta moga2 ALLAH SWT ampunkan semua dosa kita dan hindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnnn....
Jangan lupa teruskan dengan #BMF, kalau tak boleh semua, jangan tinggalkan semua...
No comments:
Post a Comment