Diari DAUD - 26 Mac 2021, JUMAAT, aku dapat rezeki untuk solat JUMAAT di MASJID KARIAH BANGI. Rasanya dah 4 kali aku dapat peluang ini sejak MASJID boleh dibuka untuk 450 orang jemaah JUMAAT. Aku biasanya pi pada jam 12.30 lebih kurang. Cari parking bukan main susah hari ni, jenuh cari, lama baru dapat..Lepas tu pi pulak beratur, barisan orang beratur pun dah panjang...Beratur la aku di bawah panas mentari yang panas lit-lit tu...haaha..Kali pertama pi masjid ni, aku dapat tempat dalam dewan masjid. Kali kedua aku dapat lokasi ruang dalam masjid. Kali ketiga aku dapat duduk dalam masjid tapi di barisan belakang. Ruang dalam masjid ada penghawa dingin dan kipas angin...tentu aje nyaman kan..Dan hari ini kali keempat, aku dapat ruang di perkarangan luar masjid. Aku dapat juga masuk masjid tapi aku dapat ruang di luar masjid. Staf masjid yang bertugas seboleh-bolehnya nak beri ruang pada jemaah untuk solat Jumaat. Jadi mereka berusaha jugak untuk beri ruang di mana-mana walaupun di tengah panas demi untuk cukupkan jumlah jemaah 450 orang. Memang staf masjid berusaha bersungguh-sungguh untuk beri semaksima mungkin ruang untuk jemaah yang hadir...penghargaan untuk mereka....
Ruang dalam masjid memang tak cukup untuk jumlah 450 orang jemaah yang berjarak 1 meter ikut SOP. Masa aku dapat tempat dalam masjid sebelum hari ni, aku kesian tengok jemaah yang dapat ruang terbuka di tengah panas tu. Sekarang aku sendiri yang merasa betapa panas tempat berkenaan...hahaha...Memang panas, itu pun aku dapat ruang separuh sejadah bawah lindungan bumbung. Maknanya aku terdedah ke panas separuh badan aje. Kalau terdedah semua badan tentu aku akan berteduh dulu, dan bila dah mula solat baru aku pi ke sejadah aku tu. Aku tinjau sekeliling, aku dapati ada jemaah yang terus duduk di bawah mentari dari mula sampai hingga ke waktu solat. Fikir la dari jam 12.30 tengah hari dia orang duduk bawah panas matahari hingga waktu solat hampir jam satu setengah tengah hari. Itu baru masuk waktu, kalau campur dengan khutbah dan solat, dah berapa lama pulak tu....Kesian kan....Kalau aku, memang la tak mampu. Aku jugak tengok ada beberapa orang jemaah berteduh dahulu, bila sampai waktu solat baru dia pi ke sejadah dia tu...Masing-masing dengan REZEKI yang ALLAH SWT beri. Kalau kita sabar tentu ganjarannya lebih besar. Allah swt tak akan menzalimi sesiapa pun, Allah Maha Adil...Apa apa pun, moga ALLAH SWT angkat semua ujiannya daripada kita semua...InsyaALLAH...
Hari ini tajuk khutbah JUMAAT ialah ZINA. Rasanya seluruh SELANGOR tajuk khutbah Jumaatnya sama aje kan...Yang aku dapat dengar daripada KHATIB, antaranya ialah berkaitan dengan SUGARBOOK, yang merupakan satu medium yang mudah untuk berzina. Dikatakan 14 ribu pelajar IPT yang terlibat dalam aktiviti SUGAR BABY untuk dapatkan duit. SUGAR DADDY pulak merupakan lelaki yang berpendapatan lebih 100K. Maklumat ni aku peroleh dalam media sosial atau MEDSOS. Itu lelaki yang kaya sebagai SUGAR DADDY, lelaki yang banyak duit. ZINA bukan saja berlaku dikalangan orang kaya tapi juga di kalangan orang tak banyak duit dan semua peringkat umur. Mungkin antara faktornya ialah internet. Melalui internet macam macam boleh di akses. Tambahan pulak gajet2 seperti HP sudah pun dimiliki bukan saja remaja malah kanak-kanak jugak. Jadi memang payah la kita nak kawal anak-anak sekarang ni. Dunia sekarang tanpa sempadan, apa-apa aje kita boleh peroleh daripada internet, daripada yang baik baik hinggalah yang buruk buruk. Jadi sapa yang perlu dipersalahkan...Emak bapak la kut...ooopst! Perbuatan zina tentu akan menjana masalah2 lain pulak dan diantaranya anak luar nikah. Berpuluh ribu anak luar nikah lahir dalam setahun...takut kan....Zina adalah dosa besar...besar sangat...Jangan pandang ringan dengan DOSA BESAR....Apa apa pun ingatlah kita bukan saja dilarang berzina tapi juga dilarang menghampiri zina. Perkara perkara yang menghampiri zina memang banyak la...Selain internet ialah pergaulan bebas, kurang didikan agama, pakaian yang tak berapa nak cukup...hahaha...dan macam-macam lagi la...Banyak sangat hingga tak mampu nak disenaraikan di sini. Apa apa pun doa aje la kita dan keturunan kita terhindar daripada perbuatan zina serta daripada menghampiri ZINA....Dalam khutbah tu kata, membayangkan melakukan ZINA pun dilarang kerana termasuk dalam perkara menghampiri ZINA...Hati hati la kita semua...selain daripada usaha, kita juga kena banyak berdoa untuk menjauhkan zina daripada diri kita serta juga keluarga kita dan umumnya masyarakat Islam seluruhnya..Zina berkaitan dengan NAFSU dan NAFSU memang sentiasa menarik kepada KEJAHATAN....
Sebelah pagi JUMAAT tu aku, macam biasa la, panaskan badan keliling TAMAN PERUMAHAN, untuk buang KALORI...hahaha....itu aje yang mampu untuk aku lakukan untuk buang sikit kalori dalam badan aku ni. Tiap2 minggu memang dua kali aku berjalan kat sekitar taman perumahan. Biasanya berjalan 6 KM sekali berjalan...rasanya ok la tu....Jika aku pindah kampung nanti, cuba juga cari lokasi untuk berjalan. Kalau takde mungkin aku gunakan jalanraya kat kampung aku tu untuk berjalan sejauh 6 KM sekurang-kurangnya...InsyaALLAH SWT kalau panjang umur dan sihat... Berjalan aje la 6 KM sekerap yang mungkin...Rasanyanya ok kut....Kita ni memang kena buat pergerakan badan, tambahan lagi bila usia kita dah tua-tua ni...hahahaha...Paling bahaya kalau kita tak ada pergerakan badan ialah masalah JANTUNG...Itu yang cuba dielakkan...bukan cuba elakkan MATI...MATI tu memang dah PASTI, kita tak boleh lari punya....jangan la mengarut untuk lari daripada KEMATIAN....Di bawah ni aku letakkan video yang biasa aku rakam masa panaskan badan tu...
No comments:
Post a Comment