Friday, October 1, 2021

Rutin Biasa & Moga Isteri Terus Sihat..

Diari DAUD - Semalam JUMAAT, 1 Sept. 2021. Macam biasalah waktu pagi bakar kalori seperti biasa sekitar taman perumahan aje. Berjaya la bakar lebih kurang 300 kalori, cipta 8K langkah dalam masa sejam lebih dan sejauh 6Km. Ok la tu. Nanti bila dah pindah ke Perak nanti aku pun tak tau nak bakar kalori kat mana. Tempat aku tu kampung Melayu biasa. Kalau ada tempat bakar kalori mungkin di Bandar dan Pekan kut. Tempat aku tu lebih hampir dengan BANDAR SERI ISKANDAR. Tapi tu la, ada ke tempat bakar kalori di sana. Aku jugak suka hiking tapi tu la kat Perak nanti ada ka tempat untuk hiking. Aku memang minat masuk2 hutan ni. Selalu rindu dengan hutan. Masa keje dulu aku memang suka suasana hutan seperti yang pernah aku rakam dalam video masa masih bertugas dulu. Antara video yang pernah aku rakam lama dulu boleh tonton DI SINI. Aku perlu bakar kalori secara rutin untuk badan rasa agak sihat dan fit. Aku bakar kalori bukan sebab takut mati...sebab mati tu memang sapa pun tak boleh elak...Jadi eloklah kita terutama yang dah tua2 ni biasakan bakar kalori secara rutin.

bakar kalori

Masa aku bakar kalori tu rasa mata tak selesa bila tengok sampah merata-rata. Aku agak pelik la sampai bila manusia kat Malaysia ni nak berubah berkaitan tabiat buang sampah ni. Ada satu kawasan berhampiran, dah diletak papan tanda jangan buang sampah tapi dia orang boleh pulak buang sampah kat bawah papan tanda tu...Fikirlah sendiri betapa kroniknya tabiat manusia di negara kita ni. Aku memang tak suka dengan manusia yang takde disiplin buang sampah ni...Jadi, rasanya kita kena didik anak2 kita supaya buang sampah jangan merata-rata. Didik dia orang supaya buang sampah dalam tong sampah sejak kecil lagi. Kalau dalam kete sediakan plastik untuk kumpul sampah atau jangan buang sampah ke luar, tiba di rumah baru buang. Kalau tak buat macam tu, generasi akan datang pun akan jadi macam ni jugak la, suka buang sampah merata rata. Masa aku muda2 dulu pun ada jugak tabiat buang sampah di mana2 hatta di bawah papan tanda jangan buang sampah tu...Bila aku dah tua masih ada jugak sikap dan perangai 'sampah' tu...Fikirlah sendiri...

solat jumaat

Hari JUMAAT, 1 OKT. 2021, semalam merupakan kali pertama SOLAT JUMAAT masa FASA 3 COVID di Selangor ni. Dapatlah aku solat JUMAAT lagi kali ni sebab aku ada pas untuk solat Jumaat di masjid. Sekarang ni kali kedua Selangor benarkan masjid dirikan solat Jumaat dengan 350 orang jemaah. Harap akan datang boleh dirikan solat Jumaat ikut kapasiti masjid. Di Selangor tajuk khutbah ialah WARGA TUA PERLU DIHORMATI. Rasanya macam tu la tajuknya. Mungkin tajuk tu sempena HARI WARGA EMAS yang jatuh pada 1 OKT. Maknanya hari aku jugak la tu...hahahahaha...opst! Memang patut pun warga tua dihormati sebab itu memang tuntutan agama. Kalau nak ulas memang panjang tajuk ni. Dalam keadaan sekarang memang kaum muda perlu hormati warga tua. Kita pun tau keadaan anak muda sekarang. Kita boleh tinjau keadaan sikap mereka dalam media sosial. Bahasa yang ditulis banyak yang kasar2 tak kira ditujukan kepada siapa. Bila hormat warga emas atau orang tua telah diwajibkan dalam agama maka tentu hari2 dia orang boleh kumpulkan dosa dalam media sosial tu. Hati2 la dalam penggunaan media sosial. Sama jugak la dalam pergaulan harian, mana ada anak2 muda hormat orang tua macam zaman2 dulu..Dah banyak kurang adabnya...Jadi sapa yang nak disalahkan..

infaq bina masjid

Sekali lagi aku nak warwarkan di sini, Masjid Kariah Pekan Bangi sedang cari dana untuk bina masjid baru. Jadi marilah sama sama kita berinfaq untuk bina masjid baru tu. Besar pahalanya...Pahalanya akan terus mengalir hingga ke hari kiamat selagi masjid tu nanti wujud hingga ke hari kiamat. Bila kita mati memang pahala yang akan kita perlukan untuk dibawa ke akhirat. Harta2 lain akan diwarisi oleh waris yang hidup. Kita akan bawa pahala amalan kita aje. Kita jugak boleh niatkan pahala tu untuk orang lain seperti ibu bapa dan sebagainya. Kita juga boleh niatkan pahala tu untuk semua mereka yang kita pernah zalimi. Kita sebenarnya banyak dosa kepada orang lain, yang paling biasa ialah kita sering mengumpat orang lain. Di akhirat nanti kita terpaksa bayar dosa kita tu dengan pahala yang kita ada. Kalau pahala dah habis, maknanya kita dah muflis di akhirat nanti dan terpaksa pulak tanggung dosa orang lain. Jadi kita perlu jana pahala dengan sebanyak banyaknya. Di akhirat nanti bukan saja orang lain yang menuntut balasan kepada kita tapi jugak isteri dan anak2 kita kalau kita ada kesalahan kepada mereka. Di Mahsyar nanti tiada istilah bapa, emak, anak dan sebagainya. Macam2 yang akan mereka tuntut sebab masing2 ngeri dengan bunyi hebat neraka dan jugak warna api neraka yang gelap pekat yang boleh kita lihat di sana nanti. Masing2 menggigil melihat neraka yang hebat siksaannya. Rasa gerun yang maha hebat yang tak pernah kita lihat dan dengar masa di dunia. Itu baru melihat, belum lagi dimasukkan ke dalamnya..Oleh itu berlumba-lumbalah kita mencipta dan menjana pahala dengan sebanyak-banyaknya. Salah satu cara menjana pahala ialah dengan berinfaq membina masjid yang pahalanya berterusan hingga kita mati dan seterusnya hingga dunia kiamat...Kita jangan tenggelam sangat dengan kemewahan dunia...gunakan kemewahan dunia tu untuk menjana pahala...Tak rugi, pahala tu untuk kita jugak kat akhirat nanti...Jangan lupa, terus berinfaq untuk Islam...

masak

Jumaat, 1 Oktober 2021. Macam biasa aku kena masak waktu tengah hari. Memang setiap tengah hari aku kena masak untuk makan tengah hari. Tengah hari Jumaat tu aku masak simple giler...Masak ikan talapia berlada aje sebab tengah hari nak pi solat Jumaat. Isteri aku sekarang ni dah boleh tolong sikit-sikit. Sebelum ni dia nak berjalan dalam rumah pun kena pimpin. Aku masak ikan, sementara dia gorengkan ikan sebelum aku bubuh dalam sambal tu yang aku masak tu. Dia bantu masak sayur tapi dia tak boleh berdiri lama terpaksa duduk kat kerusi. Nampaknya lama lagi la aku kena duduk kat dapur ni. Lama lagilah baru boleh serahkan tugas kat dapur ni...hahaha...opst! Isteri tak sihat, terpaksalah aku masak lagi kat dapur hingga dia benar-benar sihat. Terpaksa la aku rujuk MR GOOG. untuk semak resepi2 kat situ...hahaha...Tapi tu la, anak anak aku jika masakan pelik2 dia orang tak berapa minat. Dia orang hanya minat masakan yang biasa seperti masak lemak, masak kari, rendang dan yang lain2 yang tak pelik dan mereka pernah makan. Aku lebih suka cari resepi dari MR GOOG dan cuba masak masakan tu. Biasanya aku semak resepi masak ayam je...sebab anak bungsu aku tak makan ikan....Kalau isteri aku masih tak mampu buat keje dapur, maka aku kena teruskan lagi..Buat masa ni dia nampaknya semakin sihat. Nak buat keje-keje berat masih tak boleh la. Itulah realti kehidupan yang perlu kita harus harungi. Jangan korang anggap hidup sentiasa bahagia je seperti dalam drama2 Melayu kat TV tu..Jangan bayangkan macam tu selalu, nanti korang kecewa nanti bila dah duduk dalam alam rumahtangga....Masa Tuhan nak uji, kita pun tak sangka...tiba-tiba je...Isteri aku jugak dah dapat tarikh untuk buat scan kepala isteri aku tu pada 30 November 2021 nanti. Tujuan scan tu untuk melihat pembedahan tersebut memang telah benar2 sempurna dan dah benar2 sembuh....Harap dia terus sihat dan tak perlu lagi berkunjung ke hospital untuk check up. Begitu juga, harap plan aku nak pindah ke kampung aku tidak tergendala. Tapi tu la, sekarang ni KJ kata jika vaksin dewasa tak sampai 90% tidak dibenarkan rentas negeri. Sekarang ni baru lebih kurang 80% orang dewasa divaksin. Harap cepat la sampai 90% tu...

Rasanya tu je yang aku nak coretkan hari ni...moga kita semua tak kira sapa la akan dikumpulkan oleh ALLAH SWT dalam syurga tanpa kita semua disiksa di kubur, mahsyar dan juga dalam neraka...aamiinnnn...

Jangan lupa teruskan dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua....

~ sekian ~
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...