Diari DAUD : Bila kita dijemput, wajib penuhi jemputan jika tiada aral yang melintang. Tambah pulak kita kata InsyaALLAH. Seolah-olah kita jual nama ALLAH SWT sebagai penguat kata kita. Cakap berlapik la konon...hahaha.. Memang la kita wajib pi kan...Tak terkecuali la aku. Aku dan keluarga dijemput untuk hadir kenduri anak buah bini aku di SAUK tu. Dia orang buat kenduri di rumah emak dia orang di SAUK. Emak dia orang tu kakak kepada bini aku. Rapat lagi tu dalam susunan keluarga dia orang.
Ada 7 beradik di sini daripada 11 beradik. |
Kenduri akikah tersebut dibuat di rumah kakak ipar aku la. Kenduri cicit dia la. Nampak tu, kakak ipar aku dah jadi ONYANG. Tak secara langsung bini aku dah jadi ONYANG SEDARA la. Aku pun ikut terbabit jadi ONYANG...hahaha..
Kami tak dapat hadir awal sebab jauh rasanya...hahaha...Kami gerak jam 9 lebih pagi dari rumah di Kg Senin. Kami berdua saja yang pi sebab anak bungsu kami tak nak pi. Dia macam aku masa kecik dulu2 gamaknya. Aku kecik2 dulu pun malas nak pi kenduri kendara ni. Dah tua pun aku macam tu. Dah bersara ni baru aku rajin pi kenduri kendara ni. Dah tua tua ni aku rasa perlu untuk involve dalam masyarakat. Kalau ikut pilihan hati dan dari lubuk hati, aku memang suka MEMERAP dalam rumah...hahaha...Rumah ku, syurga ku...hahahaha...opst!
dari KG. SENIN ke KG STRUS, SAUK, K.KANGSAR. |
Kami gerak dari Kg. Senin ke Parit seterusnya ke Senggang, Kg Menora, Sayung, Kuala Kangsar, Pekan Kati dan Kg Seterus di Sauk. Dalam 70 km dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai di sana. Sampai sana, terus pi ke rumah kakak ipar aku tu, kak Saba. Masa tu majlis 'berendoi'...ermmm...aku pun tak tau betul atau tak sebutan aku ni, dah pun selesai. Majlis khatan juga dah selesai. Jadi kami cuma duduk2 je dan sembang-sembang dengan sedara mara dan ipar duai bini aku. Sementara menunggu majlis tahlil waktu hampir tengah hari. Macam biasa la, aku akan rakam sikit2 suasana kat situ dengan handphone aku sebab memang aku bercadang untuk buat video sikit. Kalian boleh tonton video tu di bawah...ewahhh...kalau tak tonton la...
Banyak la sembangnya bini aku tu sebab dah lama tak jumpa sedara mara dia tu. Las sekali jumpa masa majlis akikah cucu abang bini aku tu, ENCIK AKHIR di MANJUNG. Lagi pun hubungan saudara bini aku memang rapat pun dari dulu sampai la sekarang ni. Bukan rapat main2 tau, rapat sungguh sungguh atau rapat giler weyyy....Pada aku itu yang terbaik iaitu rapatkan hubungan sedara mara tanpa sebarang rasa tidak puas hati antara satu dengan yang lain. Mungkin sebab berkat doa emak bapak dan datuk nenek dia orang kut. Rasanya itulah sepatutnya yang dilakukan. Kita mesti doakan yang terbaik untuk keturunan kita hingga ke hari kiamat. Sekurang kurangnya kita dapat pahala berdoa tu.....tak gitu. Jangan sekali kali kita SELFISH atau mementingkan diri sendiri. Jangan sekali2 ada rasa iri hati, hasad dengki dan sebagainya. Kalau tak ada sikap macam tu, tentu mampu untuk hidup bahagia...tak gitu...Ewah macam khutbah jumaat pulak aku ni...hahaha...
Lepas majlis tahlil, tentu la makan-makan kan. Banyak jugak juadah yang disediakan. Sementara makan tentu sembang sembang kan. Itu biasalah dalam setiap kenduri. Mungkin masa tu la jugak orang kampung nak berjumpa atau ada peluang untuk berjumpa kan. Bila berjumpa tentu la banyak sembang sembangnya. Itu normal la dalam setiap sesi kenduri kendara...tak gitu.
Walau macam manapun kita yang dah tua tua ni kena jaga pemakanan. Maklum la, warga emas, tentu saja dah ada beberapa penyakit di badan kan... Tak terkecuali la aku. Aku kena amik makanan yang sesuai dengan usia dan keadaan kesihatan badan aku. Kenduri ni tentu seronok buat mereka yang muda2 dan yang sihat2 sebab boleh rasa macam2 menu kat kenduri tu. Tak gitu. Apa2 pun usah bimbang la, penyakit tu Tuhan turun kan kat kita,mungkin untuk menghakis dosa2 kita. Jangan buruk sangka dengan ALLAH SWT. Ada hikmahnya penyakit yang kita hidapi tu. Yang patut kita risaukan ialah kita tak pernah sakit. Bila kita tak pernah sakit, mungkin kita jarang bersyukur sebab kita sentiasa sihat. Lupa nak bersyukur sebab sihat. Tau tau dah mati je...dah ada kat barzah dalam keadaan tak bersyukur....hahaha...Tapi jika kita dah pernah sakit tentu kita tak lupa sentiasa bersyukur sebab kita sihat. Tak gitu. Itu salah satu perkara yang kita perlu fikirkan. Ewahhh....hahaha....
Rasanya itu je yang mampu aku tulis. Aku dah tandus idea untuk menurunkan lagi catatan kat sini. Maaf la kalau ada tulisan yang menyinggung. Moga kita berjumpa lagi di masa yang akan datang...
daud m. zakaria
No comments:
Post a Comment