Diari DAUD - Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Mungkin dah berbulan kut. Hari ni mula TAHUN BARU 2025. Aku buat update blog aku untuk tahun baru la ni...Itu la kalau aku update pun bukan ramai yang nak baca...kan..Tak kisah la, sama ada orang baca atau tak baca, aku tulis je la. Sekurang kurangnya dapat aku bercerita dengan sesapa saja yang nak baca. Tak gitu. Kalau aku tak tulis, rasa macam tak seronok pulak. Sebab da biasa tulis blog kan. Mungkin tulisan aku kali ni tak ikut rule...sat sat depan...sat sat belakang...takpe la kan...Tahun ni 2025, dan beberapa hari lagi umoq aku akan bertambah dan genap 65 tahun. Tarikhnya...rahsia la...hahaha...Dah warga emas dah kan. Risau pulak dah tua ni sebab tak lama lagi akan mati dan bertemu dengan Rabbul Jalil. Tu yg takut sangat tu. Tak tau macam mana keadaan kat Barzah tu nanti. Korang tak takut ka..Barzah tu pintu pertama menuju akhirat. Pintu pertama juga kita disiksa kalau kita ni ada dosa...Hah! bimbangnya aku...
- lebih kurang macam ni di BARZAH, mungkin lebih DASYAT lagi...
Ok la, sekarang ni aku nak tulis berkaitan diri aku la. Aku dah betul2 menetap kat Perak ni mungkin hampir 4 tahun kut. Tapi alamat masih di Selangor. Tak tau lagi bila nak tukar alamat. Kalau tak silap aku dah pindah sini sejak 2020, rasanya la. Aku pun takda catat bila aku pindah dan menetap di sini. Duduk kampung biasa la bukan macam duduk pinggir bandar. Masa duk kat taman perumahan dulu segala galanya dekat rumah je. Klinik Kesihatan, Pasaraya, Bank dan macam2 la, semuanya dekat. Berjalan pun boleh sampai. Sementara kat kampung ni semua jauh. Nak ke pekan pun jauh. Nak beli burger pun jauh...hahaha...Kat sana nak beli burger depan rumah je...hahaha...Tak pa la, da tua2 ni bukan boleh pun makan burger hari hari kan...hahaha...Bila tiba waktu malam kat sini agak gelap dan sunyi dah di keliling. Jin jin pun macam banyak je kat sini...hahaha...Aku memang tak gemar pun kuar malam sebab rasa seram tu la. Keliling rumah aku ni memang gelap bila waktu malam. Selalu je pasang lampu keliling rumah. Tak lama lagi tarif letrik akan naik, nampaknya terpaksa la kurangkan pasang lampu keliling. Mungkin aku terpaksa beli banyak lampu solar masa tarif letrik naik nanti. Korang tak terasa ke bila tarif letrik naik nanti..Tak ka..huh! hebat korang...Bila tarif letrik naik tentu harga produk lain pun tentu turut naik kan...Jadi semua akan ikut naik...haihhh....Masa mula2 duk kampung aku rasa amat takut. Namun sekarang ni dah agak berkurang la. Tapi memalam aku memang tak berani nak kuar rumah. Rumah aku agak jauh ke dalam dari jalanraya...Tak jauh sangat la...tapi gelap jugak la bila memalam...Kalau terpaksa baru kuar rumah memalam...Kalau nak pi farmasi memalam, maka tentu aku kuar malam jugak. Farmasi nun jauh kat Pekan Bota tu. Lebih kurang 4 Batu...tukar kpd KM berapa ye...Farmasi tu bukak sampai jam 9.00 malam. Kalau kat Selangor dulu, malam2 kat luar rumah pun tak rasa seram langsung pun...Sebab keliling lampu2 je...hahaha...Mana ada masa nak takut pun...
Masa aku keje kat universiti dulu banyak jugak yang aku nak tulis kat blog ni. Namun sekarang ni bila dah pencen, langsung takde cerita untuk ditulis. Tak tau nak tulis apa pun. Rutinnya sama tiap2 hari. Kat kampung ni aku cuba lakukan sikit pergerakan badan supaya badan rasa fit. Tiga hari dalam seminggu aku berjalan sejauh lebih kurang 6 kilometer. Berjalan di bendang atau sawah yang ada kat kampung aku ni. Maknanya ada la pergerakan badan sikit2. Risau juga kalau tak buat pape kan, tambah pulak bila dah tua gini. Sekurang kurangnya dapat la lancarkan pengaliran darah dalam badan. Biasanya aktiviti tu aku buat sebelah pagi. Banyak kebaikannya Morning Walk ni...Cuba tengok kat SINI
Sejak aku berjalan gi bendang tu ramai jugak pengusaha sawah yang aku jumpa. Yang selalu aku jumpa dan sering bersembang ialah AMAN, duk Kote Pagor kut. Dengan AMAN ni aku selalu sembang bila aku ada sesi berjalan kat sawah tu waktu pagi. Tak tanya pulak di mana lokasi rumah dia yang tepat...hahaha... Yang lain2 pun ada aku jumpa antaranya Abang Talib, Mat Dolat dan ada lagi beberapa orang yang lain. Bersembang dengan dia orang ni, banyak jugak informasi yang aku dapat. Rupanya bertani ni banyak jugak cabarannya. Belanja agak banyak jugak. Benih, baja, racun, membajak, menuai dan mengangkut keluar hasil, semua perlukan modal. Pemangsa padi banyak. Serangga perosak. Tumbuhan sambor, keladi, pokok rumput yang macam buah gandum tu dan lain2. Semuanya perlukan racun. Tiap2 tumbuhan perosak sawah tu perlukan racun yang berbeza. Racun bukannya murah. Ada yang satu ekar perlukan racun yang nilainya lebih kurang 500rm. Tentu banyak modal diperlukan. Ada ketikanya padi tak menjadi. Mungkin cuma pulang modal. Mungkin berdepan dengan kerugian. Semuanya serba mungkin. Kat sini tanaman padi punyai 3 musim dalam setahun kalau tak silap. Ada yang kata, ada ketikanya padi tak menjadi walaupun dijaga dengan baik. Ada masanya jugak, padi menjadi, walaupun tak dijaga sangat. Agaknya inilah yang dikatakan rezeki. Kalau Allah swt nak bagi rezeki tentu akan dapat juga. Rezeki takkan salah KEROP....hahaha...
Hari2 sarapan dan makan, isteri aku yang masak. Dia saja yang buat hari2. Makan simple je pun sebab aku dan isteri aje yang ada kat rumah. Anak2 semua dah kawen dan cuma tinggal yang bungsu saja yang tinggal dengan aku. Baru 18 tahun umoq dia. Anak lelaki. Kalau ada sesapa yg nak jadi menantu aku tu...nampaknya lambet lagi la. Aku dulu pun kawen umoq 28 tahun. Dia ni pun dah belajar kat POLITEKNIK. Memang kami berdua laki bini je la yang duduk kat rumah aku ni. Sib baik rumah aku tak besar macam istana. Kalau tak tentu penuh dengan Jin dalam bilik yang lain lain tu...kan...hahaha...Tidur dengan Jin pulak..isyhhh...mintak sisihkan la...hahaha...Tiap2 hari JUMAAT aku akan bawak isteri dan adik pompuan aku sarapan kat gerai berhampiran rumah aku. Adik pompuan aku tu memang tinggal berjiran dengan kami. Ada ketikanya kami bermalam di rumah anak pompuan kami yang tinggal di PEKAN SITIAWAN PERAK tu. Ada kalanya kami tempah gelanggang untuk main badminton di PEKAN SITIAWAN tu pada waktu malam. Mungkin dalam 2 minggu sekali kut atau bila ada masa yang kami rasa nak main badminton tu. Maka kami pi main la. Dengan cara ini ada la badan tu gerak2 sedikit. Aku masih boleh main badminton walaupun tak pandai sangat pun. Memang tak pandai pun...hahaha..Masa masih keje dulu aku selalu main badminton di dewan kawasan sekitar Bangi Selangor tu dengan rakan2 sepejabat. Biasanya aku selalu saja dengan arwah HAJI RAMLI. Kami sering double menentang rakan double yang lain. Arwah Ramli memang pandai main badminton tu. Kalau aku yang tak pandai main ni, double pulak dengan arwah Ramli yang pandai main tu...tentu la sentiasa je menang...hahaha...Sekarang ni semua da jadi kenangan dan sejarah...Moga ALMARHUM RAMLI bahagia di SANA...Al Fatihah dibaca...
Di kampung ni aku sering je pi kenduri jika dijemput. Sering jugak la. Dulu2 masa kat Bangi aku memang jarang sangat pi kenduri. Yang selalu pi masa tu isteri aku je sebab dia yang aktif masa tinggal di Bangi tu. Dia memang aktif dengan masyarakat taman perumahan tu. Aku lebih suka memerap di rumah, lebih2 lagi masa aku masih keje dan belum pencen, memang suka sangat aku memerap kat rumah tu. Malas nak kuar2 kalau takde keje di opis. Masa keje dulu kalau masa cuti memang nak rehat je sebab nak hilangkan letih bekerja. Sekarang bila da pencen dan duk kat kampung ni memang la aku rajin pi kenduri. Ada beberapa faktor aku kene pi kenduri ni. Antaranya aku dah menetap di kampung, jadi memang perlu aku bertemu dengan jiran2 yang ada di kampung ni. Dorang tu semua jiran aku. Menyakiti jiran haram hukumnya. Nak tau yang dikira jiran tu....Macam ni, yang dikatakan jiran tu ialah 40 buah rumah di depan dan di belakang. Di kiri dan di kanan. Masa zaman sekarang ni ada rumah tinggi, mungkin di atas dan juga di bawah. Itulah difinisi yang di kira sebagai jiran. Hati2 la. Jadi bila dijemput kenduri wajib datang untuk memenuhi permintaan jiran. Nak elak jiran rasa kecewa bila kita tak pi rumah dia bila dijemput. Jiran2 aku kat sini bukan setakat jiran tapi sedara yang macam2 bau. Ada sedara bau bacang, sedara bau durian, sedara bau bunga dan macam2 bau la. Tapi kat sini takde la jiran dan sedara bau taik. Pada aku semuanya baik2 saja. Malas aku nak anggap orang lain tak baik dan seumpamanya. Kita doakan HIDAYAH untuk semua supaya kita sama2 dapat masuk ke SYURGA ALLAH SWT nanti. Jangan buat dosa2 seperti mengumpat, jangan buat dosa bohong, jangan ambil harta orang walaupun sebiji mangga atau durian, dosa mencuri, jangan ambil tanah milik orang dan sebagainya...Usahakan supaya kita terus akan buat pahala yg banyak. Jangan sombong dan bermasam muka dengan sesapa pun sebab dunia ni tiada nilai pun. Apa yang kita nak sombong dan banggakan sangat, semuanya akan tinggal dan kita akan bertemu ALLAH SWT. Doakan yang baik2 saja untuk semua. Tambah pulak aku ni dah tua dan tak lama lagi akan pergi buat selama lamanya. Takkan aku nak jumpa ALLAH SWT dengan banyak sangka sangka buruk dan banyak dosa2 dengan manusia lain untuk bertemu ALLAH SWT nanti...memang taklah. Takkan aku nak jual akhirat aku dengan dunia yang buruk ni. Dunia ni tiada nilai disisi ALLAH SWT. Cuma dunia ni bernilai untuk kita menjana PAHALA untuk dibawa ke SANA tu. Dunia ni tiada pape pun disisi ALLAH SWT. Kalau dunia ni punyai nilai sebelah sayap nyamuk pun sudah tentu ALLAH SWT takkan beri rezeki kepada KAFIR yang engkar kepada ALLAH SWT tu. Sebab tak bernilai di sisi ALLAH SWT tu la, dunia ni jadi tempat REZEKI yang melimpah dan ramai KAFIR memilikinya sekarang ni. Sebab dunia ni tak bernilai di sisi ALLAH SWT. Oleh tu jangan kita kecewa sangat jika kita bukan seorang yang KAYA RAYA. Ada rezeki untuk diri sendiri, untuk bini, untuk anak anak, untuk sekolahkan anak anak, itu kira ok la. Dan ada lebih2 sedikit untuk kita berzakat dan bersedekah , itu da kira ok la tu. Besar pahalanya sedekah ni di akhirat nanti jika kita banyak bersedekah....tak gitu...Namun jangan pernah tinggal solat walau satu waktu pun. Jika tiada solat semua pahala yang lain2 tu tidak dikira dan sia sia belaka...Mana2 yang tak solat tu bertaubatlah sebab seksa neraka ALLAH SWT aaaamat pedih, tak mampu kita nanti...Kalau kita ini memang ALLAH SWT rezekikan dengan KAYA RAYA jangan sombong, jangan takabur. Gunakan kekayaan tu untuk jana banyak pahala seperti sedekah, derma bina masjid, bina tahfiz dan sebagainya. Pahalanya akan terus mengalir bila kita da mati nanti...kannn.... Jangan lupa tunaikan zakat harta tu. Bahaya nanti bila tiba di akhirat. Orang yang tak keluarkan zakat tu akan diisi api neraka ke dalam perutnya. Tak takut ke...atau memang hati dah gelap hingga tak takut dengan ancaman neraka di akhirat nanti. Hati2 tu...jangan kita ada rasa sombong, riak, angkuh dan sifat2 yang seumpamanya walaupun sekelumit. Dunia ni cuma ujian untuk kita....
Kat kampung ni kalau ada rasa nak pi ke pekan, kami akan pi ke Pekan Bota, Pekan Parit atau Bandar Seri Iskandar. Pekan Bota lebih kurang 4 Batu. Pekan Parit lebih kurang 6 Batu, ubah la sendiri ke ukuran metrik Kilometer tu...malas nak kira. Bandar Seri Iskandar tu lebih kurang 18 Kilometer. Jauh2 macam tu memang jarang la kuar ke pekan. Pi pekan bila perlu je. Kalau nak pi bank ke, pi pasaraya ke dan sebagainya. Seri Iskandar tu lebih besar sikit daripada yang lain2 tu. Kalau nak pi Bandaraya Ipoh pulak lebih kurang 40 kilometer kut. Lebih kurang sejam sampai la dari kampung aku ni. Tapi aku takkan masuk Ipoh tu sebab aku bimbang sesat. Lama dah tak masuk Ipoh tu. Aku duk kat Ipoh tu dari tahun 1980 hingga 1983, masa belajar kat Politeknik Ungku Omar tu. Puluh tahun dah tu. Lepas tu tak pernah masuk Bandaraya tu sendiri sendiri, memang tak pandai. Pekan parit tu pulak pekan yang dah wujud lama dah. Sejak zaman omputeh kut...hahaha...Menara jam Merdeka pun ada kat pekan Parit tu.
Akhir sekali topik yang aku nak tulis ialah berkaitan sikit dengan politik. Sebenarnya aku ni bukan lah penggemar politik yang tegar. Aku memang sejak dulu tak berapa nak involve sangat dengan politik ni. Tapi aku memang mengundi. Aku juga sangat ambil tau tentang politik ni sebab fikirkan nasib orang kita ni. Dari dulu lagi nasib orang kita ni tak berubah sangat walaupun pemimpin atasan rata2 orang kita. Bangsa kita tetap tinggal jauh terutama bab ekonomi walau dah merdeka puluhan tahun. Nasib orang kita masih di takuk yang tak mengembirakan. Padahal sejak dulu hampir semua yang pernah duk atas perintah negara hingga ke hari ni bangsa kita je. Mereka gagal meramaikan bangsa kita dalam TOP TEN MILLIONAIRE negara kita. Sampai sekarang tiada pun bangsa kita dalam TOP TEN BILLIONAIRE tu. Rata2 kaum yang lain. Cuba la semak kalau ada. Apa yang boleh kita banggakan sangat. Itu sebab kita tak dapat menampung bilangan graduan bangsa kita yang keluar beribu riban setiap tahun daripada IPT tu. Sebab utama, kita tiada syarikat millionaire bangsa kita yang boleh ambil mereka bekerja. Kita cuma ada saluran gomen yang tak seberapa jumlah jawatan yang wujud. Tu pun berkongsi dengan 'orang lain'. Agak2 bila la kita nak sedar ye...Pada aku senang je...Kalau kita boleh naikkan bangsa kita, kita tolong naikkan sebab dia yang akan menjaga negara kita ni nanti. Dia yang akan memperjuangkan agama dan bangsa kita nanti. 'Orang lain' takkan buat benda tu. Lihat la sekarang ni. Agama kita sentiasa diserang. Sama ada secara halus dan secara nyata.
Satu lagi perkara yang boleh kita renungkan ialah Tun Mahathir kata separuh semenanjung Tanah Malayu ni bukan milik bangsa kita pun...Semak di pautan ni...SEMAK la...Cuba la semak diri memasing. Buang la sikap buruk bangsa kita tu jauh jauh. Ganti dengan sikap baru. Antaranya sikap sayang kepada bangsa sendiri. Kalau tak sekarang, bila lagi kan...
Selain itu aku sebenarnya tak berapa minat dengan sikap bergaul bersama klik sendiri je. Aku memang dari dulu campur semua. Kalau yang mungkar aku tak campur la. Asalkan dia mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH memang aku campur je. Tak suka aku campur sesama klik sendiri. Aku tak kira apa yang kau sokong, asalkan kau Islam aku campur je. Bab yang harus je la, bab yang haram aku tak campur. Nanti kita akan ditanya hubungan kita sesama manusia, sesama sedara seagama, sesama adik beradik, sesama sedara mara dan sebagainya. Aku taknak FAIL atau GAGAL dalam bab ni selepas aku mati nanti. Apa yang kita nak sombongkan kat atas muka bumi ni ni...Tak perlu pun. Udara yang kau sedut setiap detik tu pun ALLAH SWT yang cipta. Kau siapa nak sombong sesama manusia. Apa istimewanya kau di sisi ALLAH SWT. Oooopst! melalut lalut pulak aku...hahaha...nanti korang marah sangat kat aku. Terutama yg kena batang hidung sendiri tu...hahaha...Ok la, tu je la...
Kunci kata aku...BANGSA KITA KENA BERSATU HATI MELANGKAUI FAHAMAN POLITIK...kalau tak mau jugak, tunggu la 30 tahun lagi, kita tengok orang kita macam mana....Masa tu aku dah mati dah kut...hahaha...
Rasanya ni je yang nak aku tulis awal tahun baru ni...Terima kasih sebab baca sampai habis...hahahaha...Nanti aku tulis lagi ye...hahaha...
No comments:
Post a Comment