Diari DAUD : july 2024
Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku nak merapu la kat sini sikit. Kalau ada yang terguris hati dengan tulisan aku ni, aku mohon maaf banyak banyak. Aku pun manusia gak yang banyak mencipta kesilapan.
Diam tak diam rasanya dah lebih kurang 4 tahun aku menetap di kampung kelahiran aku ni. Kalau tanya aku, seronok tak...sebenarnya aku tiada jawapan yang konkrit untuk soalan ni. Walaupun gitu aku rasa agak ok je duk di kampung aku ni. Banyak yang ok nya bagi orang pencen macam aku ni. Cuma kemudahan agak kurang kat sini. Nak pi pekan agak jauh sikit. Kalau kat Bangi tu semuanya dekat rumah. Kat sini Bandar Seri Iskandar tu dalam lebih kurang 16 kilometer dari rumah. Kalau ke Bandaraya Ipoh tu agak jauh sikit, mungkin dalam sejam sampai ke sana tu. Bagaimana pun aku tak suka langsung nak masuk bandar Ipoh tu sebab aku tak berani masuk tempat sesak dan jem kat Bandaraya. Memang tak la aku nak mandu masuk bandar Ipoh tu. Kali akhir aku kat Ipoh tu pada tahun 1983. Puluh tahun tu. Masa tu aku kat Politeknik Ungku Omar di Jalan Diary tu...Masa tu Ipoh tu tempat aku buang air je...dalam toilet pasaraya la....hahaha..
Rege barang kat sini tak jauh beza pun dengan kat Bangi tu. Tak da juga yang murah kat sini sama ada makanan yang belum dimasak atau makanan yang sudah dimasak. Tapi aku tak kisah pun sebab aku tak boleh banyak makan makanan luar sebab alahan penyakit. Cuma nak cite, di Bangi tu terlalu banyak pilihan sementara di sini tak...Kat sini nak pi pasaraya pun agak jauh, di sana memang dekat sangat dengan rumah kalau malas nak pi yang jauh2...Pendek kata banyak sangat beza diantara di sini dan di sana...Bagaimana pun bila dah tua2 dan dah bersara ni tak payah la fikir sangat di mana kita tinggal sebab akhirnya kita akan masuk kubur jugak. Kat tempat aku ni tanah kubur sebelah rumah aku je...hahaha..Nanti semua orang yang sediakan, kita siap dimandikan lagi untuk duk di sana tu...hahaha...
Sekarang ni aku ada juga lepak sarapan di gerai tapi gerai dekat rumah aku la. Jalan kaki je pun...bukan jauh pun...Biasanya hari Jumaat aku sarapan kat gerai berhampiran rumah. Gerai sedara aku la...pada aku apa salahnya kita bantu sedara mara. Kita sarapan la kat gerai dia...macam bantu la juga kan...walau tak banyak mana pun kan. Menu yang biasa aku pekena roti canai la. Ada juga menu yang lain. Saja je bawak isteri sarapan kat situ...biarlah dia rehat daripada buat sarapan sekali setiap minggu...tak gitu. Kalau gerai ni tutup hari Jumaat, aku pi la ke gerai lain yang ada dalam kampung ni...Agak beberapa buah gerai jugak kat sekitar sini...Kalau agak malas nak masak, gerai-gerai ada je..
Selain dari tu aku rutin keluarkan peluh 3 kali setiap minggu. Dulu ada juga aku tebas semak keliling rumah tapi dah tak buat sekarang ni. Sekarang ni aku guna racun je untuk matikan semak semak tu. Jadi dah takde aktiviti kuar peluh la. Jadi sekarang ni kena la cari aktiviti kuarkan peluh yang lain pulak. Bukan aktiviti berat pun...cuma berjalan saja lebih kurang 6 kilometer. Sekadar nak kuarkan peluh je. Bukan apa pun tapi untuk cuba kawal penyakit dengan kuarkan peluh. Sekurangnya penyakit tak terus menganggu hidup kita sangat...kannnn. Biasanya aku buat morning walk ni di sawah. Di sana rasa selamat berbanding di jalanraya. Kat jalanraya tu banyak kete...laju2 pulak tu walaupun jalan tu kecik je pun...Adakalanya aku pun laju gak kat situ tu...hahaha...Aku biasanya kuarkan peluh sensorang je sebab aku lebih selesa sensorang. Dah biasa macam tu. Isteri aku bersama rakan2 kampung dia. Dia dah ada ramai kawan kat sini. Kalah aku dah...walaupun aku lahir kat sini...hahaha...Aku memang tak ramai pun kawan kat sini...Cuma kawan2 angkat2 tangan je...hai...hai ,macam tu je. Lagi pun aku tak gemar sangat dengan rakan2 rapat ni...hahaha...ooopst!. Di kampung ni dulu, masa remaja memang ada kawan yang agak rapat tapi dorang semua dah lebih minat duk kat bando tu. Jadi dorang ada la yang duk kat bando2. Kat kampung ni memang takde la rakan rapat aku. Tapi aku tak kisah pun...aku dah biasa hidup tanpa rakan rapat...Masa keje dulu pun hanya rakan2 keje je. Bila balik rumah terus menyendiri. Aku lebih selesa macam tu dan tak pening kepala pun.
Isteri aku pulak memang dia nak cari kawan di sini. Jadi aku biarkan je sebab aku taknak dia stress di rumah. Pompuan ni adakalanya perlu bergaul dengan rakan2 dan perlu dibawa kuar rumah masa tertentu yang perlu...tak gitu....Cuma aku kata jangan banyak bergosip. Tu sebab dia involve dengan kelas2 yang ada kaitan dengan agama dan aktiviti yang ada kaitan dengan agama. Biasanya di surau dan masjid. Aku la yang akan hantar dan ambil dia dengan kete. Khidmat hantar dan jemput la tu...hahaha...Takpa la itu tanggung jawab suami. Bila kita tak mampu beri dia didikan agama, kita hantar dia cari ilmu agama tu...Nanti di akhirat kita akan ditanya...tentu mulut terkunci untuk beri jawapan kan...Jangan main2 dengan Mahsyar ni....
Di kampung ni bila ada orang jemput kenduri, tentu aku akan pi kalau takde aral. Wajib penuhi jemputan jika tiada kemungkaran di majlis berkenaan. Biasanya aku akan pi dengan isteri. Di sana ramai la yang aku jumpa dan kebanyakannya yang lebih tua daripada aku. Ada ketikanya ramai yang aku tak kenal langsung pun. Kadang malu jugak kalau kita tak kenal orang lain ni. Sedangkan aku lahir dan membesar di kampung ni. Yang sebaya dengan aku macam tak wujud pun di kampung ni. Dorang dah ramai duk kat luar kampung. Mungkin di taman perumahan yang dekat dengan bando bando tu. Bila ada masa lepas majlis tu, bila dorang bersembang aku cuma jadi pemerhati je la, macam CCTV la...hahaha...Bukan saja yang tua drpd aku, yang muda drpd aku pun ramai aku tak kenal. Sabar je laaa....hahaha...
Aku ni memang jenis suka rakam video dan edit sebab itu memang tugas aku masa belum pencen. Itu tugas hakiki aku. Kalau tak percaya cuba pi ke SINI. Semua tugas aku dulu ada kat situ...Link video rakaman aku dan krew pun banyak kat situ. Jadi bila ada program yang isteri aku nak involve maka aku tawarkan diri untuk buat rakaman dan edit. Bila siap aku masukkan dalam channel utube aku la...Aku memang rasa gian nak buat video ni sebab memang itu rutin aku dulu. Kalau ada la yang minta aku nak sampaikan bengkel asas video kat kampung ni, aku bersedia. Aku ajar free je pun dan tak perlu bayar pun. Sikit sebanyak pengetahuan berkaitan penerbitan video yang aku ada ni, tak la hilang gitu je.... Tapi untuk warga kampung ni je la...Kat tempat lain tu aku taknak la walaupun dibayar...Aku nak rehat panjang. Taknak serabut dah......hahaha..
Bulan April 2024, kami dikejutkan dengan berita kembalinya biras aku PIAN ke Rahmatullah. Memang kami terkejut pun. Benda ni berlaku tiba2 je. Kami dapat call daripada adik pompuan isteri aku. Jam lebih kurang 3 pagi kami bergegas ke Sungai Besar Selangor tu. Disempadan Perak je..Lupa pulak aku berapa jam sampai sana. Aku pi sana dengan isteri, dua orang anak aku serta sorang menantu. Kami terus ke hospital di sana. Lupa pulak aku nama hospital tu. Jenazah ada di sana untuk proses pos motem. Di sana sempat la aku tatap muka jenazah. Kami tunggu di hospital tu hingga selesai pos motem. Kemudian terus bergerak ke rumah almarhum. Di rumah tu sempat la kami involve dalam majlis tahlil sekejap. Selesai majlis kami pi masjid berhampiran. Di masjid tu kami mandi dan solat dan tidur menunggu waktu siang. Ramai juga sedara mara dan ipar duai yang hadir bila hari dah siang. Anak aku dan isterinya dari Bangi pun ada sama. Memang ramai sedara yang turut serta di rumah almarhum tu. Dari KL, dari Kg Abu Bakar Baginda, dari Jenderam, dari Perak, dari Manjung dan lain2 la. Bagi aku itu bermakna, almarhum memang disenangi oleh sedara mara dan orang dikelilingnya...Sempat la juga aku turut serta solat jenazah dan hantar ke tanah perkuburan. Pada aku almarhum ni terbaik bagi aku. Antaranya dia sering ada bila kami ada majlis kenduri terutama masa anak2 aku kawin. Selalu jugak singgah di rumah. Dan yang paling aku ingat sampai sekarang, dia pernah pinjamkan kete dia pada aku lebih sebulan kalau tak silap. Masa tu kete aku kat bengkel lebih sebulan sebab aku langgar pokok masa tahun 2009 atau 2010 masa aku nak pi keje di UKM. Ingatkan aku da mati da masa tu...dunia terus gelap...Dan dialah juga yang azankan atau iqamatkan satu2nya anak pompuan aku yang dilahirkan di HOSPITAL KAJANG tu. Masa tu aku masih belum sampai ke hospital lagi. Jadi...pada aku, biras aku ni terlalu baik bagi aku. Oleh itu aku doakan dia diampunkan oleh ALLAH SWT segala dosanya, dihindarkan dia daripada siksa kubur, dihindarkan daripada siksa Mahsyar, dihindarkan drpd siksa neraka dan...moga ALLAH SWT masukkan dia ke dalam syurga...aminnn....
Ramai yang rasa sedih dengan pemergian dia...dah tentulah sekelian ahli keluarga dia lagi terasa kehilangannya...AL-FATIHAH ( dibaca untuk dia ).
Di kampung ni kalau ada apa perkara yang aku nak tengok aku akan pi je. Dan dah tentu la aku akan buat rakaman video jika ada kesempatan. Gitu juga la dengan SUKAN BENDANG yang dijalankan pada beberapa bulan yang lalu. Sukan tu diadakan dalam bendang atau sawah. Mana ada pihak lain buat macam tu. Cuba la semak kalau ada..Selama 2 hari ia dijalankan. Dua dua hari tu aku tengok dan buat rakaman. Dah rakam tentu aku edit dan upload ke Utube. Memang aku tak pernah pun tengok sukan ni masa dah ada di kampung. Ini pertama kali aku tengok. Sebelum ni, sukan bendang ni dah pun diadakan tapi dah beberapa tahun yg lalu dah...Macam2 acara yang ada. Aku rakam je tapi tak ambil bahagian pun. Ok la tu...Tonton je video tu, tentu korang boleh nampak acara2 kat situ.
Lebih kurang sebulan yang lalu, aku dan isteri serta anak bungsu aku hadir majlis perkahwinan anak kakak ipar aku di SAUK, KUALA KANGSAR. Memang wajib pi sebab majlis kakak isteri aku. Takkan tak pi pulak. Pertama sebab kenduri tu di SAUK, lebih kurang kurang sejam perjalanan je. Kedua ialah sebab majlis tu majlis kakak ipar aku. Macam tak kena pulak kalau tak hadir. Pertama, sebab dekat la. Kalau jauh, aku kena fikir panjang sebab da tua2 ni tak larat nak mandu. Masa majlis tu aku tak banyak tolong apa2 pun. Aku cuma buat rakaman video je untuk kenangan dorang bila dah lama2 nanti. Pengantin pun boleh la kalau nak simpan video tu untuk bagi anak cucu tonton...hahahaha...Majlis2 macam ni memang perlu ada sesuatu untuk buat kenangan. Terasa sunyi jugak sikit bila biras aku yang dah pulang ke Rahmatullah tiada dalam majlis tu. Tiada dah lagi suara dia tu...Hilai tawa dia pun dah tak dengar lagi...moga dia bahgia di sana tu...
credit to google pict. |
Akhirnya aku nak tulis berkaitan parti la pulak. Aku bukan la hardcore punya pencinta parti parti ni. Aku masih teguh dengan pandangan bahawa kita sebagai teras bangsa di Tanah Melayu ni kena bersatu. Kalau tak bersatu, tunggu je la 50 tahun akan datang, sama ada bangsa kita mampu berkuasa atau tak di masa akan datang. Bagaimana anak cucu kita nanti di masa akan datang. Kita jangan fikirkan sangat berkaitan diri kita sebab kita akan mati. Anak cucu kita akan pegang negara ni. Tapi kalau kita tak bersatu sapa sapa yang umur panjang macam Tun Maha tu, tengok la nanti apa akan jadi. Kehidupan mereka akan datang sikit sebanyak ada kaitan dengan tindakan nenek moyang mereka sekarang iaitu kita-kita ni la. Kalau kehidupan mereka sukar disebabkan oleh tindakan kita sekarang ni...tunggu la kubur2 korang akan dikencing oleh anak cucu kita nanti. Sapa sapa yang jadi pemimpin tu, siap2 la disumpah seranah oleh keturunan kita nanti. Jagalah wahai pemimpin Melayu. Kita jangan tumpukan pada sedara mara kita je, tapi pada semua keturunan Melayu sebab dia orang yang akan ganti sebagai pewaris negara ni. Jangan lupa tu. Cari jalan macam mana nak satukan bangsa kita ni. Buang sikap dengki-mendengki tu. Bantu semua anak anak Melayu supaya dorang dapat jadi waris jaga tanah ni untuk anak cucu kita di zaman zaman yang berikutnya. Bantu dorang tu tanpa mengira dorang tu sedara kita atau bukan atau dari parti2 bangsa kita yg berbeza dengan kita. Bantu mereka. Kalau Melayu dah takde lagi kuasai pendidikan, macam mana dorang mampu nak kuasai politik dan jawatan utama negara, seterusnya macammana dorang nak pegang negara. Sapa yang nak lantik orang yg tak berpendidikan masa akan datang. Bila pendidikan failed, tunggu la kejatuhan sesuatu kaum tu. Kita dah jauh sangat tinggalnya..ekonomi bukan lagi kita pegang...memang tak pegang pun dari zaman sebelum merdeka dan terus macam tu selepas merdeka...politik pun dah nampak nak terlucut dah...Pakat pakat la fikirkan benda ni...Ini keje pemimpin sebenarnya...Kalau pemimpin pincang, tentu pengikut juga pincang.
Akhirnya...jangan lupa doa banyak2 kepada ALLAH SWT supaya segala ibadat kita diterimaNYA. Kebahagian di akhirat sana lebih utama. Doa sungguh2 pada ALLAH SWT supaya amal ibadat kita tak terpalit dengan unsur RIYAK. Ibadat yang terpalit RIYAK tentu ALLAH SWT tak terima...hati2.
Sapa sapa yang kaya raya tu, bayarlah zakat harta, kalau tak bayar, akan disuapkan api neraka ke dalam mulut di akhirat nanti. Selalulah bersedekah juga...
Sapa sapa yang ada wang, selalulah bersedekah, sebab itu yang akan dibawa pahalanya ke akhirat. Harta yang tinggal tentu akan diwarisi oleh anak bini......
Sapa sapa yang ada wang, selalulah bersedekah, sebab itu yang akan dibawa pahalanya ke akhirat. Harta yang tinggal tentu akan diwarisi oleh anak bini......
Jangan sombong dengan apa yang kita ada...sama ada harta atau pangkat atau isteri atau anak2...sebab semuanya ujian untuk kita belaka di dunia ni sebelum berjumpa ALLAH SWT...
Banyakkan berzikir, selawat dan sebagainya...ia akan banyak membantu bila kita dah mati nanti...
~ SEKIAN ~
daud
No comments:
Post a Comment