Diari DAUD - Hari ni dah 14 SYAWAL rasanya. Baru hari ni nak tulis blog berkaitan SYAWAL. Perkara berkaitan RAMADAN aku tak tulis pun walaupun ada beberapa video yang aku sunting berkaitan RAMADAN tu. Mungkin agak letih kut, tu yang malas nak buat coretan kat blog tu masa RAMADAN. Di bawah ni aku letakkan video yang telah aku sunting berkaitan sambutan SYAWAL aku. Bukan semua hal aku rakam. Ada jugak yang aku tak rakam. Aku pun tak berapa pasti nape aku tak rakam. Biasanya aku ni bila ada je kamera hp kat tangan mesti akan rakam jugak walau sedikit. Tonton la video rangkuman SYAWAL kat bawah tu...kalau nak...
Raya Pertama tu, aku dan keluarga cuma pi solat RAYA di Masjid Al Attar Layang-Layang Kanan. Imam solat ialah IMAM HILMI dan Bilal nya MIOR AKRAM...kalau tak silap aku la. Kalau silap, tolong la maafkan aku sebab da tua2 ni seringkali lupa. Maklum la warga emas.
Lepas solat, kami pi ziarah rumah abang aku BRAHIN. Aku pi dengan keluarga aku la. Adik ipar aku pun turut serta ke rumah abang aku tu. Adik aku LIMAH tiada masa RAYA ni sebab dia di RAWANG kerana anaknya telah menyambut kelahiran baby baru...new born. Kat rumah abang aku tu kami cuma sembang2 biasa. Tiada sembang berat pun apatah lagi hal politik...hahaha...Sembang kecik kecik je...Aku lupa pulak nak rakam video kat rumah tu..Selesai beraya, kami balik.
Waktu petang kami ziarah rumah AIDA SOPIAN. AIDA SOPIAN ni sepupu aku. Dia anak UCU PIAN. Kalau ikut salasilahnya kami BERMOYANGKAN UDA SEKAK. Kalau aku ambil jalur yang lebih jauh kami ni bermula dari DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN yang wujud dalam abad 19. Dari DATUK PADUKA ALANG SAIDIN turun ke ANDAK MANDEK turun ke HAJJAH MARIAH turun ke TIMAH. TIMAH ni kawin dengan UDA SEKAK. Dari TIMAH turun ke LONG ANDAK. LONG ANDAK tu opah aku dan AIDA SOPIAN tu. LONG ANDAK tu ada beberapa orang anak tapi yang sempat hidup sampai ke tua ialah emak aku RAMLAH dan bapak AIDA iaitu SOPIAN. Tentu korang pelik kan kenapa aku ambik berat dengan SALASILAH ni. Sebenarnya aku memang tak tau langsung punca keturunan emak aku. Sampai la aku bersua dengan MIOR AKRAM dan ENCIK ASRI. Aku peroleh salasilah emak aku ni daripada ENCIK ASRI la. Itu pun bila aku dah tua ni baru ambik berat pada keturunan. Dulu2 masa muda aku tak kisah pun hal keturunan ni. Lantak pi la dengan keturunan tu. Bukan boleh beri apa2 faedah pun untuk aku. Tapi bila da bersara dan da tua ni..tapi belum lagi TUA RENTA la..aku terfikir untuk tau salasilah keluarga aku terutama sebelah emak aku. Tu sebab aku cari juga salasilah emak aku. Tapi salasilah atok aku iaitu suami opah aku LONG ANDAK iaitu PANJANG SHARIF tu aku masih lagi tercari cari. Harap ada la orang yang bermurah hati beritau aku berkaitan atuk aku PANJANG SHARIF tu. Maklumat sipi-sipi dan tak jelas tu mungkin ada la. Yang tepatnya masih belum ada. Tak perlu la korang simpan maklumat atuk aku tu...Kita ni pun masing2 nak berpindah alam dah ni...umur pun dah hujung2...
Hari RAYA PERTAMA juga kami pi ke rumah sepupu aku sebelah bapak aku. Kami pi rumah sepupu aku YAH. Singgah sat di situ dan makan2. Kemudian rumah Latit..pun makan-makan. Latit kata dia tak berapa sihat. Mulutnya sakit. Dia pun tak tau sakit apa. Dia kata dah jumpa pakar tapi takde juga penyelesaian. Aku bagi pendapat supaya cuba cara perubatan alternatif pulak. Kemudian kami singgah sat di rumah NA. Sama la juga...makan makan..dan sembang sembang dengan isteri dia dan YAH SAID. Dia orang semua yang aku sebut tu semua sepupu aku sebelah bapak aku. Ayah aku MONTAK ZAKARIA dan emak dorang, E FATIMAH tu adik beradik se emak se bapak. Bapak ayah aku BILAL TASIR BIN PANJANG KOHOR dan emak kepada bapak aku ialah ANDAK SAEJAH. Andak Saejah ni orang BEKOR. Aku tak pernah jumpa pun sebab aku lahir setelah opah aku meninggal. Pusaranya pun aku tak tau. Isteri pertama atuk aku BILAL TASIR tu, ialah ITAM RASIAH. ITAM RASIAH tu dari keturunan DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN - LONG CAHAYA - ALANG KIDOM - ITAM RASIAH.
Emak aku RAMLAH tu dari keturunan yg sama, DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN - ANDAK MANDEK - HAJJAH MARIAH - TIMAH - LONG ANDAK - RAMLAH.
ITAM RASIAH tu pulak ibu tiri ayah aku. Emak ayah aku ialah ANDAK SAEJAH iaitu isteri kedua atuk aku BILAL TASIR tu.
Tentu korang susah nak faham kan. Macam cite P.RAMLEE iaitu KELUARGA 69...ya beda beduuuu...Eh! ye ke macam tu...hahaha...
Cerita Hari Raya Kedua pulak. Hari Raya Kedua, rutin saban tahun aku mesti ke kampung kelahiran isteri aku iaitu KG STERUS, SAUK, KUALA KANGSAR. Memang macam tu la kalau takde apa apa aral. Tapi amat jarang pun tido kat sana. Bagi aku rumah ku, syurga ku. Dia pun nak jugak balik ke kampung dia tu. Di sana masih ada lagi adik beradik dia. Jadi hari kedua kami gerak la ke sana. Anak sulung aku terpaksa balik ke SELANGOR sebab rumah mentuanya di SELANGOR. Dia pun memang anak kelahiran SELANGOR. Aku anak kelahiran pure PERAK. Cuma cakap aku masih pinjam bahasa SELANGOR....hahaha...oopts!
Di SETERUS SAUK tu kami pi ziarah rumah 3 orang kakak ipar aku yang menetap di sana tu. Macam biasa la...makan makan..maaf maaf dan sebagainya. Jumpa la juga dengan ipar duai dan anak2 buah isteri aku. Tak semua jumpa pun sebab bukan semua balik kampung. Jumpa kakak ipar aku KAK SIAH, KAK HAWA dan KAK SABA. Jumpa jugak abang ipar aku yang juga berkunjung ke sana iaitu ENCIK AKHIR. Aku cadang nak gi rumah dia di MANJUNG tu...tak pi pi lagi. Cadang jugak nak zirah Abang Ipar aku, ABANG USOP, juga di MANJUNG. Rasanya da tua tua ni, aku hanya boleh ziarah yang dekat dekat je kut. Nak pi jauh jauh aku tak mampu dah nak drive...Doa2 dari jauh je la. Mohon maaf dari jauh je la...Dah tua2 ni tak larat dah..dah 65 tahun, tak mampu nak drive jauh2 kalau tak penting sangat. Orang kata umur tu hanya nombor...itu bagi yg muda2 daripada aku...Bagi aku yang da 65 tahun tu, da tua la tu...Kubur pun dah kata MARI..MARI...sayup2 je dengar dari tanah perkuburan Kg Senin di sebelah rumah aku tu..hahaha...Emak aku pun dia pergi umuq 66 tahun...Kalau ikutkan umur emak aku...Aku ni cuma ada.............hahahaha...mcm tak lama daaa...oopst! Rasanya lepas Asar kami balik ke Parit dari Sauk tu. Masa balik Parit tu jemmm jugak kat jalan raya tu. Simpang kat jambatan ISKANDAR Kuala Kangsar tu dan jugak simpang nak ke SENGGANG tu...Bukan main panjang lagi jem nya...
Raya ke berapa aku pun tak ingat, MIZI ajak minum kat gerai MARIAH YUS. Dia Raya di Kelantan tahun ni...atau mungkin tiap tahun raya di Kelantan kut. Isteri dia orang sana. Dia ajak aku minum. Masa minum ni jumpa la MIOR IKRAM tu. Mula la sembang hal salasilah keluarga keturunan DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN tu dengan MIOR IKRAM tu. Sambil minum sambil sembang. Aku tak boleh campur sangat pun sebab dorang sembang hal keturunan LONG CAHAYA. Aku tak boleh campur sebab aku dari keturunan ANDAK MANDEK. Kami sebenarnya dari punca yang sama iaitu DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Keturunan emak aku dari situ. Keturunan MIZI dan MIOR jugak dari situ. Untuk lebih mudah tengok rajah di bawah.
* Pembetulan : Nama anak ITAM RASIAH iaitu MUHAMMAD MUHIDIN tiada dalam carta. Sementara nama TAK tu sepatutnya ditiadakan. Tiada nama TAK dalam kalangan anak ITAM RASIAH tu.
*pembetulan: isteri kedua BILAL TASIR bukan ANDAK MAIMUNAH tapi ANDAK SAEJAH BIN NGAH IBRAHIM
Boleh nampak dengan jelas kedudukan MIZI dan aku dalam keturunan EMAK aku dan keturunan BAPAK aku tu. Selesai kat gerai MARIAH YUS tu, MIZI ajak aku pi ke rumah adik dia MAIMUN tu. Macam biasa la kalau hari raya tentu orang jemput masuk kan. Sembang dan makan makan la kat dalam rumah tu. Di rumah tu aku lupa pulak nak rakam video. Jadi tiada la dalam video yang aku sunting tu. Sembang dengan adik ipar MIZI, anak buahnya dan MAIMUN. Kami sekejap je kat situ.
Berikutnya dalam hari awal2 SYAWAL tu, aku dijemput hadir kenduri doa selamat kat rumah MEGAT HAMZAH sepupu MIZI dan sepupu AIDA SOPIAN tu. Aku pi dengan isteri aku la. Doa selamat sempena kakak MEGAT HAMZAH akan pi tunaikan Haji bulan Mei kut...Gamak aku la. Nama kakaknya PUTERI...tak tau PUTERI apa...Masa aku kecik kecik dulu kami panggil dia TE-I...Cuba korang sebut...hahaha... Biasa la kalau ada doa selamat IMAM BAHARIN yang baca doa. Imam yang lain pun ada jugak la dijemput untuk baca doa kalau ada apa2 majlis di kampung ni. Imam Masjid Layang-Layang Kanan ni ada 3 orang iaitu USTAZ ZAMRI, IMAM BAHARIN dan IMAM HILMI je...
Awal Syawal ni...aku sempat pi rakam video kat Pekan Parit tu. Pi Parit sebab isteri aku ada jadual bertemu KLINIK KESIHATAN PARIT tu. Dalam masa isteri aku dalam klinik tu aku ambil peluang rakam seluruh Pekan Parit tu. Kalau tak seluruh pun, mungki 95% kut. Aku rakam suasana Pekan Parit masa bulan Syawal ni. Tambah pulak ada Pekan Senin. Ramai jugak la orang kat Pekan Senin tu. Mercu tanda Pekan Parit ialah jam besor tu la. Jam tu dibina masa Merdeka kut. Kebetulan ia berbunyi untuk tunjukkan waktu ketika itu. Aku rayau la Pekan Parit tu. Pasar Parit tak ramai orang pun. Jeti Parit pun aku rakam. Semak samun dah Jeti tu. Aku pun tak pasti fungsi jeti untuk apa. Kalau korang tau catat la kat komen bawah blog ni. Ada satu bot ditambat tak jauh dari jeti tu.
Aku dah bercadang untuk mencari sedara mara aku dan MIZI di seberang sungai Perak tu. Kami berdua dah rancang awal dah. Mizi pernah pi 3 atau 4 tahun yang lalu. Tapi dia dah lupa lokasi rumah2 sedara tu. Aku pulak dah berpuluh tahun tak jumpa. Sedara seberang sungai tu semua sepupu aku sebelah bapak aku. Ramai juga sedara mara seberang sungai tu dah meninggal pun. Aku pernah sampai rumah sedara mara seberang sungai tu lebih 40 tahun yang lalu. Apa tak nya. Aku pernah sampai masa bapak aku bawak aku ke seberang tu. Masa tu pi rumah AYAH PANDAK aku. Masa tu WAN MA dan WAN MILAH masih ada lagi. Masa tu umur aku masih sekolah menengah rendah lagi...Mungkin baligh pun belum lagi kut...hahaha.. Teruk aku ni kan. Bila aku dah besar aku tak cari pun sedara mara aku di mana mana pun. Da tua tua ni pulak baru nak cari sedara. Itu pun ramai yang dah takde kat muka bumi ni. Rugi la sapa yang bersedara dengan aku ni...kan...hahaha...Mungkin sebab prinsip aku RUMAH KU SYURGA KU...jadi aku lebih suka memerap la...hahaha...Ini bukan bermakna aku putuskan hubungan silatur rahim sebab aku takde apa2 sengketa pun dengan sedara mara dan sepupu sepapat tu. Cuma aku tak hubungkan silatur rahim....tu je pun..Bukan aku bermusuh pun. Bagi yang putuskan silatur rahim...akan diharamkan dari masuk ke SYURGA...hati2 tu..Sepupu tu maknanya masih silatur rahim sebab ada hubungan adik beradik satu datuk. Apatah lagi kalau adik beradik. Masih dekat sangat tu. Jangan putuskan, nanti tak boleh masuk syurga. Jangan jual nikmat akhirat sebab nikmat dunia yang sekelumit tu. Hati2 tu sapa yang masih ada adik beradik dan sedara mara. Kau tak mati lagi boleh la sombong bagai...Hubungan aku dengan sedara seberang sungai tu masih amat dekat sebab adik beradik satu datuk, yakni sepupu..Disebabkan aku pun jarang cari sedara mara, aku pun tak kisah jika sedara tak cari aku...memang aku tak kisah pun...Memang aku sedar diri pun...hahaha...
Masa kami dah sampai ke seberang sungai tu, MIZI singgah beberapa lokasi untuk bertanya orang sebelah sana, rumah yang kami nak tujui. Kami tak dapat jawapan pada peringkat awal. Mizi ajak cari dengan mengikuti jalan masuk ke Masjid. Dari masjid tu menghilir melalui lorong tepi sungai tu. Akhirnya jumpa sebuah rumah yg kelihatan dua orang sedang bersembang. Dari mereka lah kami dapat lokasi rumah arwah WAN MA tu. Orang yang MIZI tanya tu ada pulak sedaranya di LAYANG-LAYANG KANAN, tapi aku dah lupa sapa sedara dia yang kat LAYANG-LAYANG tu.
Ini anak WAN MA...lupa namanya..MIZI ingat kut.
Lama jugak la kami sembang dengan anak arwah WAN MA tu. MIZI mencatat nama nama sedara mara anak WAN MA yang lain2 tu. Banyak jugak la perkara yang kami sembangkan. Dia sekarang ni memang dalam keadaan tak sihat. Dia tinggal sendiri je di rumah tu. Berhampiran rumah dia tu ialah rumah emak bapak dia. Tak tau la sapa yang memiliki rumah pusaka tu. Dia kata anak-anaknya sentiasa je melawat dia di rumah tu. Sama sama la kita doakan untuk dia terutama berkaitan kesihatan tubuh badan dia tu. Dari maklumat dia la kami peroleh untuk cari lokasi rumah KAK RO pulak. Jarak kampung dia dengan kampung kami tak jauh pun kalau rentas sungai. Lebih kurang 2KM je...tapi sapa pulak nak rentas sungai yang dah semak samun sekarang ni...hahaha...Orang dah tak mandi sungai lagi da sekarang ni...Oleh tu terpaksa la ikut jambatan di BOTA KANAN tu...jaraknya lebih kurang 15KM kut...kut la...aku tak ukur pun...
KAK RO anak UDA MAT ASA [Ayah Uda]
Sampai kat rumah KAK RO tu MIZI terus pi jumpa sorang lelaki di luar rumah tu. Aku dalam kete. Kemudian MIZI datang kembali ke kereta dan beritau, tu memang rumah KAK RO. Jadi kami dijemput masuk. Mulanya MIZI sembang dengan KAK RO tu di luar. Aku biasa la..jadi tukang rakam video la..hahaha...Kemudian dia jemput kami masuk. Di dalam rumah tu macam-macam la sembang dengan KAK RO dan anak lelakinya tu. Macam2 la sembangnya. Agak Lama jugak la. Ada lagi sedara mara lain kat kampung tu tapi kami pi rumah KAK RO je. KAK RO ni anak AYAH UDA. UDA MAT ASA. Anak2 lain yang aku ingat ialah arwah Abang Sha...Sha tu tak tau nama penuhnya...Itu je yang aku tau. Ada ramai lagi adik beradik KAK RO yang aku tak tau pun nama dorang. Ramai yg dah meninggal. Kalau tak silap hanya KAK RO je yang ada di situ...Aku pun tak pasti, sebab aku tak tanya pun...hahaha...Kalau dilihat melalui salasilah dengan MIZI...dorang ni dari rumpun yang sama...
DATUK PADUKA ALANG SAIDIN - LONG CAHAYA - ALANG KIDOM - ITAM RASIAH - YOP MAT AKAS - BEE SABARIAH -MIZI
DATUK PADUKA ALANG SAIDIN - LONG CAHAYA - ALANG KIDOM - ITAM RASIAH - UDA MAT ASA - KAK RO
Hubungan dengan aku pulak, YOP MAT AKAS dan UDA MAT ASA tu abang bapak aku satu bapak, lain emak. Maknanya datuk aku tu ada dua isteri la....
Setelah selesai rumah KAK RO, aku dan MIZI pi pulak cari rumah KAK TAK pulak. Rumah KAK TAK tu agak jauh dari situ. Jauh kampungnya dari situ. Aku tak tau kenapa nama timangan dia TAK. Nak tanya tapi segan pulak. Kami dapat sikit maklumat dari KAK RO lokasi rumah KAK TAK tu. Selain daripada tu MIZI bergantung kepada ingatan dia untuk cari rumah tu. MIZI pernah sampai ke rumah KAK TAK banyak tahun yang lalu. Dia masih ingat sikit sikit. Aku memang tak tau langsung la sebab tak pernah sampai ke situ. Kan aku da kata aku ni bukan jenis manusia yang cari sedara. Aku puji la MIZI ni...dia memang rajin cari sedara mara dan rajin hubungkan silatur rahim...Tiba di Kg Banjar tu, MIZI tanya dua orang pompuan yang ada dekat kawasan masjid di Kampung Banjar tu. Rupanya salah sorangnya ada hubungan sedara dengan arwah suami KAK TAK tu...Memang mudah la cari rumah KAK TAK tu. Lagi pun MIZI ingat sikit2 lokasi rumah KAK TAK ni sebab dia pernah sampai di rumah tu sebelum ni. Tiba di rumah tu MIZI bagi salam dan kami dijemput masuk. Lama la sembang kami di rumah tu dengan KAK TAK tu...Masa tu dia bersama dengan beberapa orang cucu dia. Macam macam yang disembangkan. Apa yang kami sembangkan ada yang terpaksa aku 'off the record' hahaha...Dah tua jugak KAK TAK ni...umurnya dah lebih 70 tahun...Dia masih boleh bergerak sendiri. Biasanya orang pompuan ni umur panjang daripada lelaki. Biasanya lebih 80 tahun atau lebih 90 tahun.
KAK TAK ni dengan MIZI, macam jugak dengan yang lain2 tu. KAK TAK dan KAK RO tu sepupu dengan emak MIZI, BEE SABARIAH. Mereka dari punca yang sama iaitu LONG CAHAYA. Aku dengan mereka bertiga tu jugak sepupu sebab kami mempuyai datuk yang sama iaitu BILAL TASIR BIN PANJANG KOHOR.
Agak lama jugak la kami bersembang kat rumah KAK TAK tu sebelum kami minta diri untuk balik. Kami balik ikut jalan pintas bawah JEJAMBAT LEBUHRAYA CHANGKAT CERMIN tu. Aku masih lagi tertanya tanya kenapa KAK TAK tu nama timangan dia TAK...adakah dia selalu cakap tak...tak...tak...hahaha..opst!
Masa awal awal Syawal ni, rumah aku ada jugak la orang datang antaranya ialah sepupu aku AIDA dan YATI SOPIAN. Ayah mereka, SOPIAN dan emak aku, RAMLAH ialah adik beradik. Dia orang dua beradik je. Selain daripada tu rumah aku jugak dikunjungi oleh ENCIK ASRI dan isterinya MAIMUN atau MAIMUNAH...aku da lupa. Sebelum mereka pi rumah aku, dorang ziarah rumah emak sedara iateri ENCIK ASRI yang berhampiran rumah aku tu. ENCIK ASRI ni la yang beri aku salasilah rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN tu. Kami dari rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN la. MAIMUN tu anak MAT KEDA. Kalau ikut salasilah aku kena panggil dia MAK LONG......Terima kasih la sebab sudi datang ke teratak aku...
Assalamualaikum...wah..panjang betul coretannya ya...saya baca skip skip..hehe.. saya masuk ke sini sebenarnya hasil carian pengalaman kerja penerbit rancangan..terjumpalah blog ini..semoga tuan sentiasa sihat menjalani alam persaraan...doakan saya sedang berdebar menanti keputusan untuk panggilan penerbit rancangan...sambil sambil nak cari info kerja sebagai penerbit rancangan....
Assalamualaikum...wah..panjang betul coretannya ya...saya baca skip skip..hehe.. saya masuk ke sini sebenarnya hasil carian pengalaman kerja penerbit rancangan..terjumpalah blog ini..semoga tuan sentiasa sihat menjalani alam persaraan...doakan saya sedang berdebar menanti keputusan untuk panggilan penerbit rancangan...sambil sambil nak cari info kerja sebagai penerbit rancangan....
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya. Kat sini blog peribadi. Cuba cari maklumat kat blog satu lagi. Blog tu masa saya masih bekerja..link kat bawah..
Deletehttps://studiouniversiti.blogspot.com/