Tuesday, August 7, 2018

KEDAH kami datang...

Hari ni hari Isnin, 6 Ogos 2018. Hari ni aku ada tugas yang perlu dibuat. Awal pagi da 
gerak ke UKM. Memang biasanya macam tu sebab aku masuk keje jam 
7.30 pagi...masa yang aku pilih sendiri... Jam 7.10 pagi
aku da tiba di opis aku di bangunan penerbit
ukm tu. Kelihatan di luar
bangunan tu staf pembersih da ada menunggu di situ. 

gerak dari ukm...
dalam van...
menora...
Dia orang memang awal pagi
da ada....selagi aku tak tiba dia orang tak boleh masuk sebab bangunan
 tu berkunci....Dia orang sering ucap salam dan aku tentu je akan sambut salam mereka
...pepagi dapat doa untuk kesejahteraan memasing.....Aku buka kunci dan
mereka mengekori aku masuk ke dalam...begitulah lazimnya
setiap pagi............
Sebenarnya hari ni aku kena pi Kedah kerana ada tugas yang akan dilakukan esok di sana.
Aku akan pi dengan sdr. Saniy staf baru unit video kami. Dalam jam 8.00 pagi aku
dengan Saniy gerak ke opis admin kami di bangunan canselori. Kami bawa
sama alatan rakaman dan jugak beg pakaian kami.
Aku bawak kete aku pi ke opis admin kami di canselori tu....

tiba perak...negeri aku ni....
RnR kat perak ni...
encik WAN belanja durian kampung...
Aku cuba dapatkan parking kat
bangunan canselori tu tapi semuanya penuh, pepagi lagi
da penuh..memang kawasan tu payah nak dapat parking lot...kalau nasib baik
je baru dapat...bukan rezeki la tu...Jadi terpaksala kami parking jauh sikit iaitu kat dewan besar ukm tu. Selesai parking kami pun terpaksa menapak sejauh lebih
kurang 500meter untuk sampai ke bangunan canselori tu..
Kami singgah di pos pengawal dekat bangunan
canselori tu. Kami tunggu kenderaan untuk bawa kami ke Kedah di situ je.
Sebenarnya kami ke Kedah dengan kenderaan ukm. Aku call sdr. ikhwan gitau kami
tunggu kenderaan di situ. Sebenarnya kami akan ke Kedah seramai empat
orang dari opis kami Pusat Komunikasi Korporat. Krew foto
dan krew video.....

baju putin tu en. wan...baju biru tu pemandu ukm, baik pemandu tu, orang teras jernang....
nasi, keli dan peria...7rm...
Sdr Saniy pi masuk opis admin kami sementara 
aku tunggu di situ. Dia ada hal dengan pengurusan kami di pusat
komunikasi korporat tu. Bila dia da selesai dan kembali ke tempat aku semula dia gitau
kena pi belakang opis kami sebab kenderaan akan amik kami di situ. Jadi kami 
menapak lebih kurang 50meter untuk tiba di sana.
Tiba di situ jumpa encik wan...kemudian muncul Anis....sembang 
sat...opst! rahsialah apa yang kami sembangkan....huhuhu....Tak lama kemudian 
van yang kami tunggu pun tiba. Bila semua selesai kami pun mula bergerak. Kami bergerak lebih kurang jam 10.00 pagi...
Perjalanan ke Alor Setar Kedah memang makan masa. 
Sempat la jugak lelap mata untuk mereka yang nak lelap...aku memang
 susah nak lelap siang siang ni. Kami pi Kedah tu seramai 4 orang dari Pusat Komunikasi Korporat UKM. iaitu Encik Wan, Ikhwan, Saniy dan aku. Dalam perjalanan
ke utara tu sempat la singgah di RNR untuk rehat, makan dan solat.

sampai penang dah....
terkenal kawan aku ni...eh! ye ke kawan aku....huhu...
Di satu RNR tu kami singgah untuk solat jamak dan makan. 
Aku lupa nama RNR tu tapi kat Perak la. Di RNR itulah En. Wan belanja
makan durian kampung. Rege durian tu 8rm sekilo. Di sini jugak kami makan tengah hari.
Aku amik nasi, keli goreng dan sayur peria..semuanya 7rm. Amik air sirap
1rm lebih...lupa berapa lebihnya. Aku paparkan harga ni bukan
apa...ia sebagai panduan sesapa yang nanti kebetulan
makan di RNR ni boleh la bajet mana la tau kut...kut ada cukup2 7rm je dalam 'daba' tu...opst! lama sangat aku tak guna bahasa parit ni...huhuhu....
Selesai je makan dan rehat kami sambung perjalanan
ke negeri si anim tu...huhuhu...Boring jugak duduk lelama dalam perjalanan
jauh ni..rimas je kan....Tapi aku rasa agak ok jugak keje sekali sekala di luar opis ni
tak la boring je hari hari pandang dinding opis tu...kan...kan...

da tiba aloq setaq...negeri kawan aku gak ni....
dalam aloq setaq...
hotel royale aloq setaq...
Akhirnya setelah berjam jam berada dalam perut kenderaan, akhirnya kami
tiba di hotel royale Alor Setar lebih kurang jam 6.00 petang. Selesai je amik kunci
yang diuruskan oleh urus setia program maka kami gerak ke lift dan naik ke tingkat tiga hotel tu.  Tiba je di tingkat tiga terus masuk bilik 8341. Aku tinggal
dengan sdr Saniy sementara En. Wan dengan sdr. ikhwan.
Lepas rehat lebih kurang jam 8.30 malam kami turun
untuk makan malam. Aku amik nasi, ikan dan sayur je yang lain aku tak
makan sebab kalau aku amik ayam tentu alahan akan timbul.. susah pulak nak buat keje...
Semasa sedang menikmati makanan tiba pulak TNC HEPA Dato' Dr.
Imran Ho. Sempat bersalam sat. Beliau jugak makan
kat situ. Beliau makan dengan tan sri ayub
yang akan menutup secara rasmi program esok pagi. En Wan yang
menjemput dato' imran dari airport tadi...dan terus ke tempat makan tu......

tunggu nak check in...
sembang apa niii...


da masuk bilik 8341...
Selesai makan aku terus naik ke bilik untuk rehat....letih la
walaupun aku duduk je dalam kete masa datang sini...da banyak umur ni
memang cepat letih...banyak umur je.. bukan tua...huhuhu...Sdr Saniy pulak pi jumpa
kawan dia yang bertugas di tudm aloq staq tu...
Jam 10.30 lebih kurang sdr. ikhwan masuk bilik aku dan sembang
sat...Sdr Saniy jugak baru tiba lepas jumpa kawan dia tu. Lepas ikhwan keluar aku
masuk tidur lebih kurang jam 11.00 malam lebih. Masa tidur mungkin aku
berdengkur kut....mungkin la...aku pun tak sedar...apa boleh buat la...



baru masuk bilik...
pandangan kat luar hotel....
Dalam jam lebih 12.00 tengah malam aku terjaga...tak tau nape..
Aku biasanya memang gitu...kalau da tukar tempat tidur memang susah nak nyenyak
...biasanya malam yang pertama je...malam yg seterusnya takde masalah pun...
Payah nak tidur jadi aku mulalah tulis catatan ni sepanjang malam. Selesai tulis
aku cuba paksa untuk lelapkan mata...tak tau aku jam bape aku
tertidur dan jam 5.45 pagi terbangun dan terus masuk bilik air...

jamu selera sebelum mula keje....
kalau kat luar mungkin 12rm je kut...huhuhu....
sebelum mula keje...bergayanya.....
pendaftaran sekolah...
Lebih kurang jam 8.00 pagi lepas bersiap kami pun turun untuk sarapan
pagi. Masing pakai baju koperat ukm yang merah menyala tu. Macam biasalah aku
makan mana yang aku boleh makan je. Selesai makan terus naik ke bilik dan
amik kamera video dan terus naik ke tingkat tujuh dimana
program tersebut akan berlangsung.
Aku gerak ke sana dengan sdr. Saniy. Tiba di dewan tu
kami sediakan alat rakaman dan cek semua apa yang perlu. Keadaan
dalam dewan tu macam tak berapa sempurna untuk buat rakaman sebab bunyi
aircond agak kuat jugak. Nak amik source audio dari PA System...
agak masalah sebab sistem tu sistem hotel
...tentu sukar untuk cari staf dan sebagainya.....apa boleh buat la...
Bagaimana pun masa rakaman masih boleh dengar dengan jelas audio sistem bunyi tu.

tentatif....
dalam dewan
sdr. saniy....
aku ngan saniy la ni....
Sebenarnya program berkenaan merupakan
persembahan  projek projek yang telah dibuat oleh sekolah2 menengah
di Kedah...seluruh Kedah. Ini merupakan satu pertandingan di antara sekolah2
menengah seluruh Kedah yang dianjurkan oleh pelbagai pihak
termasuk UKM. Hari ni juga merupakan hari
perasmian penutup dan penyampaian hadiah oleh TAN SRI ARSHAD AYOB
...umur tan sri tu da 90 tahun tetapi masih kuat jasmani dan rohaninya...

persembahan sekolah da berlangsung....
tan sri arshad ayub...90 tahun da....
penyampaian hadiah...
Akhir program...SEKOAH MENENGAH KEBANGSAAN MUAZAM SHAH
menjadi juara...kedua, sekolah menengah kebangsaan paya kemunting dan ketiga..
sekolah menengah kebangsaan simpang kuala......

check out dan tunggu untuk gerak ke ukm
jamak dulu sebelum gerak ke ukm bangi.....
balik daaa....
RnR Bernam rasanya....
da malam...gerak dari aloq setaq cerah tiba selangor da gelap....
Selesai je program berkenaan maka kami pun check out daripada hotel
tersebut jam 2.00 petang dan mula gerak ke ukm bangi...Kami tiba di UKM bangi lebih
kurang jam 10.00 malam......ermmm...selesai satu tugas...
Video tersebut akan aku edit dan upload ke YouTube UKM nanti.....tapi tak tau bila...

~ sekian ~

Moga kita semua peroleh keampunan ALLAH SWT sentiasa atas SEMUA DOSA KITA hingga ke akhir hayat kita...

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...