Sunday, August 12, 2018

Silat - wadah untuk semangat...

Hari ni Ahad..12 Ogos 2018...macam biasa, aku uruskan hal berkaitan keluarga. Masa cuti ni la aku ada masa untuk keluarga. Hari lain amat sukar sebab bekerja dan
keletihan kerana masa da dihabiskan untuk
pi keje dan buat keje......
Lagipun aktiviti untuk anak cuma pada
hari cuti je pun. Masa sekolah tentu mereka pun sibuk dengan jadual persekolahan memasing.

padang taman impian putra...
berkumpul..
acara buka gelanggang..
Pagi ni aku dan isteri hantar anak bungsu aku untuk ujian tali pinggang silat dia di
Seri Putra. Pendaftaran jam 8.00 pagi. Sebenarnya anak aku tak sihat.
Dia demam dan batuk serta selsema...Malam semalam
bawa ke klinik lepas maghrib. Bawak ke
klinik sebab fikirkan dia nak hadir ujian silat ni.
Pagi ni sakitnya masih tak sembuh sepenuhnya. Aku kata kalau
tak sihat tak payah pi ujian silat tu tapi dia masih jugak nak pi...Aku risau bukan sebab 
apa semua sakit ada batuk, selsema dan demam. Ujian tu mesti lasak
dan akan beri kesan kepada batuk dia tu.....tapi dia masih nak 
pi jugak masuk ujian tuuu...

buka gelanggang...
ujian berkumpulan...
berkumpulan...
 Dalam jam 7.45 pagi kami gerak ke lokasi untuk ujian mendapatkan bengkung silat berkenaan. Tiba di sana isteri aku yang uruskan hal pendaftaran tu
...hanya hantar borang yang telah diisi kepada
pengajar yangh mengajar anak
bungsu aku tu. Bila semua pelatih tiba maka
satu taklimat telah diadakan. Kemudian senaman sebelum
ujian telah diadakan. Sebelum tu anak anak dibahagikan kepada kumpulan
umur yang akan diuji...

berkumpulan...
berkumpulan
remaja...
 Masa ujian anak anak ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan anak anak
sekolah rendah dan juga remaja. Selesai semua latihan memnaskan
badan anak anak diasingkan iaitu remaja
di satu lokasi lain dan
anak anak sekolah rendah diasingkan di lokasi yang lain..

ujian berpasangan
ujian perseorangan...
perseorangan...
 Sebenarnya aku sendiri pun tak faham berkaitan bengkung silat ni. Aku pun tak pernah tanya pun kat anak aku berkaitan bengkung tu. Katogori katogori bengkung
yang aku maksudkan...jadi memang aku 'buta
huruf' dengan katogori bengkung silat ni....aku pun malas nak amik tau...
Aku memang galakan anak aku masuk aktiviti yang macam ni bukan sebab nak jadi
JEBAT atau TUAH tapi supaya dia lasak dan tak lembik je...maklum la biasanya
generasi 'game' ni lembik je sebab asyik tekan punat game je.
Jadi dengan adanya aktiviti lasak macam
ni sekurang kurangnya dia terlatih menjadi tegar, bersemangat
dan tak la asyik takut je....macam pom...opst!...pompuan sekarang ni pun
da lebih berani daripada lelaki......tak gitu....

berpasangan....
tamat...
taklimat setelah selesai...
Setakat yang aku lihat ujian tu mempunyai beberapa peringkat kalau tak silap..
ada yang secara kumpulan kecil dan ada yang berpasangan dan ada
yang secara bersendirian yang dilakukan oleh
peserta. Seorang penguji yang bertaraf guru silat kut
yang bertanggung jawab menguji peserta berkenaan. Peserta yang diuji 
bukan saja umur peringkat remaja tapi juga kanak kanak umur seawal
 empat dan lima tahun...


bergambar....
Ujian berkenaan tamat lebih kurang jam 11.00 pagi. Selesai ujian dan bila bersurai terus je balik ke rumah. Sebab anak tak berapa sihat maka taklah singgah memana 
untuk makan atau minum...balik je la...Tiba je di rumah anak aku
terus tidor je...letih kut dan mungkin sebab tak
sihat badan gak tu.....

Akhirnya, moga kita semua, tak kira siapa pun, sentiasa mendapat keampunan 
daripada ALLAH SWT dia atas SEMUA DOSA kita sehingga 
ke akhir hayat kita....

~ sekian ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...