Saturday, August 4, 2018

Sabtu yang serupa tapi tak sama...

Hari ni Sabtu, 4 Ogos 2018...sabtu memang sama tapi tak serupa....Awal pagi aku da hantar anak bungsu aku ke sekolah kebangsaan...pagi2 buta beb ...macam 
aku nak pi keje pepagi je. Aku dengan isteri aku pi hantar
anak aku tu sebelum 7.00 pagi.
tengok dari dalam kete je...
sebelum jam tujuh sekolah kebangsaan bangi...
...bas USIM da sampai...
Sampai je sekolah dalam 10
minit sebelum jam tujuh pagi. Anak aku ada program
untuk UPSR di Universiti Sains Islam Nilai. Program untuk menghadapi
pepereksaan. Program tu, hari ini dan esok, 2 hari. Dia orang bermalam  reramai kat kolej kediaman pelajar kat USIM tu. Sekarang ni IPTA cuti sem panjang
...maka universiti takde pelajar la masa ni....


duk dalam kete je...
anak bungsu....

Jumlah murid yang terlibat ialah
lebih kurang 120 orang. Banyak benda yang kami kena sediakan
semalam termasuklah biskut, roti dan makanan lain untuk alas perut masa senggang walaupun program tersebut sediakan makan dan minum. Ubat2 pun kami 
bekalkan termasuk ubat demam dan batuk yang kami dapatkan
daripada farmasi...beli laaa.........
assalammualaikum....

sebelum gerak
Tiba disekolah anak dan isteri aku turun
dan menuju ke dalam kawasan sekolah...aku cuma tunggu je
dalam kereta. Itu la resam aku sebagai suami...tak tau la suami2 yang lain...huhuhu...Aku tak tau apa yang mereka buat dalam kawasan sekolah tu...
Lebih kurang 45 minit bas USIM sejumlah 3 buah tiba. Anak anak diaturkan oleh guru2 untuk naik bas yang mana satu....

....foto cikgu hantar dalam wasapps....
....foto cikgu hantar dalam wasapps....
 Isteri aku je yang tengok anak aku naik ke perut bas berkenaan. Bila segalanya da selesai
...bas bas mula bergerak ke USIM. Kami diminta untuk turut serta dalam
program tu jam 10.00 pagi esok di USIM...aku bab bab
dengar syarahan dan ceramah ni memang
aku tak minat pun..memang tak minat langsung, rasa nak mengantuk
je...tu sebab aku kalau ada ceramah2 politik memang aku tak pernah pi pun
walaupun dekat kawasan aku sendiri....Walau bagaimanapun
sebab mengenangkan anak...aku macam kena pi
je esok kat USIM tu.......huhuhu...





parking...kat putrajaya...
Jam 9.15 pagi hari ini, jugak aku gerak ke Putrajaya
dengan isteri dan anak pompuan kami. Kami nak pi ke Pejabat Pendaftaran
Negara di Putrajaya. Kami pi sana sebab IC anak pompuan aku dah rosak dan nak tukar yang baru. Pelik aku...aku pun ada IC jugak tapi takde rosak pun...da bertaun
duk dalam dompet...macam mana dia orang boleh rosak IC tu.....


depan tu bangunan JPN
dalam bangunan...
dalam bangunan JPN
Tiba di Jabatan Pendaftaran Negara kami parking kete
dan terus tuju ke bangunan berkenaan. Masuk je terus naik tingkat atas.
Anak aku terus pi kaunter dan ambik nombor giliran. Staf kaunter suruh pi tunggu
di kaunter2 yang banyak tu. Tak perlu isi borang pun cuma gitau je
nak tukar IC yang rosak.


dalam bangunan JPN


Agak lebih kurang setengah jam la jugak
tunggu kat situ barulah nama anak aku dipanggil. Proses
ganti IC rosak tu perlu bayar 10rm ... ok la tu cuma bayar 10rm je...tapi kalau hilang
kena bayar banyak mungkin dalam 100rm kut kali pertama. Hilang kali kedua dengar cite nak kena denda 1000rm. Tapi belum diputuskan oleh kerajaan rasanya.....
Jadi harap jangan hilangkan IC tau......





Dalam masa aku tunggu anak dan isteri aku tu...
sempatlah aku tinjau kawasan dekat2 kaunter tu. Aku rasa pelik pen2 yang
ada disediakan untuk isi borang, ada yang dah rosak dan ada jugak tempat letak pen pun patah. Ada jugak pen tak dikembalikan ke tempatnya...haihhh macam2 la orang malaysia ni....Nampak sangat orang malaysia ni takde disiplin. Dia orang dah sediakan
pen untuk memudahkan urusan, dirosakkan pulak...rakyat malaysia
ni ada jugak yang biadab...
...ni masa tunggu kad siap...
..tunggu untuk tangkap foto pulak...semua online...mudah sangat sekarang ni.....lepas ni tunggu kad siap pulak...
...hak orang ramai patutnya atau sewajipnya dijaga...terutama oleh ibu bapa dan orang dewasa...parah
rakyat malaysia ni....
Sempat jugak aku tengok anak anak lukis
meja tempat isi borang tu dengan pen tersebut...diconteng2 pulak
meja tu. Segan aku nak candid...Bapanya macam buat tak tau je...Sepatutnya emak bapak yang patut larang
anak anak buat perkara yang tak baik macam tu...bapa2 patut bagitau..anak anak
kadang2 tak tau benda tu tak baik...emak bapak yang patut
sekolahkan anak anak tu....atau mak bapak dulu
macam tu kut...oopst! maaf eaaa...tapi bagi aku emakbapak patut sekolahkan anak2 tu..
sebab itu kemudahan awam bukan rete emak bapak atau datuk nenek dia orang.....haihhh....Sib baik aku takde mata superman kalau tak
senyap senyap aku bakar jari bapak budak tu dengan cahaya
mata superman aku...huhuhu.....opst!
masa nak balik...
masa nak balik...

masa nak balik...
perjalanan balik...
Berbalik kepada anak pompuan aku...akhirnya anak aku dipanggil ke kaunter untuk tangkap gambar....selesai je ...anak aku kata staff tu cakap dalam 11.15 minit IC
tu siap...wah! cepatnya... tak perlu pun tunggu
berhari hari untuk tukar IC yang rosak tu...Ini bermakna proses tu makan masa
lebih kurang sejam la....ok la tu...terbaik JPN.....

Jadi jam 11.15 kami pi ke kaunter untuk ambil IC...kaunter yang lain..bila nama giliran
dipanggil anak aku pun pi dan ambil IC dia. Selesai je 
kami terus balik ke rumah....balik memang ke rumah kan....kan...kan...huhuhu....

~ sekian ~

Moga kita SEMUA diampunkan oleh ALAH SWT atas SEMUA DOSA kita hingga ke akhir hayat kita...nikmat yang amat besar bila semua dosa diampunkan sebelum mati...


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...