Sunday, September 2, 2018

Aku keja hari ni...kemasukkan pelajar baru ukm...

Hari ni Ahad, 2 September 2018. Aku keje hari ni. Keje aku buat ialah rakaman atau liputan
video pendaftaran pelajar baru ukm 2018. Ia merupakan sesi pendaftaran
pelajar baru sesi 2018 / 2019. 

persada canselori...
sarapan
 Awal pagi lagi aku da gerak ke
Persada canselori. Semua berkumpul di sana untuk turut serta
bersama Tan Sri Naib Canselor dan semua Timbalan Naib Canselor untuk melawat
Fakulti fakulti dan kolej kediaman semasa pendaftaran pelajar baru
tersebut. Tan Sri NC dan TNC akan melawat
fakulti dan kolej2 kediaman pelajar
untuk menyantuni mereka yang datang ke UKM.
Kampus UKM di Kuala Lumpur pun ada lawatan TNC TNC yang lain di sana...

semua geng PKK..
posing belakang orang...maklumla orang belakang tabir...
Tiba di opis jam menunjukkan pukul
7.10 pagi...maknanya aku paling awal. Biasanya macam tu lah waktu aku tiba opis.. Aku terus bukak opis dan terus log in. Kemudian tiba pula sdr. Mad noor dan
 sdr. kamarul berikutnya...

Setelah selesai semuanya dan peralatan pun da amik, aku dan sdr. kamarul terus
je naik kete dan menuju ke persada canselori. Tiba di sana terus
parking kete dan masuk persada canselori.

Sedang duk di situ siti suraya datang
dan hulurkan beberapa surat kat aku...terima kasih...dia amik
dari opis kut...tak pasti aku...aku pun tak tanya....Kemudian muncul en mat noor.
Kami berdua amik sarapan dan makan di satu sudut....Sdr. Kamarul
da pi sarapan kat meje bersama staf2 ukm yang lain...

persada canselori...
lawatan tnc ke FSSK..
Lepas sarapan aku pi rakam suasana di laluan masuk 
ke ukm. Aku pi rakam kereta yang masuk ke ukm untuk hantar anak untuk
mendaftar. Setelah puas buat rakaman balik ke persada canselori. Tan Sri NC pun sampai
masa tu dan terus rakam. Selepas Tan Sri NC sarapan dia beri taklimat
kepada semua ahli rombongan sebelum melawat ke Fakulti 
dan kolej kolej kediaman.

Rombongan lawatan berkenaan
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Tan Sri NC
dan kumpulan TNC Dato' Marzuki. Kedua dua kumpulan tersebut akan melawat fakulti
dan kolej kolej yang berbeza dalam ukm. Akhirnya semuanya akan
berada di kolej burhanuddin helmi untuk
Sidang Media bersama Tan Sri Naib canselor jam 1.00 petang nanti....

kat FEP...belakang tu krew mcp nana...
kolej aminuddin baki...
Selesai pembahagian kumpulan, aku dan sdr. kamarul ikut rombongan TNC Dato Marzuki
sementara sdr. jasril ikut rombongan tan sri naib canselor. Aku dan sdr.
kamarul ikut rombongan tnc dato' marzuki ke fakulti
islam, fakulti sains sosial dan kemanusiaan
dan fakulti ekonomi dan perniagaan serta kolej kediaman aminuddin baki.

Semasa lawatan berkenaan, kami rakam sesi lawatan dan jugak aktiviti yang ada di fakulti dan kolej tersebut....Bukan saja lawatan tapi juga segala pergerakan pelajar
dan ibubapa serta pemudah cara dan sebagainya semasa
pendaftaran berkenaan berlangsung....

KAB
KAB
Kami jugak sempat menemubual beberapa orang pelajar dan ibu bapa semasa sesi
pendaftaran tersebut...Kami jugak sempat menemubual pengetua
kolej dan lain lain...Destinasi kami yang terakhir ialah
kolej burhanuddin helmi di mana sidang media akan diadakan...Kami tak ikut
rombongan lawatan tersebut ke setiap kolej dan fakulti yang terdapat
dalam jadual berkenaan....tapi kami pilih aje lokasi 
yang sesuai sahaja...

Masa buat rakaman berkenaan kami bersua dengan krew mcp kami yang bertugas di kolej dan fakulti memasing. Wati, syanana, haji sulimi, sdr. rosli dan lain2..
Tak lama lagi kami semua akan berkumpul untuk rakaman mcp
konvo di dectar pulak........pertengahan november..

lokasi sidang media
lokasi sidang media...
Setelah beberapa lama menunggu di kolej burhanuddin...akhirnya rombongan tan sri nc pun tiba. Dia tiba dengan rombongan motor2 besar dan dia membonceng salah
sebuah motor berkenaan. Aku tak sempat nak rakam
sebab tak nampak masa dia membonceng dan
tau pun dia akan membonceng motosikal...hahaha....apa boleh buat laaa....
Banyak jugak motosikal cc besar tuuu.........

Bagaimana pun sempatla aku rakam masa dia masuk ke kolej dan beramah mesra dengan pelajar pengambilan pertama kursus sains citra yang menginap di
kolej kediaman berkenaan. Berikutnya diadakan
sidang media bersama tan sri.

kolej burhanunddin helmi
merah dua orang tu rakan setugas...
Aku amik sikit footage aje untuk liputan berita.
Rasanya tak perlulah aku rakam penuh sebab fb ukm juga buat liputan 
penuh secara 'live'. Selesai je sidang media semua staf makan tengah hari. Selesai 
makan aku dan sdr. kamarul terus balik ke kete dan pi tinjau ke fakulti pendidikan, 
fakulti kejuruteraan dan juga ke pusat citra jika ada
 lagi aktiviti pendaftaran di sana.
Bagaimana pun semua tempat dan lokasi yang kami 
pi tu nampaknya da sunyi dengan aktiviti pendaftaran...Jadi akhirnya kami 
balik ke opis dan log out serta balik ke rumah.....tamat....

tan sri nc sedang berjumpa ibubapa dan pelajar baru...
tamat da tugas hari ni....
.............................................................................................

Waktu malam pulak, lepas maghrib, aku ajak isteri pi ke putrajaya untuk melihat bunga2
di floria. Sebenarnya kami da pi sana pada hari kedua pembukaan
floria ni. Tapi kali ini kami nak pi waktu malam pulak..
Sejak aku datang putrajaya saban tahun
untuk berkunjung ke floria ni...aku tak pernah pi waktu
malam...jadi malam ni aku ajak isteri aku pi waktu malam pulak. Kebetulan
malam ni merupakan malam terakhir floria diadakan, esok da tutup da...malam ni sampai jam 12.00 tengah malam aje.......


dataran masjid...
laluan utama putrajaya...
da dalam lokasi floria...
Sebaik selesai je maghrib kami terus siap dan mula gerak ke Putrajaya. Walau pun putrajaya sering jugak dikunjungi tapi aku perlu jugak bantuan pakcik
google map. Kami gerak dalam pukul 8.00 malam.
Aku ikut laluan biasa untuk ke putrajaya.
Aku pi dengan isteri dan anak bungsu aku...anak pompuan
aku da kembali ke arau untuk hadapi semester berikutnya di unimap.


floria....
floria..
floria..
Aku gerak ke putrajaya melalui jalan dengkil kemudian masuk melalui kolej vocational sepang dan kampung limau manis dan seterusnya masuk ke putrajaya.
Dari situ terus melalui alamanda dan seterusnya masjid putra
dan terus cari jalan ke floria. Cantik putrajaya
waktu malam...ramai orang kat dataran masjid tu. Ramai jugak yang
berbasikal waktu malam, pompuan pon ramai yang berbasikal aku tengok....
Macam kelihatan putrajaya ni hidup waktu malam....tenang aje aku tengok suasana
putrajaya waktu malam...tak sibuk....sesuai jugak untuk riadah waktu malam
....ramai jugak yang berjoging waktu malam di sekitar jalan utama
kat putrajaya tu....


floria..abaikan yang seluar pendek tu...
floria..sesak aje untuk posing...
cantik kan waktu malam...
Aku cari lokasi floria tu dengan googlemap...aku ni jenis sukar nak ingat jalan...takpe la kan..asal jangan lupa jalan ke syurga...hahaha..kan gitu....
...memusing jugak la kat putrajaya tu
baru la jumpa lokasi floria...kalau takde google map payah jugak
walaupun putrajaya tak sibuk langsung. Tiba lokasi
floria terpaksa cari tempat parking.
Banyak jugak pengunjung malam ni...banyak kete yang
di parking bukan saja tempat parking tapi di tepi tepi jalanraya jugak.
Setelah puas memerhati parking lot ...akhirnya aku parking di lokasi aku parking masa
mula2 datang ke sini pada hari kedua pembukaan floria ni.......

floria..
floria..
floria..
 Masuk je parking terus cari ruang untuk letak kete...makan masa jugak cari ruang sebab kete banyak....terpaksa masuk jauh ke dalam sebab ruang hampir dengan
 jalanraya penuh dengan kenderaan. Dapat ruang terus aku
 parking dan mula menapak ke lokasi floria tu...dalam 500 meter kut...
Disebabkan waktu malam dan sekitaran yang dingin maka tak terasalah
panas dan berpeluh walaupun menapak jauh gak tu....

floria..
floria..
floria..
 Ramai jugak orang masa menuju ke kaunter tiket tu...aku ingatkan dah malam akhir ni takde  ramai lagi yang berkunjung...rupanya sangkaan aku macam meleset je
...masih ramai yang datang ke situ. Tiba di kaunter tiba2 aku
didekati oleh sepasang suami isteri bersama
baby menghampiri aku. Mereka tawarkan tiket masuk
yang murah daripada di kaunter. Dia kata dia ada tiket lebih dalam tangan.
Aku fikr sebentar...aku kena fikir gak, mana la tau kalau2 orang tu menipu kan, tak gitu....
Bila aku ambil keputusan nak beli daripada dia, isteri aku pulak da beli tiket
dari kaunter..hermmm....jadi....niat nak beli tiket murah kat
pasangan tu terbantut....Harga tiket kat kaunter
untuk dewasa 15rm dan kanak2 10rm..
Kalau beli kat pasangan tu cuma 10rm aje.......apa boleh  buat laaa....


floria..
booth jualan...
booth jualan..
 Dapat je tiket, kami terus je masuk ke dalam kawasan floria tu...Ramainya manusia
kat dalam tu. Memasing posing kat lokasi menarik kat dalam tu...
Ramai sangat orang...Waktu malam nampak cantik dalam
floria tu...maklumlah penuh cahaya yang pelbagai warna, yang menyuluh
bunga yang pelbagai warna...tentu cantik kan.....Kami merayau aje la dalam kawasan tu
dan aku macam biasalah snap foto keadaan dalam kawasan floria tu...
Aku rakam jugak la isteri aku dan anak aku...ye la kan...itu kenangan setahun sekali....

floria..
bahagian jualan bunga hidup...
floria..
 Setelah puas merayau dan berposing di lokasi lokasi dalam tu...kami pun masuk dalam khemah hawa dingin yang kami terlepas masa kami masuk pertama kali dulu tu...
Oh! rupanya dalam khemas tu penuh dengan booth jualan macam
macam...keychain...baju...lukisan dan sebagainya....
insuran pon ada....hahaha....


floria..
food truck
nak kuar da niii....
Puas berlegar dalam khemah hawa dingin jualan tu akhirnya kami keluar dan pi ke bahagian jualan bunga bunga hidup pulak....Merayau aje kat situ...isteri aku
 tak beli pun...mungkin mahal kut...gamaknya...aku pun tak tanya...
Tapi kalau penjual tu jual murah tentu lama da abis kut...sepatutnya jual murah
la sebab da malam akhir pun....Apa boleh buat la barang dia kan......Kalau barang kita
tentu kita pun fikir untuk jual murah atau tak...kan...kan...kan...

nak kuar da ni....
Selesai merayau dalam tu..maka kami pun mula bergerak ke luar untuk balik. Menapak lagi untuk pi ke parking lot. Dalam perjalanan ke parking isteri dan anak pi beli makanan.
Dia orang beli air, kacang rebus dan cempedak goreng...cempedak goreng
8 biji 5rm. Kalau manusia ramai macam tu apa aje dijual
tentu laku punya...memang laris........
Bila tiba je di kete terus masuk...idupkan enjin dan
gerak cari jalan keluar...jalan keluar yang kami ikut masa kami datang
kali pertama dulu tu....Kemudian terus je balik melalui jalan lain iaitu jalan melalui PICC
tu.....Tiba di rumah lebih kurang jam 11.00 malam....

Akhirnya...aku doakan kita semua, tak kira sape la, sama aku kenal atau tak, sama
ada jauh atau dekat, tak kira la....moga kita semua akan mendapat 
keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa
kita....sesungguhnya tiada nikmat
yang lebih baik daripada keampunan PENCIPTA...bila tiada
dosa tentu kita akan ditempatkan di dalam SYURGA yang kekal tu.....tak gitu....

~   SEKIAN   ~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...