Monday, September 24, 2018

Cuti seminggu...

Hari ni Isnin, 24 September 2018....aku cuti hari ni...Aku cuti sebab nak urus anak aku kerana hari ni dia mula ujian UPSR...Pepagi lagi aku da hantar dia pi
sekolah....Biasanya dia naik van pi sekolah tiap2 pagi dan balik
tiap2 petang.....Masa exam ni aku tak tau sama ada
van ada atau tak...aku tak kisah la sebab
aku da cuti seminggu....memang cuti semata mata untuk uruskan dia masa exam ni...
.....aku boleh hantar dan ambil dia dari sekolah.
Pagi aku hantar sebelum jam 7.00 pagi dan amik jam 2.30
petang amik setelah dia tamat ulangkaji untuk paper esok pulak iaitu
paper bahasa inggeris.....jadi sampai hari khamis la tugas aku macam tu, hingga ujian tamat............

berbincang dengan serius ni....
lakaran mcp...
kami dari unit audia visual pkk
 Walau pun cuti aku pi gak keje sebab ada meeting yang penting gak untuk unit aku...cuti pun pi keje...kan aku da kata aku memang pekerja yg rajin....opst! hahaha...gurau 
je tu...walaupun memang betul aku rajin keje....kikiki......Sebenarnya
kami meeting dengan pembekal untuk alatan
sewaan masa majlis konvokesyen
ukm tak berapa lama lagi kat dewan tun abdul razak ukm.
Kami rasanya memang kena sewa alatan sepenuhnya tahun ni sebab alatan
rakaman multiple camera production kami dah lebih 10 tahun...jadi agak risau nak guna alat yang da berusia ni untuk program terbesar dalam kalender ukm setiap tahun
ni...Sebelum ni kami gunakan alatan rakaman yang lama...cuma
sewa dua atau tiga kamera aje....sebelum ni....da banyak
tahun da pun.....Kali ni kami tak berani nak gunakan alatan yang da berusia tu 
dah......dan berusia macam aku..kene pencen..
 Kami sewa buat sementara waktu sehingga kami dapat bajet untuk beli alatan yang baru...
Alatan baru bukan murah..mau jutaan ringgit jugak bajetnya....alatan broadcasting
memang macam tu....Kalau kita sewa untuk satu program lebih kurang
3 jam kita perlu keluarkan belanja lebih kurang 20K
untuk alatan MCP yang mengandungi beberapa buah
kamera........Memang macam tu bajetnya.....jangan pelik tau...
kalau korang rasa pelik tentu aku dapat detect korang memang jahil tentang
broadcasting ni....jadi...tolong la jadi ceredik sikit...kikiki.....
...statement ini pun gurau jugak...jangan amik ati laaa.....




Agak lama jugak kami berbincang dengan vendor tu sebab kami
nak dapatkan spesifikasi alatan yang penuh dan sempurna untuk majlis konvokesyen nanti.
Kami ingin sewa alat yang high end....kali ni pilih full hd....dipasaran
sekarang alatan da ada 4K....kami pilih format high end yang
kedua...itu pun da tinggi da tu......Mutu visual yang dihasilkan setaraf
dengan apa yang ditayangkan oleh stesen televisyen tu la...Kami sewa untuk 4 hari
sebab konvo berlangsung selama 4 hari dalam bulan november tu nanti....
Kami sewa alatan sahaja sementara krew kami yang akan
operate...dia orang sediakan krew untuk
jaga alatan berkenaan jika ada apa apa masalah berlaku
semasa majlis sedang berlangsung. Ini kali pertama kami sewa peralatan
sepenuhnya dan mungkin ini merupakan majlis konvokesyen
terakhir aku involve dalam keje keje rakaman
mcp sepanjang majlis selama 4 hari tu....Tahun berikutnya mungkin
aku dah bersara....da mohon option dah...dah tiga puluh tahun berkhidmat dengan ukm...
ok la tu kan.....

jam 3.00 petang...
...pengorbanan ibu bapa la ni...
masing masing tunggu emak bapak amik...
Tamat meeting jam 12.30 hari dan aku pun gerak balik ke rumah....sambung cuti balik...kikiki...Jam 2.30 petang aku jemput anak aku dari sekolah.
Aku pi dengan isteri....memang aku biasa macam tu...
Anak aku balik jam 2.30 sebab ulangkaji paper untuk ujian esok
 pagi pulak....iaitu BI....Malam nanti jugak dia kena pi tution kat pusat tution pulak
...mungkin ulangkaji jugak untuk paper esok...Aku memang kena hantar ke pusat tution dan mana2 tution yang ada termasuk tution di sekolah...Perlu aku  buat macam tu
sebab di rumah dia jarang sangat untuk buat ulangkaji...hanya harapkan
tution dan kelas sekolah lebih 80%....Pada aku...usaha tu da ada...selebihnya 
tawakkal sahaja...serah kepada ALLAH SWT. Guru2 pun berusaha kuat untuk anak 
anak murid mereka...adakan tution yg tak henti henti...adakan majlis2  baca yaasin dan solat hajat dan macam2 lagi...memang gigih mereka...memang nampak sangat 
mereka berusaha keras......Jadi kita sebagai ibubapa pun mesti sama2 
berusaha demi  untuk masa depan anak2....
Memang masa umur macam ni anak2 yang
sekolah rendah ni tak risau pun tentang ilmu ni...Kalau kita sebagai  ibubapa tak amik berat
...anak anak memang la akan hanyut....Yakin la bila mereka da besar dan bijak
berfikir tentu mereka akan dapat menilai sendiri kepentingan ilmu ni...
Andaikata anak anak kita tidak mencapai tahap cemerlang, walaupun kita dah berusaha
semaksima yang mungkin serta dengan doa dan tawakkal........
...tak perlulah risau pun.... masih ada ruang untuk dibaiki
di masa akan datang..... UPSR bukan penentu masa depan tapi untuk
menilai langkah pertama kanak kanak sebelum mereka melangkah lebih jauh lagi...Jangan
risau sangat la....ada individu yang tertentu akan menjadi lebih baik bila usia 
da meningkat..
...cuma kita sebagai ibubapa kena pandu mereka ke arah yang betul dan
yang sepatutnya.....jangan kecewa eaaa......
Peringkat yang lebih penting ialah di tahap SPM...itu permulaan langkah
sebenarnya anak2 hendak menuju ke mana........itu pandangan aku.......jangan terpengaruh sangat dengan pandangan aku tu....aku bukan bijak pun...masuk u pun dah umo
lebih 30 tahun....opst! apa boleh buat laaaa......masing2 punya rezeki....
yang penting kita jangan lupa bumi ni cuma jambatan untuk
pi ke akhirat...ingat tau........

Apa apa pun ...aku doakan anak aku dan semua murid2 yg amik upsr kali ni tak kiralah dia dari kelas pertama atau terakhir, akan memperoleh keputusan upsr yang 
cemerlang dan moga mereka semua menjadi manusia 
cemerlang di dunia dan di akhirat...

Tak lupa jugak aku doakan kita semua, kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia
akan memperoleh keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa
kita sehingga ke akhir hayat kita....Tiada nikmat yang lebih
baik melainkan mendapat keampunan
atas segala dosa kita.....

~ sekian ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...