Saturday, November 3, 2018

Melawat insan yang diuji ALLAH SWT..

Hari ni Sabtu, 3 Nov. 2018, hari cuti...memang la cuti kan...Aku duk aje kat rumah. Tapi isteri aku banyak pulak aktiviti dia...pepagi
aje dia da pi senamrobik...Balik senamrobik terus
pulak dia pi kelas agama berkitab
di surau jam 9.00 pagi...




Balik aje isteri aku terus masak untuk
makan tengah hari. Aku tak sedar pulak masa tu
tertidur depan tv. Masa cuti je la nak tidur kan...kan...kan...Isteri 
aku balik jam 11.30 pagi pun aku tak berapa nak sedar. Aku tersedar jam 2.00 petang. Kami makan tengah hari lebih jam 2.00 petang.



Isteri aku ajak pi lawat suami kawan baik dia yang sedang berada di wad hospital di Nilai Negeri Sembilan. Aku cuma angguk aje.
Mereka juga merupakan jiran kami di taman perumahan kami....
Lepas Zohor kami pi menuju hospital swasta
kat nilai tu. Kami pi bersama dengan
anak bungsu kami.....Anak lelaki kedua kami pi tengok Motor
GP di Sepang.....



Sampai aje di hospital tu, kami pun terus
 masuk. Catat nama dan maklumat lain kat buku lawatan
 depan pengawal kat dalam bangunan tu. Selesai aje, kami pun terus masuk lift. Tiba tingkat 3 terus cari wad tempat suami rakan baik
isteri aku tu. Jumpa bilik berkenaan dan terus
masuk. Suami rakan isteri aku tu
ada di katilnya....



Aku terus salam dan tanya kabar...tanya tentang sakit dia...Dia masuk hospital sebab jatuh kat bilik air dan luka ditangan...mungkin
serius lukanya...tu sebab kena duk diwad dengan
keadaan tangan disimen.....
Tak lama kemudian rakan baik isteri aku
pun masuk ke wad tu...Kami terus bersembang. Lama jugak
kami kat wad tersebut, rasanya...sejam lebih jugak. Macam macam yang disembangkan...Setelah agak lama kat situ, kami pun mintak diri untuk keluar. Kami tinggalkan hospital tu lebih kurang jam 5.30 petang.
Aku doakan semoga suami rakan baik isteri aku tu cepat
sembuh. Sesungguhnya kesembuhan tu milik ALLAH SWT, kita berdoa sahaja......



Anak bungsu aku ajak makan pulak. Kami singgah di Tesco Nilai.. Duk la kami kat food court tu dan order makanan. Ramai jugak orang kat
situ...mungkin sebab hari cuti kut...tu sebab ramai yang
ada kat situ untuk makan.....Selesai makan
terus aje balik......Selesai satu cerita......
Kalau tak silap tahun lepas pun aku pernah melawat suami
rakan baik isteri aku di hospital ini jugak...Tulisan aku tu boleh di baca



Akhirnya...moga kita semua, tak kira sama ada aku kenal atau tak, akan mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa
kita hingga ke akhir hayat...Tiada nikmat yang lebih
besar selain daripada mendapat keampunan
diatas segala dosa kita oleh ALLAH SWT....aamiiinnnn....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...