Thursday, November 9, 2017

Melawat insan yang dikasihi ALLAH SWT.

Hari ni, Khamis, 9 November 2017, lepas Maghrib ajak isteri pi
isi minyak kete. Biasanya aku kalau kuar memang akan ajak isteri aku walau
 ke mana pun, melainkan dia ada program sendiri..........Dalam kete terfikir 
pulak untuk melawat jiran yang ada di hospital berdekatan
kerana sakit. Hospital tu dari umah aku lebih kurang
16 kilometer je pun.................


dalam hujan...
nilai medical centre..


Jadi akhirnya ambil keputusan
pi melawat insan tersebut. Kami terus menuju Nilai Medical
Centre dalam keadaan hujan yang mencurah. Dari Bangi hingga ke Nilai
sepanjang jalan tu hujan je..... 
Tiba di hospital tu lebih kurang jam 8.45 malam kut.
Kuar kete terus berjalan menuju pintu masuk dalam hujan renyai renyai.
Kalau ikutkan peraturan atas kertas waktu melawat sampai jam
9.00 malam je. Tiba di pintu masuk terus jumpa pak
guard warga asing. Isi buku lawatan..
Pak guard tu tunjukkan ke arah
lift. Terus gerak ke lift, masuk dan tekan tinggkat 3.

arah lift..


Tiba tingkat 3, tanya nurse bilik pesakit, dia gitau, kami terus ketuk pintu
dan masuk. Dalam tu masing masing bersalam. Jiran aku tu
sedang baring atas katil sementara isterinya duk
di katil kecil yang boleh di transform kepada kerusi. Kami
bersembang. Aku tanya berkaitan keadaan penyakitnya. Berapa lama
masa pembedahan. Sakitnya macam mana dan sebagainya lagi. Aku tak
snap foto dalam wad tu sebab taknak melanggar etika tak boleh rakam foto pesakit...huhuhu...kalau aku snap pun...boleh jeee...
Wad yang dia duduk tu wad untuk seorang pesakit, maknanya
selesalah wad tersebut.
Kelihatan sekali sekala dia menahan sakit bila terbatuk, maknanya
sakit di tempat pembedahan tu. Kesian jugak melihat orang
yang sedang diuji oleh PENCIPTA ni....

masa dalam lift.....anak aku..
isteri aku....dalam lift nii...


Daripada apa yang aku baca, appendiks ialah struktur lebihan pada usus besar.
Tak pasti apa tugas appendiks ni. Tapi yakinlah apa yang ALLAH SWT 
ciptakan mesti ada gunanya. Ada pendapat yang mengatakan
apa saja makanan yang tidak boleh dihadam akan masuk
ke sini...contohnya biji cili ke, gamaknya....

Bila radang appendiks berlaku, ia akan bengkak. Bila bengkak
ia akan menghasilkan kesakitan kepada individu yang punya appendiks tu.
Tanda sakit appendiks ialah di sebelah kanan bawah perut. Pesakit juga rasa demam,
kembong. Sakitnya  berulang ulang...bila da teruk sakit tu boleh menyebabkan
pesakit tersebut tak boleh bergerak. Radang appendiks ni jadi
bahaya bila ia pecah. Bila pecah semua kuman, najis, nanah dan
kotoran dalam appendiks akan merebak ke kawasan usus.
Hal yang sedemikian amat bahaya. Cara yang
terbaik untuk mengatasi penyakit ini ialah dengan pembedahan.
Pembedahan akan membuang appendiks tersebut. Pembedahan mengambil masa
dalam dua jam, gamaknya dan ia boleh sembuh dalam seminggu...

gerak balik...
gerak ke luar hospital...


Setelah agak lama berbual bual dalam wad tersebut, kami minta diri untuk pulang.
Kami bersalaman dan aku ucapkan kepada jiran aku tu supaya cepat
sembuh. Kemudian kami keluar wad dan ditemani isteri
jiran hingga ke lift. Masuk lift dan turun...Tiba di bawah, kami terus pi
ke meja pak guard untuk sain buku keluar. Kami gi ke pintu satu lagi untuk
keluar kerana pintu yang kami masuk tadi da tutup. Keluar je
terus masuk kete dan bergerak balik.
Aku singgah di pekan nilai untuk isi minyak kete. Singgah je
terus isi..hermmm...terasa jugak bila rege minyak da naik kan....mungkin
kurang satu takuk drpd harga sebelum ini...kan...kan...
....apa boleh buat laaaaaa..............


stall burger ni da tutup, da abis...gerak ke stall burger yg lain...
Isteri dan anak kata lapar, jadi jalan yang paling mudah singgah je kat
stall burger. Beli 3 burger rege rm3.30....kut...Anak bungsu aku
pi beli ayam apa tah...aku pun da lupa......dia makan
dalam kete sementara isteri aku
tunggu burger yang di order siap. Anak bungsu aku lelap dalam
kete lepas habiskan ayamnya.......Siap je burger, isteri aku terus bayar dan masuk
kete, terus gerak pulang.....jam masa tu da pukul...hampir 11.00 malam.
Doa aku pada pesakit supaya dia cepat sembuh dan diterima ALLAH SWT kesabarannya
mengharungi ujian PENCIPTA. Aku juga berharap,
kunjungan aku dan isteri aku ke wad jiran aku tu dan lain2 perkara yang baik2 pada
 malam tu, ALLAH SWT kira sebagai ibadah dan amalan baik serta
diberi pahala...aamiinnn...


SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...