Friday, July 5, 2019

Cyberjaya aje..

Diari Daud - Hari ni Sabtu semalam Jumaat, 5 Julai 2019. Minggu ni menjadi rutin aku akan pi ke Cyberjaya. Ini minggu kedua aku sering pi ke Cyberjaya tu. Macam yang
aku kata itu hari, aku ke cyberjaya kerana hantar dan amik anak
aku dari sana kerana dia sedang ada Latihan Industri
di sebuah syarikat komunikasi di
cyberjaya tu....

jarak dan masa yang aku luangkan untuk cyberjaya...
Anak aku menjalani latihan industri
di sana selama 2 bulan setengah lebih kurang.
Jarak dari tempat tinggal aku lebih kurang 26 kilometer dan juga
mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke sana tapi sering berlaku
jem di sepanjang perjalanan lalu mengambil masa lebih kurang 45 minit..memang sering jemmm masa pi dan balik tu. Ada ketikanya tiba rumah lebih jam 7.00 petang..

Setelah lebih seminggu aku ulng alik ke cyberjaya tu
maka akhirnya aku sudah tak memerlukan google map untuk pandu aku pi dan balik dari cyberjaya tu. Aku dah mahir dah punnn....Aku memang amik masa yang lama jugak
untuk mengingati jalanraya yang aku lalui...memang amik masa
tu sebab aku jarang nak pi jauh dari rumah aku ..ekeke..
Masalah bila aku tiba ke menara tu ada
ketikanya sukar nak dapat
parking kat tepi jalanraya tu...penuh kete di situ dan yang
aku perhatikan ramainya foreigner yang ada disitu dan parking kat
tepi tu terutamanya bangsa arab, memang ramai betul dia orang kat sana
sebab mereka petang petang selalu aje lepak kat restoran arab di bangunan paragon tu. Kalau tak silap ada dua atau tiga restoran arab kat situ....

menara paragon
Pagi Jumaat tu, selesai aje aku hantar anak kat cyberjaya tu
maka aku pun mula gerak ke ukm pulak sebab aku nak panaskan badan dengan berjalan di pinggir tasek kejuruteraan ukm tu. Aku dah siap pun pakai track suit. Tiba aje
kat sana yakni ukm tu maka aku pun mulalah berjalan. Ada bebarapa
orang pekerja indon sedang buat keje bersihkan daun
di pinggir tasik tersebut. Aku sorang
aje yang panaskan badan
di situ...

Aku terus berjalan dan aku tengok jugak
ada beberapa  orang yang sedang potong rumput di sekitar tasik
tu...Kafe tepi tasik tu pun ramai orang aku tengok tapi aku tak berjalan keliling
tasik tu cuma berjalan ulang alik saja di pinggir tasik tu. Aku jugak jumpa dengan
Rachmat iaitu seorang pekerja indon yang bersihkan sekitar tasik tu. Sempat la beri salam kat dia tu. Macam biasa dia jawab dengan mesra. Tak sempat nak berbual sebab
aku masih lagi belum selesai berjalan....Lama dah aku tak jumpa dia
ni sebab aku dah lama tak datang tasek ukm ni..
aku sering pi tasek kat nilai tu....

tasek kejuruteraan ukm
Tak lama kemudian tiba pula sebuah mecedes mpv
dan parking kat parking lot di pinggir tasik tu. Sepasangan suami isteri kut, keluar dan
mula panaskan badan dengan berjalan ulang alik tepi tasik tu. Usia mereka mungkin dalam 40-an kut....melayu...Rasanya mungkin dia orang ni dalam bidang business kut.
Baguslah...ada jugak melayu yang berjaya dalam bidang macam tu
...aku teka aje...Rasanya memang orang business...kalau
orang bekerja tentu masa seperti ni jam
10.00 pagi tentu berada dalam
pejabat kut...Rasanya tentulah dalam business yang mana dia boleh masuk opis bila2
masa aje...

Aku ni bila da pencen aje memang takde apa yang nak dibuat jadi
aku amik masa lah untuk panaskan badan supaya takde la badan ni lesu aje bila
tiada digerakan. Masa keje dulu memang la pi sana pi sini masuk hutan bagai...Bila da pencen kenalah aktifkan badan ni jugak...kalau tak sihat pun sekurangnya
supaya sakit yang ditanggung tak menjadi lebih teruk kan...kan....
Lepas pencen ni memang aku rasa 'release' sangat otak
ni...seronok sangat... tak serabut...tak perlu penig pale untuk pi
meeting.....tak perlu
lagi nak fikirkan hal 'dateline' sesuatu
tugas pun...Tak perlu jugak
aku fikirkan hal bos2 kat atas dan tak perlu
jugak aku fikirkan hal berkaitan kakitangan2 di bawah seliaan aku
dan tak perlu lagi fikirkan berapa video yang perlu aku siapkan sendiri untuk
di upload ke youtube..tak perlu lagi fikirkan hal rakaman MCP atau SCP lagi....release sangat aku rasa otak aku ni...bebas dari sebarang tugas yang sentiasa
menyesakkan otak..hahaha...opst!

tak sampai sejam pun...
Sambung balik cite asal..setelah beberapa lama aku berjalan, dada aku rasa macam
agak sempit, sukar udara nak masuk, agak tak selesa. Belum pun sampai sejam berjalan aku dah agak semput pulak. Sebanarnya aku dah terlupa bawak ubat masa
kuar rumah tadi. Sepatutnya sebelum kuar rumah aku memang
sentiasa bawak ubat. Pagi ni terlupa. Aktiviti yang
memenatkan macam ini aku memang harus
bersedia dengan ubat.
Aku sebenarnya sejak kecil
lagi aku dah menghidapi sakit athmatic bronchitis
...hahaha...sengaja aku gunakan istilah perubatan macam yang doktor
selalu tulis dalam mc jika aku mohon mc bila sakit. Aku antara yang tak begitu baik nasibnya kerana terus mewarisi sakit ni sampai ke tua. Ada yang bernasib baik hanya ada penyakit ni masa kecik aje. Ada yang jugak tak bernasib baik, masa kecik
takde penyakit tu tapi bila dah tua timbul aje penyakit tu tetiba.

sekejap aje..
Sebenarnya dalam keluarga aku, aku sorang aje yang ada
penyakit ni...aku sorang aje...tapi datuk aku sebelah ibu memang ada
penyakit ni..begitu jugak adik bapak aku punyai penyakit athmatic bronchitis ni, makna
nya aku memang ada dna yang terdapat keturunan yang punyai penyakit athmatic ni...Jadi tak boleh buat pape la...harungi aje la...Ada hikmah ALLAH SWT bagi penyakit
ni, mungkin sebagai penghapus dosa dan sebagai penjana
pahala, tiada sape tau kan....La ni bila dah lama
aku melayani penyakit ni, aku memang dah tak sesal pun Allah Swt bagi sakit ni...walaupun aku sering berdoa supaya penyakit ni sembuh...aku ambil kesempatan
dengan berdoa kerana kita berdoa tu pun sudah mendatangkan
pahala...kalau ada rezeki sembuh, ALHAMDULILLAH..
namun, hikmahnya pasti ada..

3.98 Km aje...
Pengidap penyakit ni memang alah pada macam2
..pada habuk, debunga, bau yang tak menyenangkan, makanan tertentu dan sebagainya
...atau mungkin sebab penat berjalan dan mungkin juga sebab bau disel daripada
mesin potong rumput atau debunga atau habuk daripada rumput rumput
yang di mesin oleh pekerja yang potong rumput keliling
tasik tu...semua serba mungkin..
Macam mana pun aku la ni macam dah redha aje dengan sakit yang aku ada ni...dah tak kisah dah...
Tapi aku kena jugak jaga kesihatan sebab
bila dah kena serang penyakit ni memang tak selesa.....lagi pun penyakit
ni kalau tak di kawal boleh menyebabkan kematian apabila dah sampai tahap
kronik...jadi jangan terlambat untuk dapatkan rawatan jika sakit ni telah menyerang..Jadi aku terpaksa berhenti berjalan bila dada sudah tunjukkan aku dah mula
sukar untuk bernafas....Jadi jika sape2 ada penyakit ni sentiasalah
berwaspada....penyakit ni jugak boleh mencabut
nyawa jika lewat mendapat rawatan...

nak balik dah...
Jadi hari ni aku tak dapatlah habiskan
berjalan selama sejam tu...tak sampai sejam terpaksa
berenti. Dan aku pun duduk kat kerusi batu yang ada di pinggir tasik tu untuk
berehat. Rehat sat sambil lihat pasangan tadi sedang berjalan panaskan badan macam aku jugak di pinggir tasek kejuruteraan tu....
Sedang aku berehat tu seorang pekerja
indon yang dah berusia tu datang ke meje tempat aku duduk tu. Dia datang situ untuk makan bekal yang dia bawa. Sempat jeling bekal dia...Aku nampak ada nasi putih
dan ikan goreng dalam bekas dia tu, mungkin ada sayur jugak kut
tapi pandangan aku terselindung sikit...Dia pelawa makan tapi dengan penuh hormat aku tolak pelawaannya...Aku rasa macam
tak manis ada kat situ sedang dia menyuap
makanan namun sebelum aku beredar aku sempat jugak tanya
dia beberpa perkara. 

nak balek dah...
Ini yang aku dapat, dia berasal dari jawa timur, dia datang
sini sejak tahun 1982, sebelum ni dia pernah duduk merata rata. Sekarang dia sewa bilik berhampiran dengan hentian kajang...sewa bilik rm250 sebulan. Pernah tinggal
di nilai. Isteri dia pun turut bekerja. Anak punada di sini. Kebun di
jawa timur dia beri orang lain jaga dengan pembahagian
hasil mengikut yang dia orang setuju.
Maknanya dia sampai ke sini 1982 aku mula tinggal di bangi 1983..dia lebih dulu duduk di sini....Lupa nak tanya umur tapi aku tengok mungkin lebih senior daripada aku
rasanya kut...
Akhirnya aku tinggalkan pekerja indon tu melayang seleranya dan jugak pasangan
tadi menghabiskan sesi panas badan mereka...aku mula gerak ke bangi...

Sebelum aku ttutup tulisan ni aku doakan moga kita semua tak kira sape pun akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan semua dosa kita hingga ke akhir
hayat kita semua...InsyaALLAH...dan jangan lupa kita
selalu doakan supaya kedua ibubapa
kita dan kedua ibubapa mentua
kita diampunkan oleh ALLAH SWT akan semua dosa
mereka, diluaskan kubur mereka, dibukakan salah sebuah
pintu syurga ke kubur mereka hingga ke hari kiamat serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah...

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...