Friday, July 12, 2019

Catatan minggu ni..

Diari Daud - Hari ni Jumaat,12 Julai 2019...macam biasa la, hari hari pi Cyberjaya. Aku pi sana sebab hantar dan amik anak pompuan aku yang buat latihan amali di sana.
Pagi hantar, petang amik. Itu la keje orang yang dah pencen ni.
Minggu ni dah minggu ketiga tugas aku hantar
dan amik anak ni. Letih jugak
rasanya, maklum la da tua...eh! ye ke tua...hahaha...opst!..pi aje 
da 28 Kilometer dan balik pon sama. Kira la kalau aku hantar dan amik, tentu lebih 100 Km kan sehari....Anak aku buat latihan amali tu lebih dua bulan, maknanya
banyak minggu lagi la aku kene ulang alik ke cyberjaya tu....
  
bangi - cyberjaya
menara paragon
Sekarang ni aku dah tak perlu lagi dah pertolongan
pakcik googlemap tu sebab aku dah hafal dah jalan pi dan balik dari cyberjaya
tu. Cyberjaya ni pelik sikit sebab takde satu pun signboard yang menunjukkan arah sesuatu lokasi atau bangunan yang nak dituju..hanya bergantung pada google map atau
waze aje kut...Jenuh aku cari papantanda tapi habuk pun tarak....
memang betul la bandar ni bandar cyber, semua online
aje tapi wifi free takde pulak tu...huhuhu.....

Sekarang ni aku dah ikut jalan lain pulak pi dan balik dari cyberjaya
tu. Tak ikut pun jalan yang mula2 pi cyberjaya tu...Aku tak lagi guna jalan melalui
desa pinggiran tu...aku guna jalan melalui dengkil sekarang ni. Jalan tu agak jauh sikit iaitu lebih 2 kilometer jauhnya tapi ia kurang jem kalau lalu ikut tu. Jem cuma kat bangi
lama aje. Kalau lalu desa pinggiran tu jemnya banyak tempat dan letih
tekan clutch dan tukar gear serta selalu kena tekan brek...
Jalan lama tu jem kat sempadan
putrajaya, jem kat desa pinggiran dan jem jugak kat jalan bangi lama tu....minyak pun guna lebih kalau sering aje jem...tak gitu....

cyberjaya
cyberjaya - ukm
Hari jumaat ni, lepas hantar anak ke cyberjaya, aku terus pula ke tasek kejuruteraan ukm sebab aku kena panaskan badan kat sana...Berjalan aje pun di tepi tasik tu selama
sejam...memang aku akan berjalan selama sejam kat sana...Sebaik saja
aje tiba kat trek di tasik tu...terus berjalan...Aku buat selama
3 hari seminggu, jadi seminggu
bermakna aku telah berjalan selama 3 jam lebih. Itu yang doktor sarankan sekurang kurangnya 3 jam setengah seminggu untuk buang kalori yang kita amik
hari hari tu untuk dimasukkan ke dalam perut kita tu.....
Masa aku hantar anak aku
ke cyberjaya ni, aku memang pi ke ukm aje sebab dekat.
Masa tak hantar anak dulu, aku selalu berjalan di tasik ujana kat nilai tu hari hari.
Dah lama sebenarnya aku tak berjalan kat tasik ukm ni apabila aku sering ke tasek kat nilai impian tu....La ni aku mula balik kat ukm sebab aku hantar anak ke
cyberjaya. Kalau latihan amali anak aku dah tamat
di cyberjaya tu, aku akan kembali semula ke tasik kat nilai tu untuk aktiviti berjalan tu......

Jumaat
Jumaat
Hari ni, Jumaat, lepas hantar anak......aku terus ke
ukm ikut jalan desa pinggiran putera tu. Tiba di ukm terus aje berjalan kat
trek tu. Aku berjalan ulang alik aje dan tak lalu pun depan cafe tepi tasik tu sebab malas nak
bersua dengan kengkawan yang sedang sarapan kat sana jika ada. Lagi pun kalau
aku jalan keliling trek ada bahagian trek yang takde pokok dan panas
matahari tentu akan mencucuk cucuk kulit nanti....
Aku jugak sempat sapa pekerja indon yang bersihkan sekitar tasek tu... dah lama tak jumpa dia orang tu...ingat nama rachmat tu. Aku pernah sembang dengan dia.
Sempat aku bagi salam ketika berselisih dengan dia masa
aku berjalan tu. Sempat jugak tegur wak jawa
yang aku kenal jugak kat situ.

3 Julai-Isnin
3 Julai-Isnin
Bersua jugak dengan biawak air
yang sedang telan sesuatu tepi tasek tu...biawak tu macam
tak takut aku aje...entah apa yang ditelannya tepi tasek tu. Sebenarnya ada
biawak air yang sangat besar di situ dulu...yang aku jumpa ni kecik sikit mungkin anak atau cucu yang si berbadan besar tu kut...Terdapat jugak beberapa ekor burung bangau
yang sering menjadikan tasek tu tempat mengintai rezeki tiap2 pagi.. Isnin
yang lalu aku pi tasek tu dengan anak bungsu aku lepas
hantar anak pompuan aku...aku berjalan di tepi tasek tu, dia pulak main roller skate.

Rabu
selesai berjalan..Rabu
krew PKK ...sedang buat keje-Rabu
Hari Rabu lepas pun aku datang tepi tasek
tu....dan.......tak sangka sangka dan tak semena mena dan tak dirancang
serta tak diduga jumpa dengan rakan se opis aku dulu...dulu la...sekarang ni dah pencen....
Dia orang buat keje kat tepi tasek tu. Shoot foto untuk pemasaran kata dia
orang...Aku jumpa shiddan, aku jumpa ikhwan, aku jumpa izwan,
aku jumpa miza dan aku jumpa dengan siti. Dia orang
sedang buat sesi shooting foto untuk bahagian marketing ukm...
Seronok rasanya aku jumpa sahabat lama macam mereka tu, kami bersalam...
masa aku jumpa dia orang masa mula2 tiba di tasik tu...Aku jumpa miza setelah aku selesai berjalan ulang alik kat tepi tasek tu.......uh! rasanya macam rindu pulak dengan dia orang ni...opst! jangan silap tafsiran, rindu sebagai rakan rakan...betoi arr...
bukan rekaan...Seronok jumpa dia orang ni sebab lama
dah tak jumpa lepas aku tinggalkan ukm sebagai pesara pada 1 April 2019 lalu.

aku, shiddan, ikhwan & miza
miza & izwan
ikhwan, izwan, siti & student..
Selesai aku berjalan sempat la sembang dengan miza dan siti
serta bertanya kabar hal opis...hahaha...Miza kata aku dah putihhh...cis! miza
ni memang agak lepas mulut dia....hahaha...tapi aku tak kisah pun...sebab memang
dari dulu aku memang putih punnnn....hahahahaha...ooopst! ....Sempat la kami berposing sakan kat tepi tasik tu. Sempat la jugak aku rakam dia orang sedang buat keje kat situ....Alhamdulillah...dapat jugak jumpa dengan dia orang...ok la tu...
Dengan yang lain2 bila pulak nak jumpa arrrr.....? 
Seronok tau jumpa rakan2 lama bila lama dah tak jumpa.....tak percaya
cubalah rasa masa korang pencen nanti...hahaha..tapi tu la...korang pencen bila...? hahaha.... Sempat ke korang pencen...hahaha....ooopst!
Aku jugak sempat lambai tangan kat azrul khaidir yang kebetulan
lalu kat tasik tu. Dapat tau dalam FB, sdr. kamarul kata nampak aku sedang berjalan di tasik tu...jenuh dia orang lambai...dia orang sarapan kat cafe tepi tasek tu...aku memang
tak sedar pun dia orang lambai.....

rabu - 5 julai
Rabu - 5 Julai
Hari ni, Jumaat, selesai aje berjalan aku pun mulalah tangkap gambar dan selfie kat sekitar tasek tu. Akhirnya aku duduk kat tempat duduk batu di pinggir tasik tu. Wak dan
sorang lagi pekerja indon sedang sarapan bekal makanan mereka
di situ. Dia orang baru selesai pun masa aku sampai tu. Aku duduk dan tanya
wak tu, umur dia berapa...Wak kata umur dia 67
tahun...wah! masih kuat lagi dia
buat keje. Wak ni lah yang aku citekan dalam entry lepas.
Wak tu asal dari jawa timur. Pekerja indon yang bersamanya baru berumur 20
tahun dari madura. Madura pun dalam jawa timur. Budak muda tu memang bangsa madura
manakala wak tu jawa. Wak tu boleh berbahasa jawa dan madura. Jauh dia
orang merantau cari rezeki kan...Wak tu dah datang sini sejak
tahun 1982 lagi. Anak dia ada dua orang aje...sorang
kat sini dan sorang lagi kat indon...
Wak tu kata Jakarta di Jawa barat bila aku tanya Jakarta kat bahagian mana.....

Jumaat
aku, rachmat & wak
aku & sdr. madura
Tak lama kemudian rachmat pulak join sama kat meja tu.
Dia makan bekalan yang dia bawa. Dia pelawa makan, aku tolak dengan hormat.
Kaya adab kita bangsa melayu nusantara ni kan...Wak dan anak muda tadi beredar untuk teruskan keje dia orang. Tinggal aku dengan rachmat aje. Kami bersembang sebentar.
Aku tengok ringkas betul sarapan mereka....Kemudian aku minta
diri untuk beredar dari tempat tu. Sebelum balik
sempat aku amik beberapa biji buah
Tin yang ada berhampiran...aku amik yang hampir masak. Buah Tin ni
ada disebut dalam al quran. Aku makan sikit isi buah tin tu...agak manis sikit...manis sikit aje sebab buah tersebut belum cukup masak sangat pun....Kemudian aku terus
beredar balik ke Bangi Lama.....

pokok tin
buah tin close up
blur pulak dah...
sejam 5 kilometer
Sebelum aku tutup nukilan aku ni...aku ingin doakan kita semua tak kira sape la, moga ALLAH SWT ampunkan segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua dan jangan lupa doakan selalu sangat supaya ALLAH SWT ampunkan segala dosa kedua
ibubapa kita dan ibubapa mentua kita serta ALLAH SWT luaskan
kubur mereka, serta dibukakan salah sebuah pintu
pintu syurga ke kubur mereka hingga
hari kiamat serta moga ALLAH
SWT masukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah....aamiinnnnnnnnn....
Jangan lupa jugak doa kebaikan untuk jiran2 kita dan kaum muslimin muslimat seluruhnya...Jangan lupa jugak doakan hidayah untuk non muslim...
takkan nak biarkan mereka semua KEKAL DALAM 
NERAKA....kan....

~~~~~~~      SEKIAN       ~~~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...