Monday, July 29, 2019

Semalam dan hari ni...

Diari Daud - Semalam Ahad...hari ini Isnin...Semalam Ahad 27 Julai 2019. Semalam hari cuti, bukan aku yang cuti tapi orang yang masih keje la...aku da pencen memang
takde cuti pun..Semalam aku hadir kenduri doa selamat kat rumah
kakak ipar aku dan biras aku di kampung Abu Bakar
Baginda. Isteri aku dah ada kat rumah
kakak ipar aku sejak Sabtu
lagi...
Isteri aku tu terus tidur kat
rumah kakak ipar aku tu lepas dia pi kenduri
kawin anak kepada anak sedaranya di batu Cave tu, anak jefri...
Aku tak pi pun tapi hantar isteri dan anak aku pi rumah kakak ipar aku tu dan tumpang
dia orang untuk hadir kenduri anak kepada anak sedara isteri aku tu...Aku tak pi punnnn...nape aku tak pi...kalau itu soalannya...aku macam takde
jawapan aje rasanya...Haihhhh...aku memang susah
sangat nak hadir majlis kenduri kawin ni...
tak tau nape...melainkan kalau aku sendiri yang kawin..opst! hahaha...itu gurau je....
jangan simpan dalam fikiran eaa...

semua ni sedara mara, ipar duai kakak ipar aku....
majlis doa selamat...
kiri tu abang ipar aku encik akhir, atas kerusi, biras aku dari banting, Pian dan kanan sekali
tu sepupu isteri aku dari taiping...rasanya la...aku tak pasti sebab aku tak bertanya...
 Isteri aku dah awal2 pi rumah kakak ipar aku tu sebab dia kata nak bantu apa apa kerja yang perlu untuk majlis kenduri tu...Majlis kenduri tu merupakan majlis kenduri doa
selamat sebab kakak ipar aku dan biras aku tu tak berangkat
menunaikan ibadat haji. Mereka akan naik flight
pada 4 Ogos nanti....alhamdulillah...

Aku gerak ke rumah kakak ipar aku
tu jam 12.00 tengah hari bersama anak pompuan aku.
Tiba kat sana jumpa pulak dengan abang ipar aku, Encik Akhir yang sedang
goreng ayam...bersalam dengan dia...Bila jiwa dah tua ni aku agak rasa seronok jumpa sedara mara ni...tapi tulah aku ni jenis malas nak jenjalan jumpa sedara mara..
aku lebih selesa merap kat rumah....
Isteri aku nampaknya bantu abang dia goreng ayam tu...
Aku masuk rumah dan jumpa dengan tuan rumah serta suami kakak ipar aku...macam biasalah kami terus
bersalam. Lepas tu aku dah tak tau nak buat apa dah...duduk aje la sebab memang aku ni jenis tak berapa nak pandai bantu membantu dalam keje keje majlis
majlis macam ni...Sedara mara yang lain atau biras2
aku yang lain masih belum nampak
lagi masa ni...Aku duduk
aje la sambil lihat screen hp...layari FB dan sebagainya....

kak siah, encik mi dan anak beranak yang lain2...
saja je amik gambar dari bawah nak tunjukkan janggut orang pencen aku tu...malas nak cukur..tu
sebab macam tu...da pencen padahal kan...hahaha...
memasing menjamu selera...

Tak lama kemudian tiba pulak biras aku dari banting, Pian...kami bersalam dan aku pun ikut keluar rumah untuk tengok2 aje keadaan di halaman tu...tempat dia orang
goreng ayam tu...Macam2 sembang kat sini tambah pulak
dengan kehadiran biras aku dari banting
tu...macam hidup pulak suasana ketika itu bila biras aku tu muncul...hidup sikit suasana ketika tu....Kami sempat jamu selera tengah hari tu....
Masuk waktu zohor kami pi solat jemaah di surau kampung berkenaan.
Selesai solat kami kembali ke rumah. Tak lama kemudian jemaah surau tiba untuk majlis
doa selamat di rumah berkenaan...Selesai doa selamat jemaah yang hadir
dijamu dengan makanan tengah hari.
Dalam majlis ni aku sembang sakan dengan Man anak Kak Siah yang tak pernah terjadi pun sebelum2 ni....panjang jugak sembang kami...hahaha....

berbual lepas makan...anak sulung kami, isteri aku dan anak serta menantu dan sedara mara isteri aku...
isteri aku dan cucu kami...
ni masa dah hujung2 majlis...
Menjelang petang masing masing minta diri untuk pulang...Sedara mara yang hadir termasuklah encik akhir dan isteri...anak dia dila dan khusairi bersama
isteri. Anak anak kak Saba...jefri dan isteri yang baru terima
menantu hari Sabtu tu, Falizah dan anak2
...Yusairi...Kak Siah dan anak serta menantu...Rahim dan Man...Biras
aku dari Banting...Pian dan adik ipar aku Asmah serta semua anak anak...Anak Saadiah iaitu Sazni bersama suami dan anak2...Anak sulung
aku pun ada sama bersama menantu kami dan cucu...sekejap aje aku
da jadi tua tapi tu lah masa kecik dulu aku terfikir
macam mana orang tua2 berfikir...tapi bila aku sendiri dah tua
aku pun tak tau rasa cara berfikir orang tua...macam takde beza aje...macam mana agaknya orang lain...hahahaha...opst!...Yang bezanya risau nak mati sebab dah tua..risau kalau kalau amal untuk bekal ke sana tak cukup...tu yang duk bimdang tu...

menantu dan cucu...
aku bersama menantu dan cucu serta anak pompuan aku...
Menjelang waktu petang secara beransur ansur sedara mara dan hadirin
minta diri untuk pulang...Sedara mara yang lain dah pulang mungkin kami yang terakhir kut dikalangan sedara mara isteri aku. Aku bersalam dengan yang harus untuk
aku bersalam. Isteri dan anak2 aku jugak turut sama bersalam.
Sebelum melangkah sempat la jumpa kakak ipar aku
tu...kami ada di depan dia...Sempat dia
doakan aku moga dapat pi Mekah tahun depan...dalam hati aku
hanya aminkan aje la...tapi macam mana nak pi sebab aku pun belum pi kursus
haji pun...isteri aku dah dua tiga kali pi kursus aji tu...aku masih belum hadir satu kursus pun...Lagi pun giliran kami masa daftar ialah 2070 lebih...kalau ikutkan tahun daftar tu....macam 3 atau 4 kali hidup mati hidup mati baru boleh pi...Tapi kan...
kalau ALLAH SWT nak kurniakan rezeki untuk
aku pi haji memang akan pi jugak...dan kalau ALLAH SWT kurniakan rezeki
aku meninggal kat sana lepas selesai tunaikan haji dengan sempurna tentu lagi besar nikmatnya kan...kan....
Untuk kakak ipar aku dan biras aku abang Kamal tu...aku doakan mereka
berdua akan peroleh HAJI yang MABRUR...dan bahgia mereka rohani dan jasmani, dunia hingga ke syurga...aamiinnn......Begitu jugak dengan semua muslimin dan
muslimat yang pi menunaikan haji ke sana tu...moga ALLAH SWT
kurniakan haji yang mabrur untuk semuanya....tiadak
mustahil ALLAH SWT kurniakan semua dengan haji yang mabrur sebab DIA MAHA BERKUASA
dan dia yang berhak memberi rezeki kepada sesiapa aje....kan...kan...

tasek kejuruteraan ukm...
sekitar tasek
ada pemancing tu...
HARI ni ISNIN...29 Julai...macam biasalah...lepas hantar anak LI di Cyberjaya, aku terus aje pi UKM untuk panaskan badan di sana. Jam 9.15 pagi aku tiba di ukm tu. Terus aje
aku berjalan ulang alik selama sejam di sana. Aku tengok ada orang
sedang memancing kat tasik tu walau pun dilarang
memancing...Tapi tu lah signboard
dilarang memancing cuma dalam bentuk kertas kecik
yang dilaminat aje...payah nak nampak...alangkan singboard besar pun orang tak
kisah inikan pulak kertas laminate lagi lah orang tak kisah punnn...

sekitar tasek
posing sat..
tasek...
Selesai panaskan badan selama sejam maka aku pun berhenti dan
duduk di kerusi batu yang ada dipinggir tasik tu bersama Wak Jawa yang sedang berehat
sebentar sebelum mula keje kembali...Kami cite macam2...Dia yang banyak cite
aku cuma tekun mendengar aje...Banyak pengalaman dia ni...
Lebih kurang 20 minit jugak kami bersembang.
Dia cite kalau rezeki kita sukar
jangan keluh kesah...sabar bebanyak..
doa aje secara senyap kepada ALLAH SWT.
Tentu akan ada yang membantu...itu pengalaman dia sendiri. Dia pun kata
kalau nak masuk hutan baca AL FATIHAH 3 kali sebelum melangkah masuk ke dalam hutan. Kami cite tentang hutan tu sebab aku memang berada di tepi hutan ukm pun. Masa yang lalu aku dengar ada ayam hutan yang berkokok lebih kurang seminit dalam
hutan tepi tasek tu...situ memang hutan ukm pun....
Aku tanya wak tu, raya haji balik ke...dia kata tak...Aku tanya kalau balik
sana naik apa...dia kata naik air asia...kalau yang naik feri kat melaka tu....dia tinggal
di Jawa Timur......masih kuat buat keje walau dah umur 67 tahun....moga ALLAH SWT permudahkan urusannya mencari rezeki.....

Setelah agak lama bersembang wak jawa tu mintak
diri untuk sambung keje membersihkan sekitar tasek berkenaan. Sementara aku terus masuk kete dan gerak balik ke rumah...

aku dengan wak jawa tu
nak tunjuk janggut lagi...hahaha...
5KM...ok la tu...
 Sebelum aku tutup tulisan aku ni...macam biasalah...aku doakan kita semua, tak kira sape la...akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan segala dosa kita hingga ke akhir hayat
kita semua dan jangan lupa sentiasa doakan ibubapa kita dan ibubapa
mentua kita setiap lepas solat supaya mereka semua
diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala
dosa mereka, diluaskan kubur
mereka, dindarkan daripada siksa kubur,
siksa akhirat dan siksa neraka, dibukakan salah sebuah pintu syurga ke
kubur mereka hingga hari kiamat serta dimasukkan mereka semua ke dalam
syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah yang kekal abadi........
Jangan lupa jugak doakan untuk kebaikan jiran2 kita serta semua kaum muslimin dan muslimat dan jangan lupa jugak doakan orang2 non muslim akan mendapat
hidayah ALLAH SWT....kesian kan kalau mereka mati dalam kafir
yang akan kekal dalam API NERAKA...
......kesian kan...

untuk beberapa hari...


~~~~~     SEKIAN     ~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...