Monday, August 5, 2019

Dulu semalam, semalam dan hari ni...hahaha..opst!

selamat menyambut hari raya haji tak lama lagi..
Diari Daud - Dulu semalam Ahad, 4 Ogos...hari ni Selasa, 6 Ogos 2019...lepas aku hantar anak pi cyberjaya aku pi pulak bengkel kete kat taman aku untuk ganti
hos radiator yang dah agak tak ok lagi tu...Semalam aku
pi jumpa bengkel tu dan dia kata nak buat hari
ni jam 10.00 pagi. Sampai kedai terus
aja jumpa tokeh kedai
tu...Kalau ikutkan, aku memang suka pi
bengkel melayu tapi aku dah kena dengan bengkel
melayu ni...kete yang dihantar tak benar2 sempurna dan layanan kat pelanggan
tak berapa aku berkenan...sepatutnya pelanggan kena layan macam cina layan bukan nak lebih2 layan punnnn...Walaupun aku tau ramai cina yang menipu melainkan
yang dah islam.....tapi disebabkan bengkel melayu ni macam
berat tak berat aje bila pelanggan melayu
datang ke bengkel jadi aku dah
malas dah nak berurusan dengan bengkel melayu ni...maaf la ye...walaupun
aku memang tak suka kaum yang lupa diri tu tapi keje mereka
perfect ... walaupun...mungkin dia orang menipu...
Yang aku cite tu bengkel melayu kat sini bukan tempat lain
la...tapi bukan semua bengkel melayu....sebab aku pun pernah
baiki kete kat sebuah bengkel melayu aje...tapi bila aku sembang dengan rakan2
masa belum pencen dulu...pandangan mereka pun macam tu la
pada bengkel melayu tapi tak tau sekarang ni
adakah mekanik bengkel
melayu dah baiki service mereka tu...tak pasti pulak tapi
yang pasti aku memang dah payah nak percaya bengkel melayu kat SINI...Sekarang ni bengkel melayu macam dah banyak jugak...harap servis mereka TERBAIK...

bengkel ameng...
ganti hos radiator
ganti hos radiator
Ok lah berbalik pada cite tadi... aku pi baik kete tu atau ganti hos radiator tu sebab aku nak balik kampung hari raya haji ni...bimbang kalau2 kete tu bermasalah bila masa balik
kampung nanti...jadi mestilah ditukar hos radiator tu.....Asalnya aku cadang
nak balik kampung hujung bulan ogos ni...memang dah rancang betul2
dengan isteri aku....tiba2 teringat pulak hujung bulan tu
anak pompuan
aku akan balik ke perlis untuk sambung
pelajaran tahun akhir lepas Latihah Industri sekarang ni.
Latihan Industri dia tamat hujung bulan ni dan akan kembali ke Kangar Perlis.
Jadi sebab aku tak dapat balik kampung hujung bulan ni maka aku ambil keputusan balik kampung pada hari raya ni. Aku jugak bercadang untuk tengok pondok
kami kat kampung yang dah siap tu. Rasanya nak tidur
semalam dua masa balik hari raya haji ni....
InsyaALLAH...
Kete yang aku hantar tu siap lebih kurang sejam aje...rasanya dah ok lah kut...InsyALLAH...
Sempat aku tanya si ameng tu berkaitan myvi...dia kata myvi tak perlu servis
aircond sebab ia ada filter dan habuk tak masuk...cuma
kalau dah kurang sejuk bersihkan filter
tu aje atau tukar filter baru.....bagus jugak infor ni...Dia pelik gak
sebab aku guna myvi manual...aku memang suka yang manual...Dia kata dia jarang tengok orang guna myvi manual, banyak yang auto aje..wira dulu tu
pun manual sebab aku rasa lebih 'pick up'...apa pulak pandangan anda...lagi pun aku jarang melalui kesesakan yang perlu kepada kete auto....


da siap
da siap ganti hos
...aku wefie dengan si ameng tu....moga dia ALLAH SWT berikan HIDAYAH dan jadi orang yang
SOLEH hingga ke akhir hayat...kena doakan sebab tak pandai nak dakwah..
Sebab di sana nanti dia akan cari macam2 alasan sebab
dimasukkan ke neraka...kita yang dia kenal pun akan ditanya napa tak beritau dia berkaitan ISLAM...
jadi harap sangat dia dikurniakan HIDAYAH oleh ALLAH SWT...kesian kan tengok orang yang kita kenal kekal dalam neraka...kan....SELAMA LAMANYA beb....api panas tuuu....
Semalam hari ISNIN macam biasalah...lepas hantar anak pompuan ke Cyberjaya, aku pun terus ke tasek ukm untuk panaskan badan. Tiba di sana terus aje berjalan
...berjalan aje pun...nak jogging dah tak larat sebab dah tua..
eh! rupanya dah tua ye aku ni...hahahaha...

Hari ni memang aku tak boleh pun berjalan laju macam biasa
sebab batuk aku tak berapa baik lagi...Aku sebenarnya kena batuk teruk jugak
sejak hari khamis lalu rasanya...teruk jugak la sebab tak baik baik dan terpaksa pi klinik untuk dapatkan rawatan...pi klinik swata aje sebab klinik swasta cepat dan
kalau pi klinik kerajaan lambat sebab ramai pesakit. Dah pencen
ni kalau pi klinik swasta tentu kena kuar duit poket
sendiri kan...tentu besar jugak belanja nak dapatkan rawatan di klinik swasta ni...apa boleh buat la.....harung aje la...takkan nak diam aje kalau dah sakit yang mengganggu
diri kan...kan...


tepi tasek ukm
tepi tasek lagi...
tepi tasek..
Jadi hari ni tak dapatlah berjalan
pantas macam biasa...berjalan pelan pelan aje la....
Hari ni jugak aku tak dapat luangkan masa untuk bersembang dengan
wak jawa yang bersihkan kawasan tasek tu seperti sebelumnya sebab aku lewat tiba di
tasek tu...Masa aku belum habis berjalan dia dah berehat untuk sarapan. Bila aku
dah tamat sesi berjalan tu dia dah pun selesai berehat...jadi takdelah sesi
aku bersembang dengan dia tu...Seronok bersembang dengan
orang lama yang dah 67 tahun tu...ewah! macam
aku ni orang baru pulak kan...hahaha...


dah nak siap dah...
saje je low angle shot ni...
Banyak jugak petua yang aku dengar
daripada wak jawa tu....antaranya...kalau nak masuk hutan
baca fatihah 3 kali sebelum melangkah masuk...nak hilangkan batu karang dia
kata minum air paip terus hingga air tu dah tak boleh masuk lagi...batu karang tu akan keluar masa buang air...Aku tak pasti pulak dalam keadaan air paip yang tak berapa bersih la ni... boleh ke terus minum aje tanpa ditapis....hahaha...terpulang lah
kepada memasing...Dia jugak kata embunkan sebotol
air suam di luar rumah, tutup pun takpe.....bangun pagi terus
minum...amalan tu bagus untuk keluarkan kotoran daripada badan...aku pun tak tanya lebih lebih...sebab aku memang tekun mendengar aje bukan suka bertanya....dan ada
lagi yang dia perkatakan yang aku sendiri pun dah tak ingat...Banyak petua
wak jawa tu...tu sebab aku tengok dah 67 tahun
usia tapi masih kuat buat keje macam2...


pinggir tasek ni
pinggir tasek
nak hujan...dah renyai dah...tapi tak jadi..
Wak Jawa tu cite hari cuti
pun dia buat keje untuk cari rezeki seperti potong
rumput dan sebagainya...Aku memang suka dengar dia bercerita....banyak
pengalaman hidup dia sejak dia datang ke tanah melayu ni sejak tahun 1982 dan kisah dia masa dia duduk di kampung dia di jawa timur tu....
Wak Jawa tu pun sering bercerita berkaitan
sihir di kampung dia tu...dia kata dulu
memang hardcore sihir kat kampung dia tapi sekarang ni
dah kurang sikit tapi masih aktif....aku hanya dengar aje dia bercerita
walaupun aku tau kat sini pun memang ada lagi manusia yang amalkan sihir macam santau
pelaris kedai makan dan sihir sihir manusia lain supaya berpecah belah
bergaduh dan sebagainya...Pada aku tak perlulah kita
gunakan apa2 sihir pun sebab dosanya besar
sangat tak akan kita tertanggung....syirik kepada ALLAH SWT
kalau tak taubat mungkin akan kekal kat neraka....Kalau dah bertaubat pun macam
mana pulak kita nak minta maaf pada orang2 yang dah kita kenakan
sihir tuuuu....haru sangat tu......Kesimpulannya
janganlah kita amalkan sihir tu sama ada amalkan atau upah orang untuk
melakukan sihir dan sebagainya....tak perlulah kita TEMPAH TIKET untuk KEKAL DALAM NERAKA tuuuu....neraka tu panas beb! tolong ye...nasihat ni jugak untuk diri aku
jugak..Tak perlulah kita benci membenci dan dendam mendendam 
kat atas muka bumi yang tak kekal ni......ooopst!
Sepanjang aku pernah bersembang dengan wak jawa ni aku dapat
rasakan dan andaikan dia tu memang tulus aje...rasanya orang yang hidup sederhana
macam tu tentu hati mereka tulus aje...mungkin jiwa dia orang lebih hampir
dengan pencipta....hanya berserah aje padaNYA.....


wak jawa buat keje...
remaja madura tu..
dia orang rehat sarapan...tak sempat nak sembang dengan wak jawa tu...lain la kut...
tak sampai 5KM sebab tak sihat...
ok la ni...

Hari Ahad, 4 Ogos 2019 pulak lepas solat zohor aku dan isteri serta
anak bungsu aku pi ziarah rumah kakak ipar aku dan biras aku di kampung abu
bakar baginda tu sebab dia orang akan pi ke KLIA untuk berangkat menunaikan ibadat haji. Kami tiba aje terus masuk rumah dan bersalam dengan tuan rumah..
Selesai dia orang berkemas maka mereka mula untuk bergerak...Mereka akan menginap di hotel kat KLIA tu...jam 11.00 malam dia orang akan berkumpul untuk taklimat
dan berangkat naik pesawat mungkin sebelum atau selepas subuh.
Kami tak hantar mereka ke KLIA tapi cuma jumpa kat
rumah sahaja.


isteri aku dengan cucu sedara
kami ni...
kakak ipar, isteri aku dan anak bungsu aku...
Anak dan menantu mereka yang
akan mengiringi mereka ke KLIA tu dan ada yang
akan bermalam di hotel yang sama untuk melihat ibu dan ayah mereka
meninggalkan tanah air menuju ke tanah suci tu...Selepas azan kat rumah maka semuanya masuk ke dalam kete untuk bergerak ke KLIA. Kami pulak terus aje balik ke
rumah...Doa aku untuk mereka ialah...Moga ALLAH SWT
mudahkan mereka sepanjang mengerjakan
ibadah haji tersebut, jadikan mereka dalam keadaan sihat
sepanjang beribadat serta dapat menyempurnakan segala perkara dalam ibadat
berkenaan...dan yang paling penting moga mereka akan dikurniakan ALLAH SWT haji yang MABRUR...dan moga mereka bahgia di dunia hingga ke syurga.....
Begitulah doa aku untuk semua muslimin dan muslimat
yang mengerjakan haji di Mekah tu...tak mustahil
ALLAH SWT memberikan mereka semua HAJI YANG MABRUR...tak gitu.......
Aku jugak berharap juga aku dan isteri akan dipanggil ke sana oleh yang maha esa satu hari nanti...begitu jugak dengan semua kaum muslimin dan muslimat yang masih
belum punyai rezeki lagi untuk ke sana...aamiinnnn.....


bersiap nak gerak..
bersedia nak gerak...
biras aku abang kamal dan kakak ipar aku...kanan sekali isteri aku..
Rasanya itu aje yang aku mampu coretkan di screen ni...
sebelum aku tutup tulisan ni aku ingin doakan moga kita semua, tak kira
sape, akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan semua dosa kita hingga ke akhir
hayat kita dan jangan lupa sentiasa doakan agar kedua ibubapa kita dan ibubapa mentua kita akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan semua dosa mereka, diluaskan kubur mereka, dibukakan sebuah pintu syurga ke kubur mereka hingga hari
kiamat dan dihindarkan daripada siksa kubur,
siksa akhirat dan siksa api
neraka dan dimasukkan mereka semua ke dalam
syurga bersama para rasul, para nabi dan orang yang soleh serta orang yang solehah.....


nak gerak...
nak gerak
selamat jalan...
Jangan lupa jugak untuk doakan kesejahteraan semua jiran2 kita dunia hingga ke syurga...jiran kita meliputi 40 rumah di kiri, kanan, depan dan belakang
...dan jangan kedekut untuk doakan supaya semua yang
non  muslim akan diberikan hidayah oleh
ALLAH SWT supaya mereka
tidak masuk neraka dan kekal di dalamnya...sian beb
kalau nanti kita tengok dia orang duduk kekal dalam neraka...dalam API beb...bukan
dalam air...kalau dalam air pun tentu takkan tahan jgak kalau sampai bila bila...
takde noktah...takde penamat...infiniti...dah takde kiamat lagi di sana tu...
KEKAL SELAMA LAMANYA...tentu
kita akan kesian kan...
Semua agama mereka tu agama yang tak benar...AL QURAN ada
catat agama yang benar adalah agama Islam...dalam kitab2 agama lain takde pun
perkataan yang mengatakan agama mereka tu agama yang benar...itu yang dikatakan oleh ZAKIR NAIK....

Laungan Azan sebelum bergerak pergi.....




~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...