Sunday, December 22, 2019

Bercita untuk bertemu ALLAH SWT..

Diari Daud - Hari ni Ahad, 22 DIS. 2019, aku pi ikuti KURSUS HAJI bersama isteri aku di MASJID SERI PUTRA. Aku pi aje sebab aku nak merayu untuk pi haji nanti.
Salah satu syarat untuk merayu pi Haji ialah mesti hadir
kursus haji. Isteri aku masuk ni dah
4 kali dia hadir kursus
haji ni....

masa kursus
masa kursus
masa kursus
 Kalau ikutkan pendaftaran
haji aku dan isteri dapat giliran pi haji dalam tahun
2070-an...Lama lagi tu, macam hidup mati hidup mati beberapa kali baru
boleh pi haji....hahahaha... Lama lagi tu...Tapi isteri aku dah merayu. Aku suh dia merayu dan pi dengan rakan baik dia. Aku takleh pi sebab anak bungsu aku takde sape
yang akan jaga jadi aku suh dia pi dulu. Lepas dia pi aku pulak
akan pi..InsyaALLAH...
Doakanlah isteri aku dan aku nanti akan dapat
pi ke tanah suci tu yee...

semasa kursus
selesai
selesai
Kursus Haji tu selama dua jam setengah aje pada tiap hari Ahad selama 13 minggu kut...aku pun da lupa dah...Harap aku dan isteri diberi rezeki oleh ALLAH SWT
untuk menunaikan Haji di mekah tu...insyaALLAH...tapi kalau aku tak
sempat untuk pi ke Mekah tu...sekurang kurangnya aku dapat
tunaikan HAJI secara HAJI BADAL...apa apa pun
harap aku akan ada rezeki untuk aku ke
TANAH SUCI MEKAH
tu...aamiinnn...Begitu jugak dengan isteri aku dan semua kaum MUSLIMIN dan MUSLIMAT yang ada cita cita untuk ke TANAH SUCI MEKAH tu serta memperoleh
HAJI YANG MABRUR...aamiinnnnnn....

Apa apa pun akhirnya aku doakan kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua daripada
api neraka. Mari kita sayang menyayangi sesama ISLAM dan
jangan sekali kali sakitI sedara kita se ISLAM
supaya mudah untuk kita masuk ke
SYURGA ALLAH SWT..aamiinnnnnnnnnnnn.......
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...