Sunday, December 22, 2019

Masalah air lagi...

Diari Daud - Hari ni Ahad, 22 Dis. 2019...dah dua hari takde air...bukan setakat tempat aku tapi jugak melibatkan tempat tempat lain jugak. Mungkin dalam 300 ribu
orang lebih yang terlibat. Perkara ni berlaku macam tiba tiba aje
dan tak sempat nak simpan air pun. Kali ini
adalah disebabkan pencemaran
sumber air di sungai
semenyih. Dikatakan sebab berlaku ialah
terdapat pencemaran dari kumbahan di Loji Rawatan IWK di Bandar
Bukit Mahkota iaitu taman perumahan berhampiran dengan taman tempat tinggal aku la...
Boleh dikatakan sering sangat berlaku pencemaran yang menyebabkan loji rawatan air di Semenyih terpaksa ditutup. Yang baru lalu pun sebab pencemaran di
Sungai Semenyih. Pencemaran minyak dan kimia..
Selalu aje berlaku...Dulu2 pun ada jugak
berlaku iaitu air lecet yang
masuk ke sumber
air sungai Semenyih...semua ni boleh
dikatakan kesilapan manusia yang boleh dielakkan...kalau nak...


bekalan air dibawa lori
bekalan air dibawa lori
 Rasanya kalau kita ada kesedaran agama tentu benda ni takkan
berlaku pun..samalah kalau yang buat tu agama lain..Maknanya si pelaku memang tak fikirkan dosa atau pahala...Fikirlah berapa besar dosa pelaku kepada
manusia lain.....dosa sesama manusia ni kat dunia lagi
dah dapat balasan...
Perkara ni menyebabkabn orang lain susah nak solat
dan sebagainya bila bekalan air takde...Ini dosa sesama manusia..
Fikirlah bila sejuta orang lebih yang terlibat...fikirlah berapa besar dosanya
dengan ramai manusia sebegitu...Rasanya tentu sesiapa yang terlibat dengan masalah ni
sukar untuk memaafkan dosa orang yang berbuat sedemikian...tunggu aje la
balasan Pencipta sejak di dunia lagi...apatah lagi di akhirat..


bekalan air dihantar oleh lori...
bekalan dari lori..
Rasanya untuk aku pula, ini kali kedua aku mendapatkan
air dari bekalan yang dihantar lori oleh jabatan air tu...Banyak kali masalah air
yang lalu aku masih ada bekalan air sebab sempat menyimpan air...Kali ni tak sempat untuk simpan air sebab macam tiba tiba aje berlakunya. Sebelum ni memang aku
sempat simpan air untuk beberapa hari sebelum bekalan
air pulih kembali...Bila lori bekalan air sampai
sempat la amik dan penuhkan
beberapa baldi dan
bekas air...alhamdulillah.....rasanya cukuplah untuk 2 hari ni sebab esok aku
akan gerak balik kampung...Masalah air ni mungkin dalam dua atau tiga hari...Harap harap jiran jiran aku akan dapat rasa lebih selesai dengan bekalan air yang
dihantar dengan lori berkenaan. Bekalan air yang
dibawa lori tersebut datang dari Sungai
Besar...jauh tu...Terima kasih la kepada semua yang berusaha untuk
mendapatkan bekalan air yang dihantar lori tu...moga mereka sentiasa diberkati
dan dirahmati ALLAH SWT...lega la sikit penduduk kat sini...Moga yang sejuta orang lebih yang di tempat2 lain tu akan mendapatkan bekalan seperti ini.....aamiinnn...

jiran depan rumah
cukup lah air tu untuk satu atau dua hari tu...
Aku pun ada beli beberapa pack air mineral untuk minum dan untuk digunakan sebagai air untuk ambil wuduq. Cari air mineral kat Tesco Bandar Puteri, semua da habis,
terpaksa pi ke Tesco Nilai...Harapnya janganlah berlaku perkara
sebegini lagi... Orang kata biar kita keputusan bekalan
letrik daripada putus bekalan air...merana
kalau bekalan air takde...

pi rumah jiran pulak...
ni bekas bekas yang dah dipenuhi dengan air...alhamdulillah...
Apa apa pun moga bekalan air akan pulih kembali...Aku doakan jugak moga kita semua, tak kira sape la akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT dunia
hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksaan
neraka yang pedih dan siksa sangat tu...aamiinnnnnn.....

Mari kita terus istiqamah dengan #BMF


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...