Diari DAUD - Hari ni, ISNIN, 18 July 2022. Hari ni catatan ringkas saja daaa...SABTU, 16 Julai 2022, kami berada di Bangi sebab hadir ke majlis bertunang anak sedara isteri aku FARZANA di BANTING.
Kami gerak ke Bangi pada hari Jumaat. Lepas solat Jumaat kami bergerak ke Bangi. Kami bermalam di rumah yang didiami oleh anak-anak kami di Bangi tu. Kami dah 8 bulan menetap di Layang-Layang Kanan sejak Disember 2021 yang lalu. Kamu dah bermastautin di Parit dah...Kami bukan lagi penduduk tetap Bangi...hahaha..
Lepas solat Jumaat kami gerak ke Bangi. Melalui lebuhraya utara - selatan. Banyak jugak kete kat lebuhraya tu...Kami tiba di Bangi lebih kurang jam 7.30 malam. Tapi masih belum masuk Maghrib lagi. Kami buat solat Jamak saja sebab kami dah bermastautin di Parit. Maka boleh la jamak untuk masa kami berada di sini.
Hari Sabtu jam 11.00 pagi kami gerak ke Banting bersama anak kami yang tinggal di Bangi dan di Saujana Putra. Dari Bangi mengambil masa lebih kurang sejam untuk tiba di Banting. Kami ikut Nilai - Sepang - Banting. Majlis tersebut dijangka jam 2.00 petang.Tiba je di rumah adik ipar aku tu, dah ada yang sedang makan tengah hari bawah khemah tu. Kami terus je la sama join makan2 tu. Habis makan aku bersembang je la dengan yang hadir serta dengan biras2 aku tu. Abang kamal, Along dan Pian merupakan biras aku. Bini2 kami adik beradik.
Jam 2 petang lebih barulah pihak lelaki yang nak bertunang tu tiba. Mereka asalnya dari Kelantan. Ramai yang masuk rumah untuk majlis pertunangan tersebut. Aku tak turut serta pun. Aku duduk luar je dengan sedara dan hadirin yang lain. Aku rasa tak perlulah aku involve dengan majlis tu. Aku pun bukanlah bijak sangat dalam hal majlis tunang2 ni. Jadi lebih baik la aku duk aje kat luar tu...hahahaha...
Selesai majlis tu semua yang datang bersama rombongan lelaki tu dipelawa makan tengah hari. Kami tak lama pun di situ. Kami minta diri untuk meninggalkan majlis daripada pihak pompuan. Mereka bekalkan sedikit kueh mueh untuk kami. Aku rasa memang patut pun aku datang ke majlis anak biras aku tu sebab dia memang tak pernah 'miss' pun hadir dalam majlis yang diadakan dalam keluarga aku tu. Macam tak kena la kalau aku tak datang majlis dia tu. Tambahan pulak tu, majlis berkenaan untuk anak sulung dia...Tak baik la kalau aku tak hadir walaupun aku kena tempuh perjalanan lebih kurang 400Km...Macam tu la...kan...kan...kan...Aku doakan anak buah isteri aku tu terus sampai majlis ijab kabul dan seterusnya bahagia kekal dunia hingga akhirat....aaminnnn...
Dari rumah biras aku tu kami bergerak pula ke kampung kawan isteri aku Mas di lokasi berhampiran. Aku memang tak pernah sampai ke rumah baru dia di kampung tu. Isteri aku dah pernah sampai dengan kawan2 dia tu. Mas dan keluarga dia merupakan jiran kami di taman perumahan di Bangi tu. Dia buat rumah di Banting. Kami buat rumah di Parit. Rumah kami di Bangi dihuni oleh anak memasing di taman perumahan di Bangi tu. Dia kerap pi ke rumah di Bangi. Kami payah la nak pi sana kerap2...jauh kan..
Tanah keliling rumah dia agak luas jugak. Dia orang tanam macam2. Antara tanamannya ialah nenas. Ini nenas jenis makan mentah punya. Manis sangat rasanya. Kami pi tengok dia orang petik di kebun nenas tu lepas kami menjamu selera dalam rumah dia orang yang cantik tu. Sempat la kami makan nenas2 tu di kebun dia orang. Memang manis pun. Masa kami nak balik kami dibekalkan dengan beberapa biji nenas untuk dibawa pulang. Terima kasih kepada Mas, suaminya Amos serta anaknya atas segala layanan yang diberi. Moga Mas sekeluarga bahagia dunia hingg ke akhirat...aaminnnn...
Sebelum kami teruskan perjalanan ke Bangi, kami singgah dulu minum2 di rumah anak sulung aku di Saujana Putra. Esoknya hari AHAD, 17 Julai 2022 kami gerak balik ke Layang-Layang Kanan, Parit, Perak. Kami tiba di kampung jam 3.30 petang. Masa balik kami ikut lebuhraya utara selatan keluar ke Pekan Tapah masuk ke Kampung Gajah, Bota Kanan dan akhirnya Layang Layang Kanan. Itu aje la kisah perjalanan kami. Panjang umur kami akan pi lagi ke sana untuk majlis perkahwinan pulak dalam bulan Disember nanti...Insya Allah...
Rasanya itu aje yang aku dapat coretkan di sini..
Sekian
daud.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment