Diari DAUD - Hari ni KHAMIS, 30 OGOS 2022...Sebenarnya aku saja je update blog ni dengan cite yang timbul dalam benak aku ni...Aku tulis aje pun segala idea yang terbentuk dalam minda aku ni. Maknanya tulisan aku ni lebih kurang macam cacamarba la kan...
Beberapa hari yang lalu aku jumpa rakan kampung di masjid lelayang. Dia nampaknya dah berjaya. Dah ada syarikat penerbitan. Sekarang ni dalam dia sedang sibuk menhasilkan terbitan terbaru. Kami sembang agak lama gak la di koridor masjid tu. Banyak yang kami sembangkan di situ. Moga dia terus maju...Cuba la korang google KINO MARZUKI...itu la nama geleme dia tu...😀😀😀
Sekali lagi doa aku...moga dia terus maju dalam bidang yang dia ceburi tu......
Raya Haji kami pi tengok pemandangan di bendang. Dah lama tak pi..bendang orang je pun.. |
Luas je pemandangan kat sini. |
Pokok padi belum ditanam lagi musim ni... |
Sekarang ni aku dah jadi PAKCIK KAMPUNG dah lebih kurang 7 atau 8 bulan kut. Masa mula duk sini agak sukar aku nak sesuaikan diri dengan suasana kampung ni...Sukar beb...sukar. Fikir la, aku dah duduk di dalam taman perumahan lebih kurang 37 tahun. Terang benderang sana sini. Bila duk kampung agak gelap gelita gak, tambah pulak rumah aku masuk ke dalam, bukan tepi jalanraya. Kalau tepi jalanraya memang terang la sebab sepanjang jalanraya ke pekan BOTA KANAN dan ke pekan PARIT penuh lampu sepanjang jalan. Masa aku masih muda2 dulu sepanjang jalanraya tu jugak gelap gelita takde lampu pun...Duduk kampung ni memang seram la sikit bila waktu malam. Tapi aku memang minat duduk kat kampung ni. Itu sebab aku buat rumah kecik kat sini untuk menunggu mati...hahaha...Aku memang lahir kat sini pun..Tapi ada jugak kawan2 aku yang terus pindah ke bandar dan balik kampung jarang2. Kalau balik pun mungkin masa HARI RAYA kut. Kat kampung ni jarang la jugak nak dengar bunyi kenderaan tak putus2 di jalanraya seperti kat taman perumahan nun....hahaha...
Aktiviti kampung bakar kalori... |
Tahun ni pertama kali aku sambut puasa dan hari raya puasa dan haji di kampung. Sebelum ni cuma balik kampung nak sambut raya je. Raya haji ni hanya anak sulung aku dan keluarga dia je yang balik kampung. Yang lain tak balik. Raya haji ni kami dapat banyak jugak daging kurban, maklumlah di sini terdapat beberapa buah surau dan sebuah masjid. Dia orang hantar daging tu ke rumah penduduk2...Tapi aku pun tak involve dengan aktiviti penyembelihan kurban tu...Rasanya biarlah dulu sebab aku pun baru je pindah ke kampung ni. Raya haji ni memang tak ramai pun sedara mara yang balik. Aku pun cuma duduk kat rumah aje, tak jalan memana pun. Berkunjung rumah adik aku depan rumah aku je...hahaha..Aku pun memang lebih suka duduk rumah pun...Harap takde sapa2 pun kecik hati sebab aku tak pi rumah dorang tu...
Pisang adalah antara tanaman kampung... |
Kat kampung ni agak kerap jugak majlis doa selamat sekitar kampung. Biasanya aku terima jemputan tika di masjid. Ada jugak yang datang pelawa kat rumah. Majlis doa selamat tu agak kerap jugak la kat kampung ni. Memang orang kampung ni rajin sedekah makan2 kat jiran2. Kalau ikutkan fahaman golongan tertentu kata majlis tahlil dan doa selamat ni bid'ah. Talkin di pusara juga dikatakan bid'ah. Dorang kata mana mungkin orang dah mati dalam kubur boleh dengar talkin. Talkin sebenarnya untuk menginsafkan orang yg hadir masa kematian tersebut. Tapi malangnya ada yang macam tak ambil iktibar dari pembacaan talkin tu. Macam mana pun kalau ALLAH SWT nak jadikan talkin didengari oleh orang yang dah mati tu, tentu takde hal kan. Sebab Allah swt maha berkuasa. Itu urusan ALLAH SWT.
Pada aku majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya tu tak jadi masalah pun untuk diadakan. Cuma bergantung pada niat memasing. Bagi makan jiran2 dan berdoa untuk diri sendiri dan untuk orang yang telah meninggal takda silapnya pun. Cuma kita tak bolehlah kaitkan dengan Rasulullah. Anggap je la itu majlis doa beramai-ramai...Kalau kaitkan dengan Rasul nanti jatuh kepada bid'ah pulak...sebab Nabi tak buat. Dikatakan Bid'ah ni ada 2 kategori, satu harus dan satu lagi haram. Apa2 pun mana yang tak jelas, jangan kaitkan dengan Nabi. Contohnya, tahlil Nabi tak buat, berdoa secara ramai lepas solat pun tiada dan macam2 lagi. Jadi mana2 yang tak berapa jelas tu, jangan sekali kali dikaitkan dengan Nabi. Fitnah nabi namanya tu. Berdosa besar hukumnya tu kalau kita kata majlis tu Nabi buat...jangan macam2. Memfitnah Nabi tu, dosa besar. Takde salahnya kita sedekah makan2, sambil tu berdoa untuk kita sendiri dan berdoa untuk yang telah pergi. Memang kita disuruh berdoa untuk mohon kebaikan. Sekali lagi, kita niatkan lah yang baik2 tujuan diadakan majlis tu. Rasanya kalau macam tu ok la tu, kan...Rasanya tak salah kut sebab TAHUN BARU CINA pun disambut kan...walaupun ianya daripada amalan budaya. Perayaan tu pun bid'ah jugak tapi orang Cina Islam sambut juga kan...Jangan pulak ada yang berbondong2 sambut DEEPAVALI dan KRISMAS sebab itu PERAYAAN AGAMA...Jauhkanlah kalau boleh...bimbang kita jadi bersetuju pulak dengan agama kuffar tu...
Buah dan jantung pisang diantara mangsa yg jadi perhatian KERA2 |
Masa kat kampung ni aku cuba buat aktiviti bakar kalori. Risau beb kalau duduk diam2 kumpul lemak kat badan. Jadi aku buat aktiviti tebas tanah bersemak keliling rumah aku. Bukan tanah aku pun tapi tanah orang. Rasanya ok la tu. Tentu tuan tanah tak marah kalau tanahnya dibersihkan daripada semak samun kan. Aku memang takde tanah kat kampung ni. Yang ada tanah tapak rumah aje. Kecik je pun. Tanah aku jauh kat Bandar Seri Iskandar tu. Bukan dalam bandar pun tapi di pinggir bandar. Lebih kurang 5KM dari Bandar Seri Iskandar tu. Dah bersemak samun dah pun tanah milik aku tu. Tak tau nak buat apa dengan tanah tu. Sekeliling tanah aku tu semua dorang tanam kelapa sawit. Tanah aku aje yang berhutan banat. Nak pi bersihkan tanah tu, jauh dari rumah aku. Biarlah hutan aje kut...hahaha.. Malaysia, negara kita ni boleh katakan salah sebuah negara pengeluar terbesar kelapa sawit kan..Herannya napa rege minyak masak mahal sangat. Sejak bulan Julai ni, minyak masak botol 5 Kilo dah cecah harga lebih kurang 40RM. Bila minyak masak naik rege, tentu semua benda yang gunakan minyak tentu naik rege. Tapi bila rege minyak turun, semua makanan yang menggunakan minyak masak takde pulak turun. Peniaga2 saja je buat mata buta dan telinga tuli. Masa naik harga kemain lagi...hawau...opst! geram rasanya. Makin sukarlah kita nak idup. Balik pada cite tadi, selain aku bersihkan semak samun tanah orang untuk bakar kalori, aku jugak bantu adik aku bersihkan tanah dia dan bantu jugak kemaskan dan baiki pagar yg rosak di tanah dia. Aku mesti beraktiviti untuk hakis kalori yang terkumpul dalam badan aku ni. Bila tak berpeluh tentu badan rasa tak fit dan tak sihat...Aku mesti buat aktiviti tu dari masa ke masa...
Pokok Kunyit dan Lengkuas diantara mangsa KERA2 ni.. |
KERA2 makan umbut pokok KUNYIT dan LENGKUAS ni... |
Satu lagi perkara yang aku baru tau bila balik kampung ialah makhluk perosak. Di kampung cukup cukup payah nak bertanam. Tanam keliling rumah pun payah apatah lagi jauh dari rumah. Ada je yang datang mengganggu tanaman tu. Malam hari BABI BABI, siang hari pulak gerombolan kera kera. Kedua dua makhluk ni banyak sangat. Kera2 ni memang degil. Bila dihalau mereka pergi, bila orang masuk rumah, mereka datang balik. Nak tanam pisang pun susah sangat nak menjaganya. Anak pisang mereka makan umbutnya. Jantung pisang pulak mereka makan jugak. Seringkali jantung pisang tu belum keluar buah atau belum habis keluar buahnya, terlebih dulu dimakan oleh kera kera tu. Tu sebab harga pisang kat sini pun RM4.50 sekilo, nama je kat kampung, rege dah macam kat bando dah.. Kera2 ni, bunga doyan yang kat dahan pun digugurkannya. Belum lagi jadi buah doyan tu...Tengok tu, busuk betul perangai kera ni.... Susah beb dengan kera2 ni. Kera ni bijak sangat. Dia tau time bila nak serbu tanaman kat sekitar rumah...apatah lagi bila jauh dari rumah. Mereka yang bertanggung jawab dengan pentadbiran kampung, mukim dan daerah silalah tengok berkaitan masalah ini....Selesaikan dengan baik, demi masyarakat desa yang rata2 susah ni. Masa duk kat Bangi dulu ada jugak masalah kera ni. Ada pihak berwajib yang tahan perangkap. Masalahnya, dikatakan ada golongan yang lepaskan kera2 tu. Golongan yang mendewakan kera la kut..gamak la.... Kalau aku silap tolong pembaca betulkan la informasi ni...Sekarang ni tak tahu apa jadi kat sana tu...Masa aku kat sana, nampak ada golongan yang bagi kera2 tu makan...dewa dorang la gamaknya...Kat kampung aku ni, golongan yang mendewakan kera ni memang tak ada pun...
Maklumat terbaru sekarang ni, dikatakan ketua kampung kat sini bercadang untuk pasang perangkap kera dalam setiap kampung. Dikatakan dapat bantuan perangkap kera dari Perhilitan. Harap tindakan tersebut mampu mengurangkan ancaman kera2 tu...Kesian aku dan kesian orang kampung yang terkesan dengan ancaman kera tu...Sekarang ni aku dah malas nak lastik kera2 tu. Tak berkesan langsung. Bila dilastik, kera2 tu relax je...Langsung tak takut. Dah malas dah nak lastik lagi. Kera2 tu berkeliaran je keliling rumah...haihhhh....
Sapa sapa yang ada kuasa, hati hati la, kita semua akan ditanya di Mahsyar nanti atas segala tanggung jawab kita atas rakyat bawahan kita semua. Sama ada sebagai ketua masyarakat dan juga sebagai ketua keluarga...Masa tu dah tak boleh nak gostan lagi dah...
Diantara cara untuk elakkan daripada menjadi mangsa MONYET2, haiwan primat tu...Tapi kalau pokok pisang tinggi, nak pasang macam mana... |
Masa aku kecik2 dulu ada jugak nampak orang yang tembak kera2 ni tapi dulu masa aku kecik, kera pun tak banyak macam sekarang. Dulu pun masa aku kecik jugak selalu jugak nampak Cina2 datang tembak babi hutan kat kampung kampung. Sekarang ni, orang kampung cuma boleh tembak dengan mercun aje. Kera tu bukan la bodoh sangat. Mereka tau, mercun bukan mematikan pun. Lari kejap je, kemudian datang balik...Macam tu la tak habis2...Orang kampung bukan ada senapang pun. Semua senapang habih kena angkut. Bapak aku dulu ada senapang tapi bila dia meninggal, senapang tu dihantar ke balai polis. Kalau nak ambik antara syaratnya kena ada tanah sekurangnya 5 ekar. Mana la adik beradik aku ada tanah luas tu. Bapak aku memang la ada tanah luas tu. Bila dah turun kepada anak2 tentu takde tanah seluas tu. Lagi satu kalau nak dapatkan senapang kena bayar beribu riban RM rasanya. Orang Melayu mana la ada duit sebanyak tu. Tapi bangsa lain macam banyak aje senjata api. Jangka masa pendek memang tak nampak la kesannya pada orang kita. Tunggu masa zaman anak2 dan cucu2 kita nanti, tentu akan nampak kesannya bila orang kita takde senjata api di tangan seperti kaum lain....tunggu je laaaa....Kadang2 sedih dengan orang atas2 bangsa kita niiii...Mudahkanlah bangsa kita untuk dapatkan senjata api untuk jaga tanaman...Rasanya PERHILITAN juga tentu boleh tembak kera kera tu kan. Tentu dia orang ada autoriti untuk buat benda macam tu...bukan gitu ka...Tapi tu la, peruntukan pun perlu jugak untuk peluru2 senjata api tu kan...
Selalu jugak guna benda ni, tapi buat lenguh tangan je...Kera tak juga kena dengan pelurunya. Kera2 tu cuma pi buat sementara je...tak lama kemudian dia datang balik... |
Mungkin ada yang anggap aku ni asyik Melayu Melayu je kan...Tapi tu la, lihat la berita2 di Medsos, asyik melayu dan Islam je dihina sana sini. Dibuat lawak aje oleh mereka yang hati busuk. Baca la kisah lawak yg hina Melayu dan Islam tu. Cuba kita hina kaum dan agama kaum lain..Tentu tak lama la, akan disaman di mahkamah. Cuba la kalau berani. Kita mesti sayang pada bangsa dan agama kita. Kalau tak kita, sapa lagi...Sayang pada bangsa dulu...kalau takde bangsa, tentu takde agama. Agama diturunkan untuk bangsa manusia kan...
Sekarang ni serba serbi barang naik harga. Boleh katakan banyak jugak harga barang yang naik. Aku selalu pi beli terpentine atau minyak tanah untuk bakar sampah. Aku beli botol besar. Dalam masa 7 bulan ni beberapa kali harganya naik. Mula beli 13RM. Kali kedua 14RM. Sekarang ni dah naik 15RM. Baru je 8 bulan aku duduk di kampung. Belum lagi barang2 yang lain. Payah kan nak hidup sekarang ni. Pada peniaga dan mereka yang menawarkan perkhidmatan, jujur lah bila berurusan dengan jualan dan penawaran perkhidmatan.
Peniaga peniaga ni akan dihitung jugak di Mahsyar nanti. Kalau tak betul dalam urusan jual beli akan dicampakkan oleh malaikat bulat2 je ke dalam neraka tu...hati hati la...Oleh sebab dah jadi satu kebakaran yang musnahkan rumah, aku amiklah satu contoh dalam bidang 'wiring'....jujurlah ketika buat pemasangan 'wiring'. Ia melibatkan keselamatan rumah. Wiring kena buat betul2. Kalau plug kat dapur eloklah ditarik satu2 kabel dari fuse box tu. Bahaya kalau 2 atau 3 plug di 'loop' kan sekali. Andaikata plug2 yang sama diguna untuk masak air dan masak nasi dalam masa yang sama, tentu akan jadi panas kabel2 tu. Dalam jangka masa panjang tentu bahaya dan boleh menyebabkan litar pintas dan mungkin boleh menyebabkan rumah terbakar. Semua boleh jadi. Itu sebab semua yang terlibat dengan keje2 macam ni mesti JUJUR. Sapa pun kita, semua akan ditanya di akhirat nanti. Dunia ni tempat ujian untuk akhirat...Hati hati la bagi mereka yang terlibat dengan semua bidang perniagaan, sebelah kaki anda berada dalam neraka...Malu la jadi orang ISLAM tapi tak JUJUR...
Rasanya itu aje yang aku nak tulis...macam dah habis je cite dalam kepala aku ni...Apa apa pun, moga kita semua sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT. Moga ALLAH swt hindarkan daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam SYURGA yang kekal abadi...aaminnnn...
SEKIAN..
daud.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment